Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

ULASAN JURNAL

NAMA PELAJAR: NORASIKIN BINTI AZMI NO.MATRIK: GP 0XXXX JURNAL 1 Penulis Tajuk Latar Belakang Kajian Rayzila Sofraz Yusof, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar (Ogos, 2016) Penggunaan Peneguhan Positif : Ganjaran Videoklip Lagu Kanak – Kanak Dalam Pengubahsuaian Tingkah Laku Murid Sindrom Down Menurut Suraya dan Mohamad Hashim (2008) kesukaran kanak-kanak Sindrom Down untuk mengikuti pembelajaran dengan berkesan disebabkan tumpuan kanak-kanak Sindrom Down terhadap pengajan dan pembelajaran hanya dalam masa yang singkat. Tingkah laku dikaji: 1) Tidak boleh duduk diam & mengganggu rakan 2) Murid juga tidak mahu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kerana murid merasa cepat bosan dan tidak bersemangat ketika dalam proses pembelajaran Penulis menggunakan: Kaedah Kajian Pengkaji telah mengusulkan guru matapelajaran memberikan ganjaran sekunder kepada murid dengan membenarkan menonton videoklip lagu kanak – kanak seperti Upin Ipin , Didi and Friends dan lain – lain selama 5 minit di akhir sesi pembelajaran. Perjanjian kontrak antara murid seandainya murid dapat duduk diam dalam tempoh masa 15- 20 minit dan dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru maka murid akan diberi ganjaran tersebut. Pengkaji juga turut mengunakan teknik pujian dan pujukan dalam meningkatkan lagi keberkesanan pengubahsuaian tingkah laku murid dijalankan. Populasi & Sampel Kajian Populasi : Murid di sekolah Sekolah Rendah daerah Jerantut yang mempunyai masalah Sampel: Murid Sindrom Down yang berumur 10 tahun. Penulis menggunakan teori: Teori Kajian 1) Teori Pembelajaran Behavioris yang memberi penumpuan kepada perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan dan pengaruh persekitaran antara sebab berlakunya perubahan tingkah laku tersebut. 1) Teori Pelaziman Operan B.F. Skinner dalam proses pengubahsuaian tingkah laku murid. Satu proses pembentukan tingkah laku di mana memerlukan tindak balas seseorang menjadi lebih kerap atau mudah diramal akibat daripada kesan latihan atau peneguhan yang diberi. B. F. Skinner berpendapat bahawa manusia sentiasa “beroperasi” secara aktif terhadap persekitarannya untuk menghasilkan akibat yang berlainan. Penulis menetapkan dua objektif dalam kajian ini, iaitu: Objektif Kajian a) Mengurangkan sikap murid yang suka bergerak sesuka hati semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan kaedah ganjaran a) Membentuk tingkah laku positif murid dengan menyiapkan tugasan / lembaran kerja yang diberikan oleh guru dalam tempoh masa yang ditetapkan Penulis menggunakan : Reka Bentuk Kajian Reka bentuk satu subjek (single subject) jenis reka bentuk A – B yang mempunyai dua fasa iaitu : A = Penanda Aras (Baseline) B = Intervensi Dua instrumen yang digunakan oleh penulis iaitu: Instrumen Kajian 1) Pemerhatian dan perekodan 2) Temubual Pengumpulan data dalam tempoh 2 minggu perlaksanaan kajian Tatacara pengumpulan data kajian 1) Penulis merekodkan skor pemerhatian tingkah laku murid dalam 30 minit time sampling / kekerapan. Iaitu jam 9.00 – 9.30 pagi, 10.30 – 11.00 pagi dan pukul 12.30 – 1.00 petang. Perekodan kekerapan tingkah laku murid yang suka bergerak dari tempat duduk dicatat dengan menggunakan borang perhatian dengan bantuan dan kerjasama daripada guru matapelajaran atau pembantu pengurusan murid. 2) Penulis juga menggunakan kaedah temubual bersama guru mata pelajaran dan pembantu pengurusan murid bagi membuktikan bahawa responden kajian ini mempunyai tingkah laku sukar duduk diam dalam tempoh masa pembelajaran. Hasil Temubual: 1) Dapatan kajian Murid lebih menunjukkan sikap tingkah laku yang mendengar arahan ketika di awal waktu sesi pembelajaran. Situasi ini berlaku kerana murid masih lagi segar dan bersemangat untuk menjalani proses pembelajaran Dapatan yang diperolehi daripada pemerhatian: Pada pendapat saya, pemberian peneguhan positif setelah seseorang melakukan satu tingkah laku yang baik /positif sangat membantu dalam mengukuhkan tingkahlaku positif tersebut. Perbincangan dapatan kajian Kekuatan Kelemahan Ini disokong oleh Teori pengukuhan oleh Skinner (1954) yang menyatakan bahawa gelagat Individu yang positif dapat dimotivasikan melalui satu elemen pengukuhan yang positif. Kekuatan: 1) Kanak – kanak memang suka menonton video 2) Guru boleh beri murid tonton video yang pelbagai supaya murid tidak bosan Kelemahan: 1) Kajian in dibuat terlalu singkat iaitu 2 minggu sahaja 2) Pemberian video ini perlu ambil kira emosi kanak-kanak. 3) Mereka akan cepat berasa bosan jika video yang sama diberikan 4) Jika video tersebut tidak menarik perhatian mereka, mereka kemungkinan akan tunjukkan tingkahlaku negatif yang sama juga