Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Skip to main content
ABSTRAK Pendidikan Islam merupakan elemen penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pada masa kini bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan sahsiah pelajar. Ada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin,... more
ABSTRAK Pendidikan Islam merupakan elemen penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pada masa kini bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan sahsiah pelajar. Ada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin, ponteng sekolah, terlibat dengan kumpulan gengsterisme dan seumpamanya. Pelbagai langkah perlu dilakukan dalam bidang pendidikan bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu kajian ini dilakukan bagi mengkaji konsep ta'dib dalam Pendidikan Islam. Pembentukan individu pelajar yang seimbang ini dapat direalisasikan melalui pendekatan ta'dib. Oleh yang demikian pemahaman konsep ta'dib ini dalam kalangan pendidik sangat dituntut dan diberi perhatian yang serius bagi membentuk sahsiah pelajar yang mulia. Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan data dilakukan menerusi kaedah analisis kandungan yang melibatkan pencarian bahan daripada sumber-sumber primer, seperti kitab-kitab berbahasa Arab yang mengemukakan perbincangan tentang konsep ta'dib dan sumber sekunder daripada kertas kerja, jurnal, laporan tesis, buku-buku ilmiah, prosiding, artikel dan perbincangan yang menyentuh tentang pandangan ulama Islam dan Barat tentang konsep ta'dib. Hasil kajian mendapati bahawa, konsep ta'dib sangat sesuai digunakan dan diaplikasikan dalam sistem pendidikan hari ini. Kajian ini juga menemui konsep ta'dib menurut pandangan ulama Islam dan Barat yang jelas mempunyai persamaan tentang nilai dan adab akan tetapi mempunyai perbezaan dari segi matlamat akhir demi mencapai keredhaan Allah yang hakiki.