RISALAH
.Dasar
B
NEGARA
KATA PENGANTAR
Dasar Buku Negara telah disusun beberapa
tahun yang lalu dan ka li ini diterbitkan
untuk diedarkan kepada orang ramai, khususnya mereka yang berkecimpung di dalam
bidang perbukuan. (ni adalah suatu usaha
yang baik supaya tujuan Dasar Buku Negara
ini dapat didedahkan dengan meluasnya dan
difahami oleh masya rakat umum.
Antara matlamat utama Dasar Buku Negara ialah untuk meningkatkan taraf profesionali sme di dalam industri perbukuan. Seiain itu ialah untuk
mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca dan bermaklumat. Kedua-dua matlamat ini sekiranya tercapai bermakna
kita bukan sahaja mampu meningkatkan mutu penerbitan buku,
tetapi juga dapat memperkaya fikiran masyarakat kita. Kadar
celik huruf yang agak tinggi di negara ini perlu dipupuk dengan
tabiat suka membaca. Tetapi itu sahaja beluml ah memadai kalau
bahan bacaan yang dibaca itu kurang bermutu dan kurang mencabar. Kanak-kanak seharusnyalah didedahkan kepada bahanbahan bacaan ya ng boleh memperka ya akal, ak hlak dan fikiran
rakyat jelata.
Saya berha rap dengan tersebar luasnya Dasa r Buku Negara
ini usaha ke arah mencapai matlam atnya akan dapat bersamasama dilaksanaka n segera oleh be rbagai-bagai pihak sepe rti
penerbit, pencetak, penterjemah, editor, pengarang dan juga pengedar buku.
111
DASAR BUKU NEGARA
Akhimya, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada
semua anggota Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
(Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud)
Menteri Pendidikan Malaysia
iv
PRAKATA
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
telah ditubuhkan pada tahun 1968 dengan
matlamat untuk memupuk budaya membaca
di kalangan masyarakat Malaysia di samping menggalak pembangunan dan penggunaan buku di negara ini. Bagi mencapai
matlamat tersebut, MBKM menyusun beberapa kegiat an termasuk Projek Gerakan
Membaca bagi menjayakan cita-cita keraj aan untuk mewujudkan masya rakat yang
membaca dan bermaklumat.
Namun demikian, satu dasar buku yang lengkap lagi bersepadu (integr·ated) yang dapat menyelaraskan usaha perkembangan buku bagi pembangunan negara, adalah perlu. Menyedari
hakikat yang buku dapat memperkayaka n keh idupan manusia
individu serta dapat melahirkan persefahaman dan perdamaian
antara masya rakat berbilang kaum dan kebudayaan, MBKM
telah menggubal Dasar Buku Negara (DBN) dan men yampaikannya kepada Menteri Pendidikan.
Mesyuarat Jemaa h Menteri pada 27 November 1985 tel ah
meluluskan Dasar Buku Negara (DBN) dan merestui penubuhan
sebuah j awatankuasa untuk mengkaji langkah-langkah yang
patut diambil bagi melaksanakan DBN.
Jawatankuasa tersebut tel ah ditubuhkan oleh Kementerian
Pendidikan dengan anggotanya terdiri daripada wakil-wakil:
v
DASAR BUKU NEGARA
Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Pendidikan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Kementerian Kewangan
Dewan Bahasa dan Pustaka
Persatuan Penulis
Persatuan Penerbit
..
Persatuan Penterjemah
'.'.:"
Persatuan Editor
Jawatankuasa yang dipengerusikan oIeh Yang Berbahagia
Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad, Ketua Pengarah
Pendidikan ketika itu telah menyediakan satu Iaporan yang
mengandungi matlamat, strategi dan program ke arab pembangunan buku secara menyeluruh. Laporan ini juga telah disampaikan kepada Menteri Pendidikan.
Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 9 November 1988
telah meluluskan Laporan tersebut dengan Iangkah-Iangkah yang
dicadangkan untuk melaksanakan DBN.
Dasar Buku Negara dan Iaporan tersebut telah dijadikan
pedoman dan panduan oleh MBKM dalam menajamkan Iagi
tujuhala dan kegiatannya dalam bidang pembacaan dan perbukuan.
Saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dengan menerbitkan Dasar Buku Negara ini, khasnya kepada
Dewan Bahasa dan Pustaka atas khidmat menyunting, mereka
bentuk dan mencetak buku ini. Tidak ketinggalan penghargaan
yang sama dihijukan kepada Persatuan Penterjemah Malaysia
atas usaha menterjemah Dasar Buku Negara ini ke bahasa
Inggeris.
vi
PRAKATA
Semoga dengan penerbitan ini, Dasar Buku Negara dapat
dimasyarakatkan ke seluruh negara dan matlamatnya dapat dihayati dan ditangani bersama. Insya-Allah.
(Dato' Asiah Abu Samah)
Pengerusi
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM)
vii
KANDUNGAN
Kata Pepgantar Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia
Prakata Pengerusi MajIis Buku Kebangsaan Malaysia
Dasar Buku Negara - Mukadimah
Mengapa Dasar Buku Negara Diperlukan
Keadaan dan Suasana untuk Perkembangan Buku
Rumusan dan Saranan
Kesimpulan
Lampiran I
ix
iii
v
1
3
6
24
32
34
MB
Krv1
•
Diterbitkan untuk MajJis Buku Kebangsaan Malaysia oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Cetakan Pertama Dewan Bahasa dan Pustaka 1992.
DASAR BUKU NEGARA
MUKADIMAH
Kesedaran tentang pentingnya" buku di kalangan negara membangun telah wujud sejak tahun-tahun enam puluhan. Pada tahun
1966, suatu mesyuarat pakar-pakar buku telah diadakan di Tokyo
di bawah anjuran UNESCO. Salah satu saranan yang dikemukakan adalab untuk menggesa negara-negara membangun di
rantau Asia-Pasifik menubuhkan sebuah badan dengan tugas
memajukan buku, termasuklah mengembangkan perpustakaan
serta memupuk minat membaca, dengan matIamat mencapai
kadar pembacaan 80 halaman buku bagi setiap penduduk setahun
dalam jangka waktu 10 tahun antara tahun 1970 dan 1980.
Sehingga kini, hanya negara Jepun dan Korea yang telah
mencapai matlamat tersebut. Negara-negara lain tidak mencapai
matlamat tersebut kerana tidak ada dasar buku dan pembacaan
yang jelas. Hasil daripada mesyuarat tersebut, 18 buah negara di
Asia-Pasifik telah menubuhkan badan yang diberi nama National
Book Development Council. Di Malaysia, pada tahun 1968,
Kementerian Pelajaran telah menubuhkan badan yang demikian,
dengan nama Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan. Matlamat
Majlis K.emajuan Buku Kebangsaan adalah untuk kemajuan dan
penggunaan buku di Malaysia. Majlis ini telah bergerak selama
beberapa tahun, tetapi mulai tabun" 1971-72, Majlis tersebut
tidak lagi aktif. Antara sebab-sebab Majlis Kemajuan Buku
Kebangsaan tidak aktif adalah kerana badan tersebut merupakan
badan sukarela sahaja dan tidak mempunyai kemudahan bantuan
pentadbiran dan peruntukan wang yang tetap untuk menjalankan
DASAR BUKU NEGARA
kegiatan-kegiatan perkembangan baru.
Beberapa arahan oleh empat Menteri Pelajaran serta gesaan
daripada badan-badan profesional yang berkait rapat dengan
bulQI akhirnya telah menghidupkan semula Majlis Kemajuan
Buku Kebangsaan pada bulan November, 1981 dengan Urus
Setianya ditempatkan di Bahagian Hal-Ehwal Luar Negeri,
Kementerian Pelajaran. Di samping itu, Kementerian Pelajaran
telab memberikan peruntukan sejumlab $100000 untuk Projek
Gerakan Membaca. Dengan yang demikian, dapatIah Majlis
Kemajuan Buku Kebangsaan memulakan kegiatan dengan agak
aktif.
Namun demikian, satu DASAR BUKU yang lengkap, lagi
sepadu (integrated) serta dapat menyelaraskan usaha mengembangkan buku bagi pembangunan negara masih belum
wujud.
Malaysia memerlukan DASAR BUKU NEGARA di samping Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Bahasa Kebangsaan. Tujuan dasar itu bukanlah
sahaja untuk menyambut seruan World Congress on Books 1982,
London, untuk mencapai cita-cita membentuk masyarakat yang
membaca, tetapi juga kerana menyedari bahawa buku dapat
memperkaya kehidupan manusia individu serta dapat melahirkan
persefahaman dan perdamaian antara masyarakat berbilang
bangsa dan kebudayaan.
Buku merupakan alat perakam dan penyambung tamadun
manusia; buku juga merupakan media komunikasi yang penting
bagi penyebaran maklumat, pendidikan dan penyelidikan dan
sumber penting bagi kebudayaan, rekreasi serta pembangunan
negara.
2
MENGAPA DASAR BUKU NEGARA DIPERLUKAN
Sehingga kini, Malaysia masih tid~
mempunyai satu perancangan penerbitan buku yang boleh membantu para penerbit
menentukan keperluan buku bagi negara ini. Penerbit swasta
lebih banyak menumpukan perhatian kepada penerbitan teks
sekolah untuk memenuhi keperluan sistem pelajaran kebangsaan.
Buku-buku bacaan umum tidak diberi perhatian yang serius
dalam rancangan penerbitan. Perkara ini tidaklah menghairankan
kerana infrastruktur perkembangan buku yang ada sekarang
Keadaan tersebut boleh menjejaskan Dasar Bahasa
sangat lem~h.
Kebangsaan kita. Selama negara tidak dapat menerbitkan bukubuku untuk keperluan masyarakatnya, selama itu pula negara
terpaksa bergantung pada buku-buku yang diimport untuk
mengisi vakum yang wujud.
Penerbit buku menjadi sasaran, apabiJa buku dalam bidang
tertentu tidak ada atau tidak mencukupi. Sesungguhnya antara
kerajaan dengan penerbit swasta hampir tidak wujud kerjasama
untuk menerbitkan buku-buku untuk mengisi keperluan ma, syarakat Malaysia seluruhnya.
Sehubungan dengan itu, perkembangan buku negara ini tidak
mendapat' bantu an yang jelas baik secara langsung mahupun
tidak langsung daripada ekonomi negara. Dalam Rancangan
Malaysia Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat tidak ada rancangan dan peruntukan untuk pembangUnan buku. Sungguhpun
ada peruntukan untuk perkembangan perpustakaan, temyata
peruntukan yang ada tidak mencukupi untuk membeli buku-buku
3
DASAR BUKU NEOARA
dan mengisi rak-rak perpustakaan, jauh sekali untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan yang ada.
Buku dan usaha menerbitkannya dianggap seolah-olah 'soal
swasta' dan bukan soal negara. Buku merupakan suatu bahan
yang unik dan memerlukan satu proses yang khusus dari peringkat penulisannya hingga buku itu sampai kepada sasarannya.
Perusahaan buku ialah perusahaan yang kompleks, yang
melibatkan satu rangkaian terdiri daripada pengarang, penterjemah, editor, penerbit, pereka bentuk, pelukis, pengatur huruf,
pencetak, penjilid, pengeluar kertas, pengeluar taip, penjual
buku, guru dan pustakawan. Kejayaan perusahaan buku bergantung pada mereka. Industri yang unik ini berkait rapat pula
dan sosial nedengan perkembangan pendidikan, kebud~yan
gara.
Perusahaan buku tidak boleh dianggap sebagai soal ekonomi
semata-mata. Perusahaan buku ialah perusahaan ilmu pengetahuan (knowledge industry) kerana buku merupakan alat penting
bagi perkembangan intelek. lumlah buku, jenis buku yang dikeluarkan, bilangan kedai buku serta perpustakaan yang ada,
akan menggambarkan tingkat perkembangan intelektualisme
masyarakat Malaysia. Untuk itu, DASAR BUKU NEGARA penting untuk memastikan pendekatan yang padu bagi perkembangan buku, untuk mengatasi rintangan yang mungkin timbul
dalam usaha mewujudkan serta mengembangkan industri buku
yang sihat dan untuk mengatasi pelaksanaan yang tidak teratur
yang mungkin menghalang perkembangan buku.
Kesimpulannya, matlamat DASAR BUKU NEGARA adalah:
1. Untuk memastikan supaya buku dalam bahasa Melayu
dapat memainkan peranan yang berkesan sebagai alat
pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan, sesuai
dengan keperluan dan cita-cita negara;
2. Untuk memastikan supaya buku dapat dinikmati oleh
semua golongan masyarakat di negara ini;
4
MENGAPA DASAR BUKU NEGARA DIPERLUKAN
3. Untuk meast~n
supaya rakyat di negara ini mempunyai minat membaca yang tinggi, dan menjelang
tahun 2000, masyarakat Malaysia boleh dianggap seratus
peratus masyarakat yang membaca; dan
4. Untuk memastikan supaya semua buku yang ditetbitkan
di negara ini mencapai mutu yang baik dati segi isi dan
juga dati segi bentuk fizikalnya.
Untuk mencapai matlamat ini, maka negara hendaklah:
1. Memastikan supaya semua kegiatan pembangunan buku
dianggap sebahagian datipada perusahaan pendidikan
dan dengan demikian perlu dimasukkan dalam perancangan pembangunan Negara. Peruntukan khas untuk
pembinaan buku mesti ada; dan
2. Memastikan supaya· perusahaan buku diiktiraf sebagai
salah satu perusahaan penting (essential industry), iaitu
perusahaan budaya yang amat penting.
Namun demikian, perusahaan buku tidak mungkin berkembang sekiranya tidak wujud keadaan yang boleh membantu
perkembangannya.
5
KEADAAN DAN SUASANA UNTUK
PERKEMBANGAN BUKU
Untuk memungldnkan perancangan yang sistematik bagi perkembangan buku dilaksanakan dengan jayanya, maka haruslah terlebih
~ahul
wujud keadaan serta suasana seperti yang berikut:
1. KADAR MEN GENAL HURUF DAN MINAT
MEMBACAHARUSLAH TINGGI DAN MELUAS
Pentingnya membaca bagi individu dan masyarakat seluruhnya tidaklah dipersoalkan lagi. Pelajaran dan
pendidikan memerlukan pembacaan. Sebelum dilaksanakan sistem 3M asas kemahiran membaca tidak begitu
ditekankan. Tetapi, membaca tidaklah sekadar bererti
mengenal huruf. Beberapa faktor diri, keadaan sekeliling, serta labial seseorang perlu ada untuk mendorong
seseorang itu membaca. Sesungguhnya buku memerlukan penglibatan yang lebih aktif daripada penerimaannya, jika dibandingkan dengan media elektronik
seperti radio dan televisyen. Radio dan televisyen boleh
merupakan media perhubungan yang berkesan meskipun
golongan yang menjadi sasaran proses perhubungan itu
menerimanya secara pasif. Tidak demikian halnya dengan buku. Golongan yang menjadi sasarannya mestilah
telah memutuskan bahawa buku diperlukan, berusaha
untuk memperolehnya, dan akhirnya secara aktif pula
berusaha untuk membaca dan menyerapkan kandung6
KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU
annya. T~biat
gemar membaca hanya dapat dikatakan
berkembang dalam sesuatu masyarakat itu jika sebilangan besar anggotanya secara aktif melibatkan diri
dalam proses pembacaan yang sedemikian itu. Jika tidak,
paling tinggi proses tersebut hanya akan mencapai
peringkat pembacaan yang ringan sahaja. Jika minat
membaca tidak ada, maka segala usaha untuk menerbitkan buku akan. mengalami lingkaran masa.1ah yang
kait-berkait dan tidak putus-putus.
