MANU Bil. 26, 153-183, 2017 (Dis)
E-ISSN 2590-4086© Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
Using Lughat al-Faṣl in Teaching Arabic Language
1
MOHAMAD ZIYAD BIN MUKHTAR
2
SAINI AG. DAMIT
1
Jabatan Bahasa Arab, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu.
saini@ums.edu.my
Diterima: 28 September 2017 / Dibaiki: 2 November 2017
2
Abstrak Penggunaan bahasa Arab dalam proses pengajaran adalah penting
bagi memahirkan murid berbahasa. Persekitaran berkomunikasi bahasa
Arab yang baik boleh diwujudkan melalui aplikasi Lughat al-Faṣl secara
ekspresif dan berkesan. Lughat al-Faṣl ialah perkataan atau ungkapan
mudah yang mengandungi arahan, soalan, peneguhan dan larangan dalam
Bahasa Arab yang selalu digunakan oleh guru sebagai bahasa perantaraan
menyampaikan isi kandungan pelajaran ketika berinteraksi dengan murid
dalam kelas. Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis Lughat alFaṣl yang digunakan guru dan halangan yang dihadapi dalam mengaplikasi
Lughat al-Faṣl dalam PdP Bahasa Arab di sekolah rendah. Di samping itu,
kajian ini juga mengetengahkan beberapa langkah dan cadangan untuk
memperbaiki amalan Lughat al-Faṣl guru dan mengatasi halangan interaksi
lisan tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan
pemerhatian dan protokol temu bual sebagai instrumen kajian. Peserta
kajian terdiri daripada empat orang guru bahasa Arab sekolah rendah.
Pemerhatian ke atas pengajaran guru dilaksanakan bagi mengenal pasti jenis
Lughat al-Faṣl yang digunakan guru. Manakala temu bual pula dijalankan
bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan halangan aplikasi
Lughat al-Faṣl semasa melaksanakan PdP. Penganalisisan data dilakukan
dengan membuat transkrip pengajaran dan temu bual berdasarkan rakaman
yang dibuat. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh jenis Lughat al-Faṣl
yang digunakan guru dan mengenal pasti beberapa halangan yang dihadapi
oleh guru ketika mengaplikasikan Lughat al-Faṣl dalam PdP Bahasa Arab
termasuk halangan dari segi personaliti dan sikap guru, kelayakan guru
dan persekitaran komunikasi bahasa Arab. Dapatan dari pemerhatian dan
temu bual juga telah mencadangkan beberapa cara penyelesaian untuk guru
mengatasi semua halangan tersebut.
Kata Kunci: Lughat al-Faṣl, Interaksi Lisan, Jenis LF, halangan, cadangan.
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
Abstract The use of the Arabic language in the teaching process is important
for students to master the language. The Arabic language communication
environment can be created through the application of Lughat al-Faṣl as
expressively and effectively. Lughat al-Faṣl, is a simple word or phrase
containing instructions, questions, reinforcements and prohibitions in
Arabic that are often used by teachers as a medium to deliver lesson while
interacting with students in the classroom. This study aims to identify the
type of LF used by the teachers and the barrier faced by the teachers
during the use of LF in Arabic Language lesson in primary schools. In
addition, several steps and suggestions were highlighted to improve the
teacher’s LF in order to overcome the barriers. This study is a qualitative
study using observation and interview protocol as a research instrument.
The participants consisted of four primary schools Arabic teachers.
Observation of teaching is carried out to identify the types of LF while
the interviews were conducted to obtain information related to LF and the
barriers during the implementation of the teaching and learning. Data is
analyzed by making transcripts of the teaching and interviews based on the
recording made. The findings showed that there are seven types of phrases
in LF used by the teachers as well as a number of obstacles experienced
by teachers when applying the LF in the teaching and learning of Arabic
language. The barriers were the personalities and attitudes of teachers,
teacher’s qualifications and also the Arabic communication environment.
The findings from observations and interviews have also suggested a
number of solutions for teachers to overcome all these obstacles.
Keywords: Lughat al-Faṣl, Speech Interaction, LF Type, obstacles, solutions.
PENDAHULUAN
Taraf keberkesanan pembelajaran bahasa asing di dalam kelas bergantung
pada beberapa faktor utamanya yang berpusat pada guru. Fungsi guru
sebagai fasilitator, inspirator, motivator, dan direktor pembelajaran
memainkan peranan penting dalam mempersiapkan pembelajaran yang
berkesan. Sesungguhnya, proses PdP bahasa Arab di kelas-kelas akan
memberikan kontribusi terhadap keberhasilan menguasai bahasa asing
154
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
apabila diselenggarakan dengan baik dan sempurna. Guru bahasa Arab yang
baik seharusnya memiliki banyak ciri. Antaranya ialah suara yang jelas,
persediaan psikologi dan pengetahuan, perancangan pengajaran yang rapi,
kreatif, bersemangat dan bijak membangkitkan motivasi, penampilan yang
menarik dan sebagainya (Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa, 2007:12).
Sulaiman Md. Yassin et al. (2007) menyatakan bahawa setiap
guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya di dalam bilik darjah.
Sekiranya guru tidak mahir dalam berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya
semasa mengajar, hal ini akan menyebabkan pengajarannya sukar difahami
oleh pelajar. Rosni Samah (2009) pula menyatakan bahawa proses
pembelajaran menggunakan bahasa Arab dapat membantu penguasaan
murid dan kelas yang berinteraksi dalam bahasa Arab dari dua hala, guru
dan murid lebih membantu dalam penguasaan bahasa Arab. Keberkesanan
pengajaran guru berkait rapat dengan faktor komunikasi yang baik daripada
guru tersebut.
Muhammed Barakat (1984:137) berpendapat bahawa bahasa guru
adalah agen perhubungan yang paling penting dan dominan dalam interaksi
di bilik darjah. Justeru, selain menguasai ilmu, guru perlu menyampaikan
isi kandungan pelajaran dengan bahasa yang boleh difahami oleh golongan
sasaran iaitu pelajar. Bukan itu sahaja, para pelajar juga sepatutnya
mempunyai kesediaan untuk belajar dengan mengetahui perbendaharaan
kata bahasa gurunya kerana interaksi dua hala ini akan banyak membantu
memahami isi kandungan pelajaran.
Matlamat pengajaran bahasa Arab di Malaysia boleh dilihat dalam
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Bahasa Arab KSSR dan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Arab KSSR (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2010) sepertimana berikut;
“Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah
rendah bermatlamat untuk menanam minat murid mempelajari
asas-asas bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa Arab
di samping membolehkan murid berkomunikasi menggunakan ayatayat mudah”.
155
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
Salah satu teknik komunikasi berkesan yang boleh diaplikasi oleh
guru dalam pembelajaran bahasa Arab ialah penggunaan Lughaṯ al-Faṣl
atau bahasa pengendalian kelas.
OBJEKTIF KAJIAN
1.
2.
3.
Mengenal pasti jenis Lughaṯ al-Faṣl yang digunakan oleh guru dalam
pengajaran bahasa Arab.
Mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru menggunakan
Lughaṯ al-Faṣl dalam pengajaran bahasa Arab.
Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bahasa
Arab dalam menambah baik penggunaan Lughaṯ al-Faṣl semasa
pengajaran bahasa Arab.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menggunakan reka bentuk
satu kes pelbagai tempat. Kes yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah
berasaskan halangan interaksi lisan guru menggunakan Lughaṯ al-Faṣl
semasa pengajaran bahasa Arab. Sementara itu, tempat kajian ialah di empat
buah sekolah di sekitar negeri Perak.
Satu pemerhatian ke atas sesi pengajaran guru dijalankan untuk
mendapatkan data tentang jenis-jenis Lughaṯ al-Faṣl yang digunakan
guru. Protokol temu bual dilaksanakan bagi mencungkil halangan interaksi
lisan guru menggunakan Lughaṯ al-Faṣl. Semua data yang dikumpulkan
ini memenuhi piawaian kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif,
bermula daripada awal penentuan topik dan kaedah, pemilihan peserta,
kutipan data sehinggalah analisis dapatan yang sentiasa mengambil
kira kesahan dari segi luaran dan dalaman serta kebolehpercayaan yang
dipayungi oleh etika kajian (Miles & Huberman, 1994).
156
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
RESPONDEN KAJIAN
Dalam kajian ini, peserta kajian yang dipilih terdiri daripada empat orang
guru yang mengajar bahasa Arab sekolah rendah di negeri Perak. Spindler
(1982) menganggap peserta kajian sebagai pakar tentang apa yang ingin
diselidiki oleh pengkaji. Pemilihan peserta kajian ini adalah berdasarkan
empat kriteria penting, iaitu pengalaman mengajar, mengetahui dengan baik
aplikasi interaksi lisan dalam pengajaran bahasa Arab, terdapat cadangan
dan sokongan pentadbir sekolah dan kesanggupan guru tersebut menjadi
peserta kajian seperti yang dicadangkan oleh Spradly (1980) dan Jogersen
(1989) yang menggunakan teknik ‘judgement sampling’ .
Kriteria pertama iaitu dipilih daripada kalangan Guru Bahasa Arab
(GBA) yang mengajar Bahasa Arab KSSR. Dalam hal ini, pengkaji turut
memastikan agar guru yang terpilih sebagai peserta kajian adalah guru yang
berpengalaman mengajar bahasa Arab, terutamanya bahasa Arab KSSR.
Keempat-empat peserta kajian yang dipilih memenuhi kriteria ini kerana
ketika kajian ini dijalankan, kesemua mereka telah mengajar mata pelajaran
bahasa Arab lebih dari enam tahun. Malahan, mereka juga telah dikenal
pasti pernah terlibat menjadi Jurulatih Utama bahasa Arab Negeri Perak
dan banyak membantu pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak melatih
guru-guru bahasa Arab, khususnya dalam bidang pedagogi dan kurikulum.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini sangat penting bagi mengkaji jenis Lughaṯ al-Faṣl yang sering
digunakan oleh guru dan halangan yang dihadapi terhadap PdP bahasa Arab
melalui penggunaan Lughaṯ al-Faṣl dan seterusnya mencadangkan langkah
penambahbaikan bagi aplikasi Lughaṯ al-Faṣl. Interaksi dua hala yang aktif
antara guru dan murid mesti ditekankan semasa berlangsungnya proses
pengajaran. Objektif pengajaran tidak akan tercapai jika interaksi dua hala
yang efisien tidak berlaku. Sekiranya guru dapat mengaplikasi Lughaṯ alFaṣl secara efisien, maka murid juga akan lebih berminat dan mempunyai
motivasi yang tinggi untuk mempelajari bahasa Arab.
157
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh Bahagian Pendidikan Islam
(BPI) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) di Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD), Institut Pengajian Tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru
(IPG) atau sekolah untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab melalui pembinaan modul-modul pengajaran
yang lebih efektif, terutamanya yang berkait dengan komunikasi dalam
kelas. Hasil kajian ini juga diharap dapat digunakan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk mengenal pasti punca masalah sebahagian guruguru bahasa Arab yang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Arab
dengan baik, khususnya ketika melaksanakan PdP di dalam kelas. Justeru,
perancangan dan langkah yang relevan perlu diambil segera untuk mengatasi
masalah ketidakmampuan guru mengajar bahasa Arab dengan menganjurkan
kursus-kursus pemantapan komunikasi bahasa Arab secara berkala sama
ada di negara atau luar negara.
Dapatan kajian ini akan memberi implikasi kepada gaya pengajaran
guru, iaitu sejauh mana pertolongan, latihan dan peneguhan pembelajaran
sesuai dengan keperluan pelajar (Bloom 1976, dlm. Misnan Jemali, 1999:
26). Dalam konteks ini, komunikasi guru dianggap menjadi penggerak
utama terhadap maklum balas pelajar di dalam kelas yang lebih banyak
bertunjangkan interaksi lisan. Amalan Lughaṯ al-Faṣl yang baik dan
berkesan mampu menghasilkan senario pembelajaran bahasa Arab yang
sebenar dan menyeronokkan. Selain itu, ia juga akan menyediakan
pengalaman pembelajaran yang akan diingati oleh murid sepanjang
hayatnya. Pembelajaran gaya pengalaman yang konkrit adalah lebih efektif
dan meninggalkan kesan yang lebih lama pada diri murid berbanding gaya
tradisional atau cara abstrak yang berbentuk kuliah (Rohaila Yusof et al.,
2005). Oleh itu, kajian-kajian akademik yang seumpama dengan kajian ini
penting dijalankan untuk menjadi garis panduan kepada pelaksanaan Lughaṯ
al-Faṣl dalam pengajaran bahasa Arab yang lebih baik dan berkesan.
158
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
TINJAUAN LITERATUR
Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Rendah menuntut guru
Bahasa Arab mengajar subjek ini menggunakan bahasa tersebut di
dalam bilik darjah sebagai bahasa pengendalian kelas agar pelajar dapat
berkomunikasi dengan baik. Tanggungjawab ini bukanlah satu perkara
yang mudah kerana mereka terpaksa mengajar pelajar yang kurang mahir
berbahasa. Lebih-lebih lagi, ada antara guru yang tidak fasih berbahasa
Arab. Dari sudut teori, interaksi bermaksud satu proses penyampaian
maklumat dan pengalaman antara seorang dengan yang lain atau antara
sekumpulan manusia berdasarkan peraturan tertentu yang digambarkan
melalui simbol, saluran atau kaedah tertentu. Interaksi menghubungkan
antara pihak penyampai (sumber) maklumat dengan penerima maklumat.
Proses ini adalah satu bentuk sosialisasi masyarakat dalam peradaban
manusia dan merupakan satu kesinambungan tamadun (Ahmad Muhammed
Ma’tuk, 1996: 71).
Interaksi murid dan guru dalam bilik darjah adalah terhad. Oleh hal
yang demikian, segala maklum balas yang berlaku antara dua pihak berlaku
secara spontan. Ia seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk
merancang dan berfikir. Justeru, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam
mengemudi perjalanan PdP. Guru juga perlu sabar, bijaksana, cekap dan
optimis dalam menghadapi sesuatu situasi yang mungkin berlaku secara
tiba-tiba. Menurut Jefridin (2010: 1), aktiviti komunikasi dapat berjalan
lancar menerusi kebijaksanaan penutur dan pendengar dalam memberi
maklum balas, sama ada secara lisan (verbal) atau bukan lisan (non-verbal).
Definisi Lughat al-Faṣl
Ṣ umumnya, Lughaṯ al-Faṣl ialah ayat-ayat pendek, mudah dan ringkas
Secara
yang biasa digunakan di dalam kelas. Biasanya, ayat yang digunakan
adalah ayat perintah dan suruhan, ayat larangan dan kata peneguhan
positif (Firdaus & Aminuddin, 2014). Dari segi bahasa, perkataan
Lughaṯ
ri segi baha
al-Faṣl
terbina
daripada
dua
perkataan
dalam
bentuk
idāfat
iaitu
(
ṣ
idāfat iaitu ) ٌ )(ل َغةdan ) الفَصْ ِل
ٌ
َ
َ
ْص
idāfat
)
ة
غ
(ل
)
ل
ف
(ال
ِ perkataan ini digabungkan, ia akan menjadi
) ٌ (ل َغةn )( (الفَصْ ِل.). Apabila dua
ṣ Lughaṯ
)(ل َغةُ الفَصْ ِل
ُ
al-Faṣl
yang
membawa
maksud
bahasa
kelas.
Pengkaji
lebih
َ
َ
ْص
ṣl
)
ل
ف
ال
ة
غ
(ل
ِ
ṣ )(ل َغةُ الفَصْ ل
ِ
159
idāfat
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
) ٌ(ل َغة
) (الفَصْ ِل
ُ
ṣ )(ل َغة الفَصْ ِل
cenderung mendefinisikannya sebagai bahasa pengendalian kelas seperti
yang digunakan oleh Azhar (2007).
Modul pengajaran Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) yang
dikeluarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (2013) ada memasukkan
satu topik khas tentang Lughat al-Faṣl dengan menyatakan kepentingan
ṣ
Lughat al-Faṣl berserta beberapa
contoh ungkapan atau ayat bahasa
pengendalian kelas. Ia ditakrifkan seperti yang berikut:
: لغة الفصل عبارة عن
. الكلمات والعبارات التي يستخدمها المعلم في حجرة الدراسة يوميا
. الكلمات والعبارات نشيطة فعالة شائعة االستعمال
الكلمات والعبارات سهلة بسيطة وقابل لالستخدام والفهم لدى التالميذ
“Bahasa pengendalian kelas adalah perkataan atau ayat yang
digunakan oleh guru setiap hari di dalam bilik darjah. Perkataan
atau ayat itu sangat berfungsi, luas penggunaannya, mudah, ringkas
annya, mudah, ringkas
dandigunakan
sesuai digunakan
dalampelajar”.
kalangan pelajar”.
dan sesuai
dalam kalangan
Michelle Louwerse (2001) pula mendefinisikan classroom language
sebagai;
“Bahasa bilik darjah adalah sebuah koleksi frasa yang digunakan
untuk komunikasi di antara guru dan pelajar, bermula dari “Buka
buku anda halaman 15” hinggalah “Boleh saya pergi ke bilik air?”.
Walaupun penekanan diletakkan terutamanya kepada bahasa sasaran,
bahasa bilik darjah juga boleh menjadi cara yang paling baik untuk
mempromosikan Bahasa Inggeris sebagai komunikasi sebenar,
penglibatan pelajar dalam PdP, dan satu bahasa yang aktif tentang
kemahiran belajar.”
Di samping definisi di atas, Firdaus et al. (2014) menjelaskan bahawa
Lughat al-Faṣl ialah ayat-ayat pendek, mudah dan ringkas yang biasa
digunakan dalam kelas. Biasanya, ayat yang digunakan adalah ayat perintah
dan suruhan, ayat larangan dan kata peneguhan positif. Sekiranya ayat-ayat
ini sering digunakan semasa PdP, maka kebolehan untuk memahami dan
menguasai bahasa Arab akan menjadi lebih mudah bagi murid sekolah rendah.
Ia juga dapat menanam minat mereka mempelajari bahasa Arab dengan
membolehkan mereka mampu berkomunikasi dengan mudah dan betul.
160
6
ṣ
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
Menurut Mior Syazril (2015), istilah Lughat al-Faṣl ini lebih hampir
dengan guru-guru bahasa Arab yang mengajar mata pelajaran bahasa Arab,
sama ada di Malaysia mahupun di mana sahaja. Istilah ini meliputi pelbagai
aspek dalam pengajaran guru. Contohnya, kaedah bertanya kepada murid
dalam bahasa Arab, membetulkan kesilapan murid dalam bahasa Arab,
mengemukakan soalan dalam bahasa dan tidak ketinggalan juga memberi
peneguhan kepada murid dalam bahasa Arab. Secara umumnya, fokus
Lughat al-Faṣl ini adalah penggunaan bahasa Arab sebagai satu-satunya
bahasa dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2010).
Penggunaan istilah ‘Bahasa Kelas’ sebagai terjemahan spontan
bagi istilah Lughat al-Faṣl tidak digunakan dalam perbahasannya secara
akademik. Namun, apa yang telah ditulis oleh Robert J. Marzano et al.
(2001) dalam “Classroom Instructional That Work” adalah lebih menyamai
dengan apa yang terkandung dalam konsep Lughat al-Faṣl ini.
Justeru, perkara yang dimaksudkan sebagai Lughat al-Faṣl dalam
kajian ini ialah perkataan atau ungkapan mudah dalam Bahasa Arab yang
selalu digunakan oleh guru sebagai bahasa perantaraan menyampaikan
isi kandungan pelajaran ketika berinteraksi dengan pelajar dalam kelas.
Perkataan atau ungkapan ini boleh diucapkan oleh guru, sama ada dalam
bentuk arahan, penyoalan, pujian atau larangan.
Kepentingan Lughat al-Faṣl
Kebanyakan sarjana yang mengkaji berkaitan pertuturan bahasa asing
dalam kalangan pelajar mendapati beberapa permasalahan yang timbul
adalah disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan kosa kata (Gan,
2012) dan takut pada kesalahan struktur bahasa atau penggunaan bahasa
(Tanveer, 2007). Selain itu, faktor motivasi diri juga akan turut menjejaskan
penguasaan sesuatu bahasa terutama bahasa asing. Kesan daripada
kurangnya motivasi, keyakinan diri dan perasaan malu untuk bertutur dalam
bahasa asing akan menjadikan pelajar kurang mempunyai inisiatif untuk
mempelbagaikan strategi komunikasi (Rosni, 2013).
