Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
HALATUJU KURSUS TAMADUN ISLAM DI POLITEKNIK MALAYSIA Yusni Bin Mohamad Yusak yusni@mohe.gov.my Zainab Hanina Binti Abdull Samad hanina@psa.edu.my Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia Abstrak Kursus Tamadun Islam (TI) di Politeknik Malaysia merupakan kurikulum wajib yang menjadi syarat bergraduasi kepada semua pelajar. Penawaran kurikulum TI di Politeknik adalah pada Semester Ketiga (3) dengan pemberatan sebanyak 2 kredit. Kursus TI memberikan penekanan kepada hubungan manusia terhadap Allah SWT, sesama manusia dan alam semesta. Penawaran TI mampu meningkatkan kemajuan diri, memotivasikan masyarakat Islam ke arah pembangunan idea dan inovasi, menganalisis isu semasa, dan kesannya terhadap kehidupan manusia. Justeru, TI di Politeknik diharapkan menjadi sumber pembinaan peradaban, memperkuatkan unsur kemanusiaan melalui pembentukan peribadi dan intelek yang mampu melihat, memahami dan menyesuaikan diri dengan perubahan dan pergolakan masyarakat semasa. Kata kunci : 1. Halatuju, Kursus Tamadun Islam, Politeknik Malaysia Pengenalan Kursus Tamadun Islam adalah antara kursus pengajian penting di Politeknik Malaysia. Kepentingan kursus Tamadun Islam adalah dilihat dari sudut akademik, pemikiran dan ketamadunan sebagai tuntutan fardhu dalam Islam sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran. Hampir keseluruhan ayat al-Quran berhubung dengan sejarah, di mana ia dilihat daripada sudut objektif sebagai mengambil iktibar dan berlandaskan kebenaran. Menurut pandangan al-Khawarizmi sejarah adalah sebahagian daripada bidang ilmu yang disifatkan oleh para ulama daripada kedudukan ilmu yang memberi khidmat kepada syariah seperti yang diperjelaskan: “Bahawa ilmu sejarah adalah antara ilmu yang diperlukan dalam membantu memahami syariah”. Al-Quran menyifatkan bahawa kehadiran Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam. Bertitik tolak daripada hakikat ini, Islam menuntut umatnya agar memperkenalkan prinsipprinsip ajaran Islam yang baik kepada umat manusia. Al-Quran memberi garis panduan dalam pembinaan peradaban yang menjadi sumber penentuan nila-nilai tamadun untuk pembinaan masyarakat. Oleh itu, secara umumnya, kursus Tamadun Islam bertujuan melahirkan graduan yang progresif, berdaya saing, memiliki jatidiri, bersifat global dan berwawasan ke arah pembangunan serta perkembangan semasa yang sentiasa berubah. 1 Penulisan ini bertujuan meneliti beberapa aspek berkaitan analisis perkembangan kursus Tamadun Islam dalam Institusi Politeknik di Malaysia. Penelitian dan penilaian akan dibuat terhadap perkembangan kurikulum dan kesesuaian dalam sistem pendidikan di peringkat pengajian politeknik. Ia menyentuh sejauhmana kurikulum dilaksanakan bermula tahun 2002 sehingga 2013 termasuk pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang diaplikasikan, berjaya menjadi pemangkin pencapaian Falsafah Pendidikan Negara. :...bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”... Fokus penelitian ini diharap mampu memperlihatkan tahap keberkesanan kurikulum sekurang-kurangnya dalam menyediakan maklumat lengkap tentang perkembangan kursus Tamadun Islam seterusnya memupuk keupayaan berfikir dalam kalangan pensyarah dan pelajar. 