Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 13

Tazkirah Ringkas Ramadhan

Tazkirah Ringkas Ramadhan 2016M / 1437H: Sempena Bulan


Ramadhan Al-Mubarak 1437H

As Salam. Tazkirah ini disampaikan secara aplikasi WhatsApp pada setiap


pagi mulai Sabtu, 11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadhan 1437H sehingga
Khamis, 30 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan 1437H. Semoga
mendapat keberkatan jua hendaknya, Inn Sha Allah. Terima kasih.

TAZKIRAH 1: MOHONLAH KEAMPUNAN

Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir. Apabila
baginda naik satu anak tangga mimbar, baginda berkata, “aamiin” dan
apabila naik anak tangga yang kedua, baginda berkata “aamiin” dan
apabila baginda naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “aamiin.”
Apabila baginda turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini
sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum
pernah kami dengar.”

Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan


berkata: Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga
diampunkan. Maka aku berkata, aamiin.” “Apabila aku naik anak tangga
yang kedua dia berkata: Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan di
depannya, tidak pula dia menselawatimu. Maka aku berkata, aamiin.”
“Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata: Binasalah dia yang
mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua
tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku
berkata “aamiin.” [Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya].

1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan


berazam untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu lagi.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada
dosa dan kesalahan yang tidak akan diampunkan-Nya, melainkan
perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh itu, janganlah sesekali kita berasa sedih
dan berputus asa terhadap-Nya.

Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka
seluas-luasnya. Sabda Nabi SAW, ertinya: “Demi nyawaku di tangan Allah,
sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan
melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu
mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan
mengampunkan mereka” [Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106].

2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW


terutamanya setiap kali nama
baginda SAW disebut. Firman Allah SWT yang acapkali dilafazkan oleh
para khatib di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat; Surah Al-Ahzab  Ayat
56: "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta
ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".
{33:56}
Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas
beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti
mendoakan, manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun
untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah). [2]

3. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat.


Hendaklah kita sentiasa mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-
lebih lagi tatkala usia mereka semakin lanjut. Jangan sesekali kita berkasar
terhadap mereka, kerana sesungguhnya tiada suatupun yang dapat kita
lakukan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka taburkan ke atas
kita.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Wa iyazubillah, jangan


sesekali kita menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita.

TAZKIRAH 2: BONUS DAN TAWARAN ISTIMEWA DI BULAN


RAMADHAN

Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai
rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa
adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut: "Setiap
amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga
700 kali ganda, maka berkata Allah SWT: "Kecuali puasa, sesungguhnya ia
adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya,
mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang
hari) hanya keranaKu". (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila
tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita. Mengapa kita
gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif? Sudah tentu jawabnya
kerana; "dapat duit". Mengapa kita seronok mendapat duit? Jawabnya;
kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain. Lalu berapa
lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi? Sudah tentu
jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan
ada yang lambat. Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa
lamakah keseronokan itu akan berterusan? Jawabnya, paling panjang
adalah sekadar kita masih hidup sahaja.

Baiklah, selepas kematian adakah masih ada keseronokan? Jika tidak,


maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati? Jawabnya;
tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika
banyak dan berkualiti, semua 'matawang' pahala itu akan memberi seribu
satu macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya
diketahui Allah SWT dan ia pastinya amat panjang.

Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima


kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus atau
insentif duit? Sedangkan Ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih
pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah
SWT.

Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban


Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah SWT.
Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah
tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa'
menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain
sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan
tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah SWT.

Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan
keji bercakap buruk seperti maki hamun, mencarut, mengeji orang,
mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah
dan anggota, juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang
walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW
dalam sebuah hadith ertinya: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan
perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah
baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan
dan minumannya".(Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).

TAZKIRAH 3: BULAN IBADAH, BULAN MUJAHADAH, BULAN


RAHMAH DAN BULAN MAGHFIRAH

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT Tuhan semesta alam. Kita
sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-
Nya, telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan
yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.

Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan


bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan
undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan
kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.

Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah
syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk universiti Ramadhan.
Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama
ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.

Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga
disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan
maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita
sebut dengan yang tak baik sudahlah. Cth: “Wuih mai dah bulan bala, nak
makan minum pun susah".

Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah dan bulan
maghfirah. Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini
manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau
sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila
sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan
bertambah walaupun sedikit. Betul tak?

Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-


amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah
‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan
perkataan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni
maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada
Allah?
Sebenarnya senang saja. Buat apa yang Allah suruh dan jangan buat apa
yang Allah larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Allah
suka, iaitu amalan-amalan sunat. Begitulah cara-cara berabdi kepada
Allah.

Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita


berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh
dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni,
taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena
bersungguh-sungguh, baru boleh dikira sebagai mujahid, barulah
usahanya itu dinamakan mujahadah.

Perkataan mujahadah ini bersamaan dengan jihad, iaitu satu usaha yang
bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang
melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada
satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-rapat
dengan mujahidin.

Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah
melimpah-ruah.
Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkait-rapat
dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal
‘azim”, tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun.

Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan


keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya.
Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-
kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu,
rugilah.... pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.

TAZKIRAH 4: KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

Sebenarnya terdapat objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim
di bulan Ramadhan ini, terbahagi kepada dua iaitu taqwa dan keampunan.
Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari
surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata
dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a., yang bertanya kepada
Nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar.
Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta
keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala


Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangan
keprihatinan umat Islam kini. Antara yang dimaksudkan adalah:-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
(bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa
yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan
mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk
makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan
puasa yang lain sepanjang hari itu. Ia dikira denda yang pertama baginya
selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di
dalam sebuah hadith, ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan
(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu". (Riwayat al-
Bukhari).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir


malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari
mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW
malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut
bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula
menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469).
Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu
mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138).

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini
satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah
antara waktu terbaik untuk beristighfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya: "Dan pada waktu akhir
malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah
(memohon ampun)". (Adz-Dzariyaat: 18)

4) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah
kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran' yang
dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu
sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur,
tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan
lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari
itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah
sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr. Md 'Uqlah, hlm 278).

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang


maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia
adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang.
Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa
seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini


jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatkala berpuasa.
Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat
fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang
disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara
berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan


alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan dengan niat ibadat
pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya
memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di
Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.


Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut
berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-
Soghir; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291).

9) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini


nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid,
malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan ketika
berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu,
fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah
buat lelaki ketika di masjid.

10) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu
lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah
menyebut:- Ertinya: "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka,
pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang
yang dizalimi". (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad
Syakir: Sohih).

Selain itu, doa menjadi bertambah makbul tatkala ingin berbuka


berdasarkan hadith. Ertinya: "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu
ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak".
(Riwayat Ibn Majah, no. 1753, Al-Busairi: Sanadnya sohih).

TAZKIRAH 5: BULAN RAMADHAN BULAN MELATIH SIFAT SABAR

Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda, Allah berfirman, "Setiap


amalan anak Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia
adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya, dan sesungguhnya
bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-misk
(kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari.
Apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas maka dia akan bersabar untuk
menahan dirinya daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Dia
perlu bersabar dengan semua kategori kesabaran.

Terdapat tiga kategori sabar:

Pertama: Sabar untuk melakukan ketaatan.


Kedua: Sabar untuk meninggalkan maksiat.
Ketiga: Sabar di atas ujian Allah yang menyakitkan.

Ketiga-tiga kategori sabar terdapat di dalam ibadah puasa iaitu bersabar


melakukan taat, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar di atas ujian
lapar, dahaga dan lemahnya tubuh badan kesan daripada berpuasa.
Bahkan Baginda bersabda dalam sebuah hadith yang dinilai sebagai hasan
oleh Imam Tirmizi, "Puasa itu sebahagian daripada kesabaran."

Allah berfirman dalam Surah az-Zumar ayat 10,

"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang


yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman!
Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat
baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan
(ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas).
Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”". {39:10}

Baginda juga bersabda, "Dan ia (Ramadhan) bulan kesabaran dan


kesabaran itu ganjarannya syurga." Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam
Kitab Sahihnya.

Ayuh berpuasa, ayuh bersabar, ayuh ke syurga! Juga jangan lupakan


saudara se Islam kita yang berlapar bukan sahaja di siang hari malah juga
di malam hari.

Wallahu a'lam.
Sekian. Mohon ampun maaf dari saya. Selamat berpuasa, Selamat Hari
Raya Aidil Fitri.

Sumber Rujukan:
1. Aplikasi Terjemahan Quran Melayu versi 2.0.3.
2. Raisul Muhaddithin Allama Muhammad Zakariyya (Rah) Syaikhul Hadith
Mazahir 'Ulum 2007. Kelebihan-kelebihan Bulan Ramadhan. Fadhilat Amal
(Cetakan Kelapan). Penerbit Era Ilmu Sdn. Bhd.
3. Panitia Pendidikan Islam Darul Naim, SMK Putri Saadong yang
dikendalikan oleh Ustazah Hajjah Razana binti Haji Othman.
4. Lataif al-Ma'arif, Ibnu Rajab al-Hanbali Rahimahullah.

Anda mungkin juga menyukai