Hasil kajian A Survey of the Reading Habits and
Interests of the Malaysian People (DBP 1983) menunjukkan bahawa kadar mengenal hurnf masyarakat
Malaysia adalah 74%. Tetapi kadar mengenal hurnf ini
tidak semestinya mempunyai korelasi yang positif
dengan kadar pembaeaan. Suatu indeks yang boleh kita
gunakan untuk mengukur betapa meluasnya kadar
pembaeaan dalam masyarakat ialah angka-angka penjualan dan penyebaran buku. Jika tabiat membaca telah
berkembang, maka kita andaikan bahawa industri
penerbitan buku akan berkembang dan para pengarang
buku akan dapat menyara hidup dengan menghasilkan
buku-buku sepenuh masa. Keadaan ini belum wujud di
Malaysia. Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh
industri buku, temyata bahawa minat membaea di
kalangan masyarakat Malaysia masih rendah, terutama
pada kalangan penduduk d~sa.
Untuk memecahkan
lingkaran masalah yang dihadapi dalam penerbitail buku,
maka salah satu eara yang paling berkesan adalah
dengan meningkatkan kebolehan dan minat membaca.
Salah satu eara yang baik untuk mencapai maksud ini
adalah dengan mengadakan Projek Gerakan Membaca.
2. PERUSAHAAN BUKU HENDAKLAH DIIKTIRAF
SEBAGAI PERUSAHAAN BUDAYA YANG
PENTING
Proses penerbitan buku memerlukan tenaga dan penge7
DASAR BUKU NEGARA
tahuan profesional dati mula konsep sesebuah karya itu
dicetuskan hinggalah bukunya sampai di tangan pembacanya. Untuk memungkinkan perusahaan buku diiktiraf sebagai perusahaan budaya yang penting, maka
beberapa masalah yang dihadapi oleh para penerbit buku
mestilah diatasi terlebih dahulu .
. (a) Tenaga Penulis
Langkah pertama dalam rancangan penerbitan buku
ialah penulisan manuskripnya. Penulis merupakan
unsur penting dalam penghasilan manuskrip. Malangnya, tenaga penulis yang benar-benar berbakat,
yang produktif, yang jitu pemikirannya dan yang
boleh menulis dalam bahasa Melayu yang indah lagi
gramatis amatlah terbatas. Tambahan pula, penulisan
dijadikan kerja sepenuh
buku masih belum bole~
masa atau satu profesion.
Sehubungan dengan itu, penerbit tidak begitu
gbairah menanam modal untuk menerbitkan basil
karya para penulis muda atau yang belum terkenal,
kerana risiko perdagangannya yang amat besar.
Jika penulisannya berkebolehan, maka terdapat
pula kemungkinan besar bahawa bukunya akan
dicetak rompak. Pelaksanaan Akta Hak Cipta di Malaysia yang am at longgar boleh membunub kreativiti
para penulis.
Penulis yang menulis dalam bahasa Melayu
barus bersaing dengan penulis yang menulis dalam
bahasa-babasa lain, seperti bahasa Inggeris. Selalunya, penulis -yang menulis dalam bahasa kebangsaan
mendapati pembacanya terbatas dalam lingkungan
negara ini sahaja. Pasaran bukunya juga terhad, kerana tidak mungkin mendapat pasaran antarabangsa.
Perkara begini sudah tentu tidak akan menggalakkan penulisan dalam bahasa kebangsaan. Sementara itu, beberapa AIda Kerajaan yang ada
8
KEADAANDANSUASANAUNTUKPERKEMBANGANBUKU
kaitannya dengan penerbitan dan penulisan seperti
Akta Mesin Cetak (Printing Press Act) ISA, tidak
akan merupakan dorongan bagi penulis berkarya.
Untuk membolehkan penulis negara ini berkarya dan
menghasilkan manuskrip yang bermutu, maka suasana yang sesuai serta galakan yang sewajarnya
untuk penulisan haruslah wujud.
(b) Tenaga Penterjemah
Dasar Pelajaran Kebangsaan nlemerlukan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
di sekolah-sekolah dan seterusnya pada peringkat
pengajian tinggi. Dasar ini dilaksanakan berperingkat-peringkat sejak tahun 1970. Sejak tahun 1970
itu, buku-buku teks sekolah rendah dan menengah
dalam bahasa Melayu dalam semua mata pelajaran
mula diterbitkan dengan banyaknya. Dalam tahun
1983, semua kursus tahun pertama dalam semua
bidang pengajian di universiti-universiti setempat
diajar dalam bahasa Melayu. Malangnya, buku-buku
pengajian tinggi dalam bahasa Melayu masih amat
kecil bilangannya. Malaysia masih bergantung pada
buku-buku yang diimport, khusny~
buku-buku
dalam bahasa Inggeris, supaya tidak ketinggalan
dalam perkembangan ilmu. Oleh yang demikian,
bahan-bahan asing ini terpaksalah diterjemahkan ke
dalam bahasa kebangsaan. Justeru itu, tenaga
penterjemah profesional diperlukan untuk membuat
terjemahan yang permutu, tepat dan mudah difahami. Pada masa ini, bilangan penterjemah yang
benar-benar profesional hampir tidak ada. Beberapa
penterjemah yang ada dalam organisasi-organisasi
penerbitan, tidaklah membuat kerja-kerja penterjemahan sepenuh masa. Kerja-kerja menterjemah
tidak dianggap sebagai, satu us aha yang profesional
dan kreatif.
9
DASAR BUKU NEGARA
Masalah besar yang dihadapi dalam bidang
penterjemahan pada masa ini ialah:
i. kebanyakan pakar dalam sesuatu bidang kurang
menguasai bahasa dan teknik penterjemahan;
ii. pada kebiasaannya, pakar dalam sesuatu bidang
boleh menguasai satu bahasa sahaja (bahasa
Inggeris sahaja atau bahasa Melayu sahaja)
sedangkan penterjemah perIu menguasai keduadua bahasa yang terIibat dalam sesuatu kerj a
penterjemahan itu;
iii. orang-orang yang menguasai dua bahasa dan
berkebolehan untuk menterjemah terdapat dalam
beberapa bidang sahaja;
iv. penterjemah tidak mendapat pengiktirafan dari
segi gaji atau status. Andaikata seorang peguam
yang bekerja dengan pihak kerajaan membuat
apa-apa terjemahan untuk jabatannya, beliau
tidak mendapat apa juga pengiktirafan; dan
v.
penterjemah tidak mendapat royalti daripada
penjualan bukunya. Dia cuma menerima bayaran
'sekali' yang tidak menggalakkan. (Kadar bayaran yang diberikan oleh penerbit swasta agak
rendah).
Penterjemahan mempunyai 2 fungsi besar:
i. untuk memperbanyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu dan dengan yang demikian dapat
memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa
Melayu;, dan
"ii. untuk membina pemikiran serta budaya negara.
Oleh yang demikian, amatlah penting bagi negara membina tenaga penterjemah profesional supay a usaha penterjemahan dalam negara dapat
10
KEADMN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU
dirancang dengan cepat dan secara besar-besaran.
Pada hakikatnya, penterjemahan telah digunakan
sejak zaman-berzaman dan oleh pelbagai negara
untuk mencapai pembangunan dan untuk memperkaya tamadunnya. Menyedari bahawa Malaysia
masih bergantung pada perkembangan ilmu yang
ditulis dalam bahasa-bahasa asing, khususnya bahasa
Inggeris, maka lenaga penterjemah yang profesional
perlu dibina. Penterjemahan bukan sahaja merupakan satu kemahiran, tetapi juga merupakan kerja
kreatif. Dalam hal ini, sudah tentulah latihan setakat
mengetahui teknik penterjemahan sahaja tidak
memadai. Pengetahuan tentang bahasa-bahasa asing
yang diperlukan sangat penting.
Penterjemah bukan sekadar mengalih bahasa tetapi mentaksirkan cita rasa penulis asal yang menulis
untuk masyarakatnya dalam bendungan rangka
budayanya. Oleh itu seseorang penterjemah harus
sensitif terhadap cita rasa ini apabila menterjemah
untuk masyarakatnya pula. Pengetahuan, kepekaan
dan pengalaman dalam bidang tertentu amatIah
penting.
