Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Skip to main content
Galakan universiti melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui metode blended learning (BL), flipped teaching dan problem-based learning (PBL) memacu program tahfiz di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk menerapkannya di... more
Galakan universiti melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui metode blended learning (BL), flipped teaching dan problem-based learning (PBL) memacu program tahfiz di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk menerapkannya di dalam pengendalian kelas-kelas subjek. Kajian ini dibuat bagi melihat perlaksanaan BL secara umum di UNITEN serta menilai tahap aplikasi inovasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran khusus bagi Program Tahfiz di UNITEN. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pemerhatian dan analisa dokumen berkaitan perlaksanaan teknologi digital dalam subjek-subjek terpilih di bawah Program Huffaz Profesional. Terdapat empat (4) tahap aplikasi BL yang dilaksanakan di UNITEN iaitu Technology-Aided Learning, Enhanced Learning, Flipped Teaching and Learning dan Adaptive Learning. Hasil analisa mendapati bahawa terdapat empat (4) bentuk inovasi digital yang diaplikasikan dalam program Tahfiz UNITEN. Empat (4) perkara tersebut adalah memuatn...

Kajian ini memberikan tumpuan kepada kesan daripada aktviti membaca dan menghafaz al-Quran keatas pembentukan disiplin pelajar. Bacaan al-Quran yang baik diukur melalui lima (5) perkara asas, iaitu sebutan huruf (makharij al-harf),... more
Kajian ini memberikan tumpuan kepada kesan daripada aktviti membaca dan menghafaz al-Quran keatas pembentukan disiplin pelajar. Bacaan al-Quran yang baik diukur melalui lima (5) perkara asas, iaitu sebutan huruf (makharij al-harf), panjang dan pendek (mad), dengung yang sempurna (ghunnah), baris yang betul (dhabt) dan rentak bacaan yang sesuai (tartil). Hafazan al-Quran yang baik pula dapat dicapai apabila pelajar melalui kaedah hafazan yang betul, iaitu dengan bacaan yang baik (tajwid), bacaan yang lancar, ulangan yang banyak, mengetahui makna ayat dan membahagikan ayat hafazan untuk memudahkan proses menghafaz. Kajian ini dihasilkan melalui pemerhatian terhadap pelajar-pelajar Tahfiz di Universiti Tenaga Nasional yang kini memasuki generasi kesepuluh.  Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, proses membaca al-Quran dan menghafaz al-Quran dengan kaedah yang bersesuaian serta disiplin yang betul dapat membentuk disiplin dan nilai positif dalam diri pelajar. Proses didikan dan pengajaran dari al-Quran tidak terbatas kepada memahami isi kandungan al-Quran sahaja, malah juga melalui proses pembacaan dan hafazan.
Pelaksanaan kelas hifz al-Quran bagi Program Tahfiz UNITEN telah bermula pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, sejak negara memasuki fasa PKP pada Mac 2020 hingga kini, pelaksanaan kelas hifz al-Quran menjadi lebih mencabar dan fleksibel.... more
Pelaksanaan kelas hifz al-Quran bagi Program Tahfiz UNITEN telah bermula pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, sejak negara memasuki fasa PKP pada Mac 2020 hingga kini, pelaksanaan kelas hifz al-Quran menjadi lebih mencabar dan fleksibel. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bertujuan melihat pelaksanaan kelas hifz al-Quran fasa perintah kawalan pergerakan di UNITEN. Kajian menunjukkan pelaksanaan kelas hifz al-Quran tidak terikat dengan kaedah tradisional malah ia boleh diinovasi mengikut situasi dan kondisi semasa. Implikasi kajian ini dapat memberi impak dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran tahfiz khususnya di peringkat pengajian tinggi. Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi perlu diteruskan agar kemukjizatan al-Quran ini terus terpelihara dan akan melahirkan generasi berilmu dan celik al-Quran.