Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

PRINSIP PEMERINTAHAN DALAM ISLAM MENURUT MUHAMMAD ASAD

2024, Jurnal Hadhari: An International Journal

The paper discusses Muhammad Asad’s work on the principle of Islamic governance and its basic constitution and foundational structure. In this regard, he formulated the constitutional ideas of Islamic state whose constitution contains the provision of Islamic law that practiced and implemented the norms stated in the Quran and hadith. This idea was partly enshrined in the Pakistan constitutional law whose political establishment was formed in 1947. It essentially discussed Muhammad Asad’s political ideas and its underlying philosophy as espoused in his works, such as The principles of state and government in Islam, This law of ours and other essays, Islamic constitution making, journal Arafat, The message of the Quran, Sahih al-Bukhari the early years of Islam and etc. The study is based on qualitative methods in the form of library research. The data were analysed using descriptive, analytical and comparative methods. The finding shows that Muhammad Asad had formulated comprehensive theoretical framework of legal aspect of Islamic governance drawn up from the fundamental principle and doctrine of the shariah, and its moral norms derived from the teaching of the Quran and the sunnah, while advocating democratic ideals and principles based on conventional practice and requirement of modern context of nation state.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Jurnal Hadhari: An International Journal 16 (1) (2024) 101–119 ejournals.ukm.my/jhadhari ISSN 1985-6830 eISSN 2550-2271 PRINSIP PEMERINTAHAN DALAM ISLAM MENURUT MUHAMMAD ASAD (The Principle of Islamic Governance According to Muhammad Asad) Ahmad Nabil Amir* International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM), 24, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia ABSTRACT The paper discusses Muhammad Asad’s work on the principle of Islamic governance and its basic constitution and foundational structure. In this regard, he formulated the constitutional ideas of Islamic state whose constitution contains the provision of Islamic law that practiced and implemented the norms stated in the Quran and hadith. This idea was partly enshrined in the Pakistan constitutional law whose political establishment was formed in 1947. It essentially discussed Muhammad Asad’s political ideas and its underlying philosophy as espoused in his works, such as The principles of state and government in Islam, This law of ours and other essays, Islamic constitution making, journal Arafat, The message of the Quran, Sahih alBukhari the early years of Islam and etc. The study is based on qualitative methods in the form of library research. The data were analysed using descriptive, analytical and comparative methods. The finding shows that Muhammad Asad had formulated comprehensive theoretical framework of legal aspect of Islamic governance drawn up from the fundamental principle and doctrine of the shariah, and its moral norms derived from the teaching of the Quran and the sunnah, while advocating democratic ideals and principles based on conventional practice and requirement of modern context of nation state. Keywords: Islamic state; constitution; politics; pakistan * Corresponding author: Ahmad Nabil Amir, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM), 24, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia, email: nabiller2002@ yahoo.co.uk Diserahkan:28 November 2023 Diterima:8 Mac 2024 DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2024-1601-07 Jurnal Hadhari: An International Journal 16 (1) (2024) 101–119 ABSTRAK Kertas ini membincangkan pandangan politik Muhammad Asad dan falsafah pemikirannya tentang prinsip pemerintahan dalam Islam. Ia mengkaji teorinya tentang prinsip negara hukum, dasar dan prinsip tatakelola, asas perundangan dan struktur pentadbiran, isu-isu governans dan dustur (perlembagaan) negara Islam. Ini disorot dari penulisan dan buku-bukunya yang berkaitan seperti The Principles of State and Government in Islam, Islamic Constitution-Making, Calling All Muslims, This Law of Ours and Other Essays, Islam at the Crossroads, The Spirit of Islam, The Road to Mecca, jurnal Arafat, Sahih al-Bukhari the Early Years of Islam dan sebagainya. Kajian ini dirangka berasaskan metode kualitatif, berbentuk dokumentasi dan kajian kepustakaan. Data diperoleh dari sumber-sumber primer dan sekunder yang terkait dan dianalisis secara deskriptif, analitis dan komparatif bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh, saintifik dan akurat. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pemikirannya digarap dari kefahaman dan praktik shar‘iy yang mendasar berhubung aspek pemerintahan dan perundangan Islam yang diambil dari keterangan-keterangan al-Quran dan sunnah dan prinsip-prinsip asas hukum dan syariat. Ia turut menekankan keperluan untuk mengembangkan praktik dan ideal demokratik yang komprehensif dalam konteks mutakhir berikut kebangkitan negara bangsa yang dominan di zaman pasca moden Kata kunci: Negara Islam; konstitusi; politik; Pakistan PENDAHULUAN Kertas ini membincangkan pandangan politik Muhammad Asad (12.7.1900, Lemberg – 20.2.1992, Mijas) dan falsafah serta teori yang dikembangkannya tentang prinsip asas pemerintahan Islam. Merujuk kepada tulisan-tulisan mutakhir yang mengkaji kerangka dan bentuk pemikiran politik Muhammad Asad, terdapat beberapa karya yang terkait yang dibangunkan tentang nuansa pemikiran dan ideologi politiknya, yang dihasilkan dalam bentuk buku, artikel dan tesis. Antaranya ialah kajian yang ditulis oleh Tadzkira Nadiya Tsauri (2017), MA Sherif (2009), Pipip Ahmad Rifai Hasan (1998), H. Idzam Fautanu (2017), Acep Bahrul Rivai (2012), Mia Oktaviani (2019), Zaimul Asroor (2019), Kenneth X. Robbins (ed.) (2022) dan lain-lainnya. Tadzkira Nadiya Tsauri (2017) mengupas tentang pengaruh pemikiran Muhammad Asad dalam pembentukan negara Islam moden Pakistan yang diasaskan pada tahun 1947. Ia menggambarkan tentang latar pemikiran dan perjalanan hidup serta proses pembelajaran dan pengalamannya yang