161
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
Salah satu kaedah untuk mendedahkan dan memantapkan murid
dengan penguasaan kemahiran berbahasa Arab adalah melalui Lughat alFaṣl. Pemerhatian yang dibuat oleh Aminudin (2014) ke atas guru j-QAF
semasa praktikum di IPG Kampus Ilmu Khas mendapati kebanyakan
mereka tidak dapat bertutur dengan baik kerana tidak menguasai Lughat
al-Faṣl. Masalah ini bukan sahaja akan memberi impak yang negatif
kepada sesi PdP, malah akan menutup minat murid mempelajari bahasa
Arab. Sepatutnya, guru tersebut perlu melatih mereka berkomunikasi dalam
bahasa Arab dengan mudah dan betul. Penggunaan Lughat al-Faṣl yang
merangkumi ayat atau ungkapan yang mudah, ringkas, mudah difahami dan
selalu digunakan di dalam kelas dapat membantu menjayakan pengajaran
guru dengan lebih berkesan.
Proses pengajaran yang berpusat kepada guru yang menjadikan
guru melaksanakan semua tugas pengajaran dari awal kelas sehinggalah
tamat sepatutnya boleh ditukar menjadi pengajaran berpusatkan pelajar.
Guru menjadi penggerak utama dalam proses tersebut yang menggunakan
Lughat al-Faṣl sebagai bahasa perantara. Tanpa guru, proses pengajaran
ṣ
tidak akan berjaya. Hasil daripada proses pengajaran
yang berpusatkan ṣ
guru semata-mata akan menyebabkan pelajar menjadi lembap dan tidak
aktif, khususnya untuk menyuarakan pendapat dan pandangan (Rosni bin
Samah, 2007).
Apabila guru dapat mengaplikasikan Lughat al-Faṣl pada setiap
ṣ
kali PdP berlangsung, murid sudah tentu tidak lagi bersifat pasif dan hanya
ṣ
menunggu serta mendengar apa yang disampaikan oleh guru. Mereka akan
bermotivasi dan terangsang untuk berinteraksi dengan penggunaan bahasa
pengendalian kelas yang mudah difahami. Di samping itu, guru tidak perlu
mberi arahan,
menyusun ayat yang sukar ketika memberi arahan, sebaliknya
hanya perlu
a hanya perlu
mudahseperti
dan selalu
diguna
menggunakan
arahanmengg
yang mudah dan selalu digunakan
ْ( اجْ لِسsila
perti
(sila
duduk) ألَ َمام
َ
ُ
ْ
ْ
duduk), لى األ َمام
ْ( اجsila duduk),
(sila
َ َاب
َ ( ا ْفتَحْ ال ِكتsila buka
52 َةpandang
َحpa
ص ْف
ا ْفpan), 52 َص ْف َحة
َ ِ( انظرْ إsila
َ َاب
َ ْال ِكتkeْتَحhadapan),
(sila buka buku muka surat 25).
Sebenarnya, proses pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar
boleh dilaksanakan dengan bimbingan daripada guru. Murid harus diberi
peluang untuk berinteraksi dan mengemukakan pandangan. Mereka juga
162
ṣ
ṣ
ṣ
ṣ
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
perlu diajukan dengan beberapa soalan yang berkaitan dengan subjek yang
diajar. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator sahaja di dalam kelas. Pada
ketika inilah, Lughat al-Faṣl menjadi agen perubahan pada aktiviti kelas.
Justeru, guru sangat perlu menguasai Lughat al-Faṣl dan menjadikannya
sebagai bahasa perantara utama ketika berinteraksi di kelas. Dengan adanya
perubahan pada aspek pengajaran ini, sikap pelajar akan dapat dibentuk
dan Kemahiran Insaniah mereka akan dapat dibina dan ditingkatkan (Rosni
bin Samah, 2007). Terdapat ramai murid yang ingin berkomunikasi dalam
bahasa Arab tetapi tidak tahu apa yang perlu dituturkan. Sepatutnya Lughat
al-Faṣl yang digunakan oleh guru akan dapat membantu murid menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur mereka.
Usaha menanam dan memupuk minat murid mempelajari bahasa
Arab sangat perlu dimulakan semenjak awal persekolahan mereka. Lughat
al-Faṣl adalah merujuk kepada bahasa yang digunakan oleh guru ketika
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, sama ada di dalam
kelas atau di luar kelas. Antara objektif utama pembelajaran Bahasa Arab
dalam KSSR (KPM, 2010) ialah:
•
•
•
•
•
•
•
Mendengar bunyi huruf, perkataan, frasa dan teks.
Menyebut huruf dan perkataan dengan betul.
Bertutur dalam pelbagai situasi.
Membaca perkataan, frasa, teks dengan betul.
Mengaplikasikan asas tatabahasa Bahasa Arab dalam pertuturan
dan penulisan.
Menghafaz kata-kata hikmat dan peribahasa terpilih dan
memperdengarkannya.
Menggunakan Bahasa Arab standard dalam pertuturan dan penulisan.
Mior Syazril (2015) ada membuat kajian untuk melihat senario
sebenar pelaksanaan amalan Lughat al-Faṣl dalam kalangan guru bahasa
Arab sekolah rendah. Antara persoalan yang dikaji adalah lebih menjurus
kepada jenis penggunaan, cara penyampaian, masalah yang dihadapi dan
penambahbaikan sebagai garis panduan kepada amalan Lughat al-Faṣl ini
oleh guru-guru bahasa Arab sekolah rendah yang lain. Keputusan yang
diperoleh menunjukkan terdapat enam jenis amalan Lughat al-Faṣl yang
163
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
dominan dan diamalkan oleh responden tersebut ketika aktiviti pengajaran
mereka di dalam bilik darjah. Beberapa masalah yang timbul berkaitan
pelaksanaan amalan ini juga diketengahkan oleh responden dalam kajian
ini dengan memberikan alternatif penyelesaiannya.
Mohamad Ziyad dan Saini (2015) telah menjalankan kajian berkenaan
amalan Lughat al-Faṣl dalam kalangan guru pelatih DPLI j-QAF di IPG.
Dari segi kesediaan guru pelatih menggunakan bahasa Arab sepenuhnya
dalam pengajaran, dapatan menunjukkan mereka mempunyai kesediaan
yang tinggi untuk mengaplikasikan Lughat al-Faṣl dalam pengajaran.
Mereka sentiasa berusaha mencuba menggunakan ungkapan-ungkapan
bahasa Arab dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran melalui
ungkapan yang mudah Lughat al-Faṣl. Oleh kerana majoriti responden
beranggapan bahawa penggunaan Lughat al-Faṣl yang berkesan oleh
guru dapat menghidupkan suasana pembelajaran yang kondusif, maka
mereka sentiasa meminta nasihat daripada pensyarah pembimbing tentang
penggunaan Lughat al-Faṣl, terutama dalam aspek kawalan kelas.
Dalam kajian itu juga, didapati kebanyakan mereka dapat melatih
pelajar memahami Lughat al-Faṣl dalam masa kurang dari dua bulan dengan
memperkenalkan tiga hingga lima ungkapan baharu dalam tempoh sebulan.
Situasi ni menunjukkan mereka bekerja keras untuk memahamkan pelajar
tentang ungkapan Lughat al-Faṣl tersebut kerana ia sangat membantu
melancarkan proses PdP, terutama ketika menjalani latihan mengajar
(praktikum). Satu perkara lagi yang perlu dinyatakan di sini ialah tentang
langkah yang kerap diambil oleh guru pelatih ketika mengajar sekiranya
pelajar tidak memahami pertuturan atau ungkapan yang dilontarkan guru.
Hampir kesemua mereka memilih untuk melakonkannya dengan pergerakan
badan (body language) atau mengulang ungkapan berserta aksi sehingga
difahami pelajar. Keadaan ini menunjukkan bahawa aplikasi Lughat al-Faṣl
dalam pengajaran sangat perlu dibantu menggunakan bahasa badan (body
language) supaya para pelajar dapat memahaminya dengan lebih cepat dan
bukannya terus menterjemah perkataan tersebut ke bahasa Melayu. Guru
pelatih ini sedar bahawa kaedah terjemahan tidak akan membantu pelajar
menguasai ilmu yang mereka belajar dengan sendiri dan juga tidak membantu
mereka untuk aktif dan berinteraksi dalam kelas (Rosni, 2012: 293).
164
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
DAPATAN KAJIAN
1.
Jenis-jenis Lughat al-Faṣl
Melalui pemerhatian pengajaran yang dijalankan, terdapat tujuh jenis Lughat
al-Faṣl yang digunakan oleh guru iaitu: (a) ucapan salam dan selamat, (b)
ungkapan mudah harian, (c) pujian dan peneguhan, (d) arahan dan suruhan
(e) larangan (f) penyoalan dan (g) membetulkan kesilapan Contoh-contoh
bagi setiap jenis adalah seperti berikut:
1.
( ُ(الت ِّحيَّاتُ َوالت َّْر ِح ْيبَات
Ucapan Salam dan
(الت ِّحيَّاتُ َو
ُ ِح ْيبَاتSelamat
ْالتَّرlamat
BAHASA MELAYU
Assalamualaikum
Waalaikumussalam
Selamat Pagi
Selamat Pagi
Apa khabar?
Bagaimana kesihatan kamu?
Alhamdulillah, saya dalam keadaan baik
Kamu pula bagaimana?
Alhamdulillah, saya juga dalam keadaan baik
Selamat Datang!
Selamat Datang
Selamat Datang! (jawapan)
Selamat Petang!
Selamat Petang! (Jawapan)
Terima kasih!
Sama-sama!
Jumpa Lagi!
Selamat Jalan!
Semoga dalam lindungan Allah!