2. Sejarah Politeknik Malaysia dan Misi Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan pada tahun 1964. Bahagian ini dipertanggungjawab untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional. Selain merangka polisi, jabatan ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modernisasi negara. Pendidikan di Politeknik diperkenalkan melalui Pelan Colombo dengan penubuhan politeknik pertama iaitu Politeknik Ungku Omar di Ipoh pada tahun 1969. Penubuhan Politeknik bertujuan meningkatkan daya saing dalam pasaran ekonomi dunia di samping meningkatakan keperluan sumber tenaga kerja terlatih dan mencukupi. Kewujudan Politeknik sebagai salah sebuah institusi teknik dan vokasional semakin dirasai kehadirannya melalui Pelan Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Industri Kebangsaan (1985 – 1995). Kedua-dua pelan tersebut memberi ruang kepada penambahan bilangan politeknik dan penawaran program-program di peringkat sijil dan diploma bagi memenuhi permintaan tenaga separa profesional dalam bidang kejuruteraan, teknologi, rekabentuk dan komunikasi visual, perdagangan dan hospitaliti. Program di politeknik di tawarkan sama ada secara sepenuh masa, program kursus secara sambilan, kursus pendek dan kursus terlanggan. Politeknik mempunyai visi yang jelas iaitu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (2001). Misi utama penubuhannya adalah menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia. Kearah itu, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) ditubuhkan bagi menyelaras, memantau dan mengkoordinasi keperluan Politeknik Malaysia meliputi keperluan pembangunan, pengurusan dan kewangan termasuklah pembangunan kurikulum dan pemberian latihan pengajian. Kurikulum sangat penting dalam disiplin ilmu pendidikan. Secara mudah, kurikulum boleh difahami sebagai perancangan pengalaman pembelajaran walaupun perbahasan mengenai pentakrifannya lebih luas dan kompleks daripada itu. Perancangan pendidikan dipandu oleh falsafah, kepercayaan dan latar belakang sesebuah negara. Dari kurikulum, makna pendidikan mengalir kepada pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. 2 Kurikulum yang tepat akan menghasilkan matlamat yang dikehendaki walaupun ia mungkin berlaku sebaliknya. Penambahbaikan pendidikan yang tidak melibatkan aspek kurikulum dianggap sebagai minor sahaja atau bersifat tampalan. Manakala pelaksanaan gagasan Islamisasi kurikulum memerlukan proses penambahbaikan atau pembaharuan kurikulum pada tahap metamorphistik kerana sebahagian besar struktur atau eleman kurikulumnya perlu diperbaharui atau disemak ulang. Usaha ini sesungguhnya memerlukan gabungan kepakaran dan iltizam yang kuat dari semua pihak jika ia ingin dilaksanakan secara serius. Keperluan pembangunan kurikulum dan pentaksiran di Politeknik diletakkan di bawah senggaraan Seksyen Pembanguanan dan Penilaian Kurikulum (SPPK). Seksyen ini berperanan menjadi badan pengawal kualiti dan hal-ehwal pembangunan dokumen kurikulum sebelum digunapakai di seluruh politeknik. 3. Pendidikan Islam di Politeknik Kurikulum Pendidikan Islam merupakan kursus wajib dibawah kendalian Jabatan Pengajian Am (JPA). Kursus ini perlu diikuti oleh semua pelajar muslim dan diwajibkan lulus sebagai prasyarat penganugerahan Diploma atau Diploma Lanjutan Politeknik. Penawaran komponen kurikulum PI di politeknik mempunyai matalamt yang jelas bagi melahirkan insan yang beriman, insan yang berakhlak, insan berpengetahuan dan insan yang beramal solah. Matlamat yang jelas ini adalah bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang dinamik dan deduktif bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa profesional negara. Rajah 1 : Kerangka Konsep Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam di politeknik Input Pelajar Proses Pendidikan Islam – Sem 1 Islam dan pengkhususan – Sem 2 Tamadun Islam – Sem 3 Aqidah, Syariah, Akhlak Penguasaan Kemahiran Khusus Tamadun Islam (Syarahan interaktif/ perbincangan maya/ e-Forum/ pembentangan/ tugasan bertulis) Output Outcome Insan yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh Tenaga kerja separa profesional yang dinamik dan deduktif Yusni Mohamad Yusak, 2013 3 Sejajar dengan keperluan dan perubahan semasa, kurikulum PI telah melalui beberapa fasa perubahan dan pengembangan. Perubahan yang berlaku meliputi perubahan inventori dan kod, hasil pembelajaran kursus (CLO), isi kandungan dan bentuk pentaksiran. Proses perubahan ini adalah sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan (Continues Quality Improvement – CQI) ke arah pemantapan dan pengukuhan kurikulum yang sedang digunapakai di politeknik. Fleksibiliti dan pengembangan yang berlaku adalah sejajar dengan keperluan semasa dan isu-isu terkini yang semakin mencabar. Kurikulum PI di Politeknik ditawarkan dalam 3 Semester di peringkat Diploma dan 1 Semester di peringkat Diploma Lanjutan sebagaimana berikut : Bil 1 2 3 1 4. Jadual 1 : Kursus PI mengikut peringkat, semester, kursus dan sasaran. Sem. Nama Kursus Sasaran Peringkat Diploma S1 Pendidikan Islam Pelajar muslim Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam Pelajar muslim S2 Pengurusan Dalam Islam * Pilih salah satu Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam Seni Dalam Islam S3/S5 Tamadun Islam Semua pelajar Peringkat Diploma Lanjutan S1 TITAS (Tamadun Islam Tamadun Asia) Semua pelajar (Sumber: www.cidos.edu.my) Kurikulum Tamadun Islam Tamadun ialah pemindahan kepada kemajuan dan pembangunan daripada sudut kemajuan pemikiran, etika, dan nilai serta pendekatan daripada sudut asas komunikasi sesama manusia dengan pihak lain. Manakala dari sudut istilah, tamadun umumnya difahami sebagai penglahiran keseluruhan budaya, spiritual dan material. Ia antara lainnya merangkumi aspek budaya organisasi sosial, politik, nilai dan norma, termasuk sains dan teknologi. Menurut Ibn Khaldun pula tamadun merupakan perubahan keadaan kehidupan kepada pembentukan dan pertumbuhan penempatan yang tetap dengan pertumbuhan kampung, bandar dan negara sehingga menghasilkan sistem, peraturan, undang-undang, pentadbiran, aktiviti ekonomi, penggunaan teknologi, aktiviti sosial, pertumbuhan budaya, seni dan lain-lain asas untuk manusia menikmati kerehatan dan kesejahteraan, di samping membangunkan penguasaan dan penyelidikan sains dan teknologi. Menurut pandangan Ahmad Zaki Berahim dan Norhayati Haji Hamzah (2007) “Tamadun Islam” juga adalah tergolong dalam kelompok tamadun yang berasaskan agama iaitu Islam. Tamadun Islam merupakan keseluruhan idea, pemikiran, asas, sistem dan aktiviti kemajuan dan pembangunan yang dihasilkan oleh umat Islam daripada pelbagai bangsa untuk memberikan khidmat baktinya kepada manusia sejagat dan membangunkan bumi ini. Perubahan setiap pihak dalam masyarakat merupakan proses kitaran daripada kongkongan nilai negatif kepada penghayatan nilai positif untuk pembangunan dan ketamadunan. Islam meletakkan pencapaian tamadun yang cemerlang dan gemilang adalah merupakan tuntutan fardhu utama kerana Islam menuntut umatnya mengembalikan kehormatan dan kemuliaan. Manusia merupakan faktor penting bagi mengaplikasikan pertumbuhan tamadun seluruhnya, dengan dibekalkan penganugerahan akal pemikiran sebagai khalifah yang diamanahkan membangun dan mengurus alam ini dengan baik. 4 5. Analisis Silibus Kursus Tamadun Islam Kursus Tamadun Islam mula diperkenalkan dan dilaksana di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 1993 atas saranan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu. Objektif utama adalah untuk mengubah fahaman pelajar pelbagai kaum dan agama yang akhirnya orang Islam dan bukan Islam dapat memahami ajaran Islam sebenar serta keunggulan tamadun Islam. Kepentingan membina tamadun