(c) Tenaga Editor
Bahagian yang sering lemah dalam rangkaian, kegiatan penerbitan ialah bahagian pengeditan manuskrip. Para penerbit selalu mengalami kesukaran
untuk mendapat editor yang berpengalaman dan
yang benar-benar profesional. Oi Malaysia, tugas
editor juga belum begitu difahami sehinggakan dalam organisasi kerajaan tidak terdapat satu skim
jawatan yang sesuai untuk para editor penerbitan.
Sesungguhnya editor merupakan seorang yang
amat penting yang boleh memandu penulisan sesebuah manuskrip yang baik. Editor juga bertang11
DASAR BUKU NEGARA
gungjawab terhadap kandungan intelek sesebuah
buku itu. Isu buku sudah tentunya merupakan
perkara yang amat sensitif dan hanya editor yang
sensitif juga dapat mengesan buruk baiknya sesebuah buku yang hendak diterbitkan itu. Hanya pengeditan yang dibuat dengan penuh kemahiran dan
kepakaran akan dapat menghasilkan buku yang
tinggi mutunya yang setanding dengan penerbitan
yang diimport. Untuk memperoleh editor yang
mahir, maka perlulah tenaga editor dibina dan
profesion editor dinaikkan statusnya selaras dengan
tugasnya.
(d) Pengeluaran buku
i.
Pelukis dan Pereka Bentuk
Editor yang baik bukan sahaja harus mempunyai
daya untuk mengkonsepsikan isi buku tetapi juga
rupa bentuk buku. Editor mesti disokong oleh tenaga
pelukis, pereka bentuk dan jurugambar yang
profesional lagi kreatif dalam usaha menghasilkan
buku yang diterbitkan itu. Pereka bentuk buku dalam
erti kata yang sebenarnya masih keeH bilangannya di
negara ini. Apa yang ada dalam organisasi penerbitan ialah pelukis grafik yang harus membuat
pelbagai ilustrasi: daripada sepanduk hinggalah kepada reka bentuk kulit buku yang serius. Selain itu,
ada pula yang tidak terlatih tentang penggunaan
muka taip. Oleh sebab bHangan tenaga dalam profesion ini agak keeil, tidak ada pengkhususan dalam
bidang reka bentuk buku. Jelas sekali tenaga profesional dalam bidang reka bentuk buku sangat
penting dibina untuk menghasilkan reka bentuk buku
yang bermutu.
ii. Pencetak
Dalam perusabaan buku, manuskrip yang sudah
12
KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU
diuruskan untuk diterbitkan tidak akan dapat diperbanyak tanpa pencetak. Industri percetakan di
Malaysia masih belum boleh menandingi industri
percetakan di negara-negara asing seperti Amerika,
England, Korea dan Jepun. Hanya sebilangan keciI
sahaja syarikat percetakan yang mempunyai alat-alat
percetakan yang baru lagi maju. Sebilangan besar
syarikat percetakan tidak mempunyai alat-alat lengkap untuk membuat atur huruf, satu proses yang
amat penting dalam percetakan.
Sejumlah keciI pencetak sahaja yang benarbenar mempunyai kelayakan dan pengetahuan dalam
teknologi dan seni percetakan yang moden. Syarikat
percetakan yang. ada hanya sanggup mencetak
bahan-bahan yang mudah seperti borang, risalah dan
lain-lain. Syarikat-syarikat Itu tidak mampu mencetak buku-buku yang sukar dan yang berwarna-warni.
Tenaga pencetak yang mahir perlu dibina untuk meningkatkan profesionalisme dalam bidang percetakan.
Percetakan memerlukan' kertas. Kertas yang bermutu sangat mahal harganya dan terpaksa dibeli dari
negara-negara asing. Harga kertas juga tirlak terkawal iaitu sentiasa naik.
3. KEADAAN EKONOMI YANG DAPAT
MEMBANTU PERUSAHAAN BUKU
(a) EkonomiPenerbitan
Untuk menghasilkan buku yang murah, yang mampu
dibeli oleh setiap rakyat, maka penerbitan mestilah
berusaha untuk menurunkan kos penerbitan serendah
yang mungkin.
Malangnya, kos penerbitan tidak pernah turun.
lni disebabkan oleh kenaikan harga kertas, dakwat
dan bahan-bahan mentah yang berkaitan dengan
13
DASAR BUKU NEGARA
:'i
penerbitan buku. Apabila kos penerbitan tinggi,
maka harga buku juga menjadi mahaI. Para pembeli
akan merungut kerana harga buku mahaI. Kos penerbitan juga tidak dapat diturunkan kerana jumlah
eetak' satu-satu judul itu amat keeil, rata-rata 3000
naskhah sahaja. Dengan pasaran yang terbatas ini,
amatlah sukar bagi para penerbi t menambahkan
judul-judul terbitan mereka.
Jika ditinjau dari segi ekonomi penerbitan, tiaptiap judul mestilah dieetak sekurang-kurangnya sejumlah 10000 naskhah. Jumlah ini merupakan
jumlab yang paling wajar dari segi ekonominya dan
yang dapat menurunkan kos untuk eetak.
Untuk meneapai jumlah tersebut, peratusan yang
lebib besar daripada para penduduk Malaysia mestilab membeli buku. Ini tidak mungkin terjadi kerana
masyarakat Malaysia belum merupakan masyarakat
yang me~ba.
Mengikut laporan Kajian tentang Tabiat dan
Minat Membaea Masyarakat Malaysia (DBP 1983)
purata jumlab wang yang dibelanjakan untuk membeli baban baeaan amat keeil sekali, iaitu dua puluh
tujub ringgit ($27.00) sebulan. Daripada jumlah
tersebut sepertiga e/3) digunakan untuk membeli
suratkbabar, seperlima els) untuk majalah dan
bakinya barulah untuk buku. Ternyata bahawa pembaeaan buku belum lagi merupakan keperluan harian
masyarakat Malaysia. Disebabkan pasaran yang
am at terbatas ini, dan ini bererti risiko perdagangan
yang agak besar, maka para penerbit Malaysia tidak
berani menerbitkan buku bermutu dengan banyak
umum. Para penerbit lebib senang meuntuk b~ean
nerbitkan buku teks sekolab rendab atau sekolab
menengah. Pasaran untuk buku-buku demikian telab
sedia ada.
Untuk mengelakkan suasana pembaeaan rakyat
Malaysia terbatas kepada buku-buku teks sahaja,
~
14
I
KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU
maka usaha yang jujur daripada semua pihak yang
berkenaan amat penting. Sebagai langkah pertama,
penerbitan buku-buku teks hendaklah tidak dimonopoli oleh penerbit kerajaan. Penerbit swasta mesti
juga diajak bersama menerbitkan buku-buku teks ini.
Dengan keuntungan yang diperoleh daripada penerbitan buku teks, bolehlah penerbit-penerbit swasta
itu membiayai penerbitan buku-buku umum. Inilah
yang berlaku di negara-negara lain seperti di negeri
Jepun dan Amerika Syarikat. .
Satu jalan lain yang boleh difikirkan adalah dengan mengadakan projek penerbitan bersama. Penerbit kerajaan serta penerbit swasta bekerjasama
menerbitkan sesuatu judul buku, seperti ensiklopedia
misalnya, dan bersama-sama menanggung kos penerbitannya.
Dalam sesuatu projek penerbitan yang besar,
bantuan langsung daripada kerajaan mungkin diperlukan. Dengan adanya bantuan yang demikian,
dapatlah para penerbit mempelbagaikan bidang P6nerbitannya.
Industri penerbitan buku di negeri ini belum lagi
merupakan bidang perusahaan yang lumayan dan
berkembang pesat, jika dibandingkan dengan bidang-bidang perusahaan lainnya. Oleh itu, sokongan
dan bantu an kerajaan diperlukan _supaya industri
penerbitan buku boleh dianggap sebagai salah satu
industri yang terpenting bagi pembangunan negara.