165
10
اللغة العربية
العربية
ُاَلس ََّال ُم َعلَ ْي ُك ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َوبَ َركَاتُه
ُرحْ َمةُ هللاِ َوبَ َر َكاتُه
َُو َعلَ ْي ُك ُم الس ََّال ُم َو َرحْ َمةُ هللاِ َوبَ َركَاتُه
ُ
َ
صابَتُاهَُح ْالخَ ي ِْر
َ و َرحْ َمة هللاِ َوبَ َرك
ور
َ
ِ ُّصبَا َح الن
َك ْيفَ َحالُكَ ؟
ص َّحتُكَ ؟
ِ ََك ْيف
َ
َخ
أنَا بِ يْر،ْال َح ْم ُد هلل
َو َك ْيفَ أَ ْنتَ ؟
n baik أَنَا أيضً ا بِخَ يْر،ِْال َح ْم ُد هلل
يْر
! ََمرْ َحبًــا بِك
أَ ْه ًال َو َسه ًْال
daan ba
ضا بِ َخيْر
ً
أَ ْهالً بِ ُك ْم
َمســَا َء الخَ ي ِْر
ور
ِ َُّمســَا َء الن
ًُش ْكراً َج ِز ْيال
َع ْف ًوا
ِّ
َ
لى اللقا ِء
َ ِإ
َم َع ال َّسالَ َم ِة
ِان هللا
ِ فِي أَ َم
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
2.
Ungkapan Mudah
) ُمتَدَا ِولَةHarian
ا ْلarian
ُولَة)( ا ْل ِعبَا َرات
َ َ( ا ْل ِعب
ِ اراتُ ا ْل ُمتَدَا
BAHASA MELAYU
Maafkan saya, apa topik kita sekarang/
hari ini?
Hari ini hari apa?
Apa tarikh hari ini?
Siapa ketua kelas?
Siapa yang tidak hadir hari ini?
Muhammad, kenapa kamu tidak hadir
kelmarin?
Saya mahu…
Siapa nama kamu?
Nama saya…
Adakah kamu seorang pelajar?
Di mana kamu tinggal?
Saya tinggal di…
Siapa yang tahu jawapan?
Semua sekali…
Saya mahu anda semua buat latihan
nombor 6
Adakah anda bersedia?
اللغة العربية
َم؟karang
ْاَ ْليَو/ َما ِه َي َما َّدتُنَا اآلن؟،لَوْ َس َمحْ تُ ْم
اللغة العربية
اَ ْليَوْ َم؟/َما ِه َي َما َّدتُنَا اآلن؟
َما ا ْس ُم ٰه َذا ْاليَوْ م؟
ار ْي ُخ ْاليَوْ م؟
ِ ََّما هُ َو الت
ْ
َ
َم ْن َرئِيْسُ الفصْ ِل؟
َم ْن يَ ِغيْبُ ْاليَوْ َم؟/ َم ْن ْالغَائِبُ ؟
ْاليَوْ م؟
ِر ْي ُخ ْاليَوْ م؟
ْالفَصْ ِل؟
لِ َما َذا لَ ْم تَحْ ضُرْ أَ ْمس؟،ُ َم ْن يَ ِغيْبُ ْاليَوْ َم؟يَا ُم َح َّمد/ ؟
k hadir
... َ أنَا أُ ِر ْي ُد
َما َذا لَ ْم تَحْ ضُرْ أ ْمس؟
ك؟
َ ما ا ْسم
ُ
َ
..... ا ْس ِم ْي
هَلْ أَ ْنتَ طَالِبٌ ؟
أَ ْينَ تَ ْس ُكنُ ؟
.... أَ ْس ُكنُ في
اْل َجابَةَ؟
ِ ْ ُْرف
ِ َم ْن يَع
...ُكلُّ ُك ْم
"6" ت َرقَ َم
ِ أَرْ جُوْ ُك ْم أَ ْن تَ ْف َعلُوا تَ ْد ِر ْيبَا
هَلْ أَ ْنتُ ْم ُم ْستَ ِع ُّدوْ نَ ؟
latihan
الِبٌ ؟
...
اْل َجابَةَ؟
ِْ
"6" ت َرقَ َم
ِ ن تَ ْف َعلُوا تَ ْد ِر ْيبَا
ْستَ ِع ُّدوْ نَ ؟
166
11
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
3.
Pujian danات
Peneguhan
واِل ْثبَات( التَّ ْع ِز ْي ُز
َواِل ْثب
ِ ِ uhan
ِ ِ ) التَّ ْع ِز ْي ُز
BAHASA MELAYU
Cemerlang! Kamu hebat!
Tulisan kamu cantik, seperti kamu
juga!
Kamu pelajar yang rajin!
Saya sayang kamu semua, wahai
anak-anakku!
Cantik, wahai pahlawan!
Hadiah ini sebagai penghargaan pada
kamu!
Cemerlang! Saya beri tiga bintang!
Jawapan ini sangat mengagumkan
saya!
Kamu sangat bagus! Semoga Allah
memberkatinya!
Tahniah!
Terbaik! (manis)
Betul!
Hebat!
Bijak! Genius!
Kamu sangat bagus!
Pandai!
Tersusun!
Cemerlang!
Mengagumkan!
U
rti kamu
اللغة العربية
اللغة العربية
!ٌ أَ ْنتَ َرائِع،ُم ْمتَا ٌز
ُّ خ
! َ ِم ْثلُك،ٌك َج ِم ْيل
َ َط
!ٌأَ ْنتَ طَالِبٌ ُمجْ تَ ِهد
, wahai
!ع
! َك
! ْأُ ِحبُّ ُكم يَا أَوْ َال ِدي
!ٌد
!َج ِمي ٌل يَا بَطَ َل
!
!ك
َ َْزي ًزا ل
ِ هَ ِذ ِه هَ ِديَّةٌ تَع
aan pa
bintang!
umkan
a Allah
167
12
َ ك ثَ َال
!ث نُجُوم
َ أَ ْع ِطي،ُم ْمتَاٌز
ُاْل َجابَة
ْ تُ ْع ِجب
ِ ْ ُني ٰه ِذ ِه
!ك
َ ك هللاُ فِي
َ َوبَا َر، َأَحْ َس ْنت
!ٌُمبَا َرك
!ٌح ُْلو
!ٌص ِحيح
َ
!َع ِظي ٌم
ٌّ َاطرٌ! َع ْبقَ ِر
!ي
ِ ش
! َأَحْ َس ْنت
!َذ ِك ٌّي
! ٌُم َرتَّب
!ُم ْمتَا ٌز
!ٌَرائِع
! َلَك
َ َال
!ث نُجُوم
ُجابَة
!ك
َ هللاُ فِي
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
ب)
( األَ َوا ِم ُر َوالطَّلَ ُ
Arahan dan Suruhan
ب) uhan
( األَ َوا ِم ُر َوالطَّلَ ُ
اللغة العربية
وس /اجْ لِسْ /ا ْ
ْ
د
ع
ُ
ق
اللغة العربية ُجلُوسًا /تَفَضَّلْ بِ ْال ُجلُ ِ
AYU
ُ
ك ،قِيَا ًما /ق ْم /
قِيَا ًما ِ /مْ ْن ْفَضْ لِ َ
وس /اجْ لِسْ /اق ُعد
ضَّلْ بِ ْال ُجلُ ِ
تَفَضَّلْ بِ ْالقِيَ ِام
ك ،قِيَا ًما /قُم /
فَضْ لِ َ
ال إِلَى ْاألَ َم ِام /تَفَضَّلْ إِلَى ْاألَ َم ِام
ْ تَ َع َ
ِام
ُّورةَ!
ا ْم َسحْ اَل َّسب َ
امضْ لِ ُك ْم ،ا ْنظُ ْ
األَ َْمن ِفَ
روا إلى هُنَا /
ام /تَفَضَّلْ إِلَى ْ ِم
ألَ َم ِ
َّ
/
ة
ُّور
ب
س
ال
َِ
!putih
و َرةَ!
ا ْنظُر ْ
ور ِة
ُوا إِل َّي /إِلَى هَ ِذ ِه الصُّ َ
ْ ُ ْ
4.
BAHASA MELAYU
!Sila duduk
!Sila berdiri
!Sila datang ke hadapan
!Tolong bersihkan papan putih
!Sila lihat ke sini
!Sila lihat ke papan putih
!Sila lihat ke arah saya
،انظروا إلى هُنَا /
!Sila lihat gambar ini
ا ْنتَبـِه ْ
Sila ambil perhatian pada saya/
س
ُوا إِل َّي /ا ْنتَبِهُوا إِلَى الدَّرْ ِ
ي /إِلَى هَ ِذ ِه الصُّ و َر ِة
!pelajaran
Sila buka buku/ buku latihan
َاب /اَ ْل ُكرَّا َسةَ /اَل َّد ْفتَ َر!
ا ْفتَحْ ْال ِكت َ
ْ
أَ
ْ
ُ
َ
َّ
Sila tutup buku/ buku tulis
س ْغلِ ْق ْال ِكت َ
َاب /الكرَّا َسة /الدفت ََر! n pada
ي /ا ْنتَبِهُوا إِلَى الدَّرْ ِ
Harap bersabar wahai/
اصْ بِرْ يَا ،....ا ْنت َِظرْ دَوْ رَكَ !
…Tunggu giliran kamu
ب /اَ ْل ُكرَّا َ َ َ ْ
Silakan wahai... lekatkan kad di papanhan
سة /ال َّدفتَ َر! تَفَضَّلْ يَا ،...
ب ْ /ال ُكرَّا َ
َ
putih
ُّور ِة!
ص ْق البِطَاقَةَ َعلَى ال َّسب َ
سةَ /ال َّد ْفتَ َر أَ! ْل ِ
…Sila berjalan, jangan berlari
ش َ ،و َال تَجْ ِر!
م
ا
ْ ِ
،..ا ْنتَ ِظرْ دَوْ َر َ
ك! أَ ْش ِعلْ /أَ ْ
!Nyalakan/padamkan lampu
ور !
طفِئْ الضَّوْ َء /اَلنُّ َ
َش ِّغلْ /أَ ْ
!Hidupkan /padamkan kipas/ komputer
طفِئْ الـ ِمرْ َو َحةَ /اَ ْلحاسُوب!
َ َ ْ َ ْn kad di
،.
ْ
َ
ْ
!Letakkan buku itu dalam beg/ atas meja
ب!
ض ْع ْال ِكت َ
َ
َاب فِ ْي ال َحقِيبَ ِة َ /على ال َمكت ِ
َ
طَاقَةَ َعلى ال َّسبُّورة!
Sila duduk dengan tenang/ sopan
ب
َ ِ اجْ لِسْ بِ ْالهُ ُدوْ ِء /بِالتّرْ تِ ْي ِ
تَجْ ِر!
