Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
HALATUJU KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI POLITEKNIK MALAYSIA : SATU DAPATAN AWAL (DESTINATION OF ISLAMIC CURRICULUM IN MALAYSIA POLYTECHNIC) Yusni Bin Mohamad Yusak Zainab Hanina Binti Abdull Samad SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM, JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA yusni@mohe.gov.my hanina@psa.edu.my Abstract Islamic Studies Curriculum (PI) is a compulsory all Muslim students in Malaysia Polytechnic.This curriculum is offered in the First, Second and Third Semester. The enactment of this curriculum is to produce religious individuals with noble conscious and highly knowledgeable.In line with global development and current needs, PI Curriculum is developed to form a dynamic and sub-professional workforce. Thus, Islamic curriculum (PI) is important as a platform for students. This is to ensure it is compatible with development of student individually. The expansion process of PI Curriculum in Malaysian Polytechnics only involves few main aspects which are, method of delivery, writing format and assessment methods.These changes are in line with current industrial needs, Islamization of knowledge and use of various method of delivery. Keywords: Destination of Islamic Curriculum, Malaysia Polytechnic Abstrak Kurikulum Pendidikan Islam (PI) adalah kurikulum wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar muslim di Politeknik Malaysia. Kursus PI ditawarkan di Semester Pertama, Kedua dan Ketiga. Kurikulum ini digubal bertujuan untuk melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh. Sejajar dengan perkembangan global dan keperluan semasa Kurikulum PI dibangunkan seiring bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang dinamik dan deduktif. Justeru itu, transformasi kurikulum PI menjadi wadah penting menjana anjakan paradigma bersesuaian dengan tahap perkembangan individu. Proses pembangunan kurikulum PI di Politeknik Malaysia hanya melibatkan beberapa aspek utama iaitu metode penyampaian, format penulisan dan kaedah pentaksiran. Perubahan yang berlaku ini, adalah sejajar dengan keperluan terkini industri, Islamisasi ilmu dan menggunakan metode penyampaian pelbagai. Kata kunci : Halatuju Kurikulum, Pendidikan Islam, Politeknik Malaysia 1. Pendahuluan Pendidikan di politeknik bermula dengan tertubuhnya Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, Perak pada tahun 1969 melalui Colombo Plan (Pelan Colombo). Pendidikan Politeknik dimantapkan lagi dengan sokongan dari Jawatankuasa Kabinet mengenai Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Perindustrian Utama (1985-1995). Politeknik menawarkan program sepenuh masa, program kursus secara sambilan, kursus pendek dan kursus terlanggan. Sehingga Ogos 2012 terdapat 30 buah politeknik di seluruh Malaysia dengan jumlah pelajar bagi program sepenuh masa seramai 92,148 orang pelajar 54% (50,067) pelajar lelaki dan 46% (42,081) pelajar perempuan. Pelajar-pelajar tersebut mengikuti program pengajian di peringkat Diploma Lanjutan (8 program), Diploma (61 program), Sijil (16 program) dan Sijil Kemahiran Khas (5 program).1 2. Politeknik Malaysia Politeknik Malaysia mempunyai visi yang jelas iaitu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Misi utama penubuhannya adalah menghasilkan tenaga kerja separa professional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia. Kearah itu, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) ditubuhkan bagi menyelaras, memantau dan mengkoordinasi keperluan Politeknik Malaysia meliputi keperluan pembangunan, pengurussan dan kewangan termasuklah pembangunan kurikulum dan pemberian latihan pengajian. 3. Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum (SPPK) Sistem Pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja yang boleh menjadi “global player” dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti sifat jati diri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing, berdaya tahan, dan kreatif bagi menangani cabaran negara dan arus globalisasi. Sistem pendidikan yang berkualiti akan dapat menyumbang ke arah memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Selaras dengan peningkatan untuk lebih berdaya saing, Politeknik telah menetapkan visi dan misi serta objektif kualiti yang perlu dicapai. Hasrat merialisasikan Politeknik yang berjaya melahirkan tenaga separa mahir profesional bergantung kepada beberapa faktor lain seperti tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran tinggi serta mempunyai sahsiah yang terpuji. Ciri-ciri tersebut dikenal pasti sebagai elemen utama memastikan kejayaan penubuhan Politeknik. Tanpanya akan membantutkan usaha-usaha kerajaan untuk menjadi negara maju dan bersaing pada peringkat antarabangsa disamping melahirkan tenaga kerja yang tidak berkualiti. (Alias 1999). Dalam usaha membentuk tenaga kerja yang bersahsiah tinggi kurikulum Politeknik perlu dirancang dan dibangunkan dengan sistematik serta berkesan. Kurikulum yang dibangunkan perlulah selaras dengan kehendak semasa lebih-lebih lagi bertepatan dengan kehendak wawasan Negara. Demikianlah kurikulum Pendidikan Islam (PI) dibangunkan. Seksyen Pembanguanan dan Penilaian Kurikulum (SPPK) mempunyai visi yang jelas sebagai penggerak utama kecemerlangan kurikulum kursus pengajian dan program latihan Politeknik di peringkat nasional dan antarabangsa. SPPK bergerak selaras dengan misi yang komited untuk membangunkan kurikulum yang berkualiti untuk melahirkan tenaga kerja separa professional yang kompeten. SPPK juga berikrar memenuhi piagam pelanggannya dengan sepenuh relahati beriltizam untuk menjadi yang terbaik dengan mengamalkan pengurusan dan pentadbiran kurikulum yang cekap 1 Fakta ringkas Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik dan berkesan serta membangunkan kurikulum yang berkualiti. (Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti 2006). Seiring dengan visi dan misi tersebut, kurikulum PI dibangunkan dalam usaha untuk menjadikan Politeknik sebagai institusi yang amat berkesan ke arah mencapai hasrat negara bagi membentuk insan yang menyeluruh dan bersepadu selaras dengan FPK untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis. 4. Pendidikan Islam di Politeknik Kurikulum Pendidikan Islam merupakan kursus wajib yang diletakkan di bawah Jabatan Pengajian Am (JPA). Kursus ini perlu diikuti oleh semua pelajar muslim dan diwajibkan lulus kursus tersebut sebelum layak dianugerahkan Diploma atau Diploma Lanjutan Politeknik. Rajah 1 : Kerangka Konsep Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam di politeknik Input Pelajar Proses Pendidikan Islam – Sem 1 Islam dan pengkhususan – Sem 2 Tamadun Islam – Sem 3 Aqidah, Syariah, Akhlak Penguasaan Kemahiran Khusus Tamadun Islam (Syarahan interaktif/ perbincangan maya/ e-Forum/ pembentangan/ tugasan bertulis) Output Outcome Insan yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh Tenaga kerja separa profesional yang dinamik dan deduktif Yusni Mohamad Yusak, 2013 Kursus PI yang ditawarkan di Politeknik memberikan penekanan kepada pembinaan 3 asas ilmu Islam yang utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Proses pencernaan asas ilmu ini dijadikan asas yang membentuk keyakinan dan kefahaman mendalam terhadap Tauhid, amal perbuatan dan muamalat seharian pelajar. Konsep pengembangan ilmu yang spesifik dan ilmu ketamadunan digarap pada Semester 2 dan Semester 3. Outputnya, kurikulum PI diharap dapat melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berpengetahuan dan beramal soleh dengan ilmu yang dipelajari. Matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa prosefional yang dinamik dan deduktif bagi memenuhi keperluan negara. Sejajar dengan keperluan dan perubahan semasa, kurikulum PI telah melalui beberapa fasa perubahan dan pengembangan. Perubahan tersebut mencakupi aspek perubahan kod dan inventori, isi kandungan serta bentuk pentaksiran. Ia merupakan sebahagian daripada penambahbaikan berterusan (Continues Quality Improvement – CQI) seiring dengan kehendak semasa. Kurikulum PI di Politeknik ditawarkan dalam 3 Semester di peringkat Diploma dan 1 Semester di