Wikisumber:Kedai Kopi
Cadangan untuk menetapkan beberapa dasar asas Wikisumber Bahasa Melayu
Salam semua, suntingan ini merupakan cubaan pertama saya untuk mengajukan cadangan saya di Wikisumber Bahasa Melayu. Cubaan ini saya berpendapat penting untuk menentukan arah tuju perkembangan Wikisumber Bahasa Melayu. Kalau ada maklum balas berkaitan boleh utarakan pendapat di sini.
- Perkara 1: Untuk ruang nama Indeks ("Index:") dan terutamanya ruang nama Laman ("Page:")
- Hanya digunakan untuk mentranskripsi kandungan dari imbasan sumber karya asli/terbitan yang merupakan hak awam (yakni: dokumen kerajaan lebih daripada 50 tahun selepas penerbitan, dan untuk karya biasa pula 50 tahun selepas pengarang asal meninggal dunia, bergantung kepada negara, rujuk Commons:Copyright rules by territory). Karya tersebut boleh berada dalam bentuk manuskrip/dokumen rasmi/batu bersurat/teks yang ditemui secara arkeologi dan sebagainya. Contoh penggunaan ruang nama Indeks dan ruang nama Laman adalah seperti di Index:Batu Bersurat Terengganu.jpg serta sublamannya.
- Proses transkripsi ruang nama Laman sepatutnya bertujuan untuk menghasilkan bahan transkripsi yang merupakan salinan tepat kepada bahan imbasan asli. Maksudnya di sini macam mana bahan imbasan itu dipaparkan, begitu jugalah kandungan transkripsi itu sepatutnya dipaparkan.
- Perkara 2: Semua terbitan karya sendiri pada abad ke-21 (juga dikenali sebagai "vanity publication" yang proses penerbitannya tidak dilakukan secara profesional) handaklah diletakkan di Wikibuku Bahasa Melayu bukannya di Wikisumber.
- Perkara 3: Namun untuk ruang nama Utama ("mainspace", tiada sebarang kata simpanan dengan ":") saya berfikir untuk membenarkan format transkripsi + alih aksara/terjemahan seperti di halaman utama Batu Bersurat Terengganu (yakni: transkripsi yang hampir sama dengan bentuk asal karya + alih aksara/terjemahan ke dalam bahasa Melayu yang kita semua boleh faham), walaupun asalnya ruang nama Utama di Wikisumber Bahasa Inggeris hanya digunakan untuk memaparkan gaya cetak bahan transkripsi imbasan. Ini kerana ruang nama Terjemahan ("Translation:") masih tidak wujud di Wikisumber Bahasa Melayu (sedangkan wujud di Wikisumber Bahasa Inggeris dll.), maka saya berpendapat format seperti Batu Bersurat Terengganu adalah format yang terbaik buat masa ini sementara ruang nama baharu sedang diusahakan di Phabricator.
Komen untuk Perkara 1
- Pada pendapat saya, persamaan transkripsi tidak perlu dititikberatkan. Apa yang saya rasa ialah transkripsi ini perlu dilakukan secara ringkas. Anda tidak perlu berpegang kepada skripnya. Saya ada contoh Surat Lontar Wikisumber Bahasa Bali yang saya sunting (Bali-lontar-gaguritan-janmaprawreti-01-350ppi). Hasil transkripsi seharusnya memudahkan orang lain membaca. Dan menjadikannya lebih mudah untuk ditransklusikan. Lim Natee (bincang) 11:02, 19 Mei 2024 (+08)
- Lagi satu, adakah kita ingin menggunakan Indeks atau Index semasa menulis dalam Wikisumber ini, jika kita ingin menggunakan Indeks kita perlu menukarnya, dan juga adakah kita ingin menukar ruang nama Wikisource kepada Wikisumber. Lim Natee (bincang) 11:08, 19 Mei 2024 (+08)
- Dari awal memang dah tetapkan untuk pakai versi Melayu; rasanya perihal teknikalnya masih dalam pembangunan. PeaceSeekers (bincang) 11:14, 19 Mei 2024 (+08)
- Kalau masih belum selesai isu ni selepas sebulan, mungkin perlu ketengahkan di Phabricator. Sama juga dengan logo masih belum ditukar ke logo ms. Ultron90 (bincang) 12:40, 19 Mei 2024 (+08)
- Dari awal memang dah tetapkan untuk pakai versi Melayu; rasanya perihal teknikalnya masih dalam pembangunan. PeaceSeekers (bincang) 11:14, 19 Mei 2024 (+08)