panjang yang telah melahirkan pemikirannya tentang negara Islam. Meskipun pemikirannya begitu moden, namun ia tetap menekankan perlunya mengacu dan mengakar pada asas. Asad termasuk salah seorang yang bertanggungjawab menyusun dustur asas tentang konsep dan ideologi 102 Prinsip Pemerintahan dalam Islam Menurut Muhammad Asad politik yang mendasari struktur pemerintahan Islam, dengan mengedepankan prinsip moral yang diajarkan oleh al-Quran dan sunnah, sebagai sumber asli dari syariat. Di mana tujuan akhir dari penegakkan sistem kenegaraan Islam itu adalah ketundukan dan ketaatan pada Pencipta. Meskipun ideanya hanya dimasukkan dalam bahagian pembukaan dari konstitusi Republik Islam Pakistan, dan sudah tidak diberlakukan lagi, namun gagasan yang diilhamkannya tetap hidup dan dikenang dalam pemikiran dan memori sejarahnya sebagai salah seorang pendiri dan leluhurnya. Projek pembentukan negara Islam yang direncanakan oleh Muhammad Asad turut disorot oleh MA Sherif (2009) dalam kertas berkalanya Why An Islamic State: The Life Projects of Two Great European Muslims yang membandingkan idea dua orang intelektual Muslim Eropah yang terkemuka, Alija Izetbegovic dan Muhammad Asad dalam mengartikulasikan konsep tentang tatanan sosio-politik Islam dan menggariskan visi negara Islam pada abad kedua puluh. Kedua-duanya adalah penganjur yang gigih terhadap dimensi politik Islam dan projek bagi menegakkan masyarakat di mana ajaran-ajaran moral dan etika keagamaan akan menemukan ekspresi yang praktis. Dalam tesis sarjananya yang diserahkan kepada Universiti Concordia, Montreal, Kanada, Pipip Ahmad Rifai Hasan (1998) mengkaji idea politik Muhammad Asad, dengan menyorot rencana Asad tentang model semasa negara Shari‘ah dalam konteks Pakistan, yang menangani isu-isu konstitusi berhubung dengan sifat dan kuasa pelbagai organ negara, pembentukan undang-undang Islam yang moden, status orang bukan Islam dan wanita, serta hubungan antara negara Islam dengan bukan Islam. Menurut Asad, untuk mencapai matlamat yang ideal dari kebangkitan budaya, intelektual dan spiritual Muslim, Islam seharusnya menjadi program kehidupan, di mana penegakkan politik Islam yang sebenar adalah imperatif sekiranya umat Islam benar-benar inginkan wahana melalui mana mereka dapat menterjemahkan prinsip Islam ke dalam tindakan. Di samping itu, beliau percaya bahawa kebebasan dan kemakmuran Muslim tidak akan tercapai melainkan penganutnya tunduk dengan sepenuh hati kepada prinsipnya dan mengupayakan implementasinya. Tesisnya ini dirangka berasaskan peninjauan sejarah terhadap idea politik-religius Asad, yang dikumpulkan dari tulisan-tulisannya, berupa buku, artikel dan laporan temuramahnya. Akhirnya, ia menyimpulkan tentang kebolehpercayaan dan keterpakaian model negara Shari‘ah yang diusulkannya, dalam konteks perkembangan moden dan persoalan-persoalan semasa yang krusial yang didepani umat Islam. Konsep dan gagasan politiknya ini turut diperhalusi oleh H. Idzam Fautanu (2007, 2018) dalam makalahnya yang mengupas konsep-konsep kunci tentang sistem pemerintahan dan tatakelola yang dilontarkan oleh Muhammad Asad, yang dikenal sebagai pemikir dan ideolog Negara Islam Pakistan, berdasarkan refleksinya atas ajaran Islam,yang telah membawakan pandangan-pandangan yang cukup khas di 103 Jurnal Hadhari: An International Journal 16 (1) (2024) 101–119 dunia Islam moden, mencakup idealisme hukum, dasar dan prinsip tatakelola, dan asas perundangannya. Ini secara lebih spesifik diperjelaskan oleh Acep Bahrul Rivai (2012) dalam tesis diplomanya yang membahaskan intipati pemikiran Muhammad Asad tentang negara Islam berdasarkan karyanya The Principles of State and Government in Islam. Dalam tinjauannya, Acep merumuskan beberapa ciri penting dari pemikiran Muhammad Asad, bahawa negara yang sebahagian besarnya atau bahkan seluruhnya Muslim tidak semestinya identik dengan negara Islam. Ia hanya dapat menjadi benar-benar Islam berdasarkan penerapan yang sadar terhadap ajaran sosial politiknya dalam kehidupan bangsa oleh penggabungannya yang prinsipal dalam konstitusi dasar negara. Pada asasnya, penelitiannya ini melihat pada pandangan dan hujah Asad dalam menjustifikasi keperluan negara Islam dan tujuan pembentukannya, serta bentuk pemerintahannya dalam konteks semasa. Penemuan ini diperkukuh oleh Mia Oktaviani (2019) dalam skripsi Sarjana Hukumnya yang diserahkan kepada Fakulti Syariah, Universiti Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin Banten, yang mendalami fikrah dan pandangan politik Islam Muhammad Asad. Menurutnya, Muhammad Asad berpendapat bahawa dalam bernegara, bentuk pemerintahannya diserahkan kepada kaum Muslimin dalam menentukan model atau corak yang sesuai dengan nilai dan ideal Islam, kerana tiada ketetapan tentang bentuk negara yang disebutkan dalam al-Quran dan hadith. Sedangkan hubungan kekuasaan badan-badan eksekutif dan legislatif, adalah tiada pemisahan antara keduanya yang merupakan lembaga yang terintegrasi di bawah pemerintahan seorang amir, yang berfungsi sebagai ketua majlis legislatif merangkap fungsi eksekutifnya sebagai kepala negara, yang dapat mengatasi dualisme kekuasaan. Manakala hubungan pemerintah dengan rakyat adalah terikat oleh sistem hukum yang bertimbal balik, dengan hak dan kewajipan yang setara, yakni wajib ditaati, dan harus memberikan perlindungan kepada warganya, memberikan peluang pendidikan untuk rakyat dan berbagai kemudahan ekonomi yang diperlukan. Sedangkan rakyat berhak mendapat perlindungan, mengawasi pemerintah dan mengkritiknya, kehormatan diri dan keluarganya terjaga, berjihad dan berpegang pada nas-nas syarak. Hal ini turut ditinjau oleh Zaimul Asroor (2019) dalam bukunya yang menganalisis konteks penafsiran ayat-ayat politik oleh Muhammad Asad, iaitu dari segi kecenderungan tekstualis dan kontekstualisnya terkait dengan persoalan negara dan pemerintahan. Gagasan Asad dalam perdebatan panjang tentang hubungan agama dan negara ini menarik, khususnya dalam konteks pendirian negara Islam Pakistan, yang ia sendiri turut terlibat secara langsung. Penafsirannya atas ayat-ayat politik yang menjadi dasar penghujahannya menjadi inti dari penulisan ini, yang turut menyuguhkan