Mya Zara
Mya Zara | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Wan Hasliza |
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Kasihku Sinar" oleh Amy Mastura |
Lagu penutup | "Kasihku Sinar" oleh Amy Mastura |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 25 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
Penerbit | Ahmad Puad Onah |
Penyunting | Faizul A. Rashid |
Sinematografi | Harris Fadzillah Abd Samad |
Tempoh siaran | 25 minit |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 19 Januari 2006 – 15 Mac 2006 |
Kronologi | |
Mengikuti | Biarku Sentuh Cintamu |
Diikuti oleh | Kama Sutra |
Mya Zara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2006 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Eja sebagai watak tajuk bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Ia mengisahkan kepayahan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh Mya Zara. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 19 Januari 2006 hingga 15 Mac 2006 menggantikan Biarku Sentuh Cintamu.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mya Zara yang berasal daripada sebuah keluarga yang mewah mengalami keperitan hidup akibat perbuatannya enggan berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya.
Dia dihalau dari rumah oleh ayahnya dan di sinilah bermulanya konflik dalam diri Mya Zara untuk mencari kekuatan diri dan berdikari dalam meneruskan kehidupan tanpa sokongan dan kekayaan keluarganya. Berkat kegigihan dan semangat yang cekal akhirnya Mya Zara mampu membina empayar perniagaannya sendiri.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Eja sebagai Mya Zara
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Ako Mustapha sebagai Johan
- Shukery Hashim sebagai Dato’ Azman
- Azean Irdawaty sebagai Datin Aisyah
- Arash Mohamad sebagai Azam
- Azhar Sulaiman sebagai Ezahar
- Adi Putra sebagai Azlan
- Jasmin Hamid sebagai Elvy
- Kartina Ayob sebagai Tasnim
- Wong Sip Nen sebagai Mr. Yong
- Intan Azura sebagai Arifah
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]- Fathil Dani sebagai Pak Majid
- Tony Eusoff sebagai Primus
- Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Affendi
- Azizah Mahzan sebagai Datin Zanariah
- Shahrul Kamaludin sebagai Zain
- Zizan Nin sebagai Indra
- Rashid Salleh sebagai Faris
- Noorkhiriah sebagai Ida
Tema
[sunting | sunting sumber]Menurut Utusan Malaysia, Mya Zara, seperti kebanyakan drama Melayu lain, mengekalkan plot penceritaan kehidupan masyarakat Melayu dalam dunia korporat, pergolakan dan konflik keluarga di kalangan ahli-ahli perniagaan.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Nor Fadzilah Baharudin (19 Januari 2006). Mya Zara drama terbaru Samarinda Utusan Malaysia. Diperoleh pada 23 April 2007.
- ^ Mya Zara (2006): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 22 Ogos 2019.