Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Ikan Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piscis Austrinus
Buruj
Piscis Austrinus
Nama LatinPiscis Austrinus
SingkatanPsA
GenitifPiscis Austrini
Sebutan/pisis austrinus/ atau /pisis australis/, genitif /pisis austrini/ atau /pisis australis/
SimbolismeIkan Selatan
Pencerapan
(Epok J2000)
22
Keserongan−30
SukuanSQ4
KeluargaPerairan Langit
Keluasan245 darjah persegi (ke-60)
Bintang
Bintang utama7
21
Bintang dengan planet
3
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
1
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
3
Bintang paling terang
Fomalhaut (α PsA) (1.16m)
Bintang terhampirLacaille 9352
(10.74 tc, 3.29 pc)
Objek
Objek Messier0
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +55° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Oktober.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ikan Selatan atau Piscis Austrinus (PsA; juga dikenali sebagai Piscis Australis) ialah sebuah buruj di hemisfera samawi selatan. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "ikan selatan", berlawanan dengan buruj yang lebih besar Pisces (Ikan), yang mewakili sepasang ikan. Sebelum abad ke-20, buruj ini juga dikenali sebagai Piscis Notius. Satu-satu bintangnya yang lebih cerah daripada magnitud ke-4 ialah Fomalhaut, yang merupakan sebuah bintang magnitud pertama dan merupakan bintang ke-18 tercerah di langit malam.

Piscis Austrinus merupakan salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Bintang-bintang buruj moden Grus (Keria) pernah membentuk "ekor" Ikan Selatan. Pada 1597 (atau pada 1958), Petrus Plancius menghasilkan sebuah buruj terpisah dan menamaikan sempena jenjang atau keria.

Piscis Austrinus boleh dilihat terpotong di bawah gambaran 1825 dalam Cermin Urania bagi Aquarius (Timba). Yang di sebelahnya ialah buruj lapuk Globus Aerostaticus atau Ballon Aerostatique.

Dalam mitologi Yunani, buruj ini dikenali sebagai Ikan Besar dan digambarkan menelan air yang dicurahkan oleh Aquarius (Timba), buruj timba. Dua ekor ikan bagi buruj Pisces (Ikan) dikatakan sebagai anak kepada Ikan Besar. Dalam mitologi Mesir, ikan ini menyelamatkan nyawa dewi Mesir Isis, maka ia menempatkan ikan ini dan keturunannya ke syurga sebagai buruj bintang.[1]

  1. ^ Eratosthenes; Hyginus, C. Julius (1997). Star myths of the Greeks and Romans: a sourcebook containing the Constellations of Pseudo-Eratosthenes and the Poetic astronomy of Hyginus. Translated by Condos, Theony. Red Wheel/Weiser. m/s. 163–164. ISