Perpaduan merupakan satu keadaan di mana semua masyarakat atau rakyat yang berbeza kaum, budaya dan agama bersatu. Masyarakat hidup dalam suasana harmoni, saling memahami dan bertolak ansur serta menghormati budaya dan agama di sekeliling... more
Perpaduan merupakan satu keadaan di mana semua masyarakat atau rakyat yang berbeza kaum, budaya dan agama bersatu. Masyarakat hidup dalam suasana harmoni, saling memahami dan bertolak ansur serta menghormati budaya dan agama di sekeliling mereka. Kajian ini bertujuan untuk menilai semangat perpaduan di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jasin yang berbilang kaum. Kajian dilaksanakan dengan mengedarkan Borang Soal Selidik kepada 70 orang pelajar Semester Pertama Sesi Julai 2016 yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kajian menjurus kepada semangat kejiranan, perkongsian penginapan dan persekitaran. Data-data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 20. Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan bagi persepsi pelajar sesama rakan berlainan etnik adalah 1.59. Min keseleruhan bagi hubungan kejiranan pula adalah 1.70. Ini jelas menunjukkan terdapat jurang yang besar di kalangan pelajar Kolej Komuniti dalam mewujudkan kolaborasi sesama kaum yang berlainan.
KATAKUNCI : Perpaduan, kaum, hubungan dan kejiranan
Walaupun bangsa Melayu dan agama Islam merupakan bangsa dominan di negara Malaysia. Namun tetap saling menghormati dan menjaga kebajikan kaum-kaum lain seperti Cina dan India. Wujudnya budaya menghormati hak kaum lain mampu memupuk... more
Walaupun bangsa Melayu dan agama Islam merupakan bangsa dominan di negara Malaysia. Namun tetap saling menghormati dan menjaga kebajikan kaum-kaum lain seperti Cina dan India. Wujudnya budaya menghormati hak kaum lain mampu memupuk perpaduan kaum dan etnik di negara ini. Walaupun mempunyai aliran pendidikan yang berbeza, namun subjek-subjek asas turut mewarnai sistem pengajaran dan pembelajaran harian seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan English. Bezanya sekolah Cina menggunakan bahasa dan tulisan Mandarin. Manakala sekolah India menggunakan bahasa dan tulisan Tamil. Sekolah vernakular bukti saling menghormati dan menjaga kebajikan sesama kaum seperti Cina dan India. PELUANG MENGUASAI BANYAK BAHASA Dengan penubuhan sekolah vernakular ini peluang untuk pelajar melangkah ke alam pekerjaan di masa akan datang adalah cerah. Hal ini kerana sudah sedia maklum bahawa sekolah vernakular ini adalah sekolah yang menggunakan bahasa pengantar mengikut bahasa ibunda mereka. Sebagai contoh, sekolah Cina menggunakan bahasa Cina iaitu Mandarin sebagai bahasa pengantar. Sekolah India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar mereka. Dapat dilihat bahawa sekolah-sekolah vernakular ini memperkenalkan dan mewujudkan pelbagai bahasa dalam negara kita. Masyarakat dapat peluang untuk menguasai pelbagai bahasa di Malaysia ini. Mereka boleh memilih untuk belajar bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Inggeris dan sebagainya.
Belia yang merupakan aset penting kepada negara memainkan peranan penting sebagai penerus kepada pemantapan perpaduan kaum di Malaysia pada masa hadapan. Sebagai barisan kepimpinan yang akan mewarisi dan meneruskan kemerdekaan negara... more
Belia yang merupakan aset penting kepada negara memainkan peranan penting sebagai penerus kepada pemantapan perpaduan kaum di Malaysia pada masa hadapan. Sebagai barisan kepimpinan yang akan mewarisi dan meneruskan kemerdekaan negara ini, perpaduan kaum yang wujud sejak sekian lama berasaskan kepada Kontrak Sosial perlu terus dipertahankan nilai, makna dan ertinya, selain terus diberi semangat kesinambungan zaman-berzaman; malah semangat jati diri dan patriotisme juga perlu diperkukuh seiring dengan kemajuan teknologi negara. Ini terutama dalam mendepani kebanjiran media baharu masa kini yang dilihat banyak memberi pengaruh negatif kepada golongan belia. Ini sekaligus memungkinkan perpaduan yang cuba dipertahankan dalam kalangan belia di Malaysia terjejas. lusteru, langkah wajar perlu dilaksanakan dalam memastikan media baharu, antaranya seperti laman sosial Facebook dan Twitter, selain blog-hlog dapat memainkan peranan penting dalam usaha memantapkan perpaduan dalam kalangan belia di negara ini. Kertas ini akan melihat peranan yang boleh dijana oleh media baharu bagi mencapai hasrat tersebut, selain merencana harapan golongan ini pada masa hadapan seiring perkembangan teknologi terkini dalam negara.