penafsiran dari mufassir lain dalam menanggapi isu-isu politik terkait dengan mafhum dan kontekstualisasi ayatnya. Dalam buku yang dieditnya bersama Zohaib Ahmad, Omar H. Ali, Sifra Lentin, William L. Richter dan Ephraim 104 Prinsip Pemerintahan dalam Islam Menurut Muhammad Asad Nissan, Kenneth X. Robbins (2022) meninjau latar belakang dan perjalanan hidup dan transformasi Asad dari Leopold Weiss kepada Muhammad Asad, serta karyakarya sejarah dan perkembangan kareernya di India dan Pakistan. Justeru tulisan ini bermaksud untuk meninjau pemikiran Muhammad Asad, dari sejumlah kajian sebelum ini tentang usaha dan pengaruhnya dalam pembentukan Pakistan, dan isu-isu governans dan dustur (perlembagaan) yang lain. If our present leaders but listen to the people’s heartbeat they are bound to realise that what the common man desires is not merely a state in which Muslims would have greater economic facilities that they have now, but a state in which God’s Word would reign supreme (Muhammad Asad 2015). METODOLOGI Kajian ini dirangka berasaskan metode analisis kualitatif, dalam bentuk dokumentasi dan kajian kepustakaan. Data diperoleh dari sumber-sumber primer dan sekunder yang terkait dan dianalisis secara deskriptif, analitis dan komparatif bagi menghasilkan penemuan yang menyeluruh, saintifik dan akurat. Berdasarkan pemerhatian terhadap dokumen dan sumber-sumber asal dari buku, tesis, dan artikel jurnal, suatu kesimpulan dirumuskan tentang pemikiran politik Muhammad Asad dan relevansi serta impaknya terhadap konteks pembaharuan Islam semasa. ASAD – PENTAFSIR BUDAYA DAN UNDANG-UNDANG ISLAM Asad merupakan salah seorang pendiri negara Islam Pakistan yang diasaskan pada bulan Mei 1947. Beliau diberikan hak kerakyatan pada bulan Ogos 1947 sekaligus menjadi warganya yang pertama. Asad telah memainkan peranan penting dalam penubuhan negara yang berasal dari mimpi filasuf dan pujangga Islam Muhammad Iqbal (1877-1938) itu ketika beliau berkunjung ke India pada awal 30-an dan menemui Iqbal yang mencetuskan idea tentang pemisahan Pakistan. Iqbal meminta Asad untuk membantu melakar masa depan spiritual dan menggariskan dasar dan kebijakan politik dan “menjelaskan premis intelektual bagi masa depan Negara Islam.” (Muhammad Asad, 2004: 1) Bagi memenuhi gagasan dan visi yang diilhamkan oleh pujangga besar ini, Asad meninggalkan cita-citanya untuk menjelajah ke Timur Turkistan, Cina dan Indonesia - bagi menjayakan hasrat penubuhan negara Islam yang direncanakan oleh Iqbal itu. Asad mencerakinkan hasrat politik ini dalam eseinya Islamic Constitution Making yang disusunnya ketika menerajui Department of Islamic Reconstruction, Pakistan. Ia menyediakan landasan dan konsep tentang ideologi politik dalam bangsa dan negara Pakistan. Pengaruh idea dan pandangan yang dicetuskan oleh Iqbal tentang 105 Jurnal Hadhari: An International Journal 16 (1) (2024) 101–119 negara Islam ini dihimbau dalam bukunya, The Road to Mecca, yang merakamkan perjalanan spiritualnya dan pengalaman yang ditempuhnya di tengah pergunungan tanah Arab - yang ditulis ketika diangkat sebagai wakil pemerintah Pakistan ke UN (United Nations): To me, as to Iqbal, this dream represented a way, indeed the only way, to a revival of all the dormant hopes of Islam, the creation of a political entity of people bound together not by common descent but by their common adherence to an ideology (Muhammad Asad 2004). Pemikiran dan ide-ide tentang rekonstruksi politik, dan dasar konstitusi Islam yang bernafaskan nilai spiritual-demokratik ini, yang dilakarkannya dengan kefahaman falsafah hukum dan fiqh siyasah yang tuntas telah menyumbang kepada penyerlahan reputasi Asad sebagai pentafsir hukum dan pemikir undang-undang syar‘iy yang ideal: For years I devoted myself to this ideal, studying, writing and lecturing, and in time gained something of a reputation as an interpreter of Islamic law and culture (Muhammad Asad 2004). Idea tentang rekonstruksi diletakkan di bahu Asad oleh Quaid-e-Azam, Muhammad Ali Jinnah. Ia bermula dengan hubungan dengan golongan intelektual yang terkesan dan menaruh perhatian dan keghairahan dengan Islam dan Pakistan. “Sehingga saat itu, umat Islam tidak mempunyai sebarang model tentang negara Islam. Kebanyakan buku yang diterbitkan sebelum tahun 1940an, memfokuskan tentang khalifah. Asadlah yang memulakan perdebatan tentang apakah rupanya sistem pemerintahan dalam negara Islam pada abad moden” (Muhammad Arshad 2016). Menurut Martin Kramer (1999), setelah pembebasannya dari kem tahanan Inggeris di India (1939-Disember 1945) pada 1946, Asad “sepenuhnya diidentifikasi dengan perjuangan Pakistan, yang dilihatnya tidak sekadar sebagai tempat perlindungan, tetapi sebagai bingkai kerja bagi sebuah politik Islam yang ideal”. Tujuan Asad adalah untuk menggambarkan negara Islam sebagai sebuah demokrasi multiparti berparlimen yang liberal. Beliau mengutip dalil dalam sumber-sumber Islam bagi pemilihan, legislasi berparlimen dan parti-parti politik. Cadangannya, yang diterbitkan pada Mac 1948, sebagai Islamic Constitution-Making, dicerminkan dalam bahagian mukadimah Konstitusi Pakistan yang pertama, yang diterimapakai oleh Majlis Konstituensi pada 1949. Pengembangan idea-idea demokratiknya turut menghadapi pertentangan dari golongan ortodoks dan fundamentalis, yang dikatakan bercanggah dengan konsepsi Islam: “Some Muslim scholars argue that the concept of democracy is not compatible with the concept of an Islamic state. But of course it is and the Quran outlines the 106 Prinsip Pemerintahan dalam Islam Menurut Muhammad Asad essence of democracy” [sebahagian sarjana Islam berpendapat bahawa konsep demokrasi tidak sejajar dengan konsep negara Islam. Tetapi yang jelas memangnya demikian, kerana al-Quran telah menggariskan intipati demokrasi] (Muhammad Asad 1987) Gerakan bagi menyiapkan ideologi politik dan intelektual ini ketara melalui kegiatan Asad yang aktif bersiaran di corong radio dan televisyen, memberikan tanggapannya di Radio Pakistan, dan menawarkan konsepsinya tentang Pakistan, di mana ia terlibat dalam merangka idea-idea konstitusionalnya. Mengikut nasihat Iqbal, Asad menulis siri-siri artikel tentang mengapa Pakistan harus diwujudkan dan disiarkan dalam akhbar dan berkala Eropah; sebahagiannya diterbitkan dalam terjemahan Urdu dalam surat khabar terkemuka di Lahore. Selain itu, beliau turut menyampaikan syarahan tentang subjek yang sama di Lahore dan Delhi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Asad sendiri, Iqbal-lah yang pertama kali merumuskan dalam istilah politik yang jelas, idea tentang negara Islam di Utara India dan justeru memberikannya tubuh dan kehidupan. Malah, Asad menumpukan seluruh usahanya untuk merealisasikan mimpi Iqbal tentang sebuah negara Islam yang berideologi. Namun akhirnya visinya untuk menegakkan sebuah demokrasi liberal tidak terealisasi. Meski demikian, pada 1949, Asad mulai bekerja dengan bahagian khidmat luar Pakistan, akhirnya naik sebagai ketua Bahagian Timur Tengah di Kementerian Luar, dan pada 1952 dilantik sebagai duta besar Pakistan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berpengkalan di New York dan berkempen untuk pembebasan negara-negara koloni di Utara Afrika. Dalam dokumen asal yang disediakan oleh Muhammad Asad selaku Pengarahnya tentang tujuan asal penubuhan Department of Islamic Reconstruction (Punjab Barat, Lahore, 1947-49), iaitu Institusi Pemerintah Pakistan yang ditubuhkan untuk menjelaskan prinsip-prinsip ideologis yang mendasari Negara Pakistan yang baru (Muhammad Arshad 2016) ia menggariskan beberapa misi yang strategik dan mengemukakan cadangan tentang penggubalan Konstitusi pertama Pakistan. Pada dasarnya, ia ditempatkan di wilayah Punjab untuk mempengaruhi Majlis Konstituen dalam mendrafkan undang-undang yang berkepentingan dengan Islam dan kerajaan pusat, seperti disebutkan dalam ‘Memorandum for enforcement of Sharia in Pakistan’ yang dikirimkan oleh Asad kepada Constituent Assembly pada 18 Ogos 1948, yang mencadangkan bahawa “apa yang sangat diperlukan adalah pemakluman yang jelas dari pihak kerajaan bahawa tertegaknya polisi Islam bukan sekadar slogan pra-partisi tetapi adalah matlamat yang sebenar di balik tuntutannya” (Mansoor Ahmed 2020). Memorandum ini selanjutnya menyebutkan tentang fungsi dan tugas Jabatan ini dan mencadangkan untuk membentuk majlis daerah di semua kota dalam negara yang harus terdiri dari warganegara yang terkemuka dan pekerja-pekerja sosial untuk membantu membangunkan masyarakat Islam yang sebenar dan ‘Jawatankuasa Shariah” yang tersendiri, yang harus dibentuk dan terdiri dari ‘para ulama yang bertanggungjawab’ 107 Jurnal Hadhari: An International Journal 16 (1) (2024) 101–119 dari semua mazhab untuk mengkodifikasi undang-undang yang dirangka daripada alQuran dan Sunnah (Mansoor Ahmed 2020). Selanjutnya syarahan oleh Asad selaku pengarahnya juga disiarkan oleh stesyen Pemancar Lahore mengenai prinsip-prinsip Islam dan penting bagi pendapat umum. Syarahan ini menyentuh tentang tema bahawa menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif di mana penduduknya dapat menjalani kehidupan mengikut prinsip yang dirangka dari perintah-perintah Islam (Muhammad Asad 1987). Namun, akhirnya, Pakistan tidak menjadi sebagaimana yang Iqbal dan Asad harapkan. Negara yang baru itu adalah ‘suatu keperluan sejarah’ dan tanpanya, ‘umat Islam akan tenggelam dalam masyarakat Hindu yang jauh lebih maju dan kuat dari segi ekonomi dan intelektual’. Tetapi ‘malangnya ia tidak berkembang dalam cara yang kami inginkan. Visi Iqbal tentang Pakistan agak berbeza dengan Mohammed Ali Jinnah [1876-1948, gabenor-jeneral Pakistan yang pertama], yang sejak mula tidak inginkan pemisahan, Pakistan menjadi negara bagi kaum Muslim, tetapi pendiri sekularnya menyisihkan misinya sebagai negara Islam (Martin Kramer 1999). Alhasil Department of Islamic Reconstruction dibumihanguskan dengan arkibnya, setelah kematian Quaid-e-Azam dan semua saki baki maklumatnya dihapuskan. Tetapi bukti-bukti sejarah menunjukkan bekas-bekas dari kewujudannya yang pernah memainkan peranan yang kritikal pada saat itu, sepertimana dirakamkan dalam jurnalnya yang berpengaruh Arafat: A Monthly Critique of Muslim Thought, yang dibangunkan oleh Asad, dari catatan korespondennya dengan bapak-bapak pejuang dan pendiri bangsa. TEORI POLITIK DAN KENEGARAAN Kelahiran sebuah negara Islam Pakistan, pada rangka teorinya, menurut Asad, tidak dapat ditegakkan dengan meneruskan kebiasaan budaya bobrok dan jahil tetapi kesedaran akan kehidupan politik Islam yang praktik. Ia menuntut kesedaran dan kesungguhan penghayatan yang lahir dari kesedaran sebagai Muslim yang faham dengan aspirasi dan perjuangan bapak-bapak pejuang dan pendiri negara Islam Pakistan bagi memperjuangkan visi sebenar dari pembentukan negara untuk menjalankan tuntutan Islam yang menyeluruh. Ini digariskan dalam artikelnya What do we mean by Pakistan yang dimuatkan dalam jurnal Arafat Februari 1947 (ms. 66) dan digazetkan semula dalam bukunya This Law of Ours and Other Essays, (ms. 41): The Pakistan movement…can become the starting-point of a new Islamic development if the Muslims realise - and continue realising it when Pakistan is 108 Prinsip Pemerintahan dalam Islam Menurut Muhammad Asad achieved – that the real, historic justification of this movement does not consist in our dressing or talking or salaaming differently from the other inhabitants of the country, or in the grievances which we may have against other communities, or even in the desire to provide more economic opportunities and more elbowroom for people who – by sheer force of habit – call themselves ‘Muslims’: but that such a justification is to be found only in the Muslims’ desire to establish a truly Islamic polity: in other words, to translate the tenets of Islam into terms of practical life (Muhammad Asad 1987). PRASYARAT PENDIRIAN NEGARA Dalam eseinya Calling All Muslims yang disiarkan dalam jurnal Arafat, Lahore, 1948 Asad menjelaskan tekad politik dan aspirasi yang dibawa dalam dasar konstitusi yang dibentuk. Esei ini asalnya disampaikan dalam siri Radio Talk yang diadakan pada September, 1947, yang menyuarakan aspirasi pendiri Pakistan, Quaid-e-Azam, dan gagasan pentingnya untuk menjayakan konstruksi hukum dan politik Islam dari kerangka tauhid. Ia menggariskan kerangka dasar dalam perlembagaan yang menjamin kebebasan sivil, mempertahankan hak asasi, dan menerima prinsip demokratik dengan mewujudkan badan legislatif, eksekutif dan syura. Ia turut menekankan kepentingan daya juang dan daya tahan dan kesiapan moral yang tinggi dalam menjayakan agenda ini. Perkara ini dilontarkan dengan jelas dalam ucapannya: We are passing through a time of unprecedented stress and gravity, a time that calls for the utmost moral and physical effort on the part of every one of us. Unless we, as a community, are able to bring forth such an effort, our social and political life is bound to suffer grievously and the very achievement of an Islamic State may prove to have been an illusion (Muhammad Asad 1948). NEGARA ISLAM Negara Islam yang ingin dibangunkan oleh Asad adalah berdasarkan kepada kerangka dan struktur pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi (SAW) dan para sahabatnya. Menurutnya, inilah entiti dan kuasa politik dan khilafat Islam yang sebenar negara Islam Madinah di zaman Nabi (SAW), dan Khulafa al-Rasyidin kerana setelah zaman khalifah yang empat, sistem otoriter, diktator dan kuku besi yang bermaharajalela di dunia Islam. 109 Jurnal Hadhari: An International Journal 16 (1) (2024) 101–119 Kenyataan ini ditegaskan dalam bukunya The Principles of State and Government in Islam: For, let us be clear in our minds on one point at least: there has never existed a truly Islamic state after the time of the Prophet (SAW) and of the Medina Caliphate headed by the Prophet’s immediate successors, the four RightGuided Caliphs, Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman and ‘Ali. That Medina Caliphate was truly Islamic in the sense that it fully reflected the pristine teachings of both the Quran and the Prophet’s Sunnah and was yet unburdened by later-day theological accretions and speculations (Muhammad Asad 1961). Kenyataan bahawa pemerintahan yang ditegakkan dalam sejarah terawal Islam itu sahaja yang benar-benar mencerminkan keaslian politi Islam yang layak digelar “Islamik” adalah kerana faham tauhid yang dipertahan dan diperjuangkannya, yang bersandarkan dalil Quran dan Sunnah yang eksplisit, dan kerana, menurutnya “apa jua bentuk negara dan kerajaan yang wujud di negara-negara Islam setelah tempoh yang pertama dan terawal itu telah dirosakkan, kurang lebihnya, oleh penyimpangan ideologi dari kesederhanaan dan kejelasan Undang-undang Islam yang dulu, atau malah dengan percubaan yang sekaligus, sengaja dari pihak pemerintah untuk merubah dan mengaburkan Undang-undang itu untuk kepentingan mereka” (Muhammad Asad 1961). Ini menyebabkan umat Islam tidak memahami apakah implikasi sebenar dari idea pemerintahan Islam itu, kerana tokok tambah dari penafsiran dan istinbat dan penginstitusian Islam yang kemudian dari sifatnya yang asal, jelas. Kerana itu dalam perumusannya tentang idealisme hukum, pemahamannya hanya dikeluarkan dari keterangan nusus al-Quran dan sunnah yang eksplisit, disertai dengan ijtihad, di mana pandangan Asad tentang asas-asas tatakelola dapat disimpulkan sebagai berikut: (1) tidak ada bentuk khusus negara Islam; (2) tugas terpenting dari negara Islam adalah untuk menegakkan syariah; (3) tidak boleh ada penetapan hukum yang bertentangan dengan teks atau semangat syariah; (4) ketaatan pada pemerintahan yang berkonstitusi Islam merupakan tugas keagamaan Muslim; (5) pemerintahan yang disetujui rakyatnya adalah syarat yang paling utama dari negara Islam; (6) prinsip syura [al-Quran 42:38] menuntut pemilihan yang seluas mungkin (Muhammad Asad 1961); (7) keputusan majoriti adalah kaedah terbaik dalam memecahkan perbezaan pendapat; (8) keputusan Majlis Syura secara sah mengikat badan eksekutif; (9) tidaklah tak Islami jika menciptakan parti-parti politik yang saling bersaing kerana perbezaan pendapat di kalangan ummat menimbulkan rahmat; (10) sistem pemerintahan “presidential” sesuatu yang kurang lebih sama dengan apa yang diamalkan di Amerika Syarikat, yang harus sesuai dengan syarat-syarat Islam daripada pemerintahan “berparlimen”; 110 Prinsip Pemerintahan dalam Islam Menurut Muhammad Asad dan bahawa (11) Mahkamah Agung harus bertindak sebagai penjaga konstitusi, iaitu syariah (Idzam Fautanu 2017). Pandangan ini turut dirujuk oleh Deny Fresyan (2006) dalam penelitiannya tentang pemikiran Muhammad Asad tentang berdirinya negara Islam: “Menurut Muhammad Asad, pengertian negara Islam adalah negara yang di dalam konstitusinya memuat ketentuan syariat Islam sehingga dalam praktek ketatanegaraannya menjalankan norma-norma yang tercantum dalam al-Quran dan hadis.” Idea-idea teknikal berhubung dengan doktrin dan ideologi pemerintahan yang dirumuskan dari nas-nas al-Quran dan hadith ini dicerakinkan dalam bukunya The Principles of State and Government in Islam (1961), yang mencantumkan gagasangagasan awalnya tatkala menyiapkan konstitusi dasar Republik Islam Pakistan, yang digambarkannya sebagai Islamic in the full sense of the word, and would also take the practical requirement of our time (Muhammad Asad 1961). Menurut Edward J. Jurji (1963), “buku ini adalah perbincangan tentang dasardasar agama itu yang harus menemukan ekspresinya dalam perlembagaan yang mengaku sebagai aslinya Islamik. Meskipun demikian, rencananya tidak ditawarkan bagi ketukangan konstitusional di Pakistan atau mana-mana negara Islam yang lain. Asad mengimbau ukuran dasar yang mendukung kelangsungan undang-undang agama dari Islam: Jika perbezaan yang tajam membahagikan masyarakat Islam, orang-orang beriman harus sentiasa ingat perintah Nabi (SAW) yang mengisytiharkan bahawa “Perbezaan pendapat di kalangan ulama umatku adalah [tanda dari] rahmat Tuhan.” Sungguhpun umat Islam sebahagian besarnya diilhami dengan keghairahan akan idea tentang negara Islam yang sebenar – yakni, negara yang tidak berasaskan pada konsep kebangsaan dan ras tetapi semata-mata atas ideologi al-Quran dan Sunnah, mereka masih belum merealisasikan visi yang konkrit dari bentuk kerajaan ini yang menjelmakan karakter Islam yang nyata. Kenyataan bahawa tidak satupun dari negara-negara Islam yang ada setakat ini telah mencapai satu bentuk kerajaan yang dapat diistilahkan sebagai Islamik, menjadikan