peringkat Diploma Lanjutan sebagaimana berikut : Jadual 2 Kursus PI mengikut peringkat, semester, kursus dan sasaran. Bil 1 2 3 1 Sem. Nama Kursus Peringkat Diploma S1 Pendidikan Islam 1 S2 Penddikan Islam 2 S3/S5 Tamadun Islam Peringkat Diploma Lanjutan S1 TITAS (Tamadun Islam Tamadun Asia) (Sumber: www.cidos.edu.my) Sasaran Pelajar muslim Pelajar muslim Semua pelajar Semua pelajar Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kursus PI di Politeknik sejak sekian lama lebih menumpukan pendekatan tradisional iaitu menggunakan pendekatan syarahan dan amali sahaja. Para pensyarah cenderung memberikan huraian dan penerangan kepada definisi tajuk, konsep dan contohcontoh yang berkaitan. Sementara itu, pendekatan secara amali digunakan bagi memperjelaskan lagi penyampaian secara teori terutamanya untuk menilai tahap penguasaan dan kefahaman pelajar kepada topik-topik praktikal seperti amali solat (rukun fi’kli dan qau’li), bacaan surah-surah, solat jenazah dan pengurusan jenazah. Perubahan kod, kredit, bilangan topik dan bentuk pentaksiran kursus PI disimpulkan sebagaimana berikut : Jadual 3 Perubahan kod kursus, nama, kredit, topik dan pentaksiran Bil 1 Kod Krs. Nama Kursus Kurikulum Efektif : Jun 2002 A1001 Pendidikan Islam 1 Kredit Topik 1.5 10 2 A1002 Pendidikan Islam 2 1.5 13 3. A3007 Tamadun Islam 2 8 1 Kurikulum Efektif : 220607 A1016 Pendidikan Islam 2 11 2 A2016 Pendidikan Islam 2 13 3 A3017 Tamadun Islam 2 8 Pentaksiran Kuiz, tugasan, kerja amali, ujian Kuiz, tugasan, kerja amali, ujian Kuiz, tugasan, pembentangan, ujian Kuiz, tugasan, kerja amal, ujian Kuiz, tugasan, kerja amal, ujian Kuiz, mini projek, penilaian kendiri, tugasan, ujian (Sumber: www.cidos.edu.my) Menjelang tahun 2011, seiring dengan Transformasi Politeknik kearah membina upaya baharu bagi membangunkan sumber manusia negara dalam memenuhi keperluan modal ekonomi baharu berasaskan inovasi dan kreativiti, proses pembanguanan kurikulum politeknik di perkasakan. Sebagai penambahbaikan, proses pembangunan kurikulum program pengajian melibatkan pihak industri pada peringakt awal (proses input) dan peringkat akhir (semakan draf akhir), sebelum sesuatu kurikulum diluluskan oleh Lembaga Kurikulum Politeknik. Input pihak industri diperolehi bagi memastikan program yang di tawarkan di Politeknik relevan dan sejajar dengan dengan amalan terkini industri. Kurikulum baharu ini juga dibangunkan menggunakan pendekatan Outcome Based Education (OBE) iaitu pembelajaran berasaskan hasil. (Laporan Tahuan 2011) Pembangunan kurikulum PI yang menggunakan pendekatan OBE juga adalah berdasarkan perkembangan terkini dalam jaminan kualiti pengajian tinggi di Malaysia dengan penubuhan Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan berkuatkuasanya Malaysian Qualifications Framework (MQF) dengan merujuk kepada keperluan pembangunan kurikulum mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh agensi tersebut. Justeru itu, kurikulum kursus ini perlu disemak semula. Sehubungan dengan itu juga, kurikulum PI Politeknik dimurnikan dan dibangunkan menggunakan pendekatan OBE dikenali sebagai Kurikulum Semak Semula - Pendidikan Islam (KSSPI). Jadual 4 Kurikulum Semak semuala Pendidikan Islam (OBE) Bil 1 Kod Krs. Nama Kursus Kurikulum Efektif : 1 Jun 2011 AA101 Pendidikan Islam 1 Kredit Topik Pentaksiran 2 11 Ujian praktikal, kuiz, ujian teori, esei Praktikal (ujian praktikal, pembentangan), kuiz ujian teori, end of chapter Pembentangan, kuiz, ujian, esei 2 AA201 Pendidikan Islam 2 2 11 3 AA301 Tamadun Islam 2 8 1 Kurikulum Efektif : 1 Disember 2011 AA101 Pendidikan Islam 1 2 11 2 AA201 Pendidikan Islam 2 2 11 3 AA301 Tamadun Islam 2 8 4 AA109 TITAS 2 Ujian praktikal, kuiz, ujian teori, esei Praktikal (ujian praktikal, pembentangan), kuiz ujian teori, end of chapter Pembentangan, kuiz, ujian, esei (Sumber: www.cidos.edu.my) Pelaksanaan KSSPI ternyata mendatangkan respon dan maklum balas yang pelbagai daripada kalangan pensyarah dan pelajar. Dapatan maklumbalas pelaksanaan kurikulum semak semula (1 Jun 2011) yang dibentangkan kepada Ketua-ketua Jabatan Pengajian