Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Bab 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI 2.1 Pengenalan Bahagian kawalselia padi dan beras Cawangan Pulau Pinang adalah sebuah organisasi kerajaan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri asas tani.Bahagian kawalselia padi dan beras Cawangan Pulau Pinang beroperasi di bawah pemantauan ibu pejabat Kawalselia Padi dan Beras di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya.kawalselia padi dan beras terletak di seluruh Malaysia bagi memudahkan proses penguatkuasaan.. Dengan berbekalkan pasukan bekerja yang dinamik serta pengalaman yang luas dikalangan pekerjanya, Organisasi ini telah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan pada hari ini. Kawalselia Padi Dan Beras Pulau Pinang terletak di No.10, Jalan Todak 5, Pusat Bandar Seberang Jaya,13700 Perai, Pulau Pinang. 6 Rajah 2.1 Peta Lokasi Kawalselia Padi Dan Beras Pulau Pinang 2.2 Latar Belakang Organisasi Rajah 2.2.01 Bangunan Kawalselia Padi Dan Beras Pulau Pinang Kawalselia Padi Dan Beras Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 2005 setelah diselaraskan semula fungsi dan peranannya daripada Bahagian Pembangunan Sumber Industri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.Kawalselia Padi Dan Beras Cawangan Pulau pinang juga beroperasi dengan 13 orang Penjawat Awam. Kawalselia Pulau Pinang diketuai oleh encik Hj.Rohim bin Kalid,beliau merupakan Pengarah Negeri yang berpengalaman dan seorang yang professional dalam melakukan kerja dan juga seorang yang jujur.Kawalselia padi dan beras pulau pinang amat mementingkan segala permasalahan yang akan diselesaikan 7 dengan segera tanpa mengira status dan kerumitan masalah yang dihadapi pelanggan.Jadi,tidak hairanlah apabila dikatakan bahawa reputasi organisasi semakin meningkat.kawalselia Padi Dan Beras Pulau Pinang terbahagi kepada 3 unit iaitu unit pelesenan,unit pentadbiran dan unit pendakwaan. 2.2.1 Objektif Bahagian Kawalselia Padi Dan Beras Objektif bahagian kawalselia padi dan beras sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kawalan Padi Dan Beras,1994 yang juga merupakan kewajipan-kewajipan dan fungsi ketua pengarah; (a) Menyenggara suatu bekalan padi dan beras yang mencukupi; (b) Memastikan harga padi yang berpatutan dan stabil bagi petanipetani; (c) Memastikan harga beras yang berpatutan dan stabil bagi pengguna.; (d) Memastikan bekalan beras yang mencukupi bagi memenuhi segala kecemasan; (e) Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai polisi yang dimaksudkan untuk menggalakkan kemajuan perusahaan padi dan beras dan jika diluluskan oleh kerajaan untuk menyelaras dan membantu perlaksanaannya. 2.2.2 Fungsi Bahagian Kawalselia Padi Dan Beras (a) Melaksanakan harga minimum yang terjamin bagi padi. (b) Menguatkuasakan pengekalan harga beras yang berpatuttan dan stabil bagi pengguna-pengguna. 