فِئْ الضَّوْ َء /اَلنُّو َر !
ُوب!
ئْ الـ ِمرْ َو َحةَ /اَ ْل َحاس َ
ب!
َ
ب فِ ْي ْال َحقِ ْيبَ ِة َ /علَى ْال َم ْكتَ ِ
ب
ُدوْ ِء /بِالتّرْ تِ ْي ِ
…ri
!pu
s/ kom
beg/ atas me
/ sopan
13
168
(النَّ َوا ِه ْي )
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
اللغة العربية
ْالفَصْ ِل!
اللغة العربية
ا!
ْلتَفَ ْن َس
صْوْ ِل!
تَ ْن َسوْ ا!
ْالفَصْ ِل!
ْلفَصْ ِل!
َساخَ
5
ي ) (ganالنَّ َوا ِه ْي
5. 5 ) Larangan
(النَّ َوا ِه ْ
اللغة العربية
اللغة! العربية
َال تَتَ َكلّم فِي ْالفَصْ ِل
َالَالتَ تَتَ َح َكلّّرم ْكفِ!ي ْالفَصْ ِل!
َالَالت ْتََذتَهَ َحبْ ّر! ْك!
ْ
بْ !ال تَ ْن َسوْ ا!
سهَ /
َالَالتَ ْنتَذ َ
ْ
س /ال تَنسَوْ ا!
َالَالتَنَتَ ْ ْنم! َ
َالَالت تَنَ
َضْ ْم! َح ْك!
َضْ
ح ْك!
َالَالت َْلتعْبْ َ!
ْ
ْبْ !!
َالَالت تَجَْللِعسْ
سْ !!
َالَالتَ ت ْشَجْ َرلِبْ
ْ
بْ
!
َال َالتَأْتَ ُكشلْ َرفِي ْالفَصْ ِل!
ْ
َالَالت تَجَْأْ ُكرلْ! فِي الفَصْ ِل!
ِ
َ
َالالتَت ْكتَجُْبْ ِر!!
َالَالتَ ْفتَت ْكَحْتُ !بْ !
َ َال َ تَ َ ْفت َْحْ !
ف!
ال تخ
َال تَ َخ ْ
ف!
ْ
َ
َال تَحْ زن!
َال ْت َُحْ َز ْن!
َال تَأ ْخذ ْ...
َال تَأ ُخذ ْ
ش!
َالَ تـَ ْم ِ
ش َ!
ال تـ ْم
ِ
َال تَرْ َ ِم األوْ َساخَ
َال تَرْ ِم األَوْ َساخَ
M
(النَّ َوا ِه ْي )
BAHASA MELAYU
AHASA
!Jangan bercakap dalam kelas
Jangan bergerak! n bercaka
n bergera
!Jangan pergi
!Jangan lupa
!n pergi
!Jangan tidur
!n lupa
!Jangan ketawa
!n tidur
!Jangan bermain
n ketawa
!Jangan duduk
!n bermain
!Jangan minum
Jangan makan dalam
!kelas
!n duduk
!Jangan berlari
!n minum
!Jangan tulis
n makan d
!Jangan buka
!n berlari
!Jangan takut
!Jangan kecewa! n tulis
!Jangan ambil
!n buka
!Jangan berjalan! n takut
!Jangan buang sampah
ecewa
سئِلَ ُةُ َوا ْ ْل ِعبَا َر
!mbilاتُ
األَ ْ
( َ
( األَ ْ ُ
6.6
UngkapanاتُPenyoalan dan
ار
َ apanوال ِعب
سئِلَة
َ
َ
سئِلَة َوا ْل ِعبَا َراتُ (( األ ْ !n berjalan
اللغة العربية
n buang
sa
BAHASA
MELAYU
اللغة العربية
U
ك؟
ما ا ْسم َ
?Siapa nama kamu
ك؟
َ َما ا ْس ُ ُم َ
ا ْ
س ِم ْي .....
Nama
ا ْس ِم ْي
…6 saya
سئِلَةُ َوا ْل ِعبَا َراتُ
.....بٌ ؟ ( األَ ْ
هَلْ أَ ْنتَ طَالِ
اخَ
العربية
ك؟
ا ْس ُم َ
َ
ْ
هَ َلْ أنتَ طَالِبٌ ؟
مي .....
ْ
ْ َ ْ ُ نُ
أيأَ ْينَنَ تتَس ْسك ُكنُ؟؟
َ
تَ طالِبٌ ؟
في....
أَ أَ ْس ْس ُك ُكنُنُ في
....
العربية
ْرفُ ِْْ
تَ ْس ُكنُ ؟
اْل َجابَة ََ
ْ
ع
ي
ن
م
؟
َ
اْل َجابَة؟
ْر ُفُ ِ
َ َم ْن يَع ُ ِ ُّ ِ
نُ ْس ُم َ
...
م
ك
ل
ك
ك؟....
في
ُكلُّ ُكْ ْم...
َ
َ
ُ
ْ
ُ
َ
ْ
ْ
.....
ي
َ
َ
ْ
رْ
"
6
"
م
ق
ر
ت
ا
ب
ي
ر
د
ت
وا
ل
ع
ف
ت
ن
أ
م
ك
ج
أ
ت َ َرق َ َم ""6
جابَةَ؟ أَرْ ُوْجُوْ ْ ُك ْم أَ ْن تَ ْف َ َعلُوا تَ ْد ِ ِر ْي َبَا ِ ِ
اْل َ
ْفُ ْ ِ
َ
ْ
ُ
ُّ
َ
ْ
لْ
؟
د
ع
ت
س
م
م
ت
ن
أ
ه
...بٌ ؟
تَ ُك ْمطَالِ
َهَلْ أَ ْن ْتُ ْم ُ ُم ْستَ ِ ِع ُّدوْوْنَنَ ؟
لُّ
ُ
تــ َتــ َ َم َمههَّلَّْلْ!!
نُ
ْ
؟
ك
س
han
nombor
ت َرلَقَوْ َ َم َس" َ"6
تَوا تَ ْد ِر ْيبَا ِ
6...ا َّد َّتُ ُنَا اآلن؟ْ /
اآلن؟/اَاَل ْلييَوَْوْ َم َم ؟؟
سم َمحْحْتُ ْتمُ ْمَ ،،م َاما ِه ِه َي َي َم َمادتنَا
لوْ َ
....وْ نَ ؟
ُمفيْستَ ِع ُّد
اْل! َجابَة؟َ
ـ َفُ َمه َّْلْ ِ
rang/ h
...تُنَا اآلن؟/اَ ْليَوْ َم ؟
ُك ْم َما َّد
ت َرقَ َم ""6
ا تَ ْد ِر ْيبَا ِ
ُم ْستَ ِع ُّدوْ نَ ؟
َمهَّلْ !
َْ
َّ ُ َ
?Adakah kamu seorang pelajar
?Di mana kamu tinggal
…Saya tinggal di
BAHASA M
?Siapa yang tahu jawapan
?ma kamu
…Semua sekali
6...
…Saya mahu anda semuaya
buat latihan nombor
nombor 6...
h kamu s
?Adakah anda bersedia
Awas/ Berhati-hati! kamu t
?ri ini
?ini
Maafkan saya, apa topik
…kitadi
sekarang/ hari
ggal
169
14
g tahu ja
…kali
u anda
nda be
rhati-h
5
5
6
6
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
7.
طَا ِءKesilapan
ْي ُح األَ ْخpan
َص ِح
Membetulkan
ْ اء( ت
ْ )ت
ِ ََص ِح ْي ُح األَ ْخط
BAHASA MELAYU
Jawapan kamu betul/ tidak betul wahai...
Saya tidak bersetuju dengan kamu wahai...
Tidak wahai..., cuba sekali lagi
Siapa nak bantu dia?
Siapa yang ada idea lain?
Ada tak jawapan lain?
Baca dengan tenang wahai...
Siapa yang tahu jawapan?
Betul ke salah?
2.
اللغة العربية
اللغة العربية
/ٌص ِحي َحة
َ ُإِ َجابَت
َ ك
ٌ
/
ة
ح
ي
َ ُإِ َجابَت
َ ص ِح
َ ك
... ص ِحيح يَا
َ َغ ْي ُر
... ص ِحيح يَا
َ َغ ْي ُر
... ك يا
َ ُأنا َال أُ َوافِق
ُ
َ
َرىwa
اولْ َم َّرةً أُ ْخ
ح
،...
ا
ي
ال
amu
...
يا
ك
ق
ف
ا
و
َ
َ
َ ِ َ ُأنا َال أ
ِ
ْ
ُ
ُ
ها؟
/
ه
د
ع
ا
س
ُ
ي
ن
م
َ
ُ
ِ
َ
i
اولْ َم َّرةً أ ْخ َرى
ِ َح،... َال يَا
َم ْن ِع ْن َدهُ فِ ْك َرةٌ أُ ْخ َرى؟
ُ
َم ْن يُ َسا ِعدهُ ها؟
ك إِ َجابَةٌ أُ ْخ َرى؟
َ هَلْ هُنَا
ْ ُ ٌ ْ ْ ِ َم ْن
ْ ِ ب/ عن َدهُ فِك َرة أخ َرى؟ ا ْق َر ْأ بِ ْال َم ِّد
... االط ِم ْئنَا ِن يَا
ك إِ َجابَةٌ أُ ْخ َرى؟
َ هَلْ هُنَا
اْل َجابَةَ؟
ِ ْ ُْرف
ِ َم ْن يَع
ْ
ٌص ِحـ ْي ٌح أَ ْم خـــطَــأ؟
ْ
... َان يَا
َ
َ
ِ بِاالط ِم ْئن/ ْق َرأ بِ ْال َم ِّد
U
Halangan Guru Menggunakan Lughat al-Faṣl
اْل َجابَةَ؟
ِ ْ ُْرف
ِ َم ْن يَع
ٌص ِحـ ْي ٌح أَ ْم خـــطَــأ؟
َ
َ
Berdasarkan data temu bual yang dijalankan ke atas peserta kajian, halangan
yang dinyatakan mereka boleh dibahagikan kepada empat kategori. Kategori
pertama adalah tentang personaliti guru itu sendiri dan kedua adalah tentang
sikap guru. Halangan yang ketiga pula adalah mengenai kelayakan guru dan
yang terakhir adalah berkaitan dengan persekitaran komunikasi bahasa Arab.