Am dalam Persidangan Akademik Politeknik Bil.1/2011 mendapati berlaku ketidakseimbangan dalam penggubalan kurikulum KSSPI. Secara tepatnya tiada keselarasan penandaaan CLO vs PLO pada Matrix of courses Vs PLO, GSA dan Learning Domain serta Matrix of Learning Outcomes vs GSA & Learning Domain. Justeru, mesyuarat mencadangkan supaya pihak SPPK mengadakan dengan segera satu mesyuarat Panel Penggubal Kurikulum JPA untuk membuat penelitian tentang perkara tersebut. Sebagai tindakan susulan, satu mesyuarat pemurnian kurikulum dan satu sesi perbengkelan telah diadakan pada bulan Julai dan Ogos 2011. Jawatankuasa Penggubal Kurikulum Kursus Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Tamadun Islam dan Tamadun Islm dan Tamadun Asia (TITAS) telah dilantik daripada kalangan pensyarah, ahli akademik dan wakil industri. Rumusan perbincangan adalah seperti berikut : a. Pemurnian kurikulum AA101 Pendidikan Islam 1 dan AA201 Pendidikan Islam 2 akan ditawarkan sebagai AA101 Pendidikan Islam dengan fokus dan isi kandungan yang lebih menyeluruh, padat dan dikemaskini. b. Memurnikan kurikulum AA301 Tamudun Islam melibatkan pelarasan CLO vs PLO pada ’Matrix of courses Vs PLO, GSA dan Learning Domain’ serta ’ Matrix of Learning Outcomes vs GSA & Learning Domain’ dan kandungan kurikulum sedia ada. c. Mengkaji kesesuaian dan keperluan isi kandungan kurikulum AA201 Pendidikan Islam 2 yang lebih menjurus permasalahan munakahat (nikah kahwin) merangkumi 63.6% kandungan kursus. Penawaran kursus Pendidikan Islam yang lebih spesifik mengikut bidang pengkhususan. Penawaran kursus baharu ini adalah pada Semester 2 menggantikan AA201 Pendidikan Islam 2. Kursus-kursus baharu tersebut lebih menjurus kepada bidang pengkhususan pelajar di politeknik iaitu: 1. AA209 - Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam. 2. AA210 - Pengurusan Dalam Islam. 3. AA211 - Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam. 4. AA212 – Seni Dalam Islam. d. Serentak dengan itu juga, satu Kajian Pelaksanaan Kurikulum Kursus Jabatan Pengajian Am, Politeknik KPT secara atas talian telah dijalankan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpul maklumat mengenai Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik KPT. 86% responden mengemukakan maklumbalas dan cadangan, 12.8% menyentuh keperluan meneliti isi kandungan, topik dan fokus kurikulum, 7% perihal pentaksiran agar lebih spesifik, amali yang lebih teratur dan pentaksiran yang lebih jelas, manakala 4.7% perihal kekangan masa antara topik dan pelaksanaan silibus. Penawaran kursus baharu berorientasikan OBE pada Semester 2 adalah menggantikan kursus (Pendidikan Islam 2) dengan objektif utama memberikan pemahaman Islam yang sebenar terhadap setiap bidang pengkhususan yang diambil pelajar. Jadual 5 Kursus Baharu Pendidikan Islam dan golongan sasar Bil 1 Kod. Krs AA209 Nama Kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam 2 3 AA210 AA211 4 5 6 AA212 AC301 AC101 Pengurusan Dalam Islam Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam Seni Dalam Islam Tamadun Islam TITAS Sasaran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteeraan Awam Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jabatan Perdagangan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual Semua pelajar Semua pelajar (Sumber: Yusni 2011) Ciri-ciri unggul kurikulum baharu Pendidikan Islam ini ialah : a. Penambahan kandungan baharu yang relevan. b. Pemetaan kandungan bagi mengelakkan pertindihan. c. Menyusun semula kandungan mengikut turutan yang sesuai. d. Pelarasan dan penjajaran kursus dengan versi kurikulum sebelumnya. e. Pemantapan aspek penilaian. Pelaksanaan KSSPI melibatkan pelajar baharu ambilan Jun 2012. Sementara pelajar Politeknik yang sedang belajar di Semester 2 dan seterusnya akan mengguna pakai kurikulum sedia ada. 5. Politeknik dan Kursus Pengajian Umum Politeknik sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang diawasi dan dipantau perjalanannya termasuklah IPTA dan IPTS. Visi, misi dan matlamat institusi-institusi ini digariskan bagi memenuhi aspirasi dan dasar negara. Satu kajian mengenai pelaksanaan kursus mata pelajaran wajib (MPW) telah dilaksanakan oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). (Laporan Sesi Pembentangan Akhir Kajian Pelaksanaan Kursus Pengajian Umum Kepada YB Menteri Pengajian Tinggi, Bahagian Governan IPTS, JPT, 22 Oktober 2012.) Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pelaksanaan MPW kepada pelajar Malaysia dan penstrukturan kursus MPW kepada pelajar antarabangsa di IPTS supaya lebih menarik dan diterima oleh para pelajar. Hasilnya Kursus Pengajian Umum (KPU) diperkenalkan bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan, perluasan inovasi dan kajian serta usaha peningkatan nilai patriotisme di kalangan lulusan. KPU yang diperkenalkan adalah bagi memenuhi aspirasi negara iaitu ke arah Pembinaan Negara Bangsa, Penguasaan dan Peluasan Kemahiran Insaniah, Pengukuhan dan Peluasan Pengetahuan di Malaysia dan Pengaplikasian Kemahiran Insaniah. KPU yang diperkenalkan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu : a. Penghayatan falsafah, nilai dan sejarah (U1); b. Penguasaan kemahiran insaniah (U2); c. Perluasan ilmu pengetahuan (U3); d. Kemahiran pengurusan masyarakat (U4). KPU kumpulan U1 menekankan kepada penghayatan falsafah, nilai dan sejarah dijadikan dasar KPT yang diwajibkan kepada semua pelajar IPT mengikutinya. Kursus kumpulan U2, U3 dan U4 adalah bebas mengikut institusi tetapi perlu merujuk kepada KPT terlebih dahulu bagi memastikan pengkategorian adalah bersesuaian dan memenuhi piawaian kualiti MQA. Kursus KPU dijadikan syarat bergraduat kepada semua pelajar dan diwajibkan lulus. Antara kursus yang ditawarkan ialah kursus Hubungan Etnik, Kenegaraan dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Berikutannya YBM memutuskan bahawa penawaran dan pelaksanaan Kursus Pengajian Umum diselaraskan kepada semua IPT dalam negara, termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti. Mata Pelajaran Pengajian Umum adalah berteraskan cabang Falsafah Ilmu yang melibatkan bidang keilmuan kajian Kemanusiaan, Sains Tulen dan Sains Sosial. Ia akan membolehkan pelajar daripada disiplin dalam bidang Kemanusiaan, Sains Tulen dan Sains Sosial untuk menguasai isi kandungan Mata Pelajaran Pengajian Umum. Jadual 6 Kursus Pengajian Umum yang ditawarkan di Politeknik mengikut program pengajian PROGRAM / KURSUS U1 U2 U3 U4 (3 kredit) (2-3 kredit) (2-3 kredit) (2 kredit) A. Program Homegrown Degree TITAS *Hubungan Etnik B. Program Diploma Lanjutan TITAS C. Program Diploma *Pengajian Malaysia Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam Komunikasi dan Penyiaran Islam Nilai Masyarakat Malaysia Pengurusan Dalam Islam Nilai Masyarakat Malaysia Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam Seni Dalam Islam *Nota : U1 akan menjadi Dasar KPT untuk dilaksanakan di semua PPT U2-U4 – kursus ditetapkan oleh PPT 6. Implikasi pelaksanaan BIL SEM DIPLOMA KURIKULUM JPA (JUN 2012) KURIKULUM JPU (DIS 2013) Sem 1 Pendidikan Islam Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam Pengurusan Dalam Islam Hospitaliti dan Pelancongan Dalam Islam Seni Dalam Islam Pengajian Malaysia Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam Pengurusan Dalam Islam Pelancongan dan Hospitaliti Dalam Islam Seni Dalam Islam 1 2 Sem 2 5 7. Sem 1 TITAS PI digugurkan TI digugurkan Sem 3 Tamadun Islam 3 DIPLOMA LANJUTAN Sem 1 4 IJAZAH CATATAN TITAS TITAS Penutup Penawaran kurikulum Pendidikan Islam adalah kesinambungan daripada usaha berterusan pihak pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang menguasai dua cabang ilmu, iaitu ilmu keduniaan (teknikal) dan akhirat (agama). Cabaran membanguankan kurikulum Pendidikan Islam yang selari dan seiring dengan perubahan zaman amatlah tinggi. Justeru, perubahan demi perubahan yang berlaku ke arah pemantapan dan penambahbaikan adalah wajar berlaku dan perlu. Kesiapsiagaan warga pendidik di Politeknik ditagih demi memastikan wasilah keilmuan dan warisan annubuwwah terus subur di Politeknik Malaysia amnya dan kelangsungan Pendidikan Islam khasnya. Rujukan Ab.Halim Tamuri. 