Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Impak Krisis Covid19 Terhadap Sektor Pertanian

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Jurnal Dunia Perniagaan

e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 2, No. 1, 1-8, 2020


http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpn

Impak Krisis Covid-19 Terhadap Sektor Pertanian: Strategi


Saluran Pengagihan bagi Kesinambungan Perniagaan
(The Impact of Covid-19 Crisis on Agricultural Sector: Distribution
Channel Strategy for Business Continuity)
Noor Fzlinda Fabeil1*, Khairul Hanim Pazim1, Juliana Langgat1
1
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia,

*Pengarang Koresponden: fzlinda@ums.edu.my

Accepted: 1 May 2020 | Published: 15 May 2020


________________________________________________________________________________________

Abstrak: Krisis wabak Covid-19 mengakibatkan banyak negara melaksanakan sekatan


perjalanan dan kawalan pergerakan. Di Malaysia, sektor pertanian adalah antara sektor
yang terkesan secara langsung akibat perintah kawalan pergerakan. Usahawan tani
menghadapi masalah lambakan hasil pertanian akibat penutupan beberapa sektor sokongan
seperti peruncitan dan pengangkutan. Kekurangan rizab tunai memburukkan lagi masalah
memandangkan pendapatan mereka bergantung kepada jualan harian. Pakej rangsangan
ekonomi oleh kerajaan kepada perniagaan kecil adalah suatu penyelesaian jangka pendek.
Oleh itu, strategi mengurus krisis adalah perlu untuk kelangsungan pendapatan. Kajian
kualitatif melalui temuramah tidak berstruktur ini dijalankan untuk mengkaji kaedah saluran
pengagihan yang digunapakai oleh usahawan tani di Kundasang, Sabah semasa tempoh
pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. Dapatan kajian mencadangkan kaedah
pengagihan ‘hub’ mampu meneruskan kesinambungan perniagaan kecil berasaskan
pertanian di Sabah semasa krisis.

Kata kunci: krisis Covid-19, kesinambungan perniagaan, saluran pengagihan

Abstract: The Covid-19 outbreak crisis has led many countries to impose travel restrictions
and movement controls. In Malaysia, the agricultural sector is one of the most directly
affected by the movement's control order. Agropreneur experience the problem of dumping of
agricultural produces due to the closure of several supporting sectors such as retails and
transportation. Lack of cash reserves has worsened the impact as their earnings relies on
daily sales revenue. The government's economic stimulus package for small businesses is
only a short-term remedy. Therefore, strategies for crisis management are crucial for income
survival. This qualitative study via unstructured interview investigates the approach taken by
agropreneurs in Kundasang, Sabah during the implementation of movement control orders.
The findings suggest that ‘hub’ distribution approach is able to endure business continuity of
agricultural-based small businesses in Sabah during crisis.

Keywords: Covid-19 crisis, business continuity, distribution channel


___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kerajaan Malaysia telah mewartakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac
2020, bagi mengurangkan penularan wabak pandemik Covid-19 (Perutusan Khas Perdana

1
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 2, No. 1, 1-8, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpn

Menteri, 2020). PKP di Malaysia dijalankan secara berperingkat dan kini berada pada fasa
ke-empat, berdasarkan kitaran pengurusan krisis mengikut piawaian antarabangsa
International Organisation for Standardization (ISO) (Pursiainen, 2018). Antara peraturan
utama yang ditetapkan semasa tempoh PKP adalah penutupan premis kerajaan dan swasta,
kecuali perkhidmatan utama negara seperti kesihatan dan keselamatan, telekomunikasi,
peruncitan, kewangan dan pengangkutan (Majlis Keselamatan Negara, 2020). Di kebanyakan
negeri, waktu operasi bagi beberapa sektor perkhidmatan dihadkan kepada 8 hingga 10 jam
sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Di Sabah misalnya, premis peruncitan seperti pasar
awam, restoran, stesen minyak, perkhidmatan penghantaran, pasaraya, dan perkilangan hanya
dibenarkan beroperasi sehingga 6.00 petang (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, 2020).

Terdapat beberapa laporan di media utama tentang impak krisis Covid-19 dan PKP terhadap
sektor ekonomi, terutama sektor pertanian. Usahawan tani misalnya, terputus pendapatan
harian akibat rantaian pengagihan yang terjejas disebabkan oleh penutupan operasi sektor
sokongan, ketiadaan pekerja, dan rizab tunai yang merosot (Dzulkifli, 2020; Aling, 2020).
Ada di antara usahawan mula mengambil pendekatan alternatif dalam operasi perniagaan
bagi memastikan kelangsungan pendapatan. Antaranya, beralih kepada jualan atas talian
melalui media sosial dan aplikasi mudah alih, seperti Facebook dan Whatsapp, menjalankan
penghantaran persendirian (private runner), serta penjimatan kos operasi melalui pengecilan
skala perniagaan (Halim, 2020). Walaubagaimanapun, bagi usahawan tani mikro atau
pekebun kecil di luar bandar, kekangan sokongan infrastruktur sedia ada menghadkan operasi
perniagaan sepanjang PKP. Bagi memastikan kesinambungan perniagaan, sokongan rantaian
pengagihan seharusnya dilihat sebagai perkara utama yang perlu diberi perhatian.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI) turut memberi jaminan
sokongan dan bantuan kepada usahawan tani di Sabah agar mampu mengharungi cabaran
sepanjang tempoh PKP dilaksanankan (Utusan Borneo, 2020). Antara saranan MAFI adalah
membenarkan pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) beroperasi
sepanjang PKP sebagai pusat pengumpulan dan penjualan hasil petani, serta memberi
kelonggaran kepada ‘transporter’ untuk membuat penghantaran terus produk hasil pertanian
kepada pelanggan sepanjang tempoh PKP (Daily Express, 2020).

Strategi kesinambungan perniagaan oleh usahawan mikro di luar bandar dalam menghadapi
krisis masih belum dikaji sepenuhnya, terutama di sektor pertanian. Terdapat banyak kajian
terdahulu tentang kesan penularan wabak sindrom pernafasan akut seperti MERS, SARS dan
Ebola terhadap kesinambungan perniagaan, tetapi kajian tersebut tertumpu kepada perniagaan
berskala besar di kawasan membangun (Pine & McKercher, 2004; Cole & Watkins, 2015).
Manakala kajian terhadap perniagaan kecil di luar bandar, terutamanya sektor berasaskan
pertanian masih kurang dikaji. Di samping itu, menurut laporan Malaysian Institute of
Economic Research (MIER) dan Akademi Usahawan Malaysia (AUM) dalam Berita RTM
(2020), pakej rangsangan ekonomi yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu usahawan
industi kecil dan sederhana (IKS), bukanlah penyelesaian jangkamasa panjang. Usahawan
IKS perlu memikirkan strategi untuk merancang dan mengawal aliran tunai serta mengambil
pendekatan alternatif dan adaptif untuk mengurangkan impak krisis terhadap perniagaan
mereka. Sehubungan itu, kajian tentang strategi kesinambungan perniagaan oleh usahawan
tani semasa krisis Covid-19 adalah perlu memandangkan produk pertanian seperti sayuran
dan buah-buahan adalah sumber makanan utama negara.

2
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 2, No. 1, 1-8, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpn

2. Ulasan Kajian Lepas

Impak Krisis Covid-19 kepada Sektor Pertanian


Krisis wabak sindrom pernafasan akut Novel Coronavirus (Covid-19) yang mula dikesan di
bandaraya Wuhan, China pada Disember 2019 telah menular secara global ke lebih 200 buah
negara merangkumi Asia, Eropah, Amerika dan Australia. Wabak ini telah dikategorikan
sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2019) apabila menunjukkan
peningkatan jangkitan dari manusia ke manusia yang berterusan (Qiu, Rutherford, Mao &
Chu, 2017). Wabak ini telah menyebabkan lebih 60,000 kematian dalam tempoh tiga bulan
(WHO, 2019). Covid-19 mencatat statistik jangkitan dan kematian paling tinggi dan cepat
berbanding wabak coronavirus yang lain seperti MERS-CoV, SARS-CoV dan Influenza (Liu,
Gayle, Smith & Rocklov, 2020; Peeri, et al, 2020).

Menurut kajian, kaedah sekatan pergerakan dilihat sebagai satu pendekatan terbaik untuk
mengawal penyebaran wabak berjangkit seperti coronavirus (Chinazzi, et al, 2020; Sohrabi,
et al, 2020, Smith & Freedman, 2020). Bagi krisis wabak Covid-19, kebanyakan negara telah
mengarahkan sekatan perjalanan, penjarakkan sosial, dan penangguhan acara bagi tempoh
tidak kurang 14 hari di negara masing-masing. Perintah darurat atau kuarantin yang
dijalankan bukan sahaja memberi kesan kepada pelakuan dan psikologi manusia seperti
kemurungan, gemuruh dan stress (Ghani, 2020), malah turut memberi impak kepada aktiviti
ekonomi lantaran penutupan premis peruncitan dan gangguan rantaian penghantaran produk
(Karabag, 2020). Di Malaysia misalnya, antara sektor ekonomi yang terkesan secara langsung
akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19 adalah sektor berasaskan pertanian dan
makanan, peruncitan, pengangkutan dan pembinaan, dan sektor pelancongan (Saari, 2020;
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020).

Menurut kenyataan daripada usawahan tani tempatan yang juga Presiden Persatuan Tunas
Usahawan Sabah, Azizul Julirin, di laman Facebook peribadinya, aktiviti perniagaan tidak
dapat beroperasi seperti biasa kerana waktu operasi yang terhad semasa tempoh PKP (Azizul
Julirin, 2020). Keadaan ini lebih dirasai oleh usahawan produk mudah rosak (perishable)
seperti produk hasil pertanian dan makanan kerana tidak dapat dijual terus kepada pelanggan
akibat rantaian penghantaran yang terjejas (Azizul Julirin, 2020). Di kawasan pedalaman
Sabah misalnya, terdapat laporan di akhbar (Bernama, 2020) menyatakan usahawan tani di
Kundasang mengalami masalah yang lebih serius sejak hari pertama pelaksanaan PKP pada
18 Mac 2020 berikutan pemborong sayur-sayuran dari luar kawasan tanah tinggi tersebut
tidak dibenarkan masuk ke Kundasang. Masalah tersebut turut dikongsikan oleh Pengerusi
Persatuan Penjaja Kundasang, Mariana Taliban, di mana lebih 300 peniaga sayur tanah tinggi
di Kundasang mengalami kerugian selepas berlakunya lambakan sayuran berikutan
pelaksanaan PKP (Sabah Post, 2020).

Strategi Saluran Pengagihan Semasa Krisis


Walaupun terdapat kajian terdahulu yang mencadangkan keperluan merangka strategi
pengurusan krisis oleh syarikat perniagaan (Koonin, 2020; CPA Australia, 2020), strategi
tersebut didapati lebih relevan untuk syarikat perniagaan besar dan maju berbanding syarikat
kecil dan mikro, terutama di kawasan luar bandar. Di samping itu, kebanyakan strategi
kesinambungan perniagaan oleh syarikat skala besar adalah tertumpu kepada perancangan
pengurusan krisis berkaitan wabak penyakit epidemik (e.g. Ritchie, 2003), bencana alam (e.g.
Flynn, 2007; Bresciani, et al, 2002) dan krisis ekonomi dan kewangan (Devece, Ortiz &
Armengot, 2016). Kajian tentang impak krisis wabak berjangkit pandemik kepada usahawan
di luar bandar adalah masih kurang. Sorotan literatur dan laporan media menunjukkan satu

3
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 2, No. 1, 1-8, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpn

strategi alternatif perlu dilakukan oleh usahawan tani untuk mengurangkan impak kerugian
pendapatan semasa tempoh PKP. Kenyataan ini selari dengan laporan di media oleh Ketua
Unit Kampung Lipasu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu, Jailin Nazrin. Beliau
mensarankan agensi kerajaan negeri Sabah untuk membantu usahawan IKS di luar bandar
dalam urusan saluran pengedaran bekalan makanan dan sayur-sayuran sepanjang tempoh
PKP (Bernama, 2020).