8 (c) Menetapkan harga maksimum atau minimum bagi padi atau beras. (d) Menyenggara atau mengkehendaki mana-mana orang yang menyenggara simpanan cadang padi atau beras bagi maksud strategi dan penstabilan harga. (e) Mengawalselia dan mengawal pembayaran subsidi kepada penanam-penanam padi. (f) Mengawalselia dan mengawal amaun padi atau beras yang boleh disimpan,disetor atau dimiliki oleh mana-mana orang. (g) Mengenakan pencatuan mengenai padi dan beras dan untuk mengawalselia dan mengawal pencatuannya,untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran semua atau manamana orang bagi maksud pencatuan itu dan bagi mengeluarkan kad-kad catuan atau dokumen catuan lain dan melantik pembanci-pembanci bagi membanci orang awam atau mana-mana pencatuan.sebagai kumpulannya contoh pencatuan bagi dilakukan maksud apabila keadaan seperti darurat dan banjir. (h) Mengambil stok padi atau beras yang dipunyai oleh manamana orang dan membayar pampasan yang mencukupi baginya. (i) Mengawalselia dan mengawal pengilangan padi ke beras termasuk kadar kekerapan pengendalian pengilangan. (j) Menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan perusahaan padi dan beras. 9 (k) Mengkehendaki orang-orang yang terlibat dalam penghasilan atau pemasaran padi dan beras untuk mendaftar dan memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan olehnya. (l) Mengawalselia penghasilan padi. (m) Melarang,mengawalselia atau mengawal pemindahan padi atau beras. (n) Menghendaki mana-mana orang yang berurusan dalam perusahaan padi dan beras mengemukakan laporan yang berhubung. 2.2.3 Produk dan Servis Yang Disediakan (a) Memproses pemohonan baru dan pembaharuan Lesen Beras Runcit,Lesen Beras Borong,Lesen Kilang Padi,Lesen Import Beras Dan Lesen Eksport Beras. (b) Mengeluarkan permit permindahan beras dan padi. (c) Membuat siasatan ke atas kesalahan yang melanggar akta kawalan padi dan beras 1994. (d) Membuat kawalan gred dan harga. (e) Membuat siasatan sekirannya terdapat aduan. (f) Membuat siasatan apabila tibanya makanan berasaskan beras yang diimport dari Negara luar. (g) Melakukan kawalselia dengan melakukan sekatan jalan bagi memastikan pihak-pihak yang terbabit mematuhi UndangUndang Akta Kawalan Padi Dan Beras 1994. 2.2.4 Nilai-nilai Yang Diterapkan Di Kalangan Pekerja 10 (a) Menghormati hak-hak pelanggan Menghormati serta memahami kehendak pelanggan. (b) Komitmen Dalam setiap tugas Melahirkan rasa kepuasan di kalangan pekerja dengan menyediakan segala perkhidmatan yang diperlukan dan memberi respon atas segala permintaan oleh pelanggan dalam tempoh 24 jam. (c) Sikap kerjasama antara pekerja Segala perkara dan kerja dilakukan secara kerjasama di kalangan pekerja. (d) Integriti Setiap pekerja diterapkan nilai integriti agar amanah dalam setiap kerja atau tugasan yang diberikan. (e) Profesionalisme Nilai ini penting dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan supaya segala tugas yang diserahkan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.Menyelesaikan masalah secara profesional akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif. Untuk itu,setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada 11 2.2.5 Carta Organisasi HAJI ROHIM KHALID PENGARAH NEGERI N36 KAMARUZZAMAN TUN MOHD PEMBANTU PENGUATKUASA N22 PENGUATKUASA N DAN PENTADBIRAN KHAIRULNIZAM OSMAN PEMBANTU PENGUATKUASA N17 MOHD.SHAFEI MOHAMAD PEMBANTU PENGUATKUASA N17 PENTADBIRAN DAN KEWANGAN SITI ZURINA HAMID PEMBANTU TADBIR N17 MOHD SALIM HAMSI PEMANDU R3 PERLESENAN DAN DATA MAKLUMAT NORHASLINDA MAHYUDIN PEMBANTU PENGUATKUASA N17 SYARANI TALIB PEMBANTU PENGUATKUASA N17 MOHD.FADZELI BIN NGAH IDRIS PEMBANTU PENGUATKUASA N17 AZRUL AFFENDI ABU BAKAR PEMBANTU PENGUATKUASA N17 KHAIRUL HAFIZ HASNAN PEMBANTU PENGUATKUASA N17 MOHD.RAZIF BIN SIRAN PEMBANTU PENGUATKUASA N17 12 13