Academia.edu no longer supports Internet Explorer.
To browse Academia.edu and the wider internet faster and more securely, please take a few seconds to upgrade your browser.
Pengenalan Sekolah tidak akan menjadi cemerlang sekiranya pengurusan pendidikan tidak berkemampuan mengurus dengan cekap dan berkesan. Kajian-kajian yang bertemakan keberkesanan sekolah sentiasa mendapati peranan pengetua sebagai faktor potensi yang kritikal dalam menentukan kecemerlangan sekolah. Gary (1990) misalnya, mendapati tiada bukti yang menunjukkan bahawa sekolah yang berkesan diterajui oleh pengurus yang lemah. Sebaliknya melalui pengurusan yang berkualiti, seseorang pengetua berupaya menukarkan sekolah yang kurang maju kepada sekolah yang maju dan berkesan (Mortimore, 1994; Reynolds, 1992; Cremers, 1994). Justeru, pengurus pendidikan harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang melampaui pengetahuan dan kemahiran asas profesion pengurusan, iaitu kecekapan. Kecekapan dalam bidang pengurusan biasanya berteraskan kepakaran yang diperolehi daripada latihan dan pengalaman (Ibrahim Bajunid, 1995). Dengan keterbatasan pengalaman berdasarkan kepakaran dan keterampilan diri yang begitu mencabar, pengurus-pengurus pendidikan yang baru dilantik sudah tentu menghadapi masalah dalam semua fungsi pengurusan. Artikel ini akan membincangkan cabaran serta masalah yang dihadapi oleh pengetua dan guru besar baru serta cadangan dan nasihat yang boleh diguna pakai untuk menangani masalah tersebut. Cabaran-cabaran dan Masalah-masalah yang Dihadapi oleh Pengetua dan Guru Besar Baru Menggerak dan membina pengurusan yang berkesan di sesebuah sekolah amatlah sukar. Greenfield (1995) berpendapat bahawa sekolah adalah berbeza daripada organisasi yang lain. Ini dapat dilihat dari segi usaha-usaha moralnya kerana pengurusan sekolah secara uniknya, melibatkan komunikasi bersemuka secara ekstensif, berorientasikan aksi, reaktif, masalah di luar jangkaan, keputusan dibuat secara segera serta menghadapi tekanan yang berterusan untuk mempertahankan perjalanan sekolah yang lancar dan aman (Blumberg, 1989). Semen tara itu, pengurusan sekolah juga didapati sentiasa dipengaruhi oleh tuntutan moral sekolah sebagai satu institusi tenaga kerja yang tetap dan berautonomi tinggi serta ekspektasi peranan dan tekanan yang berterusan yang bergantung kepada jawatan pengetua (Hallinger & Heck, 1996; Cuban, 1994). Aspek-aspek ini sentiasa wujud dalam dunia pengurusan sekolah, sarna ada dalam bentuk tersurat atau tersirat. Dalam usaha Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020, peranan pendidikan dikatakan amat kritikal. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha untuk melahirkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Pendidikan berkualiti sering dikaitkan dengan pengurusan berkualiti (Mohd Najib, 1996). Amalan perlantikan dan kenaikan pangkat sebagai pengetua dan guru besar (selepas ini 46
Mengajar di kelas adalah tugas utama guru. Mungkin pekerjaan inimerupakan pekerjaan yang sederhana dan mudah bagi sebagian orang. Namun padakenyataannya, mengajar di kelas bukanlah tugas yang mudah, melainkan tugas yangsangat sulit. Selain mengatasi perencanaan dan pelaksanaan pembelajaran, guru jugaharus menjadi manajer, psikolog, konsultan, motivator, moderator, dan evaluator.Guru saat ini menghadapi tantangan yang jauh lebih kompleks daripada di masa lalu.Guru menangani siswa yang jauh lebih beragam, konten pembelajaran lebih kompleksdan sulit, tingkat proses pembelajaran tinggi, dan tuntutan siswa untuk memperolehketerampilan berpikir tinggi. Tantangan pembelajaran di abad 21 dan perubahankurikulum 2013 menuntut keterampilan pendidikan guru sebagai guru untuk lebihmerancang pembelajaran yang lebih efektif dan inovatif.Perkembangan media teknologi informasi merupakan salah satu fondasiterpenting perkembangan pembelajaran di abad 21. Guru abad 21 tidak hanya dapatsecara efektif me...
2019
This research is descriptive-qualitative research, with the aim to provide an explanation of the challenges of teachers in conducting learning in the era of globalization or coolly called the contemporary era. One of them is in the use of technology to support classroom learning. The teacher also faces various other problems in various fields. The technique of collecting data is document observation. The conclusion of the study is that contemporary teachers face various challenges in the socio-cultural, political and technological fields. All of these challenges, demand the teacher, as the spearhead of learning to develop further by trying to improve their abilities.
Jim-Zam, 2022
Mengupas tentang karakteristik guru profesional dan bertika dengan yang memiliki figur sebagai guru resons plus taksonomi berfikir Boes!
Revista da Cavalaria, 2023
Journal of Global Slavery , 2024
Pedagogical Section at the Goetheanum website, 2023
European Scientific Journal, ESJ, 2024
CE&CR : India's Top Construction, Infrastructure & Civil Engineering Magazine, 2021
Signos Universitarios , 2018
Cerebrovascular Diseases Extra, 2019
Journal of Interventional Cardiology, 2009
Bulletin of Russian-Armenian University (Series: Humanities and Social Sciences), 2022
SSRN Electronic Journal, 2013
Dinamika Teknik Mesin