Kim dan Frazier (1996) menyatakan kajian tentang saluran pengagihan dan rantaian
penawaran produk adalah masih terhad. Kaedah saluran pengagihan sedia ada dikatakan tidak
mengambil kira faktor kontekstual seperti perubahan persekitaran, isu penggantian pengedar
dan tambah nilai dalam rantaian. Saluran pengagihan bagi produk pertanian biasanya
menggunakan khidmat orang tengah (middlemen) yang sering dianggap meletakkan harga
tidak adil (unfair pricing) kepada usahawan tani. Ini kerana orang tengah biasanya akan lebih
mendapat keuntungan berbanding usahawan tani kerana dapat meletakkan harga yang lebih
kepada pengguna akhir (Oguoma, Nkwocha, Ibeawuchi, 2010). Yu-lian (2008)
mencadangkan model optimum saluran pengagihan hasil pertanian adalah perlu bagi
mengatasi masalah rantaian pengedaran sedia ada yang dikatakan kurang efisien disebabkan
oleh kelemahan fungsian pasaran borong serta saluran pengedaran yang terlalu panjang.
Tidak dinafikan saluran pengagihan bagi produk pertanian perlu lebih ringkas berbanding
produk tahan lama, serta tidak semestinya perlu bergantung kepada pemborong. Model
rantaian seperti ini telah diperkenalkan di negara Jepun melalui ‘setor jualan terus’ (direct
sales store) bagi pengagihan produk sayuran dan buah-buahan di negara itu (Ping-hong,
2009). Kaedah tersebut dianggap sebagai kaedah menang-menang di antara usahawan tani
dan pengguna kerana menanggung kos dan harga yang relatif rendah.

Selain krisis bencana alam iaitu gempa bumi yang pernah dialami oleh negara Malaysia,
krisis wabak pandemik boleh dianggap sebagai sesuatu yang baharu kepada rakyat setempat.
Strategi menghadapi krisis amat perlu kepada pengusaha di sektor utama negara, terutama
sektor berasaskan pertanian. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan
pandangan daripada usahawan tani di pekan Kundasang tentang pendekatan yang diambil
untuk memastikan hasil tanaman mereka dapat diagihkan secara berterusan semasa krisis
Covid-19. Kajian ini turut mencadangkan model rantaian pengagihan adaptif untuk produk
pertanian agar dapat mengoptimumkan kos pengagihan hasil pertanian mereka kepada
pengguna akhir.

3. Perbincangan dan Kesimpulan

Kajian ini dijalankan melalui temuramah tidak berstruktur bersama dua usahawan tani di
pekan Kundasang, Sabah. Kundasang adalah sebuah pekan di kawasan tanah tinggi di daerah
Ranau, terkenal dengan hasil pertanian seperti sayuran dan buah-buahan serta antara kawasan
pelancongan menarik di Sabah. Ia terletak 95 kilometer dari Kota Kinabalu. Hasil kajian ini
mendapati antara strategi alternatif yang dilakukan oleh usahawan tani dalam memastikan
penghantaran hasil pertanian berterusan semasa PKP adalah melalui (i) pengumpulan hasil
pertanian secara berpusat oleh ‘local collector’, (ii) penjualan terus hasil pertanian kepada
pengedar tempatan (local distributor) yang dilantik, (iii) pengiklanan melalui aplikasi mudah
alih dan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp, (iv) penghantaran hasil pertanian
kepada pengguna menggunakan penghantar persendirian (private runner), dan (v)
pembayaran secara ‘cash on delivery’ (COD) melalui pemindahan bank selain bayaran tunai.