4. PROMOSI, PENGEDARAN DAN PENJUALAN
BUKU
Buku mesti dipasarkan, diberi promosi yang hebat dan
diedarkan sehingga sampai kepada sasarannya. Segala
usaha untuk menerbitkan buku akan sia-sia sahaja tanpa
sistematik. Pengesatu rangkaian pengedaran buku ya~g
daran buku merupakan aspek penting dalam industri
15
DASAR BUKU NEGARA
buku. Malangnya aspek ini pula yang tidak mendapat
perhatian sepatutnya.
Rangkaian pengedaran buku di Malaysia dewasa ini,
jika adapun, amatlah lemah. Saluran pengedarannya
tidak menyeluruh, tidak jelas, dan sementara itu tenaga
profesional untuk mengendalikannya hampir tidak ada.
Pengedaran buku merumitkan apabila tidak ada
promosi yang berkesan dan profesional sifatnya, maklumat bibliografi yang tidak cukup, sistem kredit yang
tidak tentu, diskaun yang tidak standard, serta pembelian
melalui tender oleh institusi yang menimbulkan persaingan yang tidak sihat. Pengedaran buku menjadi lebih
rumit lagi apabila tidak ada jalan raya yang dapat menghubungkan kawasan-kawasan bandar dengan kawasankawasan luar bandar yang terpencil, di samping kuasa
membeli yang rendah serta minat membaca yang kurang
pada kalangan masyarakat.
(a) Promosi Buku
Pembaca tidak akan tahu apabila satu-satu buku itu
sudah terbit, jika tidak ada iklan dan promosi buku.
Dewasa ini, penerbit tidak banyak membuat promosi, kerana kos promosi, iklan dan seranta yang
tinggi. Media massa seperti akhbar, radio dan televisyen mengenakan kos yang tinggi bagi pengiklanan buku, sarna seperti pengiklanan bahan-bahan
pengguna yang lain. Untuk memberitahu masyarakat
bahawa sesebuah buku sudah terbit, penerbit hanya
dapat mengeluarkan katalog yang edarannya terhad .
.Tidak semua penerbit pula yang mampu mengeluarkan katalog penerbitan mereka. Oleh itu, langkah
atau campur tangan kerajaan harus ada untuk mengadakan promosi buku yang berkesan.
(b) Pengedar Buku
Institusi 'pengedaran memainkan peranan yang pen16
KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU
ting dalam sistem pengedaran dan pemasaran buku.
Pengedar merupakan sumber utama bagi penjual
buku untuk mendapatkan buku daripada semua penerbit dengan tidak payah menghubungi tiap-tiap
penerbit. Penerbit juga perIu menghadapi satu sumber sahaja untuk menjual buku-buku mereka. Melalui pengedar, penerbit boleh menjual buku-buku
mereka sekaligus dengan jumlah yang besar. Pengedar boleh membantu peked.ai buku runcit dengan
memberikan kredit yang lebih baik. Pengedar boleh
membantu penerbit dan pekedai buku dengan mengadakan promosi buku yang ada. Mereka juga secara
tidak langsung menyediakan stor untuk penerbit dan
pekedai_ tiuku. Sesungguhnya institusi pengedar
masih bam lagi di Malaysia ini. Penerbit yang menggunakan sistem pengedar untuk menjual buku mereka, mengalami berbagai-bagai masalah pula.
Hampir semua pengedar yang digunakan tidak mempunyai pengetahuan langsung ten tang pengedaran
buku. Mereka belum boleh dinamai pengedar yang
profesional. Tidak semua pengedar yang kerjanya
khusus mengedar buku kerana mereka mempunyai
minat atau pengurusan lain, selain buku. Oleh itu,
mereka tidak memberikan sepenuh masa untuk
memikirkan hal-hal tentang pengedaran buku.
Lain keadaannya di negeri Jepun. Negeri Jepun
menlpunyai sistem pengedaran yang sudah berkembang, dan banyak menggunakan mesin. Buku yang
terbit hari ini, sudah sampai ke tangan pembaca di
seluruh Jepun dalam masa satu minggu.
Sistem pengedaran boleh membantu para penerbit menjual buku mereka dengan cepat, sekiranya
sistem tersebut diwujudkan dengan perancangan
yang baik. Mereka yang menjadi pengedar mestilah
mempunyai pengetahuan yang khusus tentang buku.
17
DASAR BUKU NEGARA
(c) Pusat Buku
Masalah pengedaran akan dapat diatasi dengan
mewujudkan sebuah PUSAT BUKU yang seolaholah berfungsi sebagai tempat pengedaran. Penerbit
yang tidak mampu mengedarkan buku mereka,
ierutama penerbit-penerbit kecil, boleh berbuat
demikian melalui Pus at Buku ini. Institusi seperti
perpustakaan boleh juga memperoleh buku melalui
Pusat Buku. Kedai-kedai buku di merata-rata ceruk
rant au Malaysia hanya memesan buku teros ke satu
tempat, iaitu Pusat Buku. Melalui Pusat Buku juga
diskaun yang standard daripada penerbit kepada
kedai-kedai buku dan pembeU dapat diawasi.
Pusat Buku boleh menjalankan tugas-tugas penjualan buku secara profesional dengan lebih jimat
dan meluas seperti menyimpan stok, memberikan
bantuan kredit kepada pekedai buku, mengadakan
promosi besar-besaran, dan mendapatkan pasaran
luar negeri. Pusat Buku seperti ini boleh ditubuhkan
segera sebagai sebuah konsortium daripada semua
penerbit dengan subsidi daripada kerajaan pada
peringkat awalnya.
(d) Kedai Buku
Kedai buku merupakan saluran yang terpenting
sekali bagi industri btiku, kerana kedai buku mempunyai hubungan langsung dengan pembelinya. Kedai buku menyediakan kemudahan kepada mereka
yang hendak membeli buku, atau yang tidak merancang hendak membeli buku. Kedai buku bukan
sahaja menyediakan buku untuk pembelinya, tetapi
juga merangsang keperluan untuk membeli buku.
Kedai-kedai buku yang besar dan menarik sangat
sedikit bilangannya di Malaysia, dan kedai-kedai
buku ini selalunya terdapat di bandar-bandar besar
18
KEADAAN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANOAN BUKU
sahaja. Kedai-kedai buku di bandar keeil, kalau
adapun, tidak khusus menjual buku. Kedai-kedai
buku tersebut menjual barang lain seperti guh'l-gula,
permainan atau barang makanan. Bahan baeaan yang
dijual merupakan bahan baeaan ringan seperti
majalah-majalah pop dan fHem. Kedai buku di
daerah-daerah keeil luar bandar hampir tiada. Pembinaan kedai-kedai buku terutama sekali di kawasankawasan luar bandar harus diberi perhatian yang
berat.
Kedai-kedai buku yang sedia ada pula patut diini
galakkan perkembangannya. Kedai-kedai bu~
juga hendaklah meningkatkan mutu perkhidmatan
mereka kepada pelanggan serta juga kepada perpustakaan. Kedai-kedai buku hendaklah dikendalikan
oleh pekerja-pekerja profesional yang faham betul
ten tang buku dan masalah penjualannya.
Satu perkara yang patut diamalkan untuk membolehkan kedai buku hidup, ialah para penerbit tidak
membekalkan buku-buku terus kepada pembeli atau
institusi yang memesan buku, seperti perpustakaan.
Mesti wujud perjanjian antara penerbit dan penjual
buku, untuk mengelakkan penerbit bersaing dengan
penjual buku sekaligus.
(e) Kelab Buku
Selain kedai buku, saluran biasa seperti pejabatpejabat pos, stesen minyak, stesen keretapi, pasar
Malam di kawasan luar bandar patut juga diberi
perhatian untuk penjualan buku. Lebih banyak saluran digunakan lebih baik. Satu lagi saluran penjualan buku yang semakin popular di negara-negara
Barat seperti Amerika Syarikat, ialah penjualan buku
melalui KELAB BUKU. Kelab Buku amat popular
kerana dengan menjadi ahli bermaeam-maeam faedah dapat dinikmati. Ahli-ahli mendapat buku
19
CASAR BUKU NEOARA
dengan lebih cepat melalui pos, tidak perlu bersusahpayah ke kedai buku. Ahli-ahli juga dapat memiliki
bulm dengan harga istimewa. Kelab Buku jika dilaksanakan deIigan baik, dapat membantu penjualan
buku. Untuk menjayakan KELAB BUKU, kos pengangkutan serta belanja pos bagi buku mestilah
rendah. Pengedaran buku akan lebih mudah dan
berkesan lagi, sekiranya pihak kerajaan dapat mengusahakan kos yang istimewa, yang rendah, bagi
pengangkutan buku melalui udara, laut dan darat.
