Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Skip to main content
Abstrak Dalam epistemologi Islam, peranan manusia sebagai pencari dan penerima ilmu yang dikenali juga 'subjek ilmu' amat diberi penekanan disamping 'objek' ilmu itu sendiri. Ini adalah berbeza sekali dengan epistemologi Barat yang tidak... more
Abstrak Dalam epistemologi Islam, peranan manusia sebagai pencari dan penerima ilmu yang dikenali juga 'subjek ilmu' amat diberi penekanan disamping 'objek' ilmu itu sendiri. Ini adalah berbeza sekali dengan epistemologi Barat yang tidak menitikberatkan langsung soal 'subjek ilmu' ini. Proses menuntut ilmu dalam Islam tidak akan berjaya sekiranya peranan 'subjek ilmu' diabaikan. Sifat, sikap dan adab yang dimiliki oleh pemberi (guru) dan penerima (penuntut) ilmu amat mempengaruhi kelancaran perjalanan proses untuk menuntut ilmu. Dalam hal ini, peranan hati (qalb) sebagai tempat menginapnya ilmu dalam diri 'subjek ilmu' itu sendiri amat penting dan dititikberatkan oleh Islam. Justeri, artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang hati sebagai tempat menginapnya ilmu dalam Islam. Juga dibincangkan soal hubungan antara ilmu dan amal dalam proses pencarian ilmu menurut Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan dan dianalisis menggunakan metode deskriptif analisis kandungan daripada penulisan terdahulu. Dalam Islam, seseorang itu dianggap masih belum menguasai sepenuhnya sesuatu ilmu itu sekiranya beliau tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari dan dimilikinya dengan sebaiknya. Kata kunci: Epistemologi, peranan hati, kepentingan ilmu, subjek ilmu, ilmu dan amal PENGENALAN Dalam epistemologi Islam, peranan manusia sebagai subjek ilmu amat dititikberatkan. Hal ini adalah berbeza dengan epistemologi semasa ciptaan Barat, yang tidak menitikberatkan soal subjek ilmu ini. Bagi mereka, subjek ilmu adalah terpisah langsung dengan objek ilmu dan tidak mempunyai sebarang kepentingan atau kesan dalam proses untuk mendapatkan ilmu. Apa yang lebih dipentingkan di dalam epistemologi Barat ini adalah objek ilmu sahaja. Dalam tradisi Islam, proses pencarian ilmu tidak akan berjaya sekiranya kepentingan subjek ilmu diabaikan. Sifat, sikap dan adab yang dimiliki oleh pemberi (guru) dan penerima (penuntut) ilmu amat mempengaruhi kelancaran perjalanan proses untuk mendapatkan ilmu. Islam juga amat menitikberatkan soal hubungan antara ilmu dan amal. Seseorang itu dianggap masih belum menguasai sepenuhnya sesuatu ilmu itu sekiranya beliau tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari dan dimilikinya. Menyedari akan kepentingan subjek ilmu dalam epistemologi Islam, maka dalam artikel ini penulis akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai perkara ini. Perbincangan mengenai subjek ilmu dalam epistemologi Islam tidak akan dianggap lengkap dan sempurna sekiranya perbincangan mengenai tempat jatuh dan menginapnya sesuatu ilmu itu tidak sentuh. Oleh sebab itulah maka para sarjana Islam begitu mengambil berat persoalan mengenai tempat menginap atau "rumah ilmu" ini dan memastikan persoalan ini difahami terlebih dahulu sebelum membuat kajian mengenai sesuatu ilmu. MAKNA ILMU DALAM EPISTEMOLOGI ISLAM Pelbagai definisi ilmu telah dikemukakan oleh para sarjana Islam dan antara yang paling menarik perhatian penulis ialah definisi yang dikemukakan oleh Fakhruddin al-Razi iaitu ilmu ialah kedatangan jiwa pada makna sesuatu benda (Rosenthal, 1970). Kemudiannya, definisi ini telah diketengahkan semula dengan sedikit penambahbaikan oleh seorang sarjana dan ilmuan Islam mutakhir iaitu Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas (W.M. Nor, 1997). Takrif beliau adalah sebagaimana berikut:
Kertas ini bertujuan untuk membincangkan pencapaian masyarakat Melayu Sarawak clalam aspek pendidikan sejak sebelum merdeka sehingga negeri ini menyertai Malaysia pada 1963 dan tahun-tahun selepasnya. Negeri Sarawak mempunyai susur galur... more