4
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 2, No. 1, 1-8, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpn

Selain itu, responden kajian turut mencadangkan penubuhan pusat bekalan produk sejuk beku
atau hub produk pertanian (farmfoods hub) di beberapa kawasan tumpuan penduduk di
bandar, seperti pejabat pentadbiran kerajaan, pusat pengajian tinggi dan kawasan perumahan
utama. Pendekatan ini selari dengan pendapat Yu-lian (2008) dan Ping-hong (2009), dan
kaedah ini dilihat bukan sahaja sesuai dilakukan semasa krisis, malah lebih ekonomi
diteruskan di masa akan datang. Menurut responden kajian, pendekatan pengagihan secara
terus ini membolehkan pekebun memperoleh pendapatan berterusan sebagaimana sebelum
pelaksanaan PKP. Rajah 1 menunjukkan kaedah pengagihan bagi hasil pertanian sebelum dan
semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan. Saluran pengagihan hasil pertanian
semasa krisis adalah bersifat hub selari atau ‘synchronous hub’, berbanding kaedah sedia ada
yang lebih bersifat sehala atau ‘independent’. Strategi saluran pengagihan hasil pertanian
secara hub ‘synchronous hub’ ini selari dengan pendekatan pengagihan Omni (Omni-channel
approach) yang menggunakan gabungan beberapa bentuk saluran dalam pemasaran produk,
iaitu melalui pengedar, aplikasi mudah alih dan setor runcit (Palmatier, Sivadas, Stern & El-
Ansari, 2020).

Kaedah Pengagihan Hasil Pertanian (Sebelum PKP)

Pengeluar / Pemborong Peruncit Penjual/ Pelanggan


pekebun penjaja

Kaedah Pengagihan Hasil Pertanian (Semasa PKP)

Pekebun Main local Farmfoods


collector Hub

 Aplikasi mudah alih Pengedar Pengedar Pengedar


(Facebook, Whatsapp)
 Penghantaran
persendirian (Runner)
 Terimaan pembayaran
(COD, online transfer) Peruncit Pelanggan Peruncit Pelanggan Peruncit Pelanggan

Rajah 1: Kaedah Pengagihan Produk Sebelum dan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Kesimpulannya, kajian eksploratari ini diharap memberi gambaran kepada usahawan tentang
potensi kesinambungan perniagaan kecil, terutamanya sektor pertanian semasa menghadapi
krisis. Menerusi kajian ini, kaedah saluran pengagihan alternatif iaitu penggunaan pengedar
menggantikan pemborong serta penubuhan hub sejuk-beku (farmfoods hub) di kawasan
bandar dicadangkan kepada usahawan tani dengan kerjasama dan sokongan daripada agensi
seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA). Di samping itu, pendekatan adaptif semasa krisis dapat
direalisasikan melalui persatuan komuniti usahawan dengan berkongsi maklumat terkini

5
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 2, No. 1, 1-8, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpn

tentang kaedah pengurusan krisis yang sesuai untuk mengurangkan impak terhadap
perniagaan mereka.

