Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Kek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kek
Satu lapisan kek paun diisi dengan jem raspberi dan kurd lemon, ditambah aising krim mentega
JenisTorta, bánh, bakers' confection Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianPencuci mulut
Bahan utamaBiasanya tepung gandum, gula, telur, mentega atau lemak sayuran dan minyak.
Bahan yang biasa digunakanGula, tepung, susu, telur Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kek (disebut [kék], Jawi: كيك; pinjaman bahasa Inggeris: cake) merupakan sejenis roti atau makanan seumpamanya berperisa manis dan dibakar. Ia lazimnya dijamu sebagai suatu pencuci mulut. Bentuk kek asal menyerupai roti goreng atau kek keju dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.

Kek moden, terutamanya kek lapis, biasanya mengandungi campuran tepung, gula, telur dan mentega atau minyak, dengan beberapa kelainan yang juga memerlukan cecair (biasanya susu atau air) dan agen penaik (seperti yis atau serbuk penaik). Bahan perisa seperti puri buah-buahan, kacang, buah-buahan kering atau halwa, atau pati buah sering ditambah, dan banyak bahan-bahan utama boleh diganti. Kek sering diisi dengan buah-buahan diawet atau sos pencuci mulut (seperti kastard, krim putar atau sirap),[1] aising krim mentega atau sebagainya, dan dihiasi dengan marzipan, tepi berhias atau halwa buah.

Kek sering menjadi pencuci mulut pilihan selepas makan di majlis-majlis upacara, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari lahir. Terdapat banyak resipi kek sehingga tidak terkira, ada yang seperti roti, beberapa jenis berlemak dan rumit, dan banyak yang telah berabad lamanya. Membuat kek tidak lagi proses yang rumit, pada suatu masa banyak kerja diperlukan bagi menghasilkan kek (terutamanya mengepuk buih telur), peralatan membakar dan arahan telah diringkaskan agar tukang masak yang paling amatur masih boleh membuat kek.

  1. ^ "Cake Filling Types". RecipeTips. 2022. Dicapai pada 8 Mei 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]