Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 5 KEPIMPINAN PENGAJARAN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM KE ARAH PEMBENTUKAN KOMUNITI SEKOLAH YANG CEMERLANG Ahmad Zabidi Bin Abdul Razak Jabatan Pengumsan, Perancangan dan Dasar Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Fathiah Saini Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda Brickfields, Kuala Lumpur This article discusses instructional leadership from the Islamic perspective. The five responsibilities in instructional leadership from the Islamic perspective discussed are based on education through example, education through norms, education through advice and counseling, education through observation and supervision, and education through punishment. This discussion is important in helping principals to develop excellent school communities with good academic achievement and morals. Sekolah adalah sebuah organisasi yang dinamis dan sentiasa menghadapi cabaran dalam memenuhi kehendak dan tuntutan masyarakat seita negara. Keperluan untuk memenuhi tuntutan ini menjadi lebih mendesak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang menawarkan pelbagai perubahan yang pesat di dalam bidang ilmu pengetahuan. Selain cabaran kepesatan ilmu, sekolah juga perlu berusaha untuk mengekalkan jati diri yang tinggi dengan nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia dalam kalangan pelajar. Prestasi sesebuah sekolah sering pula dikaitkan dengan prestasi pengetua yang menjadi pemimpinnya (Edmonds, 1979; Hussein Mahmood, 1993; Miller, 1982; Omardin Ashaari, 1996). Hussein Mahmood (1993) menyatakan bahawa pengetua telah dikenal pasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan sebagai pemboleh ubah yang penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolah, termasuklah prestasi pelajar. Oleh itu masyarakat yang dinamik pada hari ini menuntut agar pengetua hendaklah terdiri daripada pemimpin dan pentadbir pendidikan yang berilmu pengetahuan yang cukup tinggi demi pencapaian pendidikan yang cemerlang dan paling maksimum. Menurut Omardin Ashaari (1996), memang tidak dinafikan bahawa kualiti kepimpinan, kewibawaan dan kemampuan pengetua akan mempengaruhi dan menentukan nada sesebuah sekolah, iklim pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajarnya. Ramai pengkaji juga mendapati bahawa kepimpinan pengetua mempengaruhi iklim dan budaya sekolah, inovasi, reformasi, penambahbaikan, perubahan sekolah, moral, profesionalisme dan kepuasan kerja (Blumberg & Greenfield, 1980; Edmonds, 1979). 6 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya Begitu juga beberapa penulisan telah membuktikan bahawa bentuk kepimpinan dapat membezakan di antara sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain. Menurut Wan Liz (1996), ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang besar dalam raencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan dan keberkesanan organisasi tersebut. Seseorang ketua jabatan yang tidak mempunyai wawasan yang jelas mengenai objektif dan arah tujuan jabatannya sudah tentu tidak akan dapat mengemudikan organisasi tersebut ke arah matlamat yang tepat. Tidak syak lagi bahawa maju atau mundurnya sesebuah organisasi itu bergantung kuat kepada kualiti dan gaya kepimpinan pemimpin-pemimpin yang memegang tanggungjawab tersebut. Kajian dan penulisan terdahulu menunjukkan bahawa kepimpinan pengetua mempunyai pengaruh yang besar terhadap kualiti kejayaan sekolah, pencapaian murid dan kesanggupan guru (Ibrahim Mamat, 1998). Oleh kerana sistem pendidikan hari ini lebih menekankan kepada peningkatan prestasi dan kualiti pendidikan dalam pengurusan sekolah, maka persoalan yang timbul ialah sejauh manakah komitmen pengetua sekolah terhadap kepimpinan pengajaran dalam proses pengurusan sekolah. Para penyelidik dan ahli teori dalam bidang pendidikan menyarankan bahawa peranan penting pengetua adalah untuk menyelia serta membimbing guru lain (Hussein Mahmood, 1993). Pengetua memainkan peranan sebagai pemerhati, penyelaras, pembimbing dan sebagai resource person. Pengetua yang berkesan sentiasa mengambil bahagian dalam membuat keputusan tentang pengajaran dan bertanggungjawab terhadap keputusan tersebut, termasuklah faedah mengajar, bahan pengajaran dan prosedur penilaian (Sweeney, 1982). Kesemua peranan ini merupakan ciri-ciri utama kepimpinan pengajaran. Pengkaji dan penulis tentang sekolah berkesan melabelkan peranan pengetua yang dikelaskan sebagai sekolah berkesan atau berjaya sebagai pemimpin pengajaran (DeBevoise, 1984; Hallinger & Murphy, 1983). Kepimpinan pengajaran menjadi penting kerana peranan yang dimainkan oleh pengetua dalam bidang kurikulum dan pengajaran dikatakan mempunyai hubungan dengan kejayaan sekolah. Tambahan pula pada hari ini masyarakat dari segenap lapisan khususnya ibu bapa, penjaga dan warga pendidik sendiri memberi perhatian utama terhadap keputusan peperiksaan yang dikeluarkan setiap tahun. Beberapa jenis peperiksaan yang dijalankan, seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM, menjadi pengukuran dan penilaian prestasi pencapaian akademik para pelajar di sesebuah sekolah. Pencapaian dalam peperiksaan ini memberi gambaran dan secara tidak langsung sebagai petunjuk kualiti pendidikan di sekolah dan kualiti kepimpinan pengurusan sekolah. Hussein Mahmood (1993) turut mengakui bahawa keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segikejayaanataupencapaian sekolah dalampeperiksaan,disamping mewujudkan rasa kepuasan bekerja guru dalam sesebuah sekolah sehingga mendapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat .Dalam keadaan yang sedemikian, tugas guru dan pengetua menjadi semakin mencabar. Guru perlu lebih kreatif, bermotivasi dan proaktif serta celik dalam penggunaan peralatan teknologi terkini. Semasa menjalankan tugas mengajar, para guru sebenarnya memerlukan bimbingan, nasihat, bantuan, sokongan dan dorongan daripada pengetua untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan di sekolah-sekolah. Sebagai pemimpin pengajaran, pengetua haruslah arif tentang metodologi pengajaran pembelajaran dan mahir dalam Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 1 mengendalikan teknologi pengajaran semasa. Maka dengan itu peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya, Banyak kajian tentang kepimpinan pengajaran telah dijalankan, antaranya De Bevoise (1984), Hallinger dan Murphy (1985), Ahmad TajuddinAbd.Hamid (1989), Krug (1992) dan Nasirah Muin (2000). Namun kajian terhadap kepimpinan pengajaran dari perspektif Islam masih kurang ditonjolkan. Kepimpinan pengajaran dari perspektif Islam mengutamakan moral dan akhlak selari dengan pencapaian akademik. Memandangkan terdapat kepentingan ke arah pencapaian akademik yang cemerlang dan pada masa yang sama menjamin pembentukan komuniti sekolah yang berakhlak maka penulisan berkaitan kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam telah dijalankan. Kepimpinan Pengajaran daripada Perspektif Islam Beberapa kajian berkaitan kepimpinanpengajaran yang telah dijalankan sebelum ini telah mengenal pasti beberapa ciri yang perlu dimiliki oleh pengetua sebagai menunjukkan mereka mengamalkan kepimpinan pengajaran. Antara ciri-ciri tersebut ialah menjelaskan misi, menguruskan kurikulum dan pengajaran, menyelia pengajaran, mengawasi kemajuan pelajar dan menggalakkan iklim pengajaran (Hallinger & Murphy, 1985; Krug, 1992; Lashway, 2003). Apabila dilihat daripada ciri-ciri ini ternyata ia lebih menekankan kepada soal akademik sahaja, oleh itu ciri-ciri kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam perlu diketengahkan sebagai alternatif ataupun pengukuh kepada ciri-ciri kepimpinan pengajaran yang sedia ada. Dalam artikel ini, penulis mengupas konsep tanggungjawab kepimpinan pengajaran pengetua daripada perspektif Islam berdasarkan idea kaedah pendidikan berkesan yang disarankan oleh Abdullah Nasih Ulwan (1981) dalam bukunya "Pendidikan Kanak-Kanak Dalam Islam". Lima kaedah pendidikan tersebut ialah; 1. Pendidikan melalui contoh teladan 2. Pendidikan melalui adat kebiasaan 3. Pendidikan melalui nasihat dan bimbingan 4. Pendidikan melalui pemerhatian dan pengawasan 5. Pendidikan melalui denda dan hukuman Pemilihan lima peranan ini kerana kelima-limanya dapat memenuhi falsafah tauhid yang menjadi tunjang kepada kepimpinan di dalam Islam serta selari dengan saranan pendekatan bersepadu (Nur Azzah Kamri, 2002). Selain itu, lima pendekatan ini sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama dapat membantu membentuk akhlak dan moral yang tinggi dalam diri pelajar. Secara ringkasnya diterangkan setiap satu peranan kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam. Pendidikan Melalui Contoh Teladan Ciri kepimpinan pengajaran yang pertama adalah pendidikan melalui contoh teladan. Abdullah Nasih Ulwan (1981) menegaskan bahawa pendidikan melalui contoh teladan bererti para pelajar akan meniru sifat-sifat yang baik dan akhlak yang mulia. 8 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya Dalam pendidikan Islam, contoh teladan yang baik amat besar pengaruhnya terhadap pendidikan dan perabinaan seseorang individu, terutama kepada kanak-kanak dan remaja sekolah. Seseorang pelajar memperoleh pelbagai ragam tingkah laku melalui pemerhatian tingkah laku orang lain di sekelilingnya. Peniruan melalui contoh teladan yang baik menjadikan seseorang pelajar itu memperoleh tingkah laku dan sikap-sikap yang baik. Umat Islam sudah mengetahui Nabi Muhammmad s.a.w. menyuruh seseorang itu berbuat sesuatu apabila baginda terlebih dahulu mengerjakan perkara tersebut dan tidak melarang seseorang itu berbuat sesuatu sehinggalah baginda menjauhinya terlebih dahulu (Abdul Raof Dalia, 1992). Sikap seperti ini hendaklah diikuti oleh semua pengetua sehingga tingkah laku yang baik sama ada dalam pekerjaan, ilmu pengetahuan dan sebagainya memberi kesan kepada diri pelajar. Ini bermakna pengetua haruslah bersifat terpuji, iaitu bercirikan insan cemerlang, bijak memimpin, berakhlak, mempamerkan teladan yang baik dan berketrampilan. Malah, al-Quran sendiri mengecam mereka yang pandai berkatakata tetapi tidak mengikutinya dengan perbuatan. Oleh itu, tidak ragu lagi contoh teladan yang baik yang ditunjukkan oleh pengetua dalam amalan kepimpinan pengajarannya dipandang sebagai salah satu kaedah utama dalam pembentukan akhlak pelajar. Akhlak yang baik akan memudahkan pelajar mendisiplinkan diri seterusnya membantu ke arah mencapai kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah. Pendidikan Melalui Adat Kebiasaan Ciri kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam yang kedua adalah pendidikan melalui adat kebiasaan. Mengikut Abdullah Nasih Ulwan (1981), pendidikan melalui adat kebiasaan bermakna manusia dilahir dengan fitrah semulajadi yang mahukan kepada kebaikan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari: Setiap anak itu dilahirkan ke atas fitrah (keadaan semulajadi), maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi. (Riwayat Al-Bukhari) Sabda Rasulullah s.a.w lagi: Manusia dipandang atas perjalanan temannya, maka hendaklah seseorang kamu memilih siapa yang mesti dia berkawan dengannya. (Riwayat At-Termidzi) Perkara penting yang ditegaskan oleh kedua-dua hadis di atas adalah suasana pergaulan yang baik mempengaruhi pembentukan akhlak pelajar sama ada di rumah mahupun di sekolah. Justeru, akhlak baik guru dan pelajar-pelajar yang dicontohi daripada pengetua akan menjadi budaya yang sihat di sekolah-sekolah tersebut. Abdullah Nasih Ulwan (1981) mengusulkan adat kebiasaan ini dibentuk dengan tiga perkara asas: a) mengaitkannya dengan akidah atau kepercayaan. b) menjauhkan dari kejahatan dan menggalakkan kebaikan. c) mengubah adat kebiasaan yang tidak baik kepada yang baik. Pengetua yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinan pengajaran dari perspektif Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 9 Islam dengan mengukuhkan pegangan pelajar dengan akidah dan ketaatan pada Allah serta mempercayai segala wahyu Allah, akan menjadikan pelajar insan yang beriman pada Allah dengan mengikut perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan memiliki sifat taat kepada Allah dan mempercayai hari pembalasan, pelajar akan mudah dibentuk akhlaknya kerana ingatan mereka terhadap kehidupan akhirat mendorong mereka untuk sentiasa menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah manusia dari perbuatan mungkar. Antara kaedah untuk mewujudkan adat kebiasaan yang baik dan boleh menjadi budaya sekolah adalah pengetua hendaklah menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh dalam membimbing guru-guru dan pelajar ke arah kebaikan. Rasullullah s.a.w, telah berjaya memimpin satu perubahan budaya iaitu daripada budaya sesat kepada budaya bertamadun bagi faedah manusia seluruh dunia dari zamannya hingga ke hari ini (Abdul RaofDalia, 1992). Oleh itu, teladan yang baik oleh pengetua sebagai pemimpin pengajaran akan menjadi ikutan guni-guru dan pelajar-pelajar-sertamembentuk adat kebiasaan yang menjadi budaya sihat di sekolah. Budaya sihat yang menggalakkan perbuatan baik dan menjauhi kejahatan ini akan melahirkan guru-guru yang bertanggungjawab dan pelajar yang cemerlang. Pendidikan Melalui Nasihat dan Bimbingan Ciri kepimpinan pengajaran mengikut perspektif Islam yang ketiga adalah pendidikan melalui nasihat dan bimbingan. Menurut Abdullah Nasih Ulwan (1981), al-Quran mempunyai pelbagai eara dalam pengarahannya tentang dakwah, mengingati Allah, menyampaikan peringatan, bimbingan dan nasihat. Tambahnya lagi, bimbingan yang ikhlas serta nasihat yang berkesan itu, jika diletakkan kepada jiwa yang bersih, hati yang jujur, akal yang waras dan mengerti, maka sudah tentu akan cepat diterima. Malah, akan memberikan kesan kepada jiwa seseorang. Al-Quran telah menguatkan maksud ini dalam banyak ayat, termasuk dalam Firman Allah s.w.t.: Dan berikanlah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman. (Surah Adz-Dzariyat: ayat 55) Kewajipan memberi peringatan, nasihat dan bimbingan ini juga telah disebut Rasullullah s.a.w. dalam hadis- hadisnya: Agama itu ialah nasihat. Kami bertanya: Nasihat bagi siapa, ya Rasullullah? Jawab beliau, bagi Allah, bagi Kitabnya, bagi Rasul-Nya, bagi para pemimpin kaum muslimin dan bagi orang ramai. (Sahih Muslim, ms. 31) Menurut Johari Alias (1992), dalam aspek nasihat dan teguran Rasulullah s.a.w juga menggunakan psikologi, iaitu dengan bahasa sindiran (kinayah). Dengan kaedah ini para 10 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya sahabat, pemimpin umat, atau sesiapa sahaja yang mendapat teguran dari baginda, tidak akan berasa malu dan segan. Nasirah Muin (2000) berpendapat pengetua bertangggungjawab memberi bimbingan profesional kepada staf, mengajar, dan menjalankan kaunseling kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa, Pengetua juga harus memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang sepatutnya untuk panduan staf dan guru-guru tersebut menjalankan tugas dengan berkesan. Kaunseling kepada pelajar dan ibu bapa dapat mengatasi masalah kemerosotan disiplin atau pencapaian kurikulum dan kokurikulum pelajar-pelajar. Malah, pengetua merupakan pembimbing dan penggalak guru-guru dan pelajar-pelajar supaya kreatif dan inovatif dalam penggunaan teknologi. Pengetua hendaklah menggunakan proses dan produk teknologi pendidikan. Dorongan dan motivasi yang diberikan oleh pengetua sebagai pemimpin pengajaran akan menggalakkan budaya teknologi di sekolah. Nasihat dan bimbingan ini boleh diadakan dalam pelbagai bentuk: program kursus dalam perkhidmatan, program perkembangan staf, mesyuarat sekolah dan kursus dalaman. Pendidikan Melalui Pemerhatian dan Pengawasan Ciri kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam yang keempat ialah pendidikan melalui pemerhatian dan pengawasan. Al-Qabisi (dalam Abdullah Al-Amin, 1994), meminta guru-guru sentiasa beriltizam dengan sifat peka dan bijak sepanjang menjalankan pengajaran. Beliau juga merujuk kepada pengetua sebagai pemimpin pengajaran. Guruguru akan mengikut langkah pengetua membuat pemerhatian yang terperinci terhadap pelajar supaya dapat mengawasi tingkah laku mereka sepanjang pengajaran. Guru-guru perlulah mengawasi pergerakan pelajar apabila terdapat dalam kalangan mereka yang dikhuatiri rosak akhlaknya atau mempunyai sifat nakal. Al-Qabisi (dalam Abdullah AlAmin, 1994) turut menasihati agar diasingkan pelajar nakal supaya tidak mempengaruhi dan mengganggu pelajar lain terutama dari segi akhlak dan prinsip-prinsip agama. Bagi Ibnu Khaldun (dalam Abdullah Al-Amin, 1994), pendidikan dan pengajaran merangkumi ilmu dan akhlak. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu dan akhlak yang baik akan mudah menerima input baik yang lain melalui pembelajarannya. Dengan demikian, pengetua harus memastikan penilaian terhadap ilmu dan akhlak pelajar dilaksanakan setiap masa bagi memastikan mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Penilaian perlu dilaksanakan bagi memantapkan nilai dan pencapaian dalam pendidikan. Ianya bertujuan untuk memerhati dan mengawasi akhlak, pencapaian kurikulum dan kokurikulum pelajar-pelajar. Penilaian hendaklah dilakukan bersama oleh pengetua dan guru dari semasa ke semasa. Jika terdapat sebarang masalah, ianya hendaklah diatasi dengan segera supaya tidak menular kepada pelajar lain. Seterusnya, langkah-langkah pembaikan, pembetulan, pengubahsuaian mahupun pengekalan boleh diambil dalam kadar segera. Dengan demikian, matlamat pendidikan untuk melahirkan pelajar yang berakhlak dan berilmu dapat dicapai. la juga dapat menghalang pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam. Al-Qabisi (dalam Abdullah Al-Amin, 1994), tidak membataskan penilaian kepada hanya peperiksaan sahaja malahan turut memasukkan pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar. Beliau merumuskan penilaian kepada: Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 11 a) Harian atau mingguan. b) Penilaian peringkat akhir. c) Pemerhatian tingkah laku. Ibnu Khaldun (dalam Abdullah Al-Amin, 1994), menyatakan adalah menjadi kewajipan guru memerhati kesediaan pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran, Pemerhatian ini bertujuan untuk menyesuaikan kaedah pengajaran dengan daya kekuatan akal pelajar, Walaupun peranan guru dalam melaksanakan proses pemerhatian ini penting, namun menurut Nur Azzah Kamri (2002), pengawalan kendiri yang menekankan hubungan manusia dengan Allah lebih penting. Pengawalan kendiri ini dapat dilaksanakan melalui pengamalan prinsip muraqabah dan muhasabah. Muraqabah bermaksud seseorang individu hendaklah berusaha mengawal diri dari segala segi gerak langkah, tutur kata dan tindakan. Manakala muhasabah bermakstid amalan menilai dan memeriksa-diri sendiri yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa secara individu dan berkumpulan. Melalui amalan muraqabah dan muhasabah, seseorang itu dapat berhati-hati daripada melakukan perkara yang tidak baik. Kemerosotan penghayatan nilai agama dan etika boleh mempengaruhi sifat dan sikap individu termasuk pengetua dan guru. Individu yang mempunyai pegangan agama dan menghayati serta mengamalkan ajaran agama akan sentiasa bersikap jujur, amanah, bekerjasama, benar, telus, adil dan saksama. Firman Allah: Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawal) kamu. (Surah An- Nisa': ayat 1) Selagi pengetua meletakkan agama sebagai matlamat hidupnya, maka amanah sebagai pemimpin pengajaran akan dilaksanakan sebaik mungkin agar tanggungjawab pendidikan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk tujuan pemerhatian dan pengawasan dalam kalangan guru-guru untuk mempertingkatkan pengajaran mereka. Antaranya, rondaan kelas dan kawasan sekolah, perjumpaan secara tidak formal dengan guru-guru dan pelajar, menyediakan berbagaibagai sumber yang dapat membantu ke arah pencapaian matlamat sekolah, meninjau tahap kemajuan yang telah dicapai oleh pelajar, berbincang dengan guru-guru mengenai masalah yang dihadapi, dan membincangkan tindakan memperbaiki prestasi pelajar. Pendidikan Melaiui Denda dan Hukuman Ciri akhir sekali adalah pendidikan melalui denda dan hukuman. Al-Qabisi (dalam Abdullah Al-Amin, 1994) mengaitkan sanjungan dan hukuman dengan kewujudan sistem di sesebuah sekolah. Menurutnya, sanjungan adalah rasa kepuasan seseorang ketika mendapatkan ganjaran atas sesuatu yang sudah dilakukan, manakala hukuman merupakan rasa sakit seseorang apabila dikenakan tindakan. Ibnu Shahnun (dalam Gamal, 2003), melihat hukuman dalam dunia pendidikan sebagai langkah terakhir untuk melurus dan raemperbaiki akhlak anak didik. Al-Qabisi (dalam Abdullah Al-Amin, 1994), bersetuju dengan pendapat ini dengan berpesan kepada pendidik supaya tidak menghukum pelajar kecuali selepas menggunakan segala bentuk 12 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya nasihat, celaan, amaran, ugutan dan pengajaran. Ini bertujuan mendalamkan hubungan kasih sayang antara guru dan pelajar seakan hubungan ibu bapa dan anak. Oleh itu, pengetua hendaklah memastikan hukuman tidak mengandungi unsur-unsur kekerasan dan sifat balas dendam. Motif hukuman adalah semata-mata untuk melatih dan memperbaiki tingkah laku pelajar supaya mereka boleh membuat perubahan diri. Menurut Gamal (2003), seseorang pendidik tidak dibenarkan memukul pelajarnya dalam keadaan marah. Tindakan tersebut menyebabkan hilangnya tujuan mendidik dan berubah menjadi pemuasan atau pembalasan dendam terhadap pelajar. Al-Qabisi (dalam Abdullah Al-Amin, 1994), memberi garis panduan dalam pelaksanaan hukuman: a) Mengelak daripada menggunakan tindakan ini dalam keadaan emosional. Ini kerana bimbang guru akan melampaui batasan; b) Guru mestilah mengetahui bahawa hukuman yang dijatuhkan ini bukan bertujuan melepaskan geram dan rasa marah yang terdapat dalam dirinya. Ini kerana ia bercanggah dengan keadilan dan motif hukuman yang dilaksanakan iaitu bertujuan memperbaiki akhlak; c) Hukuman tidak boleh melebihi tiga kali pukulan kecuali dengan persetujuan pengetua. Jika pukulan yang lebih hendak diberi, guru mestilah mengetahui bahawa pelajar yang dipukul itu mampu menahan pukulan yang lebih itu; d) Sifat pukulan dan hukuman pula tidak menimbulkan kesan kepada anggota tubuh pelajar ataupun menyebabkan kecacatan kepada diri pelajar kerana sifat pukulan itu hendaklah yang menyakitkan tetapi tidak membawa kepada kemudaratan; e) Pengetua hendaklah menjalankan hukuman dengan sendiri dan tidak membenarkan pelajar lain seperti pengawas untuk menjalankan hukuman kerana bimbang ini akan menjejaskan hubungan dan semangat persaudaraan dalam kalangan mereka; f) Tempat-tempat hukuman hendaklah tidak mengena bahagian tubuh yang sensitif dan rotan yang digunakan hendaklah lembut untuk mengelak kesan buruk; dan g) Elak daripada menghukum pelajar dengan menghalangnya daripada makan dan berehat kerana ini akan menimbulkan kesan terhadap pembesaran dan aktivitinya. Malah ia akan mewujudkan perasaan benci dan menghapuskan perasaan kasih sayang antara pelajar dan guru-guru. Berdasarkan pendapat penulis-penulis Islam, penulis membuat kesimpulan bahawa tanggungjawab pengetua sebagai pemimpin pengajaran dari perspektif Islam bermakna mengenakan denda dan hukuman dengan perasaan tenang, niat dan tujuan yang betul, alat yang sesuai, kaedah dan teknik yang berkesan dan hukuman yang setimpal. Kesimpulan Pandangan-pandangan di atas jelas menunjukkan bahawa kepimpinan pengajaran dari perspektif Islam melibatkan tanggungjawab pengetua yang paling penting. Pelaksanaan Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya 13 tanggungjawab yang diamanahkan kepada pengetua ini mampu mempengaruhi proses pengajaran-pembelajaran. Kesannya bukan sahaja mampu menghasilkan pencapaian ke tahap yang lebih cemerlang malah mampu membentuk generasi yang sukakan kebaikan dan berani mencegah serta benci kemungkaran. Kesimpulannya, pengamalan kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam akan dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, bersahsiah dan tinggi ilmu pengetahuannya, Memandangkan bidang kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam ini merupakan bidang baru yang tinggi faedahnya, maka di sini disarankan beberapa cadangan: a) Pengetua perlu didedahkan kepada konsep kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam kerana ia bukan sahaja mementingkan pencapaian akademik, bahkan yang lebih penting memberi penekanan kepada soal pembentukan akhlak warga sekolah. b) Guru-guru juga perlu didedahkan tentang kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam supaya para guru sedar bahawa peranan pengetua untuk membimbing mereka bukanlah untuk mencari kesalahan dan kelemahan mereka sebaliknya untuk sama-sama bermuhasabah bagi memperbaiki kekurangan tertentu. Semua ini dilakukan oleh pengetua bukan untuk matlamat peribadi, sebaliknya untuk memenuhi tuntutan amanah llahi. c) Pihak yang berkaitan perlu menganjurkan seminar atau kursus berkaitan kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam agar bidang ini lebih luas perbincangannya dalam kalangan para intelektual dan seterusnya menghasilkan lebih banyak kajian yang berkaitan. d) Institusi latihan perguruan dicadangkan memasukkan elemen kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam sebagai salah satu komponen penting di dalam kurikulum latihan kerana kursus ini bukan sahaja bertujuan untuk orang lain bahkan digunakan oleh guru pelatih sendiri untuk membina jati diri berasaskan konsep tauhid yang ditekankan dalam kepimpinan pengajaran daripada perspektif Islam ini. Rujukan Abdullah Al-Amin Al-Na'miy (1994), Kaedah dan teknik pengajaran menurut ibn Khaldun dan al-Qabisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Nasih Ulwan (1981). Pendidikan anak-anak dalam Islam. Singapura: Pustaka Nasional. Abdul Raof Dalia (1992). Pengajaran dari kisah nabi. Selangor: Progressive. Ahmad Tajuddin Bin Abdul Harrtid (1989). Peranan pengetua dalam kepimpinan pengajaran. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya yang tidak diterbitkan. Blumberg, A., & Greenfield, W. (1980). The effective principal perspectives on school leadership. New York: Allyn & Bacon. DeBevoise, W. D. (1984). Synthesis of research on the principal as instructional leader. Educational Leadership, 41(5), 14-20. 14 Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya Edmonds, R. (1979). Effective schools for the urban poor. Educational Leadership, 37(1), 15-24. Gamal Abdul Nasir Zakaria. (2003). Prinsip-prinsip pendidikan Islam. Pahang: PTS. Hallinger, P., & Murphy, J. (1983). Instructional leadership and school socio-economic status: A preliminary investigation. Administrators Notebook, 3(5), 1-4. Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behaviour of principals. The Elementary School Journal, 86(2), 217-247. Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: DBP. Ibrahim Mamat (1998). Pengetua sekolah menangani isu dan cabaran kepimpinan. Kuala Lumpur: Budiman. Johari Haji Alias (1992). Membina semangat positif, nilai-nilai Islam 2. Kuala Lumpur: DBP. Krug, S. E. (1992). Instructional leadership: A constructivist perspective. Educational Administraton Quarterly, 28(3), 430-443. Lashway, L. (2003). Developing instructional leaders. Dimuat turun pada 2 April, 2004, daripada http://www.ericdigests.org/2003-2/leaders.html MahmudYunus (1992). Tafsir Quran Karim. Klang: Book Centre. Ma'mun Daud (t.t.). al-Hadis. Terjemahan Shahih Muslim Jilid 1, 2, 3, 4. Singapore: Darle Fajr. Miller, S. K. (1982). School learning climate improvement: A case study. Educational Leadership, 40(3), 36-37. Nasirah Muin (2000). Kepimpinan pengajaran ke arah kecemerlangan pencapaian akademik di sekolah menengah daerah Gombak, Selangor. Disertasi Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Nur Azzah Kamri (2002). Nilai dan etika dalampengurusan Islam. Tesis Sarjana Syariah yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Omardin Ashaari (1996). Pengurusan sekolah. Kuala Lumpur: Cergas. Sweeney, J. (1982). Research synthesis on effective school leadership. Educational Leadership, 39(5), 346-352. Wan Liz Ozman Wan Omar (1996). Pengurusan Islam abad ke-21: Revolusi pengurusan untuk keunggulan sektor awam dan korporat. Kuala Lumpur: Utusan.