Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Segi Tiga (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Triangulum
Buruj
Triangulum
Nama LatinTriangulum
SingkatanTri
GenitifTrianguli
Sebutantriangulum,
genitif trianguli
SimbolismeSegi Tiga
Pencerapan
(Epok J2000)
01j 31.3m hingga 02j 50.4m[1]
Keserongan25.60° hingga 37.35°[1]
SukuanNQ1
KeluargaPerseus
Keluasan132 darjah persegi (ke-78)
Bintang
Bintang utama3
14
Bintang dengan planet
3
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
0
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
0
Bintang paling terang
β Tri (3.00m)
Bintang terhampirδ Tri
(35.29 tc, 10.82 pc)
Objek
Objek Messier1
Pancuran meteor
Tiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −60°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Disember.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Segi Tiga atau Triangulum (Tri) ialah sebuah buruj kecil di langit utara. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "segi tiga", diperoleh daripada tiga buah bintang tercerahnya, yang membentuk sebuah segi tiga panjang dan sempit. Dikenali oleh orang Babilonia dan orang Yunani purba, TriangUlUm merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy. Ahli-ahli kartografi samawi Johann Bayer dan John Flamsteed mengkatalogkan bintang-bintang buruj ini, memberi enam daripadanya designasi Bayer.

Bintang-bintang putih Beta dan Gamma Trianguli, bermagnitud ketara sebanyak 3.00 dan 4.00, masing-masing, membentuk dasar segi tiga ini dan bintang kuning-putih Alpha Trianguli, bermagnitud 3.41, membentuk puncaknya. Iota Trianguli ialah satu sistem bintang kembar dua yang ketara, dan terdapat tiga sistem bintang dengan planet yang terletak dalam Triangulum. Buruj ini mengandungi beberapa buah galaksi, yang tercerah dan terdekat ialah [[Galaksi Segi Tiga] atau Messier 33—salah satu anggota Kumpulan Tempatan. Kuasar pertama yang pernah dicerap, 3C 48, juga terletak dalam lingkungan sempadan Triangulum.

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama boundary

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Bintang dalam Triangulum

Koordinat: Peta langit 02h 00m 00s, +30° 00′ 00″