Wikisumber:Kedai Kopi
Cadangan untuk menetapkan beberapa dasar asas Wikisumber Bahasa Melayu
Salam semua, suntingan ini merupakan cubaan pertama saya untuk mengajukan cadangan saya di Wikisumber Bahasa Melayu. Cubaan ini saya berpendapat penting untuk menentukan arah tuju perkembangan Wikisumber Bahasa Melayu. Kalau ada maklum balas berkaitan boleh utarakan pendapat di sini.
- Perkara 1: Untuk ruang nama Indeks ("Index:") dan terutamanya ruang nama Laman ("Page:")
- Hanya digunakan untuk mentranskripsi kandungan dari imbasan sumber karya asli/terbitan yang merupakan hak awam (yakni: dokumen kerajaan lebih daripada 50 tahun selepas penerbitan, dan untuk karya biasa pula 50 tahun selepas pengarang asal meninggal dunia, bergantung kepada negara, rujuk Commons:Copyright rules by territory). Karya tersebut boleh berada dalam bentuk manuskrip/dokumen rasmi/batu bersurat/teks yang ditemui secara arkeologi dan sebagainya. Contoh penggunaan ruang nama Indeks dan ruang nama Laman adalah seperti di Index:Batu Bersurat Terengganu.jpg serta sublamannya.
- Proses transkripsi ruang nama Laman sepatutnya bertujuan untuk menghasilkan bahan transkripsi yang merupakan salinan tepat kepada bahan imbasan asli. Maksudnya di sini macam mana bahan imbasan itu dipaparkan, begitu jugalah kandungan transkripsi itu sepatutnya dipaparkan.
- Perkara 2: Semua terbitan karya sendiri pada abad ke-21 (juga dikenali sebagai "vanity publication" yang proses penerbitannya tidak dilakukan secara profesional) handaklah diletakkan di Wikibuku Bahasa Melayu bukannya di Wikisumber.
- Perkara 3: Namun untuk ruang nama Utama ("mainspace", tiada sebarang kata simpanan dengan ":") saya berfikir untuk membenarkan format transkripsi + alih aksara/terjemahan seperti di halaman utama Batu Bersurat Terengganu (yakni: transkripsi yang hampir sama dengan bentuk asal karya + alih aksara/terjemahan ke dalam bahasa Melayu yang kita semua boleh faham), walaupun asalnya ruang nama Utama di Wikisumber Bahasa Inggeris hanya digunakan untuk memaparkan gaya cetak bahan transkripsi imbasan. Ini kerana ruang nama Terjemahan ("Translation:") masih tidak wujud di Wikisumber Bahasa Melayu (sedangkan wujud di Wikisumber Bahasa Inggeris dll.), maka saya berpendapat format seperti Batu Bersurat Terengganu adalah format yang terbaik buat masa ini sementara ruang nama baharu sedang diusahakan di Phabricator.
Komen untuk Perkara 1
- Pada pendapat saya, persamaan transkripsi tidak perlu dititikberatkan. Apa yang saya rasa ialah transkripsi ini perlu dilakukan secara ringkas. Anda tidak perlu berpegang kepada skripnya. Saya ada contoh Surat Lontar Wikisumber Bahasa Bali yang saya sunting (Bali-lontar-gaguritan-janmaprawreti-01-350ppi). Hasil transkripsi seharusnya memudahkan orang lain membaca. Dan menjadikannya lebih mudah untuk ditransklusikan. Lim Natee (bincang) 11:02, 19 Mei 2024 (+08)
- Lagi satu, adakah kita ingin menggunakan Indeks atau Index semasa menulis dalam Wikisumber ini, jika kita ingin menggunakan Indeks kita perlu menukarnya, dan juga adakah kita ingin menukar ruang nama Wikisource kepada Wikisumber. Lim Natee (bincang) 11:08, 19 Mei 2024 (+08)
- Dari awal memang dah tetapkan untuk pakai versi Melayu; rasanya perihal teknikalnya masih dalam pembangunan. PeaceSeekers (bincang) 11:14, 19 Mei 2024 (+08)
- Kalau masih belum selesai isu ni selepas sebulan, mungkin perlu ketengahkan di Phabricator. Sama juga dengan logo masih belum ditukar ke logo ms. Ultron90 (bincang) 12:40, 19 Mei 2024 (+08)