1997. Islamic Education and its contribution towards Malaysian Nations Building. Thesis M.Litt, University of Birmingham. Alias Mat Saad. 1999. Keperluan Latihan di Kalangan Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kuching. Laporan Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Alias Mat Saad. 2010. Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (Tesis PhD), Universiti Kebangsaan Malaysia. Alimuddin Mohd Dom. 2007. Kurikulum Pendidikan Islam berpendekatan hadhari. Utusan Malaysia, hlm 7. Arip Sa’aya, Noraini Sulaiman. t.thn. A1001 Pendidikan Islam 1, Modul Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Kurikulum Teknik & Vokasional. 2002. Dokumen Kurikulum, Jabatan Pengajian Am, Program Pengajian Politeknik, Bahagian Kurikulum Teknik & Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002 Banta, T. 1993. Critique of a method for surveying employers.AIR Professional File. The Association for Institutional Research Professional. File No 47. Winter: hlm. 2-9. Che Noraini Hashim,. 2005. Keruntuhan akhlak dan pembangunan remaja masakini :Cabaran Pendidikan Islam di Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4) Pendidikan Islam Ke Arah Kemanusiaan Sejagat, at Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Curriculum Developement and Evaluation Division. 2010. Competency Standards for Polytechnic Graduates, Diploma In Tourism Management, Curriculum Developement and Evaluation Division, Department of Polytechnic Education, MOHE. Curriculum Information Document Online System (CIDOS), www.cidos.edu.my Dodson, S.C. 1994. Interview summative evaluation: Assessing the value of a long term or out going program during its operation. Ph.D Thesis Western Michigan University. Falsafah Pendidikan Islam, http://www.moe.gov.my/jpnpahang/ Jabatan Pengajian Politeknik, Transforming Lives, Jabatan Pengajian Politeknik, KPT, 2012. Kementerian Pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat dan Misi, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Kementerian Pengajian Tinggi. 2009. Hala Tuju Transformasi Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi, Laporan Tahunan 2011. 2012. Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2006. Laporan jawatankuasa mengkaji, menyemak dan membuat perakuan tentang perkembangan dan halatuju Pendidikan Tinggi Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2007. Laporan Tahunan 2006, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti. Muhammad Pisol Mat Isa & Fakhruldin Hashim. 2005. Pendidikan Islam dalam arus moden : Kajian cadangan pendekatan pengajian akidah kepada pelajar kejuruteraan.Wacana Pendidikan Islam (Siri 4) Pendidikan Islam Ke Arah Kemanusiaan Sejagat. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 65-72. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. 1993. Kajian mata pelajaran pendidikan Islam dan guru-guru pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia. Paper read at Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. hlm 88-93. Nik Mohd. Rahimi Nik Yusof, Shahrin Awaludin, Khadijah Abd. Razak, Ab Halim Tamuri, Mohd Isa Hamzah & Kamarulzaman Abd Ghani. 2002. Kurikulum pendidikan Islam menghadapi cabaran era globalisasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1), Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seymour, D. 1991. On Q : Causing quality in higher education. New York: ACE/ Macmillan. Shamsuddin Abd.Latiff. 1990. Kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik Ungku Omar :Satu tinjauan kurikulum ke arah pencapaian matlamat. Tesis Sarjana Pendidikan., Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Yusni Mohamad Yusak. 2011. KERTAS KERJA KK01/2M/2011, Ketas Kerja : Memohon Kelulusan Penawaran Kursus Baharu Dan Semak Semula Jabatan Pengajian Am Untuk Dilaksanakan Di Dalam Program Pengajian Di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Zuraidah Muhidin. 2000. Kurikulum Pengajian Islam Pusat Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi : Tinjauan terhadap pandangan pelajar. Tesis Sarjana Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.