Penyelidikan dan kajian ini dilakukan bertujuan memperkenalkan jenis-jenis gasing tradisional untuk pembelajaran dan informasi visual dengan menggunakan Kaedah Pantulan Hologram kepada golongan belia. Selain itu, kajian ini juga... more
Penyelidikan dan kajian ini dilakukan bertujuan memperkenalkan jenis-jenis gasing tradisional untuk pembelajaran dan informasi visual dengan menggunakan Kaedah Pantulan Hologram kepada golongan belia. Selain itu, kajian ini juga memperkenalkan kaedah baru medium penyampaian maklumat dengan menggunakan hologram untuk menyampaikan maklumat. Konsep ini secara tidak langsung memperkenal dan menaikkan semula martabat seni budaya permainan tradisional seiting dengan peredaran zaman teknologi tinggi. Kaedah Medium Pantulan Hologram ini adalah salah satu cara untuk menarik minat Generasi Y dalam mengenali sejarah tradisi Permainan Tradisional sejak dari zaman turun-temurun lagi. Oleh itu,dengan adanya kaedah medium pantulan Hologram ini diharap mampu menjadi alternatif kepada masyarakat untuk mendapatkan informasi dan mengubah persepsi kearah masyarakat yang celik teknologi.