Christina Liew Chin Jin
YB Datuk Seri Panglima Christina Liew Chin Jin | |
---|---|
刘静芝 | |
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah | |
Menyandang jawatan 11 Januari 2023 | |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Jafry Ariffin |
Dalam jawatan 16 Mei 2018 – 30 Julai 2020 | |
Ketua Menteri | Mohd Shafie Apdal |
Didahului oleh | Masidi Manjun |
Digantikan oleh | Jafry Ariffin |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Api-Api | |
Menyandang jawatan 6 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Yee Moh Chai |
Majoriti | 795 (2013) 2,954 (2018) 5,347 (2020) |
Naib Presiden Pakatan Harapan | |
Menyandang jawatan 11 September 2017 | |
Pengerusi Pakatan Harapan Sabah | |
Menyandang jawatan 11 September 2017 | |
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (dilantik) | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Ketua PKR Cabang Kota Kinabalu | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sabah | |
Dalam jawatan 2 Oktober 2016 – 2022 | |
Didahului oleh | Lajim Ukin |
Digantikan oleh | Sangkar Rasam |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tawau, Sabah | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mary Yap Kain Ching |
Digantikan oleh | Lo Su Fui |
Majoriti | 4,727 (2018) |
Timbalan Ketua Menteri Sabah [1] | |
Dalam jawatan bersama Wilfred Madius Tangau Jaujan Sambakong 16 Mei 2018 – 30 Julai 2020 | |
Gabenor | Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Mohd Shafie Apdal |
Digantikan oleh | Bung Moktar Radin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hong Kong | 14 September 1952
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | PH-PKR |
Pasangan | Kurnadi Hadikusomo |
Tempat belajar | Bond University, Gold Coast, Australia |
Bidang pengkhususan | Peguam |
YB Datuk Seri Panglima Christina Liew Chin Jin (lahir 14 September 1952) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Pelancongan Sabah dan ADUN Api-Api. Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR (dilantik), Pengerusi Biro Politik PKR Sabah, Ketua PKR Kota Kinabalu dan Pengerusi PH Sabah.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Christina dilahirkan di Hong Kong British sebagai anak daripada ibu bapa Cina Hakka. Ibu bapanya berhijrah ke Tawau di bawah Jajahan Mahkota Borneo Utara ketika berusia beberapa bulan.[2] Christina berkahwin dengan orang Indonesia berketurunan Hokkien yang berhijrah ke Amerika Syarikat tetapi sering merantau untuk tinggal bersamanya dan anak-anak mereka.[2][3]
Kontroversi dan kritikan
[sunting | sunting sumber]Christina mendapat kritikan daripada penduduk Tawau selaku Ahli Parlimen Tawau kerana dilihat kurang mengambil kisah berkenaan nasib penduduk Tawau. Menurut wakil penduduk, Christina didakwa jarang datang ke Tawau, dan dikatakan hanya pernah dilihat turun padang ketika pilihan raya negeri Sabah pada 2020.[4] Ketika meletusnya sebuah protes di Kampung Muhibbah Raya, Tawau pada April 2021 susulan tekanan penduduk akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, Christina dikutuk oleh pihak pemuda PKR Sabah kerana menunda pemberian bantuan makanan selama 'seminggu dua' selepas protes tersebut.[5] Pada Pilihan raya umum Malaysia 2022, beliau akhirnya telah dikalahkan di Parlimen Tawau oleh calon muda dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Tuan Lo Su Fui dengan menggunakan tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pada tahun 2014, Christina adalah salah satu daripada tiga orang yang diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) kerana mendorong peserta Skim Pekebun Kecil Bahagak secara salah untuk melanggar perjanjian usaha sama mereka (JVA) dengan BSSB.[6]
Sokongan Terhadap Hajiji
[sunting | sunting sumber]Pada 6hb Januari 2023, Pengerusi UMNO Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah dan ADUN Lamag bersama beberapa ADUN UMNO yang lain telah menarik sokongan terhadap Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Hal ini disebabkan, tindakan beliau dan kesemua ADUN BERSATU telah keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN). Walau bagaimanapun terdapat beberapa ADUN UMNO yang bertindak kekal menyokong Hajiji seperti Shahelmey Yahya, James Ratib, Mohd Arsad Bistari, Jasnih Daya dan Yusof Yacob serta Andi Muhammad Suryady Bandy dan Harun Durabi.
Christina Liew sebagai Pengerusi PH Sabah telah membawa 7 ADUN PH iaitu 4 DAP, 2 PKR dan 1 UPKO untuk menyokong Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Tindakan 7 ADUN UMNO kekal menyokong Hajiji dengan sokongan 7 ADUN PH telah menyebabkan Hajiji memperoleh majoriti mudah untuk terus kekal sebagai KM Sabah.
Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim merestui Hajiji Noor untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi juga turun ke Sabah mengiringi PM bagi membincangkan hal ini dan mencadangkan agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk di Sabah.
Walau bagaimanapun, berlaku rombakan kabinet Sabah yang mana Bung Moktar Radin telah digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah. Beliau telah digantikan oleh Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan. Beberapa ADUN UMNO yang berkhidmat sebagai Pembantu Menteri juga digugurkan.
