Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Ghetto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dataran utama Ghetto Venesia

Ghetto adalah sebuah bahagian daripada kota dimana ahli-ahli kelompok minoriti hidup, biasanya akibat tekanan sosial, perundangan, atau tekanan ekonomi.[1] Istilah ini pada asalnya digunakan di Venezia untuk menggambarkan bahagian kota bagi orang Yahudi yang sempit, sesak dan terasing tetapi istilah ini telah digunakan dalam pelbagai konteks.[2]

Pengistilahan

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "ghetto" datang dari kawasan orang Yahudi Venice, iaitu Ghetto Venesia di Cannaregio. Namun, tidak ada persetujuan di kalangan ilmuan mitologi tentang asal-usul istilah bahasa Venesia. Berbagai teori mengesannya dengan: penggunaan khas getto Venesia, atau "tempat peleburan" (terdapat satu berhampiran tapak ghetto kota itu pada tahun 1516);[3] bahasa Yiddish get, atau "deed of separation"; satu perkataan pendek Egitto ("Egypt"), dari Latin Aegyptus (mungkin memperingati orang buangan); atau borghetto Itali, atau "seksyen kecil sebuah kota" (dipendekkan borgo, yang berasal dari bahasa Jerman; lihat borough). Menjelang tahun 1899 istilah ini telah diperluaskan ke kawasan bandar yang sesak dengan kumpulan minoriti yang lain.

Kelaziman

[sunting | sunting sumber]

Di Eropah

[sunting | sunting sumber]

Di Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Banyak petempatan yang dikelaskan sebagai ghetto di Amerika Syarikat lazim menampung imigran-imigran Eropah dari Itali, Ireland, Poland, Rusia dan Yahudi pada antara 1880 dan 1920.[4] Penghijrahan beramai-ramai bangsa kulit hitam bekas hamba abdi dari pedalaman Selatan Amerika Syarikat sebanyak lebih sejuta orang [5] ke tempat dilihat menarik perhatian dari segi sosioekonomi seperti New York, Detroit, Cleveland, Chicago, Pittsburgh, Los Angeles, Oakland, Portland dan Seattle turut memadatkan pendudukan sehingga terpaksa bersaing tempat tinggal dengan warga imigran Eropah[5] sampai mereka terpaksa menduduki perumahan yang berkeadaan sangat uzur.[6][7]

Generasi-generasi warga kulit hitam lama-kelamaan mengenal petempatan ghetto sebagai tempat yang membenarkan jatidiri bangsa mereka yang kekal teguh meskipun sering dialami kesengsaraan dasar-dasar pemerintah negara mereka sendiri[8] yang terus dilanjutkan dalam penkgaryaan seni bertumpu kepada masalah dialami masyarakat mereka seperti hip hop yang memberi konotasi membanggakan jatidiri asal mereka yang tetap merendah hati.[9]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Definition of GHETTO". www.merriam-webster.com. Dicapai pada 5 July 2017.
  2. ^ Kelefa, Sanneh (July 18, 2016). "There Goes the Neighborhood". The New Yorker. Dicapai pada 2 September 2016.
  3. ^ see Calimani, Riccardo (1987) The Ghetto of Venice. New York: M. Evans & Co. ISBN 0871314843 pp. 129–132
  4. ^ Glaeser, Ed. 1997. "Ghettos: The Changing Consequences of Ethnic Isolation Diarkibkan 2010-10-21 di Wayback Machine." Regional Review 7(Spring). Boston, MA: Federal Reserve Bank of Boston.
  5. ^ a b "Retired Site — PBS Programs — PBS". Retired Site — PBS Programs — PBS. Dicapai pada 5 July 2017.
  6. ^ Sethi, Rajiv; Somanathan, Rohini (2004). "Inequality and Segregation". Journal of Political Economy. 112 (6): 1296–1321. CiteSeerX 10.1.1.19.6596. doi:10.1086/424742. S2CID 18358721.
  7. ^ Massey, Douglas S. (2004). "Segregation and Stratification: A Biosocial Perspective". Du Bois Review. 1 (1): 7–25. doi:10.1017/S1742058X04040032. S2CID 144395873.
  8. ^ Smitherman, Geneva (2000). Black Talk: Words and Phrases from the Hood to the Amen Corner. New York: Houghton Mifflin Company. ISBN 978-0-395-96919-9.
  9. ^ Stuart E, Heflin Sr. The Goshen Dilemma. m/s. 26.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Ghetto di Wikimedia Commons