Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Panah (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Anak Panah (buruj))
Sagitta
Buruj
Sagitta
Nama LatinSagitta
SingkatanSge
GenitifSagittae
Sebutan/sagita/,
genitif /sagite/
SimbolismePanah
Pencerapan
(Epok J2000)
19.8333
Keserongan+18.66
SukuanNQ4
KeluargaHerkules
Keluasan80 darjah persegi (ke-86)
Bintang
Bintang utama4
19
Bintang dengan planet
2
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
0
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
1
Bintang paling terang
γ Sge (3.51m)
Bintang terhampirGliese 745
(28.14 tc, 8.63 pc)
Objek
Objek Messier1
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −70°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Ogos.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Panah atau Anak Panah (dikenali dalam bahasa Latin sebagai Sagitta) ialah buruj malap tersendiri yang terletak di langit utara dan ia tidak seharusnya dikelirukan dengan buruj yang lebih besar, Pemanah (Sagittarius). Panah disertakan bersama-sama dengan 48 buruj yang disenaraikan oleh ahli falak abad ke-2, Ptolemy dan kekal sebagai salah satu dari 88 buah buruj moden yang ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Sungguhpun Panah merupakan buruj purba, buruj ini tidak mempunyai bintang yang lebih cerah daripada magnitud ke-3 dan mempunyai keluasan ketiga terkecil daripada semua buruj.

Gamma Sagittae (Panah Gamma) ialah bintang tercerah dalam buruj Panah, dengan magnitud ketara 3.47. Ia merupakan bintang gergasi merah yang menua dengan garis pusat 54 kali lebih besar berbanding Matahari. Delta, Epsilon, Zeta, dan Theta Sagittae masing-masing merupakan bintang berbilang yang komponennya dapat dilihat dalam teleskop kecil. V Sagittae ialah sistem bintang dedua ubah kataklismik yang akan menjadi nova dan akan menjadi bintang paling berkilau dalam Bima Sakti dan salah satu bintang tercerah di langit sekitar tahun 2083. Dua sistem bintang dalam buruj Panah mempunyai planet seperti Musytari, manakala sepertiga—15 Sagittae—mempunyai pendamping kerdil perang. companion.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Bintang dalam Sagitta

Koordinat: Peta langit 19h 50m 00s, +18° 40′ 00″