perbincangan tentang prinsip yang mendasari perlembagaan negara Islam penting. Dengan meninjau hampir seribu empat ratus tahun dari pangkal sejarahnya, buku ini memperlihatkan bagaimana bentuk yang beraneka dari negara Islam dapat muncul daripada landasan Islam, dan, bagaimana, sebarang negara yang timbul, untuk menjadi benar-benar Islamik, pada dasarnya, harus menggabungkan doktrin dari kerajaan dengan permuafakatan dan musyawarah. Walaupun Asad mempertahankan bahawa al-Qur’ān dan Sunnah tidak menetapkan sebarang bentuk negara yang spesifik dan bahawa sharī‘a tidak menguraikan teori 111 Jurnal Hadhari: An International Journal 16 (1) (2024) 101–119 perlembagaan yang terperinci, beliau bagaimanapun berpegang bahawa sebarang bentuk negara Islam harus sepenuhnya selaras dengan sharī‘a yang eksplisit, jelas berkait dengan kehidupan umum. Ia menyatakan di awal bukunya bahawa: “Sharī‘ah tidak dapat dirubah, kerana ia adalah Undang-undang Ilahi; dan ia tidak perlu diubah, kerana semua ketetapannya dirumuskan sedemikian rupa di mana tiada satu darinya yang pernah berbentur dengan sifat sebenar manusia dan keperluan sejati masyarakat manusia pada bila-bila masa: Hanya kerana ia membuat undang-undang hanya menyangkut aspek dari kehidupan manusia yang dengan sifatnya sendiri tidak tertakluk kepada perubahan.” (Muhammad Asad 1961). Sepanjang modelnya, Asad sangat memperhatikan tentang persoalan perlembagaan yang berkait dengan sifat dan kuasa dari pelbagai organ negara. Justeru, dalam pelbagai bab dari bukunya, ia menangani isu-isu seperti kerajaan dengan permuafakatan dan musyawarah dan hubungan antara badan eksekutif dan legislatif dan antara rakyat dan kerajaan. Keprihatinan ini tanpa syak membanggakan kerana ia menunjukkan komitmen kepada perlembagaan, meskipun nampaknya mustahil untuk mencapai ke perlembagaan melalui pemakaian sharī‘a. Dalam bukunya Sahih al-Bukhari The Early Years of Islam, Asad memberikan komentar tentang keperluan menegakkan sistem pemerintahan yang kondusif yang memungkinkan tertegaknya nilai dan prinsip hukum yang terikat dengan normanorma moral dan syarak, yang diungkapkan dalam komentarnya pada Kitab al-Iman (The Book of Faith): “Tujuan yang praktikal dari syariat Islam adalah pembinaan kondisi sosial di mana semua individu akan mendapatkan kesempatan yang sama bagi pembangunan spiritual dan material mereka. Tujuan sosial yang praktikal, dari syariat ini memberikan umat Islam hak moral untuk berjuang bagi penegakkannya di dunia”. (Muhammad Asad 2013). Namun realiti agama ini hanya bermula dengan keimanan manusia terhadap postulat-postulatnya, di mana “Iman, bukan Syariat, adalah batu asas agama; dan Iman, bukan Syariat, adalah kekuatan yang kreatif di dalamnya. Syariat agama tidak lain hanya formatif: tujuannya ialah untuk mendorong kekuatan kreatif dari iman ke dalam saluran yang konstruktif dan untuk membentuk pemikiran dan perbuatan manusia bagi memungkinkannya untuk meningkatkan daya spiritualnya dan untuk menyumbang bahagiannya yang sepenuhnya ke arah kemajuan, moral dan material, sesama makhluknya (Muhammad Asad 2013). PRINSIP KEADILAN DAN MAQASID SYARAK Justice is the first virtue of social institutions, as truth is of systems of thought - John Rawls, A Theory of Justice (1999) 112 Prinsip Pemerintahan dalam Islam Menurut Muhammad Asad Dalam menegakkan prinsip negara hukum, ia berbalik kepada maqasid syarak dan aspirasi keadilan dan kebebasan yang digariskannya yang menjadi teras dalam corak pemerintahan yang digagaskan oleh Asad. Dalam tafsirnya - The Message of The Quran – tentang kebijakan hukum beliau menjelaskan keyakinannya terhadap hikmah dan ketinggian hukum syarak seperti dipaparkan dalam komentarnya yang ekstensif pada surah 5:38 yang mengungkapkan kefahaman dan analisis perundangan yang mendalam dengan keutamaan untuk menegakkan asas maslahah dan maqasid syar‘iyyah bagi menjamin keadilan dan mempertahankan idealisme moral dan prinsip tatakelola yang baik: Now as for the man who steals and the woman who steals, cut off the hand of either of them in requital for what they have wrought, as a deterrent ordained by God (Muhammad Asad 1980). “Kekerasan yang bukan kepalang dari hukuman al-Quran ini dapat difahami hanya jika seseorang ingat prinsip yang fundamental dari Undang-Undang Islam bahawa tiada tugas (taklif) yang pernah dipikulkan kepada manusia tanpa dia dianugerahkan hak (haqq) yang sejajar; dan istilah “tugas” juga mengandungi, dalam konteks ini, pertanggungan kepada hukuman. Sekarang, antara hak-hak yang tak terpisah dari setiap anggota masyarakat Islam – Muslim dan bukan Muslim dengan setara adalah hak untuk diberi perlindungan (dalam segenap pemahaman dari perkataan ini) oleh masyarakat secara keseluruhan…sebagaimana terbukti dari pelbagai ketetapan alQuran dan juga perintah Nabi (SAW) yang didapat dari hadis-hadis yang sahih, setiap warganegara adalah berhak kepada habuan dari sumber daya ekonomi masyarakat dan justeru, kepada hak menikmati keselamatan sosial: dalam perkataan lain, dia harus terjamin dengan tahap kehidupan yang wajar setimpal dengan sumber yang ada pada masyarakat. Kerana, walaupun al-Quran menjadikannya jelas bahawa kehidupan manusia tidak dapat diekspresikan dalam kewujudan fizikal semata – nilai yang terakhir dari kehidupan adalah spiritual secara naturnya - orang-orang beriman tidak berhak untuk melihat kepada kebenaran dan nilai spiritual sebagai sesuatu yang dapat dipisahkan dari faktor fizikal dan sosial dari kewujudan manusia…Pendeknya, Islam membayangkan dan menuntut suatu masyarakat yang menyediakan tidak hanya kepada keperluan spiritual manusia, tetapi kepada keperluan tubuh dan inteleknya juga. Ia mengikuti, dengan itu, bahawa – untuk menjadi benar-benar islamik – suatu masyarakat (atau negara) harus dibentuk di mana setiap individu, lelaki dan wanita, dapat menikmati habuan minimum dari kesejahteraan materi dan keselamatan yang tanpanya tidak akan ada kehormatan manusia, tiada kebebasan yang sebenar dan, pada akibat yang terakhir, tiada kemajuan spiritual kerana, tidak akan ada kebahagiaan yang sebenar dan kekuatan dalam suatu masyarakat yang mengizinkan sebahagian dari anggotanya untuk menanggung kemiskinan yang tak sepatutnya sementara yang lain punyai lebih dari yang mereka perlukan. 