This book review attempts to describe and analyze the concepts of Islamic schools of thought dedicated to the traditional group and reformer group as discussed by William R. Roff through the conception of 'Kaum Tua' and 'Kaum Muda' that... more
This book review attempts to describe and analyze the concepts of Islamic schools of thought dedicated to the traditional group and reformer group as discussed by William R. Roff through the conception of 'Kaum Tua' and 'Kaum Muda' that is included as one of the chapter of his PhD thesis entitled 'The Origins of Malay Nationalism' which later was published as a book up to several editions. William R. Roff books and thesis has become one of the main references for the local and foreign researchers in discussing the aspect of Malay intellectuals of Malay people in Malaysia. This study uses a qualitative method. This study uses library research as the method of data collection, largely depends on primary sources and some secondary sources. In the data analysis methodology, generally, this study utilises the methods of historical and critical analysis respectively to analyze data on William Roff's views on the evolution of Islamic schools of thought mainly through the group of 'Kaum Tua' and 'Kaum Muda'. Furthermore, the methodology of content analysis is generally used in almost on collected data. Findings of this study conclude that the theory of William R. Roff on the Islamic thought remains relevant until today. William Roff's concepts of 'Kaum Muda' and 'Kaum Tua' is still relevant to the present world and is an authoritative study to serve as reference material in discussing the development trends of Islamic thought in Malaysia.
Kertas ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan pengaruh gerakan Islah dalam konteks politik Islam di Malaysia sejak penubuhannya sehingga kini. Kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif, iaitu mengadaptasi metode kajian... more
Kertas ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan pengaruh gerakan Islah dalam konteks politik Islam di Malaysia sejak penubuhannya sehingga kini. Kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif, iaitu mengadaptasi metode kajian kepustakaan dengan mengumpulkan data daripada sumber primer dan sekunder. Seterusnya, data yang dikumpul dianalisis secara kritikal untuk melihat perkembangan gerakan Islah di Malaysia. Manakala metode analisis kandungan menumpukan perhatian terhadap pengaruh Islam dalam politik di Malaysia pasca Pilihan Raya Umum Ke-14. Kertas ini menyambung analisis William Roff dalam meneliti perkembangan gerakan Islah terhadap pentadbiran kerajaan. Penemuan kajian ini menghujahkan bahawa perkembangan gerakan Islah telah memberikan pengaruh yang signifikan terhadap politik Islam di Malaysia menerusi penyertaan aktivis-aktivis gerakan Islam ke dalam cabinet kerajaan serta pengenalan konsep Rahmatan lil Alamin.
Kertas Projek ini merupakan satu penulisan kajian berkaitan sejarah pertembungan aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda di Malaysia. Menurut sejarah, idea Pan-Islamisme bermula pada zaman tokoh-tokoh pemikir seperti Jamaluddin... more
Kertas Projek ini merupakan satu penulisan kajian berkaitan sejarah pertembungan aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda di Malaysia. Menurut sejarah, idea Pan-Islamisme bermula pada zaman tokoh-tokoh pemikir seperti Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Rida dan lain-lain seiringan dengan era turun naik kegemilangan perjuangan umat Islam pada penghujung abad 19 M dan awal abad 20 M di seluruh dunia. Justeru, hal ini sejajar dengan kemunculan kaum muda di Malaysia pada akhir abad 19 M dan awal abad 20 M yang akhirnya mencetuskan polemik dengan Kaum Tua. Penulis juga telah menganalisis beberapa data berkaitan dengan isu ini yang hasilnya menunjukkan bahawa pertembungan aliran pemikiran antara mereka adalah berkisar isu-isu dan konflik dalam agama Islam di Malaysia. Bahkan penulis mendapati, natijah daripada pertembungan ini telah menyebabkan tersebarnya bermacam ideologi dalam kalangan masyarakat sekaligus menyebabkan perbalahan sesama mereka. Walaubagaimanapun, penulis akan cuba mempertemukan titik kebersamaan lalu memberikan beberapa cadangan bagi meredakan ketegangan diantara kumpulan-kumpulan ini. Maka dengan ini, perpecahan dan perbezaan pandangan di dalam institusi masyarakat dapat diselesaikan dengan baik
Kajian ini cuba menghurai dan menganalisis perkembangan intelektual perkembangan aliran pemikiran Islam khusus kepada aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda, terma yang dicetuskan oleh William R. Roff khusus pada era pasca merdeka... more
Kajian ini cuba menghurai dan menganalisis perkembangan intelektual perkembangan aliran pemikiran Islam khusus kepada aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda, terma yang dicetuskan oleh William R. Roff khusus pada era pasca merdeka (1960an-1990an). Kajian ini mengguna pakai kaedah kualitatif. Kajian ini mengguna pakai metodologi pengumpulan data perpustakaan yang sebahagian besarnya bergantung kepada sumber primer dan sebahagianya lagi adalah sumber sekunder. Dalam metodologi penganalisan data, umumnya kajian ini menggunakan kaedah pensejarahan dan analisis kritikal bagi menganalisis data mengenai pandangan perkembangan aliran pemikiran Islam terutamanya melalui aliran pemikiran kaum tua dan kaum muda. Kaedah perbandingan pula diaplikasikan terhadap perkembangan aliran pemikiran Islam sejak dari era abad ke 19 dan 20 sehingga kepada kemuncak perkembanganya pada tahun 1960an sehingga 1990an. Manakala kaedah analisis kandungan pula digunakan secara umumnya pada hampir keseluruhan data yang dikutip. Penemuan dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa perkembangan aliran pemikran Islam kaum tua dan kaum muda pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 terus relevan semasa era pasca merdeka (1960an-1990an). Perkembangan aliran pemikiran Islam kaum tua dan kaum muda muncul dalam gerakan sosial baharu seperti ABIM, JIM, Jamaat Tabligh, Darul Arqam dan parti-parti politik.
This study attempts to analyze the intellectual development of the dynamic of Islamic schools of thought, ‘kaum muda’ and ‘kaum tua’ termed by William R. Roff in the post-independence era (1960s-1990s). This study uses qualitative methods. This study uses a library data collection methodology that is largely dependent on primary sources and the other is secondary sources. In the data analysis methodology, this study generally uses a method of analysis and critical analysis for analyzing data on the views of the development of the Islamic thought through the ‘kaum muda’ and ‘kaum tua’ schools of thought. Comparative method applied to the development of Islamic thought since the era of the 19th century and 20 so to kemuncak development in the 1960s to the 1990s. Analysis content method also used generally in almost all data cited. The findings of this study conclude that the development of early and early twentiethcentury Islamic divisions in the 19th and early 20th centuries continued to be relevant during the post-independence era (1960s-1990s). The development of Islamic schools of thought among the elderly and youth emerged in new social movements such as ABIM, JIM, Jamaat Tabligh, Darul Arqam and political parties.
Artikel ini ditulis secara umum, tidak spesifik kepada mana-mana jemaah atau gerakan Islam. Jika ada gerakan yang merasakan mereka mempunyai masalah yang saya garapkan di sini, saya berharap mereka dapat menerimanya dengan positif dan... more
Artikel ini ditulis secara umum, tidak spesifik kepada mana-mana jemaah atau gerakan Islam. Jika ada gerakan yang merasakan mereka mempunyai masalah yang saya garapkan di sini, saya berharap mereka dapat menerimanya dengan positif dan konstruktif, kerana ia ditulis untuk tujuan muhasabah, islah, dan penambahbaikan. Penulisan ini sebahagiannya adalah idea dan cadangan penambahbaikan, manakala sebahagian yang lain merupakan kritikan ikhlas dalam membina gerakan Islam yang segar dan berdaya langsung. Ia bukan satu kritikan untuk menjatuhkan atau memburukkan mana-mana jemaah Islam di Malaysia.