serta perkaitan manusia dengan tamadun jelas menunjukkan bahawa ilmu berkaitan tamadun, sangat penting. Secara langsungnya dalam konteks ini, ia menuntut bahawa ilmu sejarah dan tamadun Islam, vital kepada pelajar dalam mempelajari dan mengetahui tentang perkembangan pelbagai ilmu dan pencapaian umat Islam daripada zaman bermulanya Islam hingga kini. Kursus TI membolehkan pelajar mengetahui kegemilangan masa silam dan kelemahan masa kini bagi membolehkan strategi masa depan dirangka atau dirancang dengan baik. Berdasarkan kepentingan itu, kursus Tamadun Islam menjadi kursus wajib di Institusi Pengajian Tinggi termasuklah di Politeknik, Malaysia. Kursus Tamadun Islam ini ditawarkan di bawah Jabatan Pengajian Am dan merupakan kursus wajib kepada semua pelajar muslim dan non-muslim. Ia terbahagi kepada 2 bentuk iaitu kursus Tamadun Islam yang ditawarkan pada Semester 3/Semester 5 dan Tamadun Islam dan Asia (TITAS) yang ditawarkan kepada pelajar peringkat Diploma Lanjutan dan Sarjana Muda. Pelajar Politeknik Malaysia di peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah diwajibkan mengikuti kursus Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, dan Tamadun Islam. Kursus AA101 - Pendidikan Islam (PI) dan kursus AB102 - Asas Pendidikan Moral (PM) di tawarkan pada Semester 1. Kursus PI (AA209, AA210, AA211, AA212) dan kursus PM (AB202) ditawarkan pada Semester 2. Sementara itu, Kursus AC301 - Tamadun Islam ditawarkan pada Semester 3/Semester 5 kepada semua pelajar . Manakala, kursus AC101 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ditawarkan di peringkat Diploma Lanjutan. Pelajar Program Sijil Kemahiran Khas (SKK) juga tidak ketinggalan mempelajari kursus Tamadun Islam (AK401) pada Semester 4. Perincian kursus adalah seperti jadual di bawah. Mulai September 2013, kursus TITAS akan ditawarkan pada Semester 1 seiring dengan penawaran Program Ijazah di Politeknik Malaysia. Jadual 1 : Penawaran Kursus Pendidikan Islam di Politeknik – Efektif Jun 2012 Kod Bil. Nama Kursus Semester Catatan Kursus A. Sijil Kemahiran Khas AK101 Pendidikan Islam 1 Muslim Sem 1 AK102 Pendidikan Moral 1 Non-Muslim AK201 Pendidikan Islam 2 Muslim Sem 2 AK202 Pendidikan Moral 2 Non-Muslim Semua AK401 Tamadun Islam Sem 4 pelajar B. Diploma AA101 Pendidikan Islam Muslim Sem 1 AB102 Asas Pendidikan Moral Non-Muslim Sains, Teknologi dan Kejuruteraan AA209 Dalam Islam Sem 2 Muslim AA210 Pengurusan Dalam Islam AA211 Hospitaliti dan Pelancongan Dalam 5 C. AA212 AB202 Islam Seni Dalam Islam Pendidikan Moral AC301 Tamadun Islam Sem 3 / Sem 5 Non-Muslim Semua pelajar Diploma Lanjutan AC101 Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) Sem 1 Semua pelajar Secara ringkas penawaran Kursus TI di Politeknik adalah seperti Jadual 2 di bawah : Jadual 2 : Penawaran Kursus Tamadun Islam di Politeknik – Efektif Jun 2012 Peringkat Pengajian / Kod Kursus Semester Catatan Semester Sijil Kemahiran Khas AK401 Sem 3 Semua pelajar Diploma AC301 Sem 3 / Sem 5 Semua pelajar Diploma Lanjutan AC101 TITAS Semua pelajar Ijazah BUA1012 TITAS Semua pelajar Kursus TI telah mengalami beberapa tahap perkembangan dan perubahan sejak diperkenalkan bertujuan bagi memantapkan lagi kursus tersebut. Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kod kursus, jumlah kredit, hasil pembelajaran, kandungan dan pentaksiran kursus pada setiap program pengajian. Jadual 3 : Perubahan kod kursus, jumlah kredit, hasil pembelajaran, kandungan, pentaksiran Kursus Tamadun Islam Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Bil Kod Nama Kursus Kredit Objektif Topik Pentaksiran Krs. 1. Kurikulum Efektif 2002 AK3012 Tamadun Islam 1 6 7 Kuiz, tugasan, pembentangan, ujian Bil Kod Nama Kursus Kredit CLO Topik Pentaksiran Krs. 2. Kurikulum Versi : 080510_1.0_Efektif : 1 Jun 2011 AK401 Tamadun Islam 1 5 5 Kuiz, ujian, end of chapter, soalan esei Pemerhatian penulis mendapati semakan kurikulum bagi kursus TI di peringkat SKK hanya berlaku pada tahun 2011 sejak diperkenalkan pada tahun 2002 dengan penambahbaikan pada perkara-perkara tertentu. Penambahbaikan yang dikenal pasti terdiri daripada perubahan kod kursus daripada AK3012 kepada AK401, pengekalan jam kredit (1 kredit = 2 jam pertemuan seminggu), kaedah PdP daripada berfokuskan objektif kepada hasil pembelajaran (OBE), pengurangan kandungan kursus kepada 5 topik dan kepelbagaian kaedah pentaksiran dengan memberikan kebebasan kepada pensyarah agar lebih kreatif membuat soalan melalui End of Chapter. 6 Jadual 4 : Perubahan kod kursus, jumlah kredit, hasil pembelajaran, kandungan, pentaksiran Kursus Tamadun Islam Program Sijil Politeknik Bil Kod Nama Kursus Kredit Objektif Topik Pentaksiran Krs. 1. Kurikulum Efektif Jun 2002 A3007 Tamadun Islam 2 4 8 Kuiz, tugasan, pembentangan, ujian Kursus TI di peringkat Sijil hanya menggunapakai satu kurikulum sahaja sejak diperkenalkan pada tahun 2002 dan ditamatkan pada tahun 2012 kerana Politeknik tidak menawarkan lagi program-program di peringkat Sijil. Jadual 4 : Perubahan kod kursus, jumlah kredit, hasil pembelajaran, kandungan, pentaksiran Kursus Tamadun Islam Program Diploma Politeknik Bil Kod Nama Kursus Kredit CLO Topik Pentaksiran Krs. 2. Kurikulum Efektif : 220607 A3017 Tamadun Islam 2 5 8 Kuiz, mini projek, penilaian kendiri, tugasan, ujian 3. Kurikulum Versi: 080510_1.1_Efektif: 1 Disember 2011 AA301 Tamadun Islam 2 4 8 Kuiz, ujian, mini projek (esei, pembentangan) 4. Kurikulum Versi: 141111_1.0_Efektif: 1 Jun 2012 AC301 Tamadun Islam 2 4 5 Kuiz, ujian, projek 5. Kurikulum Versi: 141111_1.1_Efektif: 1 Jun 2012 – Online distence Learning (ODL) AC301 Tamadun Islam 2 4 5 Kuiz, ujian, projek Penawaran Kursus TI di peringakt Dip. semenjak 2007 telah mengalami sekurangkurangnya 3 perubahan besar. Perubahan yang paling ketara berlaku kepada kurikulum versi 141111_1.0_Efektif : 1 Jun 2012 dengan menggunapakai kaedah OBE, pengkhususan kepada 5 topik utama dan penilaian yang lebih kompleks. Jadual 5 : Perubahan kod kursus, jumlah kredit, hasil pembelajaran, kandungan, pentaksiran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Program Diploma Lanjutan Politeknik Bil Kod Nama Kursus Kredit CLO Topik Pentaksiran Krs. 1. Kurikulum Versi 080510_1.3_Efektif : 1 Disember 2011 AA109 Tamadun Islam 2 5 8 Kuiz, ujian, mini dan Tamadun projek, Asia (TITAS) pembentangan 2. Kurikulum Versi 141111_1.0_Efektif : 1 Jun 2012 AC101 Tamadun Islam 2 5 8 Kuiz, ujian, projek dan Tamadun Asia (TITAS) 7 TITAS ditawarkan di peringkat Dip.Adv. di Politeknik sebagai pelengkap kepada pengajian peradaban Islam di Institusi Pengajian Tinggi. Kurus TITAS tidak mengalami perubahan sejak diperkenalkan melainkan perubahan pada kod kursus dan pemurnian hasil pembelajaran kursus ke arah lebih spesifik dan bertepatan. Kursus TI mengutamakan konsep student-centred dan pembelajaran secara experiential learning dan self-directed learning melalui kerja berpasukan (team work) dan dalam suasana mudah serta menyeronokkan ( fun and easy). Pelajar akan mempelajari serta mendalami ilmu peradaban Islam lebih berkesan dengan mengintegrasikan kesemua ilmu agama, sumbangan tokoh-tokoh Islam dalam sains dan teknologi. Kaedah atau pendekatan yang diambil mampu memperhebatkan penciptaan ilmu-ilmu baharu yang akan memupuk daya kreativiti dan inovatif serta mampu melahirkan graduan yang