ABSTRAK Artikel ini membincangkan tentang bagaimana dengan adanya Perlembagaan Persekutuan dapat memupuk nilai perpaduan dalam kalangan rakyat. Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat yang berbilang kaum dan agama.... more
ABSTRAK Artikel ini membincangkan tentang bagaimana dengan adanya Perlembagaan Persekutuan dapat memupuk nilai perpaduan dalam kalangan rakyat. Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Masalah berkaitan dengan perpaduan sering kali tercetus disebabkan oleh beberapa individu yang dilihat sengaja memainkan sentimen perkauman dan cuba memporak-perandakan keharmonian negara. Isu perpaduan dalam masyarakat sering menimbulkan sensitiviti dan pergaduhan antara agama dan kaum. Konflik perpaduan yang berlaku dalam negara bukan sahaja datang dari pihak orang bukan Islam kepada agama Islam, malahan ada juga konflik yang ditimbulkan oleh orang Islam kepada agama lain. Objektif di dalam artikel ini adalah untuk memperlihatkan bagaimana Perlembagaan Persekutuan merupakan kunci utama dalam mewujudkan nilai perpaduan. Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah kaedah rujukan buku ilmiah, perbandingan serta analisis. Hasil kajian menunjukkan kandungan-kandungan Perlembagaan banyak menetapkan garis panduan yang dapat diikuti oleh rakyat dalam mewujudkan nilai perpaduan yang jitu. Kata Kunci: Perlembagaan Persekutuan, Perpaduan, Konflik, Pengajaran PENGENALAN Perkataan perpaduan amat sinonim dalam merujuk kepada keamanan sesebuah negara. Perpaduan dari segi konsep ilmiah adalah satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat
Abstrak Perpaduan kaum telah lama menjadi impian seluruh rakyat Malaysia. Usaha membina perpaduan sentiasa menjadi agenda utama dalam semua pelan pembangunan negara. Ini kerana negara tidak mungkin berhasil merealisasikan misi wawasan... more
Abstrak Perpaduan kaum telah lama menjadi impian seluruh rakyat Malaysia. Usaha membina perpaduan sentiasa menjadi agenda utama dalam semua pelan pembangunan negara. Ini kerana negara tidak mungkin berhasil merealisasikan misi wawasan 2020 jika penduduk multi etniknya berpecah belah dan merusuh. Umum mengetahui pendidikan adalah antara agen perubahan masyarakat yang paling efektif. Oleh sebab itu, kerajaan menggunakan pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan. Namun, setelah 58 tahun merdeka, perpaduan yang diimpikan rakyat masih belum dikecapi. Bermula dari pelaksanaan KBSR hingga ke PPPM, hubungan etnik yang terjalin masih dibatasi aspek politik, sosial dan ekonomi. Sewajarnya peristiwa 13 Mei 1969 yang lalu dijadikan batu loncatan dalam mempercepatkan proses penyatupaduan agar perpaduan boleh dicapai. Namun hal itu tidak berlaku. Justeru, penulisan ini bertujuan melihat tahap perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia setelah usaha penyatupaduan dijalankan menerusi pendidikan selepas tragedi 13 mei 1969. Penulis mendapati tahap perpaduan di negara Malaysia belum lagi dicapai sepenuhnya iaitu masih " dalam proses ". Berdasarkan konsep perpaduan menurut Shamsul A.B (2011), penulis mendapati hubungan antara kaum yang ada sekarang adalah pada tahap " kesepaduan " dan masih melalui proses " penyatupaduan ". Walau bagaimanapun, kesepaduan sosial yang telah dicapai dalam masa 45 tahun kebelakangan ini merupakan satu pencapaian yang menjadi petunjuk kepada kematangan rakyat menilai sesebuah keamanan dan keharmonian. Kata kunci : perpaduan, pasca polemik 1969, pendidikan, kesepaduan sosial, penyatupadun
Kebersamaan adalah suatu keadaan, bukan satu kaedah. Keadaan akan berubah apabila manusia, pemikiran dan perspektif dunia berubah. Nilai dan impilkasi yang kita berikan kepada kebersamaan akan turut berubah apabila keadaan dan kedudukan... more
Kebersamaan adalah suatu keadaan, bukan satu kaedah. Keadaan akan berubah apabila manusia, pemikiran dan perspektif dunia berubah. Nilai dan impilkasi yang kita berikan kepada kebersamaan akan turut berubah apabila keadaan dan kedudukan negara berubah.
Perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia masih belum utuh. Justeru pembudayaan 9S secara konsisten dapat merajut kembali tali perpaduan.