Teluk Ramunia
Teluk Ramunia merupakan kawasan pekan perlombongan bauksit yang terletak di Pengerang, Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia dan mengadap Laut China Selatan[1] Ramunia ialah nama sejenis buah-buahan tempatan yang rasanya agak masam. Teluk Ramunia diwakili oleh ahli parlimen Pengerang iaitu Dato’ Sri Azalina Othman Said.
Jalan raya dua lorong menghubungkan Kota Tinggi, Bandar Penawar, Desaru, Rengit dan terus ke Teluk Ramunia. Jalan laut menjadi sebahagian dari jalan perhubungan ke Teluk Ramunia. Teluk Ramunia juga berhubung jalan raya dengan Pengerang dan Pelabuhan Tanjung Belungkur dan Tanjung Pengelih di bahagian muara Sungai Johor.
Pengasas Teluk Ramunia
[sunting | sunting sumber]Teluk Ramunia ini telah dibuka oleh 2 orang adik beradik, iaitu Tuan Syed Abdul Rahman dan Tuan Syed Abu Bakar.Mereka ini adalah diantara yang terlibat didalam Perang saudara yang terakhir iaitu Perang Temai, diantara Tun Mutahir dan adiknya Tun Ahmad, di Pahang dalam tahun 1863M semasa pergelutan merebut takhta kerajaan Pahang selepas kemangkatan Ayahanda mereka , Bendahara Tun Ali. Peperangan ini yang berakhir dengan tragedi kemangkatan Tun Mutahir dan anaknya akibat luka parah di Kuala Sedili pada bulan Mei 1863M lalu dikebumikan di Tanjung Puteri (Tg Belungkor?). Didalam peperangan tersebut, Temenggung Ibrahim dan anaknya Sultan Abu Bakar yang berpusat di Pulau Singapura, telah menyebelahi Tun Mutahir. Kemungkinan ikatan perkahwinan antara Tun Koris (anak Tun Mutahir) dengan Puteri Temenggung Ibrahim, menyebabkan sokongan dan bantuan diberikan oleh Temenggung Ibrahim dan diteruskan oleh anaknya, Sultan Abu Bakar kepada Tun Mutahir. Pasukan dari Johor ini telah juga mendapat bantuan dari Rembau, Muar, Perak, askar upahan Bugis dan lain lain tempat.Kedua beradik ini, Syed Abd Rahman dan Syed Abu Bakar telah menyebelahi Tun Mutahir didalam perang Temai, nama perang terakhir tersebut. Daripada kekalahan tersebut, dua bersaudara ini iaitu Syed Abd. Rahman dan Syed Abu Bakar telah terpaksa melarikan diri bersama sama pahlawan yang lain kerana berada di pihak yang tewas dalam peperangan tersebut. Dengan beberapa buah perahu (jalak), mereka berdua bersaudara pun belayarlah dengan menempuh pelbagai rintangan dan cabaran, sehinggakan kain layar kapal tersebut pun diperbuat dari kain tabir. Setelah itu mereka berjaya tiba ke Kampung Pahang di Singapura.Setelah beberapa waktu menetap di situ, mereka mengambil keputusan untuk meneroka sebuah penempatan yang baru. Lalu mereka pun belayar kembali dengan tujuan tersebut.Beberapa hari kemudian, mereka pun tiba di sebuah kukup, lalu mendarat di situ (Di kawasan Masjid Teluk Ramunia sekarang).
Pada pandangan dan firasat mereka, nampaknya tempat tersebut amat sesuai untuk didiami, lalu mereka bersaudara dan pengikutnya pun meneroka kawasan tersebut. Dalam pada masa membersihkan kawasan tersebut, mereka banyak bertemu dengan Pokok Ramunia yang terdapat disekitaran kukup tersebut. Oleh kerana itu, mereka bersepakat menamakan tempat tersebut sebagai 'Kampung Teluk Ramunia'. Dengan usaha dua bersaudara itu, banyak pokok-pokok kelapa ditanam atas bantuan dari Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor.
Apabila beliau meninggal dunia, adiknya Syed Abu Bakar telah dilantik sebagai ketua. Pada masa itu, penduduk semakin bertambah. Apabila beliau meninggal dunia, beliau telah disemadikan di suatu kawasan di belakang masjid Teluk Ramunia dan dijaga dengan baik hingga kini.
Pasir Silika
[sunting | sunting sumber]Di hadapan pantainya banyak kapal-kapal dagang berlabuh , mungkin untuk mengambil pasir silika. Teluknya juga cantik dengan pasir pantai yang bersih tetapi berhadapan dengan masalah kilang berdekatan dengannya.
Batu silika turut dilombong/ dikaut di Punggai dan urusan eksport diselia oleh Kastam Diraja Malaysia dan Pejabat Tanah dan Galian Johor. Ramai penduduknya bekerja di sektor perlombongan ini . Industri terbaru ialah perlombongan pasir silika di bekas tapak lombong bauksit ini. Sebahagian pasir silika ini digunakan untuk kegunaan tempatan dan selebihnya dieksport ke Singapura kerana undang-undang membenarkannya. Beberapa pihak yang peka kepada alam sekitar membantah perlombongan silika ini kerana menyebabkan penebangan hutan dan terbiar luas dan terbuka. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyatakan hanya silika yang dieksport dan bukan pasir sungai atau pasir darat walaupun rupanya seakan-akan sama. Kuari silika dipajak kepada Perisind Holding yang merupakan anak syarikat Perbadanan Islam Johor sehingga tahun 2023 setelah mengambil alih daripada Promet Fabrication Sdn. Bhd. Kampung Datuk Abdul Ghani Othman berdekatan dengan kawasan kuari ini.
Lombong bauksit ini diusahakan oleh syarikat Ramunian Bauxite sejak 1955. Sementara Ramunia Holding Berhad mengusahakan industri besi keluli sejak 1981.Terdapat jeti khas khusus untuk kapal berlabuh tetapi bukan untuk kegunaan orang awam. Projek Pembangunan Gas Duyong dimajukan bersama Petronas Carigali dan disiapkan pada 1984. Ramunia Holding Berhad menghasilkan lebih 21,000 metrik tan peralatan besi keluli untuk industri petroleum, marin dan lain-lain.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Moores, Eldridge M.; Fairbridge, Rhodes Whitmore (1997). Encyclopedia of European and Asian regional geology. Springer. m/s. 530. ISBN 0-412-74040-0.