Rujukan

Aling, Y. D. (2020). Bantu kami – Penjaja, MyMetro, 18 Mac 2020, retrieved from
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/555848/bantu-kami-penjaja
Azizul Julirin (2020), 22 Mac, Day 5-RMO: Nasib Peniaga Sayuran Kundasang. Retrieved
from https://www.facebook.com/profile.php?id=1621903714
Berita RTM (2020). 9 April 2020, [SIARAN LANGSUNG] [LIVE] #Bicara Naratif - Pakej
Rangsangan Ekonomi: Manfaat Untuk Semua, Retrieved from
https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/siaran-langsung-live-bicara-naratif-
pakej-rangsangan-ekonomi-manfaat-untuk-semua/681100612654248/
Bernama (2020). PKP: Kerajaan Negeri Sabah diminta Selesai Isu Lambakan Sayur di
Kundasang, 5 April 2020, retrieved from
https://www.bernama.com/bm/am/news_perintah.php?id=1828855
Bresciani, F., Feder, G., Gilligan, D. O., Jacoby, H. G., Onchan, T. & Quizon, J. (2002).
Weathering the Storm: The Impact of the East Asian Crisis on Farm Households in
Indonesia and Thailand. The World Bank Research Observer, 17(1), 1–20
Bryman, A. (2015), Business Research Methods, Oxford University Press.
Chinazzi, et al. (2020). The effect of travel restrictions on the spread of the 2019 novel
coronavirus (COVID-19) outbreak, Science, 6 March.
Cole, J. & Watkins, C. (2015). International employees’ concerns during serious disease
outbreaks and the potential impact on business continuity: Lessons identified from the
2014–15 West African Ebola outbreak, Business Continuity and Emergency Planning,
9(2), 149-162.
CPA Australia (2020). Coronavirus (Covid-19), Impact, resources and Support, retrieved
https://www.cpaaustralia.com.au/coronavirus-covid-19-impact-resources-support
Daily Express (2020). Sabah perlu urus sendiri perolehan bahan keperluan, retrieved from
www.dailyexpress.com.my/news/149976/sabah-perlu-urus-sendiri-perolehan-bahan-
keperluan/
Devece, C., Ortiz, M. P. & Armengot, C. R. (2016). Entrepreneurship during economic crisis:
Success factors and paths to failure. Journal of Business Research, 69(11), 5366-5370.
https://doi.org/10.1016/j.jbusres.2016.04.139
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (2020). Masa operasi PKP tahap 2 (Kota Kinabalu),
retrieved from https://dbkk.sabah.gov.my/index.php/en/85-news/492-masa-operasi-
pkp-tahap-2-kota-kinabalu
Dzulkifli, I. (2020). PKP: Peniaga kecil rayu bantuan kerajaan, Daily Express, 23 Mac 2020,
retrieved from http://www.dailyexpress.com.my/news/149339/pkp-peniaga-kecil-rayu-
bantuan-kerajaan/
Flynn, D. T. (2007). The impact of disasters on small business disaster planning: a case study,
Disasters, 31(4), 508-515.
Ghani, F. A. (2020). Impak psikologi akibat wabak Covid-19, Astro Awani, 14 Mac 2020,
retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/impak-psikologi-akibat-
wabak-covid-19-233648
Halim, M. F. (2020). Usahawan PKS ubah pendekatan berniaga ketika PKP, 11 April 2020,
Malaysia Kini, retrieved from
https://www.malaysiakini.com/news/520015?utm_source=dlvr.it&utm_medium=faceb
ook&fbclid=IwAR2eWxT9CqrCrIutQETc7Zi_bvbHO-LdnE-
CMAdKY25nKEDSNBeiooiVZJM

6
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 2, No. 1, 1-8, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpn

Jabatan Perangkaan Malaysia (2020). Survei Khas Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan
Individu.
Karabag, S. F. (2020). An unprecedented global crisis! the global, regional, national,
political, economic and commercial impact of the coronavirus pandemic, Journal of
Applied Economics and Business Research,10 (1), 1-6.
Kim, K. & Frazier, G. L. (1996). A typology of distribution channel systems: a contextual
approach. International Marketing Review, 13(1), 19-32.
Koonin, L. M. (2020). Novel coronavirus disease (COVID-19) outbreak: Now is the time to
refresh pandemic plans, Journal of Business Continuity & Emergency Planning, 13 (4),
1-15(15)
Liu, Y., Gayle, A. A., Smith, A. W. & Rocklov, J. (2020). The reproductive number of
Covid-19 is higher compared to SARS coronavirus, Journal of Travel Medicine, 27(2).
Majlis Keselamatan Negara (2020). Kenyataan Media, 18 Mac 2020, Jabatan Perdana
Menteri, Malaysia.
Oguoma, O. N., Nkwocha, V. I. & Ibeawuchi, I. I. (2010). Implications of Middlemen in The
Supply Chain of Agricultural Products. Journal of Agricultural and Social Research,
10(2), 77-83.
Palmatier, R. W., Sivadas, E., Stern, L. W. & El-Ansari, A. I. (2020). Marketing Channel
Strategy: An Omni-Channel Approach, Routledge.
Peeri, N. C., Shrestha, N., Rahman, M. S., Zaki, R., Tan, Z., Bibi, S., Baghbanzadeh, M.,
Aghamohammadi, N., Zhang, W. & Haque, U. (2020). The SARS, MERS and novel
coronavirus (COVID-19) epidemics, the newest and biggest global health threats: what
lessons have we learned? International Journal of Epidemiology,1-10.
Perutusan Khas Perdana Menteri (2020). Ucapan Penuh Perutusan Khas Perdana Menteri
Mengenai Covid-19, 10 April 2020, retrieved from
https://www.pmo.gov.my/2020/04/perutusan-khas-perdana-menteri-10-april-2020/
Pine, R. & McKercher, B. (2004). The impact of SARS on Hong Kong’s tourism industry,
International Journal of Contemporary Hospitality Management, 16(2), 139-143.
Ping-hong, Y. (2009). Direct Sales Store: A New Distribution Pattern for Japanese Farm
Products, Contemporary Economy of Japan, Issue 2.
Pursiainen, C. (2018). The Crisis Management Cycle. Routledge.
Qiu, W., Rutherford, S., Mao, A. & Chu, C. (2017). The pandemic and its impact, Health,
Culture and Society, 9(10).
Ritchie, B. W. (2003). Chaos, crises and disasters: a strategic approach to crisis management
in the tourism industry, Tourism Management, 25(6), pp. 669-683.
Saari, M. Y. (2020). Fahami cara covid-19 beri impak kepada rakyat dan ekonomi, Institut
Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, UPM, retrieved from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fahami-cara-covid-19-beri-impak-kepada-
rakyat-dan-ekonomi-235835
Sabah Post (2020). Lambakan Sayur di Kundasang, 300 Peniaga Rugi, 4 April 2020,
retrieved from https://www.sabahpost.net/2020/04/04/lambakan-sayur-di-kundasang-
300-peniaga-rugi/
Smith, W. & Freedman, D. o. (2020). Isolation, quarantine, social distancing and community
containment: pivotal role for old-style public health measures in the novel coronavirus
(2019-nCoV) outbreak, Journal of Travel Medicine, 27 (2).
Sohrabi, C., Alsafi, Z., O'Neill, N., Khan, M., Kerwan, A., Al-Jabir, A., Iosifidis, C. & Agha,
R. (2020). World Health Organization declares global emergency: A review of the 2019
novel coronavirus (COVID-19), International Journal of Surgery, 76, pp. 71-76.
Utusan Borneo (2020a). MAFI jamin bantu petani dan penternak Sabah, retrieved from
www.utusanborneo.com.my/2020/04/01/mafi-jamin-bantu-petani-dan-penternak-sabah

7
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Perniagaan
e-ISSN: 2710-5792 | Vol. 2, No. 1, 1-8, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpn

Utusan Borneo (2020b). Kelancaran pergerakan sayuran ke pasaran dipantau, 9 April 2020,
retrieved from https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/07/kelancaran-pergerakan-
sayuran-ke-pasaran-dipantau?fbclid=IwAR3gL_FFCo_oqhkHAF1s-
jtPWmgrxrWNjj27EAwJiOKS6heHifNPRBCJZeg
World Health Organisation (2019). Coronavirus disease (Covid-2019) situation reports,
retrieved from https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-
2019/situation-reports/
Yu-lian, W. (2008). The Optimization Model of Distribution Channels Farm Produce in
Heilongjiang Province. Commercial Research, Issue 4.

8
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like