- Dari awal memang dah tetapkan untuk pakai versi Melayu; rasanya perihal teknikalnya masih dalam pembangunan. PeaceSeekers (bincang) 11:14, 19 Mei 2024 (+08)
- Selepas saya berfikir sejenak, saya juga bersetuju bahawa tidak kiralah sama ada penggunaan templat format ke mahupun pemformatan gaya atur cetakan ke (seperti menambah kotak bingkai di luar teks ke, teks besar/kecil ke guna templat justify ke), tidaklah sampai kata tidak perlu buat (boleh sahaja hendak buat) tetapi semua pemformatan itu bukannya objektif utama kita di Wikisumber. Perkara yang paling teras di Wikisumber adalah mentranskripsi tulisan dari karya asal kepada tulisan yang boleh disalin tampal secara atas talian. Contohnya seperti laman ini, isi halamannya sekadar mengekstrak tulisan Jawi daripada karya asalnya yang juga bertulisan Jawi. Yang penting adalah jika laman karya asal itu tulisan Jawi maka hasil transkripsi juga perlu dalam tulisan Jawi. Betulkah tidak pandangan saya ini? Hakimi97 (bincang) 13:48, 19 Mei 2024 (+08)
- Ya betul. Tapi penggunaan bingkai di perlukan jika memang bingkai itu memang menjadi bahagian dalam naskhah itu. Mungkin itu menjadi pembezaan antara bahagian satu dengan yang lain. Tapi, setakat ini untuk ujibaca (kuningkan halaman) rapikan sahaja naskhah tu. Pengesahan (menghijaukan halaman) ini baru untuk mencantikkan halaman tersebut. Sebab tu la di sarankan untuk pengesahan diharapkan kepada pengguna yang advance. Lim Natee (bincang) 14:49, 19 Mei 2024 (+08)
- Lagi satu, adakah kita ingin menggunakan Indeks atau Index semasa menulis dalam Wikisumber ini, jika kita ingin menggunakan Indeks kita perlu menukarnya, dan juga adakah kita ingin menukar ruang nama Wikisource kepada Wikisumber. Lim Natee (bincang) 11:08, 19 Mei 2024 (+08)
Komen untuk Perkara 2
Saya setuju. Jika ada manuskrip yang anda rasa begitu, sebaiknya masukkan ke dalam Wikibuku Bahasa Melayu. Lim Natee (bincang) 11:28, 19 Mei 2024 (+08)
- Setuju untuk ini. Lagipun, Wikisumber secara amnya bertujuan ke arah pengarkiban berbanding penulisan kendiri. PeaceSeekers (bincang) 12:08, 19 Mei 2024 (+08)
Komen untuk Perkara 3
Ping pengguna: @Ultron90, @Tofeiku, @PeaceSeekers, @Hadithfajri, @Chongkian, @26 Ramadan, @Akbar Soepadhi, @Agus Damanik. Hakimi97 (bincang) 09:51, 19 Mei 2024 (+08)
- Utk perkara 1 nombor 2, saya setuju yang transkripsi harus mengikut format seboleh-bolehnya semirip dengan manuskrip awal, tapi tidak wajib. Hanya untuk penyunting berpengalaman supaya pemformatannya tersusun rapi semoga transkripsinya hampir sama dengan manuskrip asal apabila dicetak. Ultron90 (bincang) 12:47, 19 Mei 2024 (+08)
Pencalonan penyelia
Di sini saya usulkan pencalonan dan pengundian 2 penyelia untuk pengurusan Wikisumber supaya lebih tersusun dan penyelenggaraan dapat dilakukan.
Cadangan penyelia 1: @Lim Natee
Huraian: Beliau amat aktif di Wikisumber sejak di fasa Pengeram serta telah menganjurkan pelbagai bengkel Wikisumber di Malaysia dan juga Indonesia. Dengan adanya kemudahan penyelia, saya yakin beliau dapat menjalankan tugas dengan baik.
Cadangan penyelia 2: @Hakimi97
Huraian: Beliau juga amat aktif di Wikisumber sejak kelahiran Wikisumber bahasa Melayu serta telah menyumbang banyak dalam hal-hal transkripsi dan pengaturan laman. Dengan adanya kemudahan penyelia, saya yakin beliau juga dapat menjalankan tugas dengan baik.
Saya mohon pengguna-pengguna lain memberi undian dan ulasan (jika ada) menggunakan templat Setuju atau Bantah sahaja untuk mempercepatkan undian tanpa berkecuali. Pengundian akan berlangsung selama seminggu hingga 26 Mei 2024 pukul 2:00 PM waktu Malaysia. Terima kasih. Ultron90 (bincang) 13:01, 19 Mei 2024 (+08)