Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Masai, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 1°29′23″N 103°53′04″E / 1.4897134°N 103.8843105°E / 1.4897134; 103.8843105

Masai

Masai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di timur Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia dan dianggap menjadi bahagian tertua Johor Bahru. Masai di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang, jaraknya kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru.

Banyak bangunan lama sebelum perang yang masih kukuh. Masai, seperti kebanyakan pekan di daerah Johor Bahru, mempunyai penduduk luar bandar, pekerja-pekerja, kaum petani dan peladang getah sepanjang awal dan pertengahan abad ke-20.

Masai terkenal di tahun 1970-an sebagai sebuah emporium yang murah, dengan barangan elektronik dan barang-barang pengguna.