- Selepas saya berfikir sejenak, saya juga bersetuju bahawa tidak kiralah sama ada penggunaan templat format ke mahupun pemformatan gaya atur cetakan ke (seperti menambah kotak bingkai di luar teks ke, teks besar/kecil ke guna templat justify ke), tidaklah sampai kata tidak perlu buat (boleh sahaja hendak buat) tetapi semua pemformatan itu bukannya objektif utama kita di Wikisumber. Perkara yang paling teras di Wikisumber adalah mentranskripsi tulisan dari karya asal kepada tulisan yang boleh disalin tampal secara atas talian. Contohnya seperti laman ini, isi halamannya sekadar mengekstrak tulisan Jawi daripada karya asalnya yang juga bertulisan Jawi. Yang penting adalah jika laman karya asal itu tulisan Jawi maka hasil transkripsi juga perlu dalam tulisan Jawi. Betulkah tidak pandangan saya ini? Hakimi97 (bincang) 13:48, 19 Mei 2024 (+08)
- Ya betul. Tapi penggunaan bingkai di perlukan jika memang bingkai itu memang menjadi bahagian dalam naskhah itu. Mungkin itu menjadi pembezaan antara bahagian satu dengan yang lain. Tapi, setakat ini untuk ujibaca (kuningkan halaman) rapikan sahaja naskhah tu. Pengesahan (menghijaukan halaman) ini baru untuk mencantikkan halaman tersebut. Sebab tu la di sarankan untuk pengesahan diharapkan kepada pengguna yang advance. Lim Natee (bincang) 14:49, 19 Mei 2024 (+08)
- Benar sekali ... macam Lim kata sebelum saya, kalau perihal bingkai dsb. itu memang perlu, tetapi taklah sampai misalnya, ikut bulat-bulat setiap baris mula/akhir dengan perkataan apa (melainkan puisi, sajak dsb.). Bagi teks lazim, tulis saja "macam biasa". Itu yang saya risaukan sepanjang kita bincang hal ini. PeaceSeekers (bincang) 16:36, 19 Mei 2024 (+08)
- Lagi satu, adakah kita ingin menggunakan Indeks atau Index semasa menulis dalam Wikisumber ini, jika kita ingin menggunakan Indeks kita perlu menukarnya, dan juga adakah kita ingin menukar ruang nama Wikisource kepada Wikisumber. Lim Natee (bincang) 11:08, 19 Mei 2024 (+08)
- Masalah hak cipta: Adakah di antara ahli Wikisumber Bahasa Melayu ini yang faham benar tentang hak cipta? Sehingga pertanyaan seperti
- apakah fail Index:Hikayat_Abdullah_(1880_version).pdf memang benar masuk domain awam sebab ditulis tahun 1880, sedangkan di laman NLB ada tertulis "All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2006"; atau
- apakah fail Index:Turjuman al-Mustafid.pdf benar masuk domain awam sebab itu karangan Syeikh Abdurrauf as-Sinkili di abad ke 12 Hijriah, sedangkan isi fail itu adalah hasil suntingan Syeikh Idris Marbawi, yang berpulang belum lewat 50 tahun?
dapat beroleh jawaban yang muktamad.
- Masalah Salinan Tepat: Jeda baris dalam perenggan biasa memang tidak perlu disalin tepat-tepat, lain halnya untuk syair atau sajak. Penyuntingan lanjutan sedemikian sehingga hasil ketikan dapat semirip mungkin dengan naskah asal tentu dialu-alukan walau tidak menjadi tujuan utama. Untuk naskah bertulisan Latin rasanya tak banyak menimbulkan masalah. Namun yang bertulisan Arab, apakah menyalin سࢴل menjadi سݢل (perhatikan titik Ga) mengurangi ketepatan penyalinan? Bagaimana dengan kedudukan huruf hamzah yang dalam naskah lama seakan suka berpindah-pindah (ada فاء ada pula فأ, belum lagi hamzah tiga suku)? Bagaimana menyalin naskah yang kadang berubah antara ايت، اية، ايۃ? Apakah ya bengkok harus diketik موسے وعيسے atau boleh diketik موسى وعيسى? dan lain-lain. Sekian dulu Hadithfajri (bincang) 20:46, 19 Mei 2024 (+08)
- Untuk huruf Jawi, saya mencadangkan kita ikut sama seperti teks asal. Jika ada tiga titik atau tiada titik, kita ikut seperti teks asal walaupun tidak digunakan dalam ejaan terkini. Kedudukan huruf hamzah juga mengikuti teks asal sama ada di atas alif atau di tepi. Bagi yang kelainan bentuk huruf ta dan ya, kita guna ت dan ى kerana ے itu sama dengan huruf ى dan ے itu hanya jenis bentuk huruf yang wujud dalam khat nasakh dan bukannya huruf yang berlainan. Tofeiku (bincang) 21:10, 19 Mei 2024 (+08)
Komen untuk Perkara 2
Saya setuju. Jika ada manuskrip yang anda rasa begitu, sebaiknya masukkan ke dalam Wikibuku Bahasa Melayu. Lim Natee (bincang) 11:28, 19 Mei 2024 (+08)
- Setuju untuk ini. Lagipun, Wikisumber secara amnya bertujuan ke arah pengarkiban berbanding penulisan kendiri. PeaceSeekers (bincang) 12:08, 19 Mei 2024 (+08)
Komen untuk Perkara 3
Ya saya setuju dengan pendapat ini. Tetapi, saat ini kita tunggu sahaja sampai (translation) itu wujud dalam Wikisumber Melayu. Jika, tiada yang mendesak. Kita boleh bersabar dulu. Kalau mahu edit pandanan atau terjemahan rumi dalam Wikisumber ini. Lim Natee (bincang) 14:53, 19 Mei 2024 (+08)
Agaknya cara yang digunakan di laman Page:Hikayat_Bayan_Budiman.djvu/2, yaitu menggunakan <section begin="rumi"/>
, baik juga untuk masalah alih aksara. Supaya lebih mudah untuk melihat naskah asal ketika mengalihaksarakannya dan barangkali memudahkan pula apabila akan nanti akan dipanggil (transklusi ya istilahnya?) atau dipindah-pindahkan (dipindahkan ke translation itu kalau memang iya). Hadithfajri (bincang) 20:57, 19 Mei 2024 (+08)
- Untuk saat ini, tidak masalah untuk menggunakan itu. Jika, memang ingin membuat alih aksara. Tetapi, selepas laman translation wujud. Rumi dalam naskhah tersebut dapat di pindahkan. Karena, transliterasi bukan menjadi benda utama. Jadi, jika mahu transliterasi sila saja. Tetapi, selepas itu, dalam halaman naskhah hanya tulisan yang sama dengan naskah sahaja yang wujud (bukan transliterasi nya). Lim Natee (bincang) 21:27, 19 Mei 2024 (+08)
Ping pengguna: @Ultron90, @Tofeiku, @PeaceSeekers, @Hadithfajri, @Chongkian, @26 Ramadan, @Akbar Soepadhi, @Agus Damanik. Hakimi97 (bincang) 09:51, 19 Mei 2024 (+08)
- Utk perkara 1 nombor 2, saya setuju yang transkripsi harus mengikut format seboleh-bolehnya semirip dengan manuskrip awal, tapi tidak wajib. Hanya untuk penyunting berpengalaman supaya pemformatannya tersusun rapi semoga transkripsinya hampir sama dengan manuskrip asal apabila dicetak. Ultron90 (bincang) 12:47, 19 Mei 2024 (+08)
- Saya tiada sebarang halangan untuk Perkara 1 hingga 3 di atas. 26 Ramadan (bincang) 16:07, 19 Mei 2024 (+08)
Pencalonan penyelia
Di sini saya usulkan pencalonan dan pengundian 2 penyelia untuk pengurusan Wikisumber supaya lebih tersusun dan penyelenggaraan dapat dilakukan.
Cadangan penyelia 1: @Lim Natee
Huraian: Beliau amat aktif di Wikisumber sejak di fasa Pengeram serta telah menganjurkan pelbagai bengkel Wikisumber di Malaysia dan juga Indonesia. Dengan adanya kemudahan penyelia, saya yakin beliau dapat menjalankan tugas dengan baik.
Cadangan penyelia 2: @Hakimi97
Huraian: Beliau juga amat aktif di Wikisumber sejak kelahiran Wikisumber bahasa Melayu serta telah menyumbang banyak dalam hal-hal transkripsi dan pengaturan laman. Dengan adanya kemudahan penyelia, saya yakin beliau juga dapat menjalankan tugas dengan baik.
Saya mohon pengguna-pengguna lain memberi undian dan ulasan (jika ada) menggunakan templat Setuju atau Bantah sahaja untuk mempercepatkan undian tanpa berkecuali. Pengundian akan berlangsung selama seminggu hingga 26 Mei 2024 pukul 2:00 PM waktu Malaysia. Terima kasih. Ultron90 (bincang) 13:01, 19 Mei 2024 (+08)
- Terima Kasih @Ultron90. Saya terima pencalonan sebagai penyelia. Lim Natee (bincang) 16:39, 19 Mei 2024 (+08)
- Terima kasih saudara @Ultron90 kerana mencalonkan saya sebagai penyelia di Wikisumber Bahasa Melayu. Saya terima pencalonan menjadi penyelia, dan akan berusaha untuk menyelenggara laman-laman templat, modul dan kategori di Wikisumber.--Hakimi97 (bincang) 16:41, 19 Mei 2024 (+08)
- Setuju kedua-duanya. Zahirulnukman (bincang) 16:42, 19 Mei 2024 (+08)
- Saya Setuju kedua-dua calon. Rombituon (bincang) 18:27, 19 Mei 2024 (+08)
- Setuju kedua-duanya. Hadithfajri (bincang) 18:27, 19 Mei 2024 (+08)
- Setuju kedua-dua calon. Tofeiku (bincang) 21:02, 19 Mei 2024 (+08)