Dapatan kajian ini mendapati halangan-halangan ini merupakan masalah
yang saling berkait di antara satu sama lain. Bermula dengan halangan dari
segi personaliti guru, sikap guru, kelayakan guru sehinggalah kepada faktor
persekitaran komunikasi seperti yang ditunjukkan pada rajah berikut:
170
15
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
Rajah 1 Halangan guru menggunakan Lughat al-Faṣl
Personaliti Guru
Personaliti guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan
suasana interaksi PdP yang hidup dan kondusif. Dalam kajian ini, pengkaji
telah membahagikan aspek personaliti guru ini kepada lima aspek penting,
iaitu peranan guru, tatabahasa, kemahiran dan pengalaman, tidak mampu
bercakap dalam bahasa Arab dan kurang persediaan dari segi Bahan Bantu
Mengajar (BBM). Hal ini dapat dibuktikan dalam temu bual yang dijalankan
dengan peserta kajian:
Dari segi peranan guru dalam kelas, GBA2 menyatakan bahawa guru
yang mengajar bahasa Arab perlu berperanan dan aktif berinteraksi dalam
kelas. Dalam erti kata lain, guru adalah pilot kepada kelas yang diajar.
Berdasarkan temu bual dengan guru, mereka mengatakan:
“Dari segi peranan guru aktif, guru dalam kelas itu dari segi secara
fasli, secara jama’ie makna kata perlu berlaku interaksi dua hala...”
P2: TB/GBA2/(PG)-5:3 (23:23)
Berpunca daripada sikap guru yang beranggapan bahawa bahasa
Arab dan Lughat al-Faṣl adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan, ia
diabaikan daripada menjadi amalan guru-guru tersebut (Mior Syazril, 2015).
Pendapat ini dikongsikan dalam temu bual dengan GBA1 yang bersetuju
171
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
bahawa kesukaran untuk bertutur dalam bahasa Arab menjadi penghalang
yang utama dalam pelaksanaan Lughat al-Faṣl ini. Ditambah pula dengan
kelulusan beliau yang bukan dari bidang Bahasa Arab semasa di universiti.
“Cabaran utama dulu saya rasa saya tak mampu bercakap sebab
saya bukan dalam bidang bahasa Arab dan saya bukan belajar dalam
bahasa Arab dan mengajar ini kerana tawaran dan bukan saya minta
bahasa Arab saya minta Pendidikan Islam dan saya dapat bahasa
Arab dan ini cabaran pada diri...”
P1: TB/GBA1/(TMC)-7:5 (19:19)
Begitu juga dari segi kemahiran dan pengalaman. Pelaksanaan Lughat
al-Faṣl ini perlu kepada keberanian untuk cuba bertutur dan menimba
pengalaman dengan guru lain. Bagi guru yang tidak membiasakan diri akan
mengakibatkan guru tersebut kurang latihan, tidak berkeyakinan, takut salah,
takut murid tidak faham atau lambat faham yang boleh menjejaskan tempoh
masa perancangan guru untuk menghabiskan silibus yang telah ditetapkan.
“Kalau dari guru itu sendiri makna kata persediaan dan juga bahan
yang cukup. Dari segi kemahiran dan pengalaman yang dikongsi
rakan-rakan lain lah... dari segi persediaan untuk mengajar bahasa
Arab dalam LF ini...”
P2: TB/GBA2/(KDP)-5:4 (25:25)
Akibat tidak membiasakan diri menggunakan bahasa Arab dalam
kelas akan menjadikan guru takut atau tidak berani menggunakannya pada
masa-masa tertentu apabila diperlukan. Bahkan, ketakutan guru bukan
sekadar takut melakukan kesilapan dalam pertuturan dari aspek penggunaan
perkataan dan tatabahasa, lebih malang lagi guru juga merasa takut muridmurid tidak dapat memahami apa yang dituturkan oleh guru. Pandangan
ini adalah di antara apa yang telah dikatakan oleh GBA2 yang menyatakan
bahawa ketakutan melakukan kesilapan dalam tatabahasa Arab ketika
bertutur menjadikan guru takut dan terus tidak menggunakannya dalam
PdP mereka. Berikut adalah temu bual bersama GBA2:
“Ada kadang-kadang tu, dia risau tatabahasa. Ooo penggunaan nahu
saraf, sebenarnya untuk bahasa Arab ni dari segi nahu saraf dari segi
ucapan ataupun kalam ni senang ja kita matikan ja huruf belakang
semua tu jadi tak timbul masalah.”
P2: TB/GBA2/(TTB)-2:1 (72:73)
172
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
Sebagai seorang guru Bahasa Arab juga, mereka perlu menyediakan
sendiri Bahan Bantu Mengajar (BBM) kerana kesukaran untuk mendapatkan
BBM dalam bahasa Arab di pasaran. Hal ini juga menjadikan satu lagi
penghalang kepada guru untuk menjadikan PdP dalam kelas lebih menarik
dan berkesan. Dalam hal ini, GBA1 menyatakan bahawa;
“Saya kurang membuat persediaan BBM bahan bantu mengajar...
saya hanya bergantung pada diri saya mula-mula dulu berbanding
hari ini, saya dah banyak menyimpan koleksi-koleksi bahan untuk
bantu mengajar.”
P1: TB/GBA1/(BBM)-1:4 (19:19)
Sekiranya masalah-masalah pokok ini tidak ditangani, maka amalan
Lughat al-Faṣl ini akan terus dipandang sepi oleh guru-guru bahasa Arab
di Malaysia, khasnya guru-guru bahasa Arab di sekolah rendah.
Sikap Guru
Setiap tingkah laku, arahan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru akan
menyumbang kepada suasana pembelajaran di dalam bilik darjah sama
ada sebagai positif, negatif atau neutral (Haliza & Joy, 2014). Guru yang
berjaya membina hubungan yang positif dengan murid boleh mencorakkan
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Dalam konteks
pembelajaran bahasa Arab, antara halangan yang dihadapi oleh guru ketika
berinteraksi dalam kelas adalah sikap guru itu sendiri. Dalam kajian ini,
pengkaji telah mengenal pasti dua aspek yang berkait dengan sikap guru.
Pertama, guru tidak yakin kepada diri sendiri untuk menggunakan bahasa
Arab di dalam kelas dan kedua, sifat kurang berani menyelubungi diri
guru tersebut.
Dalam membicarakan halangan berbentuk sikap yang dimiliki oleh
guru itu sendiri, GBA1 telah menyatakan pengalaman beliau sendiri dalam
temu bual berikut:
“Cabaran utama dulu saya rasa saya tak mampu bercakap sebab
saya bukan dalam bidang bahasa Arab dan saya bukan belajar dalam
173
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
bahasa Arab. Mengajar ini kerana tawaran dan bukan saya minta
(opsyen) Bahasa Arab, saya minta Pendidikan Islam dan saya dapat
Bahasa Arab dan ini cabaran pada diri saya sendiri tak yakin, rasa
tak yakin nak mengajar...”
P1: TB/GBA1/(BD)-7:3 (19:19)
Melalui temu bual tersebut, beliau menyatakan bahawa pada peringkat
permulaan menjadi guru dahulu, beliau berasa sangat tidak yakin untuk
mengajar, lebih-lebih lagi untuk mengajar mata pelajaran bahasa Arab
kerana beliau bukan berkelulusan bidang bahasa Arab.
Kedua, guru tidak berani untuk mencuba atau memulakan penggunaan
Lughat al-Faṣl ketika mengajar. Perkara ini diakui oleh GBA1 melalui
pengalaman yang dilalui oleh beliau sendiri:
“Saya telah memulakan penggunaan Lughat al-Faṣl ni bermula
pada tahun 2005 secara pemeringkatan... berperingkat sebab 2005
tu baru program j-QAF dilaksanakan, saya memberanikan dirilah
atas nasihat dan bimbingan guru praktikum saya untuk mencuba
suasana persekitaran penggunaan bahasa Arab supaya murid biasa
dengar dan mereka akan belajar untuk faham Lughat al-Faṣl.”
P2: TB/GBA2/(BD)-5:2 (9:9)
Seterusnya beliau berpendapat bahawa guru bahasa Arab mesti berani
mencuba menggunakan Lughat al-Faṣl sepatah demi sepatah walaupun
mengalami kesukaran pada peringkat permulaan.
“Nak membiasakan makna kata di kalangan guru bahasa Arab sendiri
setidak-tidaknya perlu komunikasi penggunaan bahasa Arab paling
tidak celup-celup pun sebagai peringkat mula pun kira kena beranikan
diri...”
P2: TB/GBA2/ (BD)-6:2 (71:71)
Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalinkan hubungan
guru-murid. Pertama, hubungan perlu dibina sejak hari pertama penggal
persekolahan bermula. Guru perlu menarik minat murid ke alam
pembelajaran dengan bersikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam
menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal
sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid.
174
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
Kelayakan Guru
Guru adalah tenaga penting yang menggerakkan pelaksanaan kurikulum
Bahasa Arab di sekolah. Oleh itu, keperluan guru yang sesuai merupakan
aspek yang mesti diberi penekanan seperti kelayakan, motivasi, keterampilan
dan latihan asas guru.
Dari segi kelayakan guru, isu utama yang sering ditimbulkan dalam
konteks PdP bahasa Arab adalah kelayakan sijil guru di peringkat Ijazah
Sarjana Muda. Keempat-empat peserta kajian dalam kajian ini tidak
berkelulusan bidang bahasa Arab, iaitu GBA1 berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Perbandingan Agama (UIAM), GBA2 berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Syariah (Universiti al-Azhar), GBA3 berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda Usuluddin (UM) dan GBA4 juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Syariah (Universiti al-Azhar). Perkara ini dinyatakan oleh GBA1 dalam
temu bual yang dijalankan:
“...kira hampir sepuluh tahun dah menjadi guru bahasa Arab dan latar
belakang pendidikan saya walaupun saya ni dalam bidang Syariah
tapi dari segi penggunaan bahasa Arab itu saya belajar di Universiti
al-Azhar di Mesir.”
P4: TB/GBA4/(BSY)-5:1 (7:7)
Hal yang hampir serupa disuarakan oleh GBA1 yang berulang
kali menyatakan beliau bukan dari bidang Bahasa Arab pernah
mengalami kesukaran menggunakan Lughat al-Faṣl pada peringkat
awal berkhidmat dahulu.
“...sebab saya bukan dalam bidang bahasa Arab dan saya bukan
belajar dalam bahasa Arab...”
P1: TB/GBA1/(BBBA)-1:2 (19:19)
Satu perkara lagi berkenaan kelayakan guru ini dinyatakan oleh
GBA2. Beliau menjelaskan bahawa wujud perasaan risau dan rendah diri
dalam kalangan sebahagian guru bahasa Arab yang berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda dalam negara. Apabila mereka melihat sebahagian guru
lepasan Timur Tengah yang fasih bertutur dalam bahasa Arab, menjadikan
diri mereka terlalu merendah diri sehingga tidak mahu mencuba untuk
175
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
menggunakan bahasa Arab dalam PdP. Situasi sebegini sepatutnya tidak
berlaku, malah kedua-dua pihak perlu menggembleng tenaga dan berkongsi
pengalaman. GBA2 menyatakan;
“Penggunaan Lughat al-Faṣl dalam pengajaran makna kata ianya
sesuatu yang harus dikongsi mungkin bagi setiap guru masing-masing
ada kelebihan dia tersendiri, kadang-kadang berlaku, saya bukan guru
bahasa Arab luar negara saya cuma guru bahasa Arab dalam negara...”
P2: TB/GBA2/(GDN)-6:3. (69:69)
Persekitaran Komunikasi
Persekitaran asal kepada bahasa Arab adalah sangat membantu dalam
penjiwaan komunikasi bahasa Arab. Banyak kajian tentang kepentingan
persekitaran pembelajaran murid dalam menguasai sesuatu pembelajaran
telah dibuktikan sebelum ini. Kajian yang dijalankan oleh Majdah (2011)
mendapati kelemahan murid dalam pembelajaran bahasa Arab adalah
berpunca daripada kurangnya amalan dalam mempraktikkan bahasa Arab
di rumah mahupun di sekolah. Dari segi halangan persekitaran komunikasi,
peserta kajian hanya merujuk kepada satu situasi iaitu suasana bahasa Arab.
Perkara ini dianggap sebagai salah satu penghalang yang sering terjadi
kepada guru Bahasa Arab di Malaysia ini seperti mana yang disuarakan
dalam temu bual dengan GBA2:
“Kalau pada saya untuk murid Tahun Satu sebagai alam baharu
kepada murid-murid. Kita mencampurkan sebagai orang kata apa tu...
suasana baru untuk permulaan bagi murid cuba untuk memahami,
mendekati dan meminati bahasa Arab.”
P4: TB/GBA4/(SBA)-4:1 (13:13)
Selain itu juga, lingkungan sosial merupakan salah satu arena atau
tempat berinteraksinya seseorang dengan orang lain di sekitarnya. Hasil
interaksi dapat menambah pengetahuan seseorang tentang pelbagai perkara
seperti dalam berkomunikasi, seseorang dapat belajar tentang bahasa dan
tutur kata yang baik dan sesuai digunakan. Sebagai seorang guru bahasa
Arab, GBA4 tanpa ragu-ragu mengutarakan pendapat beliau tentang beban
tugas yang berat seorang guru dalam mewujudkan suasana bahasa Arab di
sekolah bertujuan murid seronok untuk belajar bahasa Arab ini:
176
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
“Jadi kita yang penting dalaman tu seronok kan... yang kedua bina
bi҆ ’ah (suasana persekitaran) maknanya kalau boleh cubalah cakap
Arab kan setakat mana yang diorang belajar Lughat al-Faṣl ni...”
P4: TB/GBA4/(SBA)-4:1 (63:63)
Abdul Raof (1998) pula menyatakan persekitaran pembelajaran murid
amat penting dalam usaha untuk membentuk pembelajaran murid yang
berkesan. Namun, bagi kita di Malaysia yang tidak berada di negara asal
penutur bahasa Arab, program pembudayaan berbahasa Arab di peringkat
sekolah adalah sangat signifikan dalam usaha menyemai penjiwaan bahasa
Arab. Untuk itu, semua guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam mestilah
saling bantu membantu dalam usaha mewujudkan persekitaran bahasa
Arab yang harmoni. Pendapat ini dapat dilihat melalui temu bual pengkaji
dengan GBA2:
“Cuma masing-masing kena ada kesedaran, kena ada keyakinan
untuk membawa Lughat al-Faṣl ini sebagai kita mewujudkan suasana
bahasa Arab dalam kelas terutamanya dalam pembelajaran dan
pengajaran bahasa Arab. Jadi makna kata, perkongsian maklumat
sesama guru bahasa Arab khususnya, amatlah penting...”
P2: TB/GBA2/(SBA)-2:4 (69:69)
Dalam usaha mewujudkan persekitaran bahasa Arab di sekolah, guru
digalakkan memulakannya dengan aktiviti سةُ ْاللُغَة
َ ( ُم َما َرmempraktikkan
bahasa) di dalam kelas menggunakan Lughat al-Faṣl berbentuk
pengumuman, arahan, iklan dan makluman. Konsultasi antara guru dan
murid juga dilakukan dalam bahasa Arab dan diperluaskan
melalui aktiviti
صبَا َح ْال َخيْر ال َّسالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم
َ
laman sosial dengan menggunakan bahasa Arab. Aktiviti-aktiviti yang
berbentuk pembudayaan Arab di luar sesi PdP rasmi ini, jika dilakukan
secara berterusan mampu membantu murid mahupun guru menjiwai bahasa
ْالخَ يْرadalah
َم َسا َءpenggerak utama
Arab. GBA2 berpendapat bahawa Lughat al-Faṣl
kepada pelaksanaan aktiviti lain sebagai pengukuhan persekitaran bahasa
Arab. Beliau berkata:
س
ِ ْتَفَضَّلْ بِ ْال ُجلُو
“Atas nasihat dan bimbingan guru praktikum saya untuk mencuba
mengujudkan suasana persekitaran penggunaan bahasa Arab supaya
murid biasa dengar dahulu dan mereka akan belajar untuk faham
س
Lughat al-Faṣl.”
ِ ْتَفَضَّلْ بِ ْال ُجلُو
P2: TB/GBA2/(SBA)-2:5 (9:9)
177
!ا ْستَمعُوْ ا
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
Justeru, guru boleh mengaplikasi Lughat al-Faṣl semasa PdP
bahasa Arab melalui pelbagai aktiviti seperti bertutur dalam bahasa Arab,
mendengar pertuturan bahasa Arab rakan, penggunaan bahasa Arab oleh
guru, mengemukakan soalan dalam bahasa Arab, perbincangan dalam
bahasa Arab, memberi arahan dalam bahasa Arab dan berkomunikasi dalam
bahasa Arab.
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru Bahasa Arab
dalam menambah baik penggunaan Lughat al-Faṣl semasa pengajaran
bahasa Arab. Berdasarkan objektif pertama dan kedua kajian ini, berikut
dicadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru-guru bahasa
Arab dalam mengaplikasi Lughat al-Faṣl dalam PdP mereka.
Apabila guru mengajar ungkapan baharu Lughat al-Faṣl bahasa
Arab, adalah lebih baik untuk mengajar dengan cara yang sama seperti
guru mengajar mana-mana perbendaharaan kata baharu. Bermakna,
guru perlu menerangkan maksud perkataan yang jelas kepada pelajar,
mengaplikasikan ungkapan tersebut dan melihat tindak balas pelajar.
Apabila guru menunjukkan pelajar makna ungkapan baharu, guru akan
bergantung kepada konteks, pergerakan tangan dan demonstrasi.
ُم َما َر َسةُ ْاللُغَة
Pembelajaran Kontekstual adalah sesuatu yang sangat membantu
َر َسةُ ْاللُغDalam
ُم َما
pengajaran bahasa َةkedua.
pengajaran bahasa Arab, sesuatu yang
ْ
ُ
َ
َعل ْيك ْمkesan
ال َّسالَ ُمtentang
َح ال َخيْرpenggunaan
صبَا
َ
paling memberi
Lughat al-Faṣl ialah memulakan
setiap pengajaran dengan ucapan selamat dalam bahasa Arab. Sebagai
contoh, ungkapan سالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم
َّ ال, اح ْالخَ يْر
َ َصب
َ (Assalamualaikum dan Selamat
pagi) atau سا َء ْالخَ يْر
َ ( َمSelamat petang),diajar terlebih dahulu di samping
pada masa yang sama pelajar turut diajar dan dilatih bagaimana untuk
menjawab ungkapanيْرtersebut.
َم َسا َء ْال َخIa akan menjadi jelas dari segi konteks bahawa
ungkapan ini
adalah
salam
س
ْ تَفَضَّلْ بِ ْال ُجلُوdan ucap selamat, walaupun guru mungkin perlu
ِ
menggunakan jam atau lukisan jam untuk mengajar ‘pagi’ dan ‘petang’.
ُ ْ
َْ َ َّل
ض بِال
تفpenting dalam pengajaran bahasa Arab
ْ ُجلوyang
ِ lagi
Satu perkara س
sangat
ْ
ُ
ْ تَفَضَّلguru. Banyak arahan boleh dibuat secara jelas
س
ِ ْ بِال ُجلوtangan
adalah pergerakan
dengan menggunakan pergerakan tangan. Sebagai contoh, sesetengah pelajar
!ا ْستَمعُوْ ا
ا ْستَم ْع
س
ِ ْتَفَضَّلْ بِ ْال ُجلُو
!ا ْستَمعُوْ ا
178
ُم َما َر َسةُ ْاللُغَة
ار َسةُ ْاللُغَة
َ ُم َم
صبَا َح ْال َخيْر ال َّسالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم
َ
ُاح ْالخَ يْر ال َّسالَ ُم َعلَ ْيك ْم
َ َصب
َ
ْ
صبَا َح ال َخيْر ال َّسالَ ُم َعلَ ْي ُك ْم
َ
الَ ُم َعلَ ْي ُك ْمAplikasi
ْر ال َّسLughat
َح ْال َخيal-Faṣl
صبَا
َ dalam Pengajaran Bahasa Arab
َم َسا َء ْالخَ يْر
َم َسا َء ْال َخيْر
suka berdiri
Dalam kes ini, guru dengan mudah
ا َء ْالخَ يْرpada
َم َسpermulaan pelajaran.
