sebuah filem yang melambangkan pelbagai budaya di Malaysia dengan semangat persahabatan serta bersatu padu tanpa mengenal latar belakang. Ola Bola bermula dengan kisah Marianne (Marianne Tan), seorang wartawan telah ditugaskan untuk... more
sebuah filem yang melambangkan pelbagai budaya di Malaysia dengan semangat persahabatan serta bersatu padu tanpa mengenal latar belakang. Ola Bola bermula dengan kisah Marianne (Marianne Tan), seorang wartawan telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an. Dia mengambil keputusan untuk menjejak pemain handalan di era tersebut. Pertemuan mereka akhirnya merungkai sejarah ahli pasukan yang terlibat, termasuk pemain utamanya, Chow Kok Keong atau Tauke (J C Chee), Ali, (Luqman Hafidz) dan Muthu (Saran Kumar). Masing-masing mempunyai konflik dan kisah perjuangan hidup mereka tersendiri yang memerlukan pengorbanan serta kesungguhan luar biasa yang secara tidak langsung mengheret sama perasaan penonton. Tauke misalnya berdepan konflik di mana dia perlu memilih cita-cita atau menjaga keluarganya. Manakala Muthu mempunyai hubungan dingin dengan bapa sendiri kerana tidak mendapat restu. Ali pula sentiasa bergelut dengan impiannya untuk menyarung jersi nombor 10. Mengangkat kisah bola sepak sebagai isu utama penceritaan, maka sudah pasti banyak babak di padang, termasuk ketika latihan dan perlawanan sebenar di hidangkan kepada penonton. Malah beberapa perlawanan yang melibatkan antara pasukan Malaysia dan negara Asean ketika itu telah ditonjolkan sebaik mungkin dengan fakta pungutan mata gol. Terkenal dengan sentuhan magisnya dalam mengetengahkan nilai budaya bangsa dalam filem The Journey, Keng Guan turut memberi suntikan yang lebih kurang sama dalam karya terbaharunya ini. Ia sekali gus menjadikannya sebagai sebuah filem nasional yang wajib ditonton semua lapisan masyarakat. Ini kerana ciri-ciri dan nilai budaya pelbagai kaum dalam masyarakat Malaysia dipaparkan dalam filem ini yang dapat dilihat menerusi kehidupan Tauke, Muthu dan pengulas sukan bernama Rahman. Selain itu, babak di lokasi 'Fun Fair' memberi gambaran bentuk pesta dan hiburan pada era 80-an dengan menonjolkan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Pujian juga boleh diberikan terhadap kesungguhan Keng Guan dalam
Abstrak Unsur akidah merupakan antara unsur keagamaan yang kerap disentuh oleh pengarah dalam filem mereka sama ada secara tersurat dan juga tersirat. Namun, babak akidah kerap mewujudkan polemik keagamaan dalam kalangan masyarakat Melayu... more
Abstrak Unsur akidah merupakan antara unsur keagamaan yang kerap disentuh oleh pengarah dalam filem mereka sama ada secara tersurat dan juga tersirat. Namun, babak akidah kerap mewujudkan polemik keagamaan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam apabila dipaparkan dengan tidak menepati akidah Islam yang sebenar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejauhmana ketepatan unsur akidah yang disentuh oleh pengarah dalam filem Munafik (2016) menepati ajaran agama Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan secara kualitatif. Borang pengekodan digunakan dalam proses pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati terdapat tiga tema yang dipaparkan dalam filem kajian. Tema pertama mengenai rukun iman manakala tema kedua mengangkat paparan khurafat dan syirik. Tema ketiga mengetengahkan paparan makhluk halus. Filem Munafik (2016) dilihat cuba untuk mengangkat unsur akidah walaupun tidak secara keseluruhan. Hal ini kerana terdapat beberapa babak yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Genre study was discovered in 18th century when Greeks scholar used genre theory in their poetry. However, film genre established during the sound film era (transition from silent film era) in the early 1920s. Among the early genres that... more
Genre study was discovered in 18th century when Greeks scholar used genre theory in their poetry. However, film genre established during the sound film era (transition from silent film era) in the early 1920s. Among the early genres that have been introduced were melodramas, horror and comedy. Nowadays, film genre in the era of extended or mixed as hybrid genre that bleeding with creative and innovation of various elements of genre into a film as a genre. The importance of film genre can be classified into two main parts. The importance of film genre is to the filmmakers who produce film and film viewers who watch the film. The film genre plays a significant role to the both of the entities to create attraction to the film. This research will reveal the link between attraction of the film and the film genre and how this research answers all the research questions in the findings. The objectives of this research are to figure out the concept of genre in films and its role on creativity and innovation, the contribution of film genre to film selection among audience and the film genre as strategy in order to attract viewers. In order to achieve significant findings, this research is focusing on collecting data among the students who have basic in the film genre study.
Mohd Farhan Md. Ariffin. 2012. Khurafat Dan Tahyul Serta Penyelesaiannya Menurut Hadith: Analisis Terhadap Filem Seram di Malaysia. Latihan Ilmiah bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Jabatan al-Quran dan al-Hadith,... more
Mohd Farhan Md. Ariffin. 2012. Khurafat Dan Tahyul Serta Penyelesaiannya Menurut Hadith: Analisis Terhadap Filem Seram di Malaysia. Latihan Ilmiah bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia.