Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

PELAN STRATEGIK

PELAN STRATEGIK (2013 – 2015) 1.0 HAL EHWAL MURID Pengenalan Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah merupakan organisasi sokongan penting serta menjadi pendukung kepada lonjakan pencapaian prestasi akademik serta kokurikulum di peringkat sekolah. Di mata masyarakat tempatan ia merupakan sebagai penetapan indentiti sekolah dari segi sahsiah muridnya. Justeru itu, Pengurusan Hal Ehwal Murid dituntut untuk meningkatkan sahsiah diri murid dari segi aspek disiplin diri. Oleh hal yang demikian, Pengurusan Hal Ehwal Murid telah merangka beberapa strategi serta program bagi memenuhi tuntutan dan harapan pihak sekolah dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan hal – ehwal murid. Dengan adanya strategik serta program yang dirangka dan dijalankan akan memartabatkan diri murid menjadi modal insan yang berguna kepada Negara. OBJEKTIF KECEMERLANGAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1.      Membangunkan modal insan yang beraklak mulia dengan senantiasa mengamalkan nilai-nilai murni. 2.      Memberi perangsang kepada murid supaya menyintai dan sayangkan sekolahnya dan sekaligus mengurangkan gejala ponteng sekolah dikalangan murid. 3.      Memupuk serta menaman nilai kesatuan dikalangan murid supaya mereka sama-sama ingin belajar dan menjaga harta benda sekolah yang akhirnya akan mengurangkan budaya vandalisme. 4.      Memupuk nilai sayangilah diri sendiri khusus dari segi kesihatan untuk membanteras kegiatan merokok, inhalan dan penyalahgunaan dadah. 5.      Mengurangkan jurang ketidaksamaan sosial dan budaya serta memupuk kerjasama dikalangan murid supaya budaya perpaduan antara kaum terjalin. 6.      Menjadikan sekolah sebagai rumah kedua kepada murid sekolah ini. 1.1  ANALISIS SWOT PERINGKAT BIDANG HAL EHWAL MURID KEKUATAN (STRENGTH-S) S1 – Kerja berpasukan dalam Organisasi S2 – Suasana persekitaran yang selamat dan aman. S3 – 65% pelajar tinggal di berhampiran sekolah S4 – Mempunyai Servis Kontraktor Kawalan Keselamatan Swasta. S5 - Mempunyai Servis Kontraktor Pembersihan Kawasan Swasta. S6 – Mempunyai Servis Kontraktor Kantin Swasta. S7 – Mempunyai Pusat Akses komputer sekolah S8- Bilangan guru setiap unit mencukupi PELUANG (OPPORTUNITIES-O) O1 – Hubungan dua hala yang baik antara ibubapa/penjaga dengan sekolah. O2 – Hubungan rapat dan baik dengan pihak PDRM untuk menangani isu-isu disiplin dan keselamatan sekolah. O3 – Hubungan baik pihak JPN, dan PPD dengan sekolah. O4 – Kerjasama dengan pihak PIBG dengan baik dan memberangsangkan dalam menangani isu-isu disiplin O6 – Mempunyai Kemudahan ICT yang baik. KELEMAHAN ( WEAKNESS – W ) W1- Aspek 3K belum mantap W2- Ramai guru tidak yakin mengendalikan kes disiplin W3- Terdapat blok bilik darjah dan prabot dalam keadaan daif W4- Sistem perparitan yang tidak sempurna ANCAMAN ( TREAT – T ) T1 – Kedudukan sekolah berdekatan dengan kampung dan terdapat orang kampung menjual arak dan rokok T2 – Terdapat lembu peliharaan dan anjing liar berkeliaran T3 - Kemudahan pengangkutan awam kurang. T4 – Jarak perjalanan murid dari rumah ke sekolah jauh. T5 – Keadaan perabot kelas dalam keadaan kurang memuaskan T6 – Ibubapa/penjaga kurang mengambil berat tentang disiplin murid. T7 – Menerima murid yang mempunyai Prestasi akademik rendah T8- Sikap ibubapa yang defensif kepada anak-anak 1.2    PELAN STRATEGIK HAL EHWAL MURID (2010 -2014) ISU ISU MASALAH MATLAMAT STRATEGI INDIKATOR PENCAPAIAN 1. Peratusan murid hadir ke sekolah kurang dari 90%. Peratusan tidak hadir ke sekolah bersebab tinggi. Menambahkan peratusan pelajar datang ke sekolah. Mengadakan program meningkatkan peratusan pelajar yang datang ke sekolah. Sifar gejala ponteng di kalangan murid menjelang 2015. 2. Kemahuan belajarpelajar kurang memuaskan Masih terdapat murid yang hadir ke sekolah hanya untuk suka-suka sahaja. Mengurangkan sikap malas murid Mengadakan kempen dan mengadakan sesi bimbingan untuk murid. Melahirkan pelajar yang minat belajar dan cemerlang. 3. Tahap kerosakan SPBT tinggi Peratusan kerosakan SPBT dalam lingkugan 15% daripada jumlah buku. Mengurangkan Peratusan kerosakan SPBT dari 15% jumlah buku kepada 5%. Mengadakan kempen/program sayangi buku teks. Sifar kerosakan pada SPBT pada 2015. 4. Tahap pengurusan 3k perlu diperbaiki. Prestasi pengurusan 3K sekolah masih rendah. Meningkatkan prestasi pengurusan 3K ke tahap yang boleh dibanggakan. Mengadakan program dan aktiviti yang menyeluruh bagi meningkatkan prestasi 3K Tahap pengurusan 3K yang tahap yang maksimum dan sekolah sifar sampah. 1.3      PELAN TAKTIKAL HAL EHWAL MURID BIL PROGRAM OBJEKTIF TANGGUNG JAWAB TEMPOH KOS/SUMBER TOV ETR INDIKATOR PENCAPAIAN 1 Kempen Sekolah Destinasiku Mempertingkatkan kesedaran murid akan kepentingan pendidikan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Semua Kaunselor, Semua Guru Jan – Nov. Sekolah Murid ponteng secara keseluruhan melebihi 5 % setiap hari. Gejala ponteng di kalangan murid menurun sehingga 0%. Sifar peratusan ponteng di kalangan murid menjelang tahun 2015 2 Kempen Mari Belajar Meningkatkan kesedaran tentang ketrampilan & kemahuan belajar Pengetua, Semua Penolong Semua kaunselor, guru Jan – Nov Sekolah, PIBG, IbuBapa Sekolah, PIBG, IbuBapa Penurunan sebanyak 2% di kalangan murid yang terlibat Melahirkan murid cemerlang dan rajin 3 Kempen Sayangi Buku Teks Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam Pengetua, Semua Penolong Kanan,Semua Kaunselor,Semua Guru Jan – Nov Sekolah, PIBG, IbuBapa 15% buku SPBT didapati rosak Mengurangkan peratusan kerosakan SPBT sebanyak 10%lagi Sifar kerosakan SPBT menjelang tahun 2015 4 Kempen SekolahKu, RumahKu. Menjadikan sekolah sebagai rumah kedua bagi murid. Pengetua, PK HEM, Semua guru Jan – Nov Sekolah, PIBG, IbuBapa Tahap pengurusan sekolah adalah cermelang mengikut standard yang ditetapkan Tahap pengurusan sekolah adalah cemerlang mengikut standard yang ditetapkan. Menjelang tahun 2015 tahap pengurusan ditingkatan kepada 100%. PELAN OPERASI HAL EHWAL MURID Nama Projek 1. Kempen sekolah Destinasiku.. 2. Kempen Mari Belajar. 3. Kempen Sayangi Buku Teks. 4. Kempen SekolahKu, RumahKu. Objektif Melahirkan murid yang beraklak mulia, berdisplin ,berdedikasi, bertanggungjawab dan bermotivasi tinggi. Tempoh Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun Kumpulan Sasaran Semua Murid SK JAYA BARU Guru Terlibat PK HEM, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Semua AJK dibawah HEM. Proses Kerja Mengikut AJK masing-masing yang telah dirancangkan Kekangan 1. Masalah Pengangkutan 2. Masa terhad 3. Sumber Kewangan 4. Tempat Pemantauan Pengetua, PK HEM, PK Kokurikulum, Kaunselor Dan Setiausaha AJK HEM Penilaian Perkembangan murid yang terlibat akan dinilai dari semasa ke semasa oleh pemantau Penambahbaikan Penambahbaikan akan dilakukan pada modul latihan bagi sesi yang berikutnya nanti RUMUSAN AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID Dengan adanya Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi yang telah dirancangkan dan seterusnya akan dilaksanakan diperingkat Jawatankuasa masing-masing akan memantapkan lagi pengurusan HEM ke arah kecemerlangan lagi menyokong serta mendukung segala program dan aktiviti sekolah khususnya dalam melonjakkan prestasi akademik murid ke tahap yang boleh dibanggakan. Kerjasama secara berpasukan dalam ahli jawatankuasa masing-masing akan menentukan kejayaan sesuatu organisasi. Diucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah berjaya merangka serta merumuskan segala perancangan dan program di bawah Pengurusan HEM bagi satu tujuan iaitu untuk mencapai visi dan misi sekolah