Kertas ini bertujuan untuk membincangkan pencapaian masyarakat Melayu Sarawak clalam aspek pendidikan sejak sebelum merdeka sehingga negeri ini menyertai Malaysia pada 1963 dan tahun-tahun selepasnya. Negeri Sarawak mempunyai susur galur pemerintahan yang bersilih ganti bermula dengan pemerintahan Kesultanan Brunei sekitar abad ke-15 sehinggalah kedatangan Brooke pada 1939, yang memerintah Sarawak 2 tahun kemudian. Pada bulan Disember 1941, tentera Jepun telah menawan negeri ini dan akhirnya menyerah kalah pada 11 September 1945 yang menyebabkan pentadbiran negeri ini diambil alih oleh Pentadbiran Tentera British selama 7 bulan. Sebelum Sarawak menyertai Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan Kolonial British telah memerintah negeri ini sejak Julai 1946. Dengan susur galur pemerintahan yang begitu rencam ditambah dengan penduduknya yang pelbagai etnik memungkinkan wujudnya persaingan dalam berbagai bidang termasuklah pendidikan. Sehubungan dengan itu, kertas ini cuba untuk memberi fokus kepada pencapaian pendidikan masyarakat Melayu Sarawak terutamanya selepas kemasukan negeri ini dalam Malaysia dengan membandingkan secara sepintas lalu situasinya sewaktu diperintah oleh penjajah. Perkara-perkara yang akan dimasukkan dalam perbincangan ini termasuklah perkembangan sekolah-sekolah Melayu sebelum dan selepas Merdeka, penyertaan dan pencapaian mereka dalam bidang pendidikan serta beberapa isu lain yang berkaitan dengan tajuk ini
Abstrak: Kemasukan Islam ke Sarawak dipercayai bermula sejak negeri ini diperintah oleh Kesultanan Brunei lagi namun kerancakan aktiviti Islam makin perlahan apabila Regim Brooke mula memerintah Sarawak. Usaha untuk mengembangkan ajaran... more
Abstrak: Kemasukan Islam ke Sarawak dipercayai bermula sejak negeri ini diperintah oleh Kesultanan Brunei lagi namun kerancakan aktiviti Islam makin perlahan apabila Regim Brooke mula memerintah Sarawak. Usaha untuk mengembangkan ajaran Islam di Sarawak diteruskan oleh ulama silam Sarawak pada ketika itu. Sungguhpun begitu, masih terdapat masyarakat Islam kini yang tidak mengenali golongan ulama ini dan peranan besar mereka dalam perkembangan Islam di Sarawak. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi masyarakat Islam Sarawak tentang peranan ulama silam terhadap perkembangan Islam. Kajian ini dijalankan di bahagian Bintulu, Sarawak dengan menggunakan metod soal selidik yang dijalankan terhadap 468 orang responden. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dihuraikan dalam bentuk statistik mudah iaitu kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi masyarakat Islam di bahagian Bintulu Sarawak terhadap peranan Ulama silam adalah pada tahap sederhana. Kata kunci: Ulama Sarawak; Islam di Sarawak; Perkembangan Islam di Sarawak; Masyarakat Islam Sarawak  Abstract: The advent of Islam to Sarawak started since the state was ruled by the Sultanate of Brunei but the intensity of Islamic activities was slowed down when the Brooke Regime began to rule Sarawak. Efforts to develop the teaching of Islam in Sarawak were continued by the prominent Muslim scholars of Sarawak at that time. Despite that, there are Muslims today who do not know these prominent Muslim scholars and their major role in the development of Islam in Sarawak. Thus, this study was carried out to identify the perception of the Sarawak Muslim community about the role of previous prominent Muslim scholars on the development of Islam. This study was conducted in Bintulu, Sarawak using a questionnaire with involvement of  468 respondents. The data were analyzed using SPSS software and described in the form of simple statistics, namely frequency and percentage. The results of the study found that the perception of the Muslim community in Bintulu Sarawak on the role of previous prominent Muslim Scholars (Ulama) is at a moderate level. Keywords: Ulama Sarawak; Islam in Sarawak; The Development of Islam in Sarawak; Sarawak Muslim Community
Abstrak: Kemasukan Islam ke Sarawak dipercayai bermula sejak negeri ini diperintah oleh Kesultanan Brunei lagi namun kerancakan aktiviti Islam makin perlahan apabila Regim Brooke mula memerintah Sarawak. Usaha untuk mengembangkan ajaran... more
Abstrak: Kemasukan Islam ke Sarawak dipercayai bermula sejak negeri ini diperintah oleh Kesultanan Brunei lagi namun kerancakan aktiviti Islam makin perlahan apabila Regim Brooke mula memerintah Sarawak. Usaha untuk mengembangkan ajaran Islam di Sarawak diteruskan oleh ulama silam Sarawak pada ketika itu. Sungguhpun begitu, masih terdapat masyarakat Islam kini yang tidak mengenali golongan ulama ini dan peranan besar mereka dalam perkembangan Islam di Sarawak. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi masyarakat Islam Sarawak tentang peranan ulama silam terhadap perkembangan Islam. Kajian ini dijalankan di bahagian Bintulu, Sarawak dengan menggunakan metod soal selidik yang dijalankan terhadap 468 orang responden. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS dan dihuraikan dalam bentuk statistik mudah iaitu kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi masyarakat Islam di bahagian Bintulu Sarawak terhadap peranan Ulama silam adal...