113 Jurnal Hadhari: An International Journal 16 (1) (2024) 101–119 Hasil, peraturan sosial Islam mengarah pada keadaan di mana setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak mempunyai (a) cukup makan dan pakai, (b) rumah yang memadai (c) kemudahan dan peluang yang sama kepada pendidikan, (d) perawatan percuma dalam waktu sihat dan sakit. Akibat yang wajar dari hak-hak ini adalah hak kepada pekerjaan yang produktif dan lumayan ketika dalam usia bekerja dan kesihatan yang baik, dan peruntukan (oleh masyarakat atau negara) dari makanan yang cukup, tempat berlindung, etc. jika kehilangan upaya berakibat daripada penyakit, menjadi janda, dibuang kerja, usia tua, atau di bawah-umur. Sebagaimana telah disebutkan, kewajipan masyarakat untuk mewujudkan pelan keselamatan sosial yang komprehensif itu telah ditetapkan dalam banyak ayat al-Quran dan telah diperkuatkan dan diperjelas oleh banyak pengarahan Nabi (SAW)… In a community or state which neglects or is unable to provide complete social security for all its members, the temptation to enrich oneself by illegal means becomes irresistible – and, consequently, theft cannot and should not be punished as severely as it should be punished in a state in which social security is a reality in the full sense of the word. If the society is unable to fulfill its duties with regard to every one of its members, it has no right to invoke the full sanction of criminal law (hadd) against the individual transgressor, but must confine itself to milder forms of administrative punishment. (It was in correct appreciation of this principle that the great Caliph ‘Umar waived the hadd of hand-cutting (Muhammad Asad 1980). Dalam suatu masyarakat atau negara yang mengabaikan atau tidak mampu untuk menjamin keselamatan sosial yang sempurna ke atas semua anggotanya, kecondongan untuk memperkayakan diri sendiri secara haram menjadi tak tertepis dan alhasil, pencurian tidak harus dihukum sekeras sebagaimana ia harus dihukum dalam negara di mana keselamatan sosial adalah suatu realiti dalam maksud perkataan ini yang sepenuhnya. Jika masyarakat tidak mampu untuk memenuhi tanggungjawabnya terhadap setiap seorang dari anggotanya, ia tidak mempunyai hak untuk menuntut hukuman yang sepenuhnya dari undang-undang jenayah (hadd) ke atas pelanggar hukum, tetapi harus membataskan dirinya kepada bentuk hukum administrasi yang lebih ringan. Ia adalah dengan penghayatan yang tepat terhadap prinsip ini di mana Khalifah ‘Umar melepaskan hadd potong tangan. Tafsirannya ini memperlihatkan aspirasi hukum yang diperjuangkan yang mempertahankan prinsip keadilan dan menekankan dasar maslahah dan maqasid syariah sebagai prasyarat untuk menegakkan undang-undang Islam, di mana tertegaknya keselamatan dan keadilan sosial yang menjamin hak dan tanggungjawab moral, selaras dengan tuntutan syariat untuk mencapai keadilan dari realisasi hukum. 114 Prinsip Pemerintahan dalam Islam Menurut Muhammad Asad THE ISLAMIC MILLAT Namun akhirnya walaupun Department of Islamic Reconstruction yang dikepalai oleh Asad itu dirobohkan oleh pengkhianat, dan semua hasil kajian dan dokumen penyelidikannya musnah, obor negara Islam yang diilhamkan oleh pujangga asal Pakistan, Iqbal itu, terus menyala dan telah memberikan landasan yang ideal dan menjadi katalis dalam perjuangan menggembling kekuatan Millat (umat Islam), the Islamic Millat yang transenden bagi menyatu dan merealisasi identiti mereka (khudi), ke arah penubuhan negara Islam yang sebenar, seperti dibayangkan Iqbal: Let us, therefore, draw new courage, new hope and – most of all – a new determination from all those terrible things that have happened to us, and let us turn our eyes towards the distant horizon on which God’s promise to His Millat is written in letters of light and glory “You shall triumph if you are faithful (Muhammad Iqbal 1995). Justeru itu, marilah kita menggembling kekuatan baru, harapan baru yang paling penting tekad baru dari semua perkara yang menyesakkan yang telah menimpa kita, dan marilah kita menghadapkan pandangan kita ke ufuk yang jauh di mana janji Tuhan kepada Millat Nya terpahat dalam huruf dari cahaya dan ketinggian “Kamu akan mencapai kejayaan sekiranya kamu beriman”. Struktur politik yang dibangun dan diasaskan oleh Asad terus dimanifestasi dalam politik kontemporari di Pakistan, dan tenaga yang disumbangkannya telah memberikan pencerahan yang memungkinkan pengaruh dan kekuatan politik dan dakwah Islam tersebar meluas di Timur. Peranannya ini pernah dihimbau oleh Sayid Abul A‘la Mawdudi: Allama Muhammad Asad is one of the best gems West has ever given to Islam (Marwa Mahmoud 2022). KESIMPULAN Berasaskan tinjauan ringkas terhadap pemikiran politik Muhammad Asad dan landasan teoretikalnya ini, kajian ini mendapati bahawa pemikirannya menekankan prinsip kesederhanaan dan dasar konstitusi yang dibentuk berasaskan nilai dan prinsip al-Quran dan al-sunnah menekankan tatanan yang adil, kemudahan, keterangkuman dan kesederhanaan. Ini merangkumi nilai kemampanan dan ihsan yang diterapkan dalam sistem perlembagaan yang terhasil daripada permuafakatan badan-badan eksekutif, legislatif dan kehakiman. Dustur ini diputuskan di tangan ahl al-hal wa 115 Jurnal Hadhari: An International Journal 16 (1) (2024) 101–119 al’aqd melalui jalan perundingan dan musyawarah yang berkaitan dengan pelaksanaan hukum dan undang-undang yang menyeluruh yang mengenai seluruh entiti politik dan kemasyarakatan. Ia mempertimbangkan pembentukan konstitusi yang sihat dalam hubungannya dengan Pakistan yang mengambil kira hak dan tanggungjawab yang setara ke atas setiap individu dan yang menghendaki ketetapan-ketetapan wahyu dan syarak serta nilai-nilai akhlak dan moralnya tertegak dan pandangan hidupnya yang transendental direalisasikan. Dalam memperjuangkan kemerdekaan dan menetapkan landasan ideologi dan sosio-politik Pakistan dalam fasa formatifnya, yang berkaitan dengan pemisahannya dari India dan terhindar dari konflik agama dan kaum yang tegang, ia sedikit sebanyak telah mencapai entiti politik baru yang diimpikannya, dalam menyatukan kekuatan seluruh umat dan Millat, Alhasil, usahanya ini harus dilanjutkan dalam memastikan haluannya di masa depan konsisten dengan garis pemikiran dan semangat asalnya, mengingat gerakan ideologis ini merupakan model negara Islam yang patut dicontohkan di zaman kontemporer, setelah diasak oleh serangan ideologi Barat yang menghakis pemikiran dan kefahaman politik umat Islam. Yakni dalam memaknai dan mengembangkan nilai-nilai hukum dan prinsip syarak yang bernafaskan nilai etika, spiritual, metafizik dan pandangan dunia tauhid serta syiar-syiar agama yang perennial, selain mempertahankan idealisme maqasid dan ruh syariatnya yang mendasar yang menopang nilai-nilai kebebasan, keterbukaan, tasamuh dan keterangkuman yang bersifat positif, inklusif, dan seimbang. RUJUKAN Abroo Aman Andrabi. 