Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Imbuhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang tatabahasa dan linguistik, suatu imbuhan ialah sejenis morfem yang ditambah atau dipadukan pada suatu kata dasar. Imbuhan lazimnya tidak dapat wujud sebagai perkataan yang sendiri, kecuali sebahagian awalan dan akhiran. Imbuhan membolehkan perkataan-perkataan baharu diterbit daripada kata-kata dasar, serta mengubah gaya tatabahasa kata dasar.

Jenis-jenis imbuhan
Imbuhan Contoh Bentuk Huraian Bahasa Melayu
Awalan pembuat awalan-kata Di awal kata dasar Ya
Akhiran buatan kata-akhiran Di akhir kata dasar Ya
Sisipan jejari ka-sisipan-ta Di tengah-tengah kata dasar Ya
Apitan pembuatan apitankataapitan Di awal dan akhir kata dasar Ya
Interfiks (Inggeris) speed-o-meter kataa-interfiks-katab Menghubungkan dua perkataan dalam kata majmuk Tidak
Transfiks (Malta) kiteb
(kata dasar ktb "menulis")
k⟨transfiks⟩at⟨transfiks⟩a Imbuhan tak tersambung yang berpecah-pecah dalam satu kata dasar Tidak
Simulfiks mouse → mice kata\simulfiks Sebahagian kata dasar diubah Tidak
Disfiks (Alabama): tipli
(kata dasar tipasli "memutuskan")
ka⟩disfiks⟨ta Pelenyapan sebahagian kata dasar Tidak

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkenaan Imbuhan di Wikimedia Commons