Buku, alat budaya yang penting ini, merupakan
bahan yang sungguh mudah untuk dibawa ke manamana, tidak kotor, tidak mudah pecah, dan tidak
memerlukan ruang yang besar. Sudah sewajarnyalah
kos pengangkutan buku diberi kos yang istimewa;
berbeza dengan barang-barang lain.
Kelab Buku boleh diwujudkan sebagai satu
bad an yang bersifat komersil, atau boleh juga wujud
sebagai satu badan sosial di bawah anjuran perpustakaan, bilik-bilik bacaan serta sekolah dan
jabatan-jabatan.
5. RANGKAIAN PERPUSTAKAAN YANG
MENYELURUH YANG BOLEH MEMBANTU
BUKUSAMPAIKESASARANNYA
Perpustakaan harus dilihat sebagai suatu institusi sosial
yang penting yang membolehkan masyarakat mendapatkan bahan bacaan yang diperlukan. Perkernbangan perpustakaan seiring dengan perkernbangan buku. Penerblt
mengisi rak-rak perpustakaan dan perpustakaan merupakan pembeli buku yang utama. Perpustakaan juga
merupakan pusat sumber, pusat maklumat, pusat penyelidikan serta pusat rekreasi. Perpustakaan merna ink an
peranan penting dalam masyarakat yang mempunyai
kuasa membeli yang rendah. Perpustakaan juga dapat
membantu industri buku dengan menyediakan bibliografi
20
KEADMN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANOAN BUKU
terbitan yang kemas kini. Sayangnya perkembangan perpustakaan di Malaysia masih belum sampai ke tahap
yang boleh dibanggakan. Perpustakaan masih belum
meluas sehingga ke desa-desa. Mutu perkhidmatan yang
diberikan belum begitu tinggi, dan perpustakaan sebagai
sebuah institusi sosial tidak .memainkan peranan yang
berkesan menyebarkan bahan-bahan bacaan mahupun
mendorong pembacaan. Perpustakaan awam yang ada
masih mengalami berbagai-bagai kelemahan dan tidak
berkembang dengan kadar yang telah dicadangkan di
dalam Blue Print for Public Library Development in
Malaysia (PPM 1968). Demikian juga halnya dengan
.perpustakaan sekolah. Cadangan-cadangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia (PPM 1979) tidak
dilaksanakan deng~
sepenuhnya. Di kawasan-kawasan
luar bandar pula, bilik bacaan, perpustakaan rakyat atau
perpustakaan desa diadakan oleh agensi berlainan tanpa
penyelarasan serta perancangan yang bersepadu.
Sesungguhnya, satu kajian yang terperinci, khusus
bagi perkembangan perpustakaan desa atau perpustakaan
rakyat, bilik bacaan dan sebagainya harus ada. Sebelum
us aha untuk mengadakan perpustakaan di desa-desa
dapat dilaksanakan dengan jayanya, haruslah diperjelas
apa.kah 'keperluan' yang hendak dipenuhi dengan usaha
tersebut. Konsep perpustakaan (baik statik mahupun
bergerak) merupakan alatan budaya dan inovasi yang
perlu diperkenalkan kepada sesuatu masyarakat yang
hidup.
Dalam masyarakat luar bandar telah wujud aturan
hidup yang tradisional, bentuk komunikasinya yang
turun-temurun dan tempat-tempat berhimpun yang biasa
seperti masjid, surau, balai raya, kedai kopi dan sebagainya. Perpustakaan sebagai suatu institusi yang baru
haruslah dapat diselaraskan dalam jalinan pola kehidupan dan struktur sosial masyarakat desa tersebut.
Pada analisis terakhirnya, perpustakaan hanya akan
dapat melaksanakan peranan yang diharapkan pada masa
21
DASAR BUKU NEOARA
hadapan dalam masyarakat desa, jika institusi itu dapat
menjadi lebih bermakna dari segi budaya kepada anggota masyarakat desa kini.
o
(a) Latihan
Perpustakaan juga memerlukan tenaga profesional
untuk menguruskannya dengan lebih bermakna. Latihan untuk bakal pustakawan mestilah sesuai dengan peranan yang diharapkan daripada mereka.
Pustakawan harus mendampingi spektrum pengetahuan. Oleh itu, calon pustakawan mestilah sudah
menjalani pendidikan yang liberal, iaitu mempunyai
ijazah pertama dalam bidang-bidang yang diminati;
selepas itu barulah menjalani kursus profesional
lepasan ijazah dalam bidang sains perpustakaan.
Utihan untuk calon pustakawan telah dibentangkan
dengan terperinci di dalam Memorandum Menubuhkan Sekolah Ijazah Lanjutan Sains Perpustakaan °dan
Arkib (PPM 1972) yang telah dikemukakan kepada
Majlis Universiti Malaya. Pihak universiti telah
membincangkan perkara ini secara terperinci dengan
tertubuhnya Board of Studies for the Graduate
Laporan
School of Library and Archival Scieng~.
Lembaga Penyelidikan ini yang diedarkan pada
bulan April 1982, boleh dijadikan asas kepada jenis
kursus dan latihan untuk mereka yang memilih
profesional kepustakawanan.
Latihan bakal pustakawanan, selain meliputi pengetahuan asasi yang biasa tentang pentadbiran perpustakaan, harus juga menyediakan para pustakawan
yang mengenali masyarakatnya (kalau perpustakaan
desa, men genal masyarakat desa dan bersedia menyediakan perkhidmatan yang berkaitan kepada
mereka).
Selain itu, tugas mendorong pembacaan pada
kalangan anggota masyarakat kita patut dilaksana0
22
KEADMN DAN SUASANA UNTUK PERKEMBANGAN BUKU
kan secara profesional oleh para pustakawan. Sehingga kini, masalah kewangan serla masalah lainnya, tidak mengizinkan perpuslakaan berkembang
dengan berkesan dan bererti dalam kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Oleh itu usah~r
ditumpukan untuk membolehkan instilusi sosial ini
berkembang dalam rancangan pembangunan sosial
negara.
6. SISTEM PELAJARAN KEBANGSAAN YANG
MEMERLUKAN BUKU UNTUK MENDIDIK DAN
MEMBANGUNKAN FIKlRAN GENERASI MUDA
MENGIKUT PERKEMBANGAN ILMU
Sistem Pelajaran Kebangsaan hendaklah menekankan
aspek pembacaan dan penggunaan buku dengan seluasluasnya. Pelajar-pelajar hendaklah didedahkan kepada
buku-buku lain dalam bidang yang berkaitan dan· tidak
dibataskan kepada buku-buku leks sahaja. Matlamat
Dasar Pelajaran Kebangsaan hendaklah melahirkan
generasi yang berfikir, yang membaca dengan kritis dan
yang liberal pemikirannya, untuk menghadapi cabaran
perkembangan ilmu yang pesat sekali dalam dunia
moden ini.
7. KEADAANBAHASA YANG TIDAK AKAN
MENGHINDARKANPEMBACAAN
Dasar Bahasa Kebangsaan hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya untuk membolehkan semua rakyat
Malaysia membaca dan menikmati buku-buku yang
diterbitkan di negara ini. Penggunaan bahasa kebangsaan
yang betul hendaklah ditekankan dan digunakan seluasluasnya.
23
RUMUSAN DAN SARANAN
Berdasarkan perkara-perkara yang dibentangkan, maka dikemukakan rumusan dan saranan yang berikut:
1. MINAT MEMBACA
Untuk meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia maka, Projek Gerakan Membac.a seperti yang
terdapat di dalam dokumen yang disediakan oleh M. Noor
Azam 'berjudul PROJEK GERAKAN MEMBACA MAlLIS KEMAJUAN BUKU KEBANGSAAN (April
1983) hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.
Peruntukan khas serta kakitangan diperlukan untuk menjayakan projek ini. MatIamat projek adalah bahawa dalam
tahun 2000 diharapkan masyarakat Malaysia menjadi masyarakat yang membaca.
2. MEMBINA TENAGA PENULIS TEMPATAN
Menyedari pentingnya dibina tenaga penulis tempatan, maka
bakat-bakat yang ada hendaklah dipupuk dan diberi kemudahan yang diperlukan: .
(a) penulis diberi bantuan fizikal seperti temp at menu lis,
bahan bacaan dan rujukan untuk berkarya;
(b) penulis diberi bantu an kewangan untuk penyelidikan dan
24
I,
j
RUMUSAN DAN SARANAN
(c)
(d)
.
(e)'
(t)
(g)
penyediaan manuskrip. Untuk tujuan ini, mungkin patut
diwujudkan TABUNG PENULIS;
penulis patutIah diberi galakan seperti hadiah-hadiah penuUsan. Oalam konteks ini galakan patutIah diberikan
kepada pelbagai kumpulan (Persatuan PenuIis, Persatuan
Penterjemah, Persatuan Bahasa, Persatuan Sejarah, Universiti) untuk menganjurkan hadiah-hadiah penulisan
pelbagai rupa. Oi samping itu MajIis Kemajuan Buku
Kebangsaan sendiri patutIah menyelenggarakan hadiahhadiah nasional yang sesuai bagi kemajuan buku, untuk
melengkapi hadiah-hadiah yang telah sedia ada;
seseorang penuIis tidak dilahirkan untuk menjadi penuUs. Tetapi, mereka yang mempunyai bakat untuk menulis hendaklah digalakkan, diberi latihan formal dalam
bidang penulisan kreatif. Dalam konteks ini kursus
kreatif yang ada di Universiti. Malaya" umpamanya
mungkin patut dikaji semula kurikulumnya. Memandangkan bahawa berkarya bukan sekadar mengetahui
teknik-teknik penulisan sahaja, maka kursus kreatif itu
patut ditingkatkan kepada kursus lepasan ijazah (postgraduate). Oengan ini bakal calon yang akan mengikuti
kursus terse\>ut sudah mempunyai pendidikan liberal
dalam bidang tertentu seperti bahasa atau sastera, dan
hanya mereka yang benar-benar hendak mengasah bakat
dalam bidang penulisan sahaja yang akan mengikuti
kursus tersebut. Dengan itu juga masalah tidak mengiktiraf kelayakan atau diploma mereka tidak timbul, kerana
Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai skim profesional yang jelas, iaitu Diploma Lepasan Ijazah yang
bermula dengan tangga gaji A19;
kursus teknik penulisan mungkin perlu dijadikan kursus
wajib bagi tahun terakhir di universiti, untuk membantu
para siswazah menuIis dalam urusan pekerjaan mereka
nanti;
royalti penulis hendaklah diberi pelepasan cukai daripad a jumlah $10000 dan tidak setakat $3000;
UNDANG-UNDANG HAK CIPTA NEGARA ini
25
DASAR BUKU NEGARA
hendaklah dikaji semula. Sebaik-baiknya sebuah badan
pendaftaran hak cipta segala jenis karya kreatif negara
'ini sudah sewajarnya diwujudkan. Badan ini sebaikbaiknya merupakan badan kerajaan;
(h) Public Lending Rights seperti yang dilaksanakan di
United Kingdom dan Australia, patut diberi perhatian
oleh kerajaan. Kerajaan harus mempunyai peruntukan
khas untuk melaksanakan Public Lending Rights di
Malaysia;
(i) syarikat perfileman serta media televisyen dan radio.
hendaklah memberikan galakan kepada karya-karya
sastera yang baik untuk dijadikan fHem, rancangan
televisyen dan radio. Sebaliknya, skrip drama televisyen,
radio dan fHem yang baik boleh diolah untuk diterbitkan
dalam bentuk buku; dan
G) kegiatan ptmulisan seperti penulisan buku, seminar
penulis hendaklah diteruskan dengan memberikan isi
yang lebih ilmiah.
3. MEMBINA TENAGA PENTERJEMAH
(a) Memandangkan bahawa penterjemah perIu
(i) menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa,
(ii) menguasai bidangnya,
(iii) mempunyai pengetahuan tentang teknik menterjemah,
(iv) mempunyai daya kreatif, dan
(v) sensitif terhadap cita rasa dan budaya penulis dan
pembaca,
!.,
I
I
I,
I:
maka kursus penterjemahan yang mengandungi lima
unsur di atas haruslah diadakan secara besar-besaran
agar satu golongan terbesar yang layak untuk membuat
penterjemahan yang bermutu dapat diwujudkan di negara kita;
(b) memandangkan betapa pentingnya fungsi penterje26
RUMUSAN DAN SARANAN
mahan, sulitnya masalah yang dihadapi dan betapa
perlunya segolongan besar para penterjemah profesional
wujud, maka sebuah badan penterjemahan negara patut
ditububkan;
.
(c) memandangkan betapa banyaknya hasil penterjemahan
yang diperlukan dan betapa terdapatnya tahap-tahap
dalam sumber bahan yang hendak diterjemahkan (seperti
untuk tahap sekolah, tahap umum dan tahap pengajian
tinggi), maka perancangan untuk pendidikan penterjemahan harus dipusatkan di satu tempat seperti badan
penterjemahan, seperti yang dicadangkan itu. Badan
tersebut boleh merancang bilangan tenaga penterjemah,
bidang ilmu serta tahap penterjemahan yang diperlukan
dan dengan kerjasama pihak universiti dan institusi yang
berkemampuan untuk memberikan kursus penterjemahan, maka satu golongan besar para penterjemah profesional mengikut keperluan bidang dan tahap dapatlah
dibina. Dengan adanya perancangan khusus pada peringkat negara, seperti yang boleh dibuat oleh badan
penterjemahan negara itu, maka soal pengiktirafan,
tangga gaji dan pembayaran dapatlah diselesaikan.
4. SEKOLAH PENERBlTAN
Menyedari pentingnya tenaga profesional penerbitan dibina,
maka dicadangkan sebuah Sekolah Penerbitan (School of
Publishing) diadakan di Malaysia. Sekolah ini akan melatih
calon editor, pereka bentuk buku, pencetak'dan sebagainya.
Sekolah ini akan mengadakan kursus lepasan ijazah dan
kursus diploma dalam bidang penerbitan. Sekolah ini sebaikbaiknya ditempatkan di universiti yang sudah ada Institut
Pengajian Tingginya seperti Universiti Malaya. Memandangkan bahawa tidak ada sebuah sekolah latihan bagi penerbitan
buku di rantau ASEAN atau Asia Tenggara, maka sekolah
yang dicadangkan boleh merupakan sebuah Sekolah Serant au (Regional School). Bantuan kewangan serta tenaga
profesional boleh dipohon daripada pihak UNESCO.
27
DASAR BUKU NEGARA
5. EKONOMI PENERBITAN
Pengeluaran buku hendaklah diiktiraf sebagai perusahaan
yang penting di negara ini. Dengan demikian, maka segala
galakan dan bantuan daripada ekonomi negara patut diad akan untuk memajukan perusahaan buku itu demi kepentingan
negara, misalnya,
(a) Kerajaan hendaklah membantu industri penerbitan buku
dengan memberikan pelepasan eukai kepada bahanbahan mentah untuk buku seperti dakwat, kertas ataupun
mesin eetak; dan
.
(b) Kerajaan hendaklah menyokong penubuhan sebuah Bank _
Buku atau Tabung Pembinaan Buku. Tujuan utama Bank
tersebut adalah untuk memberikan kemudahan kredit
atau pinjaman wang kepada penerbit-penerbit, terutamanya penerbit keeil tetapi mempunyai kesanggupan profesional, untuk menerbitkan buku-buku yang penting
dari segi sosial, tetapi tidak menguntungkan dari segi
ekonomi penerbitan.
6. PROMOSI, PENGEDARAN DAN
PENJUALAN BUKU
Memandangkan betapa pentingnya buku mendapat. promosi
yang luas, serta menginsafi bahawa para penerbit tidak
mampu membayar kos promosi yang tinggi oleh sebab-sebab
pasaran buku yang terbatas, maka:
(a) pihak akhbar, radio dan televisyen diminta memberikan
kadar bayaran yang istimewa lagi rendah bagi iklan
buku;
(b) kerajaan diminta memainkan peranan yang positif dalam
promosi buku sebagai tugas nasional dengan mengtentang buku dan pemadakan raneg:~
bacaan dalam media kerajaan yang lain selain radio dan
televisyen;
(c) persatuan Penerbit bersama badan pembangunan buku
28
RUMUSAN DAN SARANAN
hendaklah, rnernainkan peranan yang aktif dalam promosi buku dengan rnenerbitkan Malaysian Books in
Print;
(d) BERITA BUKU hendaklah dikeluarkan lebih kerap lagi
(e)
(t)
(g)
(h)
(i)
oleh badan pembangunan buku;
perpustakaan hendaklah rnenyediakan maklurnat bibliografi yang lengkap dan kernaskini bagi buku-buku
terbitan Malaysia dengan rnengeluarkan Bibliografi Negara Malaysia dengan kerap lagi;
institusi pengedaran digalakkan rnemainkan peranan
yang aktif dalarn prornosi dan pengedaran buku.
Kernudahan seperti diskaun yang standard, kos pengangkutan yang istimewa serta latihan tentang penjualan
buku (book trade) hendaklah didedahkan kepada para
pengedar;
sebuah PUSAT BUKU hendaklah diwujudkan bagi
kepentingan prornosi dan pengedaran buku. Pusat Buku
ini berfungsi sebagai ternpat pengedaran, sebaik-baiknya
ditempatkan mengikut zan, iaitu di Utara, Selatan dan
Timur;
sekurang-kurangnya setiap ibu daerah, 126 daerah
sernuanya, mestilah ada sebuah kedai buku yang menarik
dan diselenggarakan secara profesional;
para penerbit hendaklah rnembantu kedai buku dengan
tidak menjual buku-buku mereka terus kepada pembeli.
Diskaun yang standard serta sistem kredit yang baik
hendaklah diberikan oleh para penerbit kepada penjual;
(j) KELAB BUKU hendaklah digalakkan perkembangannya;
raya dan sis tern
(k) perhubungan-perhubungan seperti jal~n
pas yang rnembolehkan buku sampai ke kawasan-kawasan terpencil harus berkernbang; dan
(1) kadar bayaran pengangkutan buku melalui pos, udara
dan laut hendaklah diberikan kadar yang istimewa agar
buku dapat sampai kepada para pembacanya.
29
DASAR BUKU NEGARA
7. PERKEMBANGAN PERPUSTAKAAN
Menyedari betapa pentingnya perpustakaan kepada masyaraperkembangan perpuskat Malaysia, maka sudah sebaruny~
takaan diberi keutamaan dalam rancangan pembangunan
sosial negara. Satu rancangan yang sepadu bagi perkembangan perpustakaan mesti ada untuk menjayakan Dasar
Buku Negara:
(a) rangkaian perpustakaan yang tegub barus wujud dari
desa sebingga ke ibu negeri. Sekurang-kurangnya sebuab
perpustakaan .mesti ada di setiap daerah atau di setiap
kawasan pili han raya negeri;
(b) peruntukan yang sesuai bendaklah diberikan kepada perpustakaan untuk pembinaan koleksi dan pengembangan
perkhidmatan;
(c) tiap-tiap perpustakaan negeri. mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pegawai perpustakaan berijazab dan mempunyai Diploma Sains Perpustakaan
Lepasan Ijazah (Post-Graduate Diploma) serta dibantu
dengan penolong pegawai perpustakaan yang mempunyai diploma sains perpustakaan; dan
(d) latihan bagi calon pustakawan hendaklah ditingkatkan
kepada Iatihan Iepasan ijazah (post-graduate training)
dan sekolahnya ditempatkan di universiti yang sudah ada
infrastruktur untuk pengajian· Iepasan ijazah.
8. BADAN KEMAJUAN BUKU
Untuk melaksanakan Dasar Buku Negara ini, maka perIu ada
sebuah badan profesional yang menjalankan tugas-tugas
pembanguilan buku yang mempunyai peruntukan tahunan
yang tetap untuk perkembangan buku dan yang mempunyai
kaitn~?
profesional. se~a
alat kelengkapan yang tetap.
Badan 1m bolehlah dlben nama Badan Kemajuan Buku
Kebangsaan dengan tugas serta struktur organisasin'ya seperti
yang terdapat dalam Lampiran I.
30
RUMUSAN DAN SARANAN
Badan ini mestJlah bertaraf autonomi. Tugas-tugas penting
badan ini antara lain adalah untuk:
(a) menjadi pusat pendaftaran hak cipta penerbitan dengan
hak undang-undang untuk melaksanakan AIda Hak Cipta
Penerbitan;
(b) menjadi tempat pengedaran bagi permohonan hak cipta
di dalam dan di luar negeri;
(c) menjadi pusat maklumat bagi industri penerbitan buku
dengan tugas-tUgas penyelidikan untuk menentukan
keperluan buku negara:
i. penyelidikan minat membaca bagi golongan tertentu;
ii. mempunyai data bagi penyebaran buku (import dan
eksport);
iii. mengeluarkan penerbitan panduan tentang kegiatan
buku;dan
iv. mengadakan Pesta Buku Tahunan.
(d) menggalakkan perkembangan profesionalisme dalam
perusahaan buku;
(e) mengawasi mutu dan etika penerbitan buku negara; dan
(f) menyelaraskan semua kegiatan perkembangan buku
negara dengan kerjasama badan-badan profesional buku.
31
KESIMPULAN
Dasar "Buku Negara telah dibangkitkan dalam sidang Parlimen
pada bulan November 1981 dankali keduanya pada bulan Mac
1984.
Dasar Buku Negara hendaklah dilaksanakan seiring dengan
DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN, DASAR BAHASA KEBANGSAAN, DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN dan
DASAR KOMUNIKASI NEGARA. Dengan adanya DASAR
BUKU NEGARA ini, maka diharapkan fungsi buku, masalah
penerbitan dan pengedaran buku, masalah kadar pembacaan, masalah ekonomi buku, masalah tenaga manusia dalam perusahaan
buku dapat dihadapi secara padu.
Dokumen yang disertakan bersama-sama ialah:
1. Memorandum Mengenai Kekurangan Bahan Bacaan dalam
Bahasa Malaysia dan Pt:ranan Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1982. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara
Malaysia.
2. Memorandum for the Establishment of a Graduate School of
Librarianship and Archives 1972. Kuala Lumpur:
Persatuan Perpustakaan Malaysia.
3. Projek Gerakan Membaca.
4. Rancangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia. 1979. Kuala Lumpur; Persatuan Perpustakaan
Malaysia.
5. Report of the Board of Studies for the Post-Graduate School
32
KESIM PU LAN
of Library and Archival Sciences, 1982 Kuala Lumpur:
Universiti. Malaya.
6. A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian
People. 1983. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oktober 1, 1984.
33
,"
LAMPIRANI
MAJLlSBUKU
KEBANGSAAN MALAYSIA
KETUA EKSEKUTIF
BAHAGIAN
PENGEMBANGAN
(KEGIATAN) BUKU DAN
GALAKAN MINAT
MEMBACA
BAHAGIAN
PENDAFTARAN DAN
KA WALAN HAK CIPTA
BUKU
BAHAGIAN LATIHAN
PENERBITAN
BAHAGIAN
PENYELlDIKAN
DAN MAKLUMAT
r.