mempunyai atribut-atribut kebolehpasaran. Secara mikronya, perubahan yang berlaku pada kursus TI bertujuan menyesuai dan mengembangkan silibus yang sedia ada, dengan langkah mencungkil dan memahami secara komprehensif kekuatan silibus tersebut untuk pencapaian terkini dan aspirasi akan datang. Usaha berterusan pihak pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang menguasai dua cabang ilmu, iaitu ilmu keduniaan (teknikal) dan akhirat (agama). Kursus TI juga sebagai pelengkap dalam membangun dan membina seorang insan yang holistik lagi dinamik. 6. Penutup Cabaran membangunkan kurikulum TI yang selari dan seiring dengan perubahan zaman amatlah tinggi. Justeru, perubahan demi perubahan yang berlaku ke arah pemantapan dan penambahbaikan adalah wajar berlaku dan perlu. Secara tidak langsung memberi inspirasi kepada para pelajar untuk mendalami serta membuat penyelidikan peradaban Islam dengan lebih terbuka. Kesiapsiagaan warga pendidik di Politeknik ditagih demi memastikan wasilah keilmuan dan warisan an-nubuwwah terus subur di Politeknik Malaysia amnya dan kelangsungan Pendidikan Islam khasnya. 8 Rujukan Alias Mat Saad.2010. Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Tesis PhD), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bahagian Kurikulum Teknik & Vokasional. 2002.Dokumen Kurikulum, Jabatan Pengajian Am, Program Pengajian Politeknik, Bahagian Kurikulum Teknik & Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002 Banta, T. 1993. Critique of a method for surveying employers.AIR Professional File. The Association for Institutional Research Professional. File No 47. Winter: hlm. 2-9. Curriculum Developement and Evaluation Division. 2010. Competency Standards for Polytechnic Graduates, Diploma In Tourism Management, Curriculum Developement and Evaluation Division, Department of Polytechnic Education, MOHE. Curriculum Information Document Online System (CIDOS), www.cidos.edu.my Jabatan Pengajian Politeknik, Transforming Lives, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT, 2012. Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat dan Misi, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Kementerian Pengajian Tinggi. 2009. Hala Tuju Transformasi Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi, Laporan Tahunan 2011. 2012. Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2006. Laporan jawatankuasa mengkaji, menyemak dan membuat perakuan tentang perkembangan dan halatuju Pendidikan Tinggi Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2007. Laporan Tahunan 2006, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. 1993. Kajian mata pelajaran pendidikan Islam dan guru-guru pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Paper read at Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. hlm 88-93. Nik Mohd. Rahimi Nik Yusof, Shahrin Awaludin, Khadijah Abd. Razak, Ab Halim Tamuri, Mohd Isa Hamzah & Kamarulzaman Abd Ghani. 2002. Kurikulum pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Shamsuddin Abd.Latiff. 1990. Kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik Ungku Omar :Satu tinjauan kurikulum ke arah pencapaian matlamat. Tesis Sarjana Pendidikan., Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 9 Yusni Mohamad Yusak. 2011. KERTAS KERJA KK01/2M/2011, Ketas Kerja : Memohon Kelulusan Penawaran Kursus Baharu Dan Semak Semula Jabatan Pengajian Am Untuk Dilaksanakan Di Dalam Program Pengajian Di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin Borhan, Ab. Aziz Mohd Zin. 2007. Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Siri Pemikiran Islam Falsafah Dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 10