َم َسا َء ْال َخيْر
boleh mengguna dan memperkenalkan
arahan ‘ تَفَضَّلْ ب ْال ُجلُوْ سsila duduk!’
ِ
ِ
dengan menggunakan
س
ِتَفَضَّلْ بguru untuk menunjukkan bahawa guru mahu
ِ ْ ْال ُجلُوtangan
pelajar tersebut
duduk. Kedua-dua tangan diangkat secara serentak di hadapan
س
ْتَفَضَّلْ بِ ْال ُجلُو
ِ
َّلْ بِ ْالbawah.
تَفَضSeterusnya, guru juga boleh
ْ ُجلُوke
murid dan diturunkan beberapaس
ِ inci
ْتَفَضَّل
س
ِ ْبِ ْال ُجلُوpelajar
mengamalkan arahanُ lain
dengan meminta salah seorang
untuk berdiri.
ْ
س
ْتَفَضَّلْ بِال ُجلو
ِ
Kemudian, guru mengeluarkan arahan dalam bahasa Arab menggunakan
س
ِتَفَضَّلْ بyang sama, س
ِ ْ ْال ُجلُوtangan
pergerakan
ِ ْ[‘ تَفَضَّلْ بِ ْال ُجلُوNama], sila duduk.’
!ا ْستَمعُوْ ا
ْ
!ا
ع
َم
ت
س
ا
ُْو
Satu lagi arahan yang berguna untuk memperkenalkan Lughat al-Faṣl
ialah !ستَمعُوْ ا
ْ ( اsila dengar!). Dengan
!ا ْستَمعُوْ اmudah guru boleh menunjukkannya
dengan meletakkan tangan guru di belakang telinga
ا ْستَم ْعguru. Guru mungkin
perlu menyebut ‘ '!ستَم ْع
ْ ’ 'اdua atau tiga kali sahaja dengan pergerakan tangan
tersebut.
Selepas
itu,
guru tidak perlu lagi membuat pergerakan tangan,
ا ْستَم ْع
ا ْستَم ْع
memadai dengan menyebut dan kemudian menunggu untuk berdiam diri
agar semua pelajar memberi perhatian.
Bagi mengatasi halangan yang berkaitan dengan pelaksanaan Lughat
al-Faṣl ini dalam kalangan guru-guru bahasa Arab sekolah rendah, berikut
diberikan beberapa cadangan yang boleh dipraktikkan:
1.
Guru perlu bersikap positif dan bersedia untuk membuat anjakan
paradigma terhadap diri sendiri dalam usaha memajukan diri sendiri
dan memantapkan kompetensi tugas guru dalam pengajaran bahasa
Arab di sekolah rendah.
2.
Guru perlu lebih berani dan bersedia untuk membuat perubahan
terhadap persepsi yang mengatakan bahasa Arab adalah bahasa yang
sukar untuk dipelajari atau dipraktikkan.
3.
Pihak-pihak berkepentingan seperti panitia mata pelajaran bahasa
Arab di sekolah, PPD, JPN dan IPGM perlu menyediakan ruang
untuk guru membuat latihan mengajar dengan menggunakan bahasa
Arab sebagai amalan Lughat al-Faṣl.
179
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
4.
Latihan dalam perkhidmatan perlu diwujudkan dan dihadiri oleh
guru-guru bahasa Arab sekolah rendah dalam memantapkan pedagogi
mereka berkenaan pengajaran mata pelajaran bahasa Arab sebagai
bahasa asing di Malaysia.
RUMUSAN
Kajian berkenaan amalan Lughat al-Faṣl dalam PdP bahasa Arab sangat
penting untuk diperluaskan dari sudut akademik. Hal ini disebabkan
kajian ini boleh menyumbang kepada peningkatan kualiti PdP guru
dan murid di sekolah. Amalan Lughat al-Faṣl yang baik dan berkesan
mampu menghasilkan senario pembelajaran bahasa Arab yang sebenar
dan menyeronokkan. Selain itu, ia juga akan menyediakan pengalaman
pembelajaran yang akan diingati oleh murid sepanjang hayatnya.
Implikasi kajian ini boleh dilihat dari aspek penggunaan bahasa
Arab sepenuhnya sebagai bahasa pengantar di dalam bilik darjah yang
lebih baik seandainya guru-guru bahasa Arab sentiasa komited dalam
aplikasi Lughat al-Faṣl yang terdapat dalam kajian ini. Mungkin ada di
antara guru-guru bahasa Arab tidak mengetahui dan tidak mempunyai idea
berkenaan ayat atau ungkapan yang perlu dituturkan oleh guru di dalam
kelas. Guru sepatutnya menjadikan kelas tersebut sebagai persekitaran sosial
dengan mewujudkan situasi penggunaan bahasa yang hampir menyerupai
persekitaran sebenar tanpa membuat terjemahan (Muhammad Azhar &
Hassan Basri, 2005).
Penulis berharap agar dengan kajian berkenaan aplikasi Lughat
al-Faṣl ini dapat memberikan sedikit panduan khususnya kepada guruguru bahasa Arab sekolah rendah di seluruh negara dalam melaksanakan
aktiviti PdP bahasa Arab supaya menggunakan bahasa Arab sepenuhnya
melalui medium Lughat al-Faṣl. Di samping itu, diharapkan kajian ini
dapat digunakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengenal pasti punca masalah sebahagian guru-guru bahasa Arab yang
180
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik, terutama ketika
melaksanakan PdP dalam kelas serta melakukan perancangan yang relevan
untuk mengatasi masalah ketidakmampuan guru mengajar bahasa Arab
dengan menganjurkan kursus-kursus pemantapan komunikasi bahasa Arab
secara berkala, sama ada di dalam negara atau luar negara.
RUJUKAN
Abdul-Raof, H. (1998). Subject, theme and agent in modern standard Arabic.
Psychology Press.
Ahmad Muhammed Ma’tuk. (1996). Al-Hasilat al-Lughawiyyat. Al-Majlis alWataniyy li al-Thaqāfah wa al-Funūn wa al-Adaab. Kuwait.
Bloom, S. (1976). Peer and cross-age tutoring in schools. Washington: National
Institute of Education.
Firdaus bt. Abdul Fatah & Mohd Aminuddin b. Ab. Rahaman. (2014). Tahap
penggunaan Lughatul Fasl semasa dalam kalangan guru pelatih j-QAF
Opsyen Bahasa Arab. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon
Tengah.
Gan, Z. (2012). Understanding L2 speaking problems: Implications for ESL
Curriculum Development in a Teacher Training Institution in Hong Kong.
Australian Journal of Teacher Education.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Jefridin Pilus. (2010). Maklum balas guru terhadap respons pelajar semasa
pengajaran bahasa Arab tinggi: Satu kajian. Tesis Ph.D. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Tahap Satu Mulai 2011. (2010). Putrajaya.
Majdah Mohammad. (2010). Kajian keberkesanan pelaksanaan bahasa Arab
komunikasi dalam program j-QAF di sekolah rendah. Disertasi Sarjana
Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Marzano, R. J., Pickering, D., & Pollock, J. E. (2001). Classroom instruction that
works: Research-based strategies for increasing student achievement. Ascd.
Michelle Louwerse. (2001). ELT News.com. The website for English teaching at
Japan, http://www.eltnews.com/features/kids_world/2001/06/encouraging_
classroom_language.html. Retrieved 20 August 2012.
181
Mohamad Ziyad Bin Mukhtar & Saini Ag. Damit
Miles, M.B & Hubberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis. (2nd Ed.)
Beverly Hills, CA. Sage.
Mior Syazril Mohamed Sapawi. (2015). Amalan penggunaan Lughatul-Fasli
dalam pengajaran jurulatih utama bahasa Arab Sekolah Rendah. Kertas
Projek UKM.
Misnan Jemali. (1999). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
bahasa Arab komunikasi sekolah menengah rendah di negeri Perak. Tesis
Sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Ziyad & Saini Ag. Damit. (2015). Amalan penggunaan Lughat al-Faṣl
dalam kalangan guru bahasa Arab. Prosiding Persidangan Kebangsaan
Bahasa Arab (NCAL2015).
Muhammad Azhar Zailani. (2007). Aktiviti komunikatif dalam pengajaran bahasa
Arab sekolah menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Muhammad Azhar & Hassan Basri. (2005). Aktiviti komunikatif dalam pengajaran
bahasa Arab di sekolah menengah: Satu rangka kajian kes. Prosiding 3rd
International Qualitative Research Convention 2005, 21–23 Ogos 2005
anjuran Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammed Baraka̅ t Hamdi Abu Ali. (1984). Manāhij Wa Arā’ Fi̅ Lughat al-Qurān.
Ammān: Dār al-Fikr.
Rohaila Yusof, Norasmah Othman & Faridah Karim. (2005). Strategi Pembelajaran
Pengalaman Berasaskan Model Kolb dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal
Pendidikan, 30, hlm. 113–128.
Rosni Samah. (2012). Isu pembelajaran bahasa Arab. Persidangan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosni Samah. (2007). Penggunaan internet dalam pengajaran bahasa: Kajian
terhadap bahasa Arab komunikasi pelancongan. Malaysian Education
Dean’s Council Journal, 1(2), hlm. 83–95.
Rosni Samah. (2009). Pendekatan pembelajaran kemahiran bahasa Arab untuk
pelajar bukan penutur jati. Nilai: Penerbit USIM.
Rosni Samah. (2013). Kaedah pengajaran kosa kata bahasa Arab untuk pelajar
bukan Arab. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Spindler, G. E. (1982). Doing the ethnography of schooling: Educational
anthropology in action. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Spradley, J. P. (1980). Participant observation. New York: Holt, Rinehart &
Winston.
182
Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam Pengajaran Bahasa Arab
Sulaiman Md. Yassin, Mohd. Salleh Lebar & Azlina Abu Bakar. (Pnyt.). (2007).
Komunikasi dalam pengajaran dan kepemimpinan pendidikan. Shah Alam:
Karisma Publication.
Tanveer, M. (2007). Investigation of the factors that cause language anxiety for
ESL/EFL learners in learning speaking skills and the influence it casts
on communication in the target language. Master Thesis. University of
Glasgow.
MANU
Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa
(Journal of the Centre for the Promotion of Knowledge & Language Learning)
183