2007. Muhammad Asad: His Contribution to Islamic Learning. New Delhi: Goodword Books. Acep Bahrul Rivai. 2012. Negara Islam menurut Muhammad Asad: Studi Pemikiran Muhammad Asad. Dlm. The Principles of State and Government in Islam. Tesis Diploma, Sarjana Syari‘ah, Fakultas Syari‘ah dan Hukum UIN Sunan Gunung Djati Bandung. Ahmad Syafi‘i Ma‘arif. 2014. Kegundahan Asad di Akhir Hayatnya. irfront.net/post/opinion-features/kegundahan-asad-di-akhir-hayatnya/ [9 September]. Amartya Sen. 2009. The Idea of Justice. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. Apriana. 2008. Konsep Negara Islam Muhammad Iqbal (Studi atas Pemikiran dan Kontribusinya terhadap Pembentukan Negara Pakistan). Tesis M. Hum, Universitas Islam Negeri Raden Fatah Palembang. 116 Prinsip Pemerintahan dalam Islam Menurut Muhammad Asad Deny Fresyan. 2006. Konsep negara dalam Islam: Studi pemikiran Muhammad Asad tentang berdirinya negara Islam. Disertasi Sarjana, UIN Walisongo Semarang. Edward J. Jurji. 1963. The principles of state and government in Islam. Journal of Church and State 5 (2): 269-270. Fautanu, H. Idzam. 2007. Konsep negara Islam Muhammad Asad: Studi atas pemikiran dan kontribusinya terhadap Pakistan. Disertasi Sarjana, Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta. Fautanu, H. Idzam. 2017. Prinsip-Prinsip Ketatanegaraan dalam Islam (Perspektif Muhammad Asad). Makalah Diskusi Dosen Madrasah Malem Reboan (MMR), Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Djati. https://etheses.uinsgd. ac.id/13172/1/ 120%20Idzan%20%28Ketatanegaraan%29.pdf [24 Oktober 2017]. Fautanu, H. Idzam. 2018. Peran negara dalam subsidi kepada masyarakat dalam pemikiran Muhammad Asad. Socio-Politica 8(1): 1-9. Hamidah. 2017. Perjuangan dan Pengaruh Muhammad Ali Jinnah dalam pembentukan negara Pakistan. Kontekstualita 33(1): 28-53. John Rawls. 1999. A Theory of Justice. Cambridge. Massachusetts: Harvard University Press. Kenneth X. Robbins. 2022. Four People of the Book: From Foreign Jewish Roots to South Asian Islamic Roles. Maryland: Kenneth X. Robbins. Mansoor Ahmed, Ghulam Mustafa, Muhammad Sajid Khan. 2020. Delineations of governance through Islam in Nascent Pakistan: Department of Islamic reconstruction and Islamic Law Commission. Academic Journal of Social Sciences 4(4): 848-860. Martin Kramer. 1999. The Road from Mecca: Muhammad Asad (born Leopold Weiss). Dlm. Martin Kramer (pnyt.) The Jewish Discovery of Islam: Studies in Honor of Bernard Lewis, hlm. 225-47. Tel Aviv: The Moshe Dayan Center for Middle Eastern and African Studies. Marwa Mahmoud. 2022. Muhammad Asad the West’s gift to Islam. Leaders leadersmena.com/Muhammad-asad-the-wests-gift-to-islam [24 Oct 2023]. Mia Oktaviani. 2019. Pemikiran politik Islam menurut Muhammad Asad. Skripsi Diploma (S1), Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin Banten. 117 Jurnal Hadhari: An International Journal 16 (1) (2024) 101–119 Muhammad Arshad. 2016. Muhammad Asad: Twenty-six unpublished letters. Islamic Sciences 14 (1): 25-66. Muhammad Asad. 1948. Calling all Muslims. Arafat: A Monthly Critique of Muslim Thought 2: 86-108. Muhammad Asad. 1954. Undang-undang Politik Islam. Terj. Oemar Amir Hosein dan Amiruddin Djamil (pnyt.). Islamic Constitution Making. Jakarta: Pustaka Islam. Muhammad Asad. 1961. The Principles of State and Government in Islam. Berkeley: University of California Press. Muhammad Asad. 1964. Asas-Asas Negara dan Pemerintah di dalam Islam. Terj. Muhammad Radjab. Jakarta: Bhratara. Muhammad Asad. 1980. The Message of The Quran. Gibraltar: Dar al-Andalus. Muhammad Asad. 1987. This Law of Ours and Other Essays. Gibraltar: Dar alAndalus. Muhammad Asad. 2004. The Road to Mecca. New Delhi: Islamic Book Service. Muhammad Asad. 2013. Sahih al-Bukhari the Early Years of Islam. Petaling Jaya: Islamic Book Trust. Muhammad Asad. 2015. This Law of Ours and Other Essays. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust. Muhammad Iqbal. 1995. Presidential Address delivered at the annual session of the all-India Muslim League 29th December 1930 Dlm. L.A. Sherwani (pnyt.). Speeches, Writings and Statement of Iqbal. Lahore: Iqbal Academy Pakistan. MA Sherif. 2009. Why an Islamic State: The Life Projects of Two Great European Muslims. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust. M. Ikram Chaghatai. 2006. Muhammad Asad: Europe’s Gift to Islam. Lahore: The Truth Society: Sang-e-Meel Publications. Pipip Ahmad Rifai Hasan. 1998. The political thought of Muhammad Asad. Tesis M.A, Department of Religion, Concordia University, Montreal, Quebec, Canada. Tadzkira Nadiya Tsauri. 2017. Pengaruh pemikiran Muhammad Asad dalam pembentukan Negara Islam: Studi tentang terbentuknya Negara Pakistan. Disertasi Sarjana, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta. 118 Prinsip Pemerintahan dalam Islam Menurut Muhammad Asad Talal Asad. 2011. Muhammad Asad between Religion and Politics. Kertas kerja Simposium Dr. Mohammad Asad - A Life for Dialogue. Anjuran King Faisal Center for Research and Islamic Studies. Riyad, 11-12 April. Zaimul Asroor. 2019. Tekstualis Vis-à-Vis kontekstualis (Studi kritis penafsiran ayatayat Politik Muhammad Asad [1900-1992]. Ilmu Ushuluddin 18 (2): 152-172. Zaimul Asroor. 2019. Ayat-Ayat Politik: Studi Kritis Penafsiran Muhammad Asad (1900-1992). Tangerang Selatan: Yayasan Pengkajian Hadits el-Bukhari. 119