Kesan daripada sokongan ADUN PH, Christina Liew (PKR) dan Phoong Jin Zhe (DAP) masing-masing dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Sabah dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah. Tan Lee Fatt (DAP) dilantik sebagai Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Peto Galim (PKR) dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian Sabah.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | P151 Tawau, Sabah | Christina Liew (PBS) | 4,814 | 27.12% | Samson Chin Chee Tsu (DAP) | 8,277 | 46.62% | 17,923 | 3,463 | 63.12% | ||
Abdul Ghapur Salleh (Bebas) | 4,663 | 26.26% | ||||||||||
2002 | P150 Gaya, Sabah | Christina Liew (keADILan) | 2,613 | 11.89% | Liew Teck Chan (SAPP) | 15,639 | 71.19% | 22,100 | 11,923 | 44.71% | ||
Hiew King Cheu (DAP) | 3,716 | 16.92% | ||||||||||
2008 | P172 Kota Kinabalu, Sabah | Christina Liew (PKR) | 9,358 | 33.93% | Hiew King Cheu (DAP) | 9,464 | 34.31% | 27,909 | 106 | 64.09% | ||
Liew Teck Chan (SAPP) | 8,420 | 30.53% | ||||||||||
Kong Yu Kiong (Bebas) | 341 | 1.24% | ||||||||||
2018 | P190 Tawau, Sabah | Christina Liew (PKR) | 21,400 | 50.05%2 | Yap Kain Ching (PBS) | 16,673 | 39.00%2 | 43,734 | 4,727 | 73.20% | ||
Mohamad Husain (PAS) | 2,518 | 5.89% | ||||||||||
Alizaman Jijurahman (PHRS) | 2,162 | 5.06% | ||||||||||
Notes: Tidak termasuk undian bagi calon di tempat ketiga dan ke bawah. 2 Peratusan berbeza diguna pakai bagi pilihan raya 2018. |
Tahun | Kawasan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N15 Api-Api, P172 Kota Kinabalu | Christina Liew (PKR) | 5,853 | 49.64% | Yee Moh Chai (PBS) | 5,058 | 42.90% | 12,099 | 795 | 80.20% | ||
Wong Yit Ming (SAPP) | 713 | 6.05% | ||||||||||
Felix Chong Kat Fah (STAR) | 152 | 1.29% | ||||||||||
Marcel Jude Ms Joseph (Bebas) | 14 | 0.12% | ||||||||||
2018 | Christina Liew (PKR) | 8,174 | 57.04% | Yee Moh Chai (PBS) | 5,220 | 36.43% | 14,729 | 2,954 | 76.40% | |||
Lim Kat Chung (SAPP) | 598 | 4.17% | ||||||||||
Len Lip Fong (PKAN) | 244 | 1.70% | ||||||||||
Chan Chee Ching (Bebas) | 94 | 0.66% | ||||||||||
2020 | N20 Api-Api, P172 Kota Kinabalu | Christina Liew (PKR) | 7,796 | 67.80% | Yee Moh Chai (PBS) | 2,449 | 21.29% | 11,499 | 5,347 | 60.05% | ||
Pang Yuk Ming (PCS) | 431 | 3.75% | ||||||||||
Chin Su Phin (LDP) | 317 | 2.76% | ||||||||||
Lo Yau Foh (PPRS) | 280 | 2.43% | ||||||||||
Chong Tze Kiun (GAGASAN) | 97 | 0.84% | ||||||||||
Sim Sie Hong (Bebas) | 72 | 0.63% | ||||||||||
Ng Chun Sua (Bebas) | 41 | 0.36% | ||||||||||
Marcel Jude (Bebas) | 16 | 0.14% |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Sabah :
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2024)
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2018)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Profil Timbalan Ketua Menteri Sabah
- ^ a b "Liew demands apology from NGO Sec". Daily Express. 21 Jun 2013. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ Murib Morpi (20 Jun 2013). "RCI member shoots down claim Christina Liew an Indonesian". The Borneo Post. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ "MP Tawau: Lagi seminggu dua saya balik beri bantuan makanan". Malaysiakini. 25 April 2021. Dicapai pada 26 April 2021.
- ^ "Pemimpin AMK Sabah bidas MP Tawau isu bantuan diberi 'lagi seminggu dua'". Malaysiakini. 25 April 2021. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ "Liew to pay record RM557mil" (dalam bahasa Inggeris). Daily Express. 26 Oktober 2014. Dicapai pada 18 Mei 2018.
In the suit, BSSB as plaintiff had named Siti Rahfizah Mihaldin as first defendant, Samsuri Baharudin as second defendant and opposition PKR's Api Api Assemblywoman Christina Liew as the third defendant.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2018. Peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 18 Mei 2018.
- ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 30 Mei 2020.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]{{#switch:||Kategori=
- Kelahiran 1952
- Orang hidup
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Cina
- Orang dari Sabah
- Peguam Malaysia
- Anggota wanita Parti Keadilan Rakyat
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-15
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli wanita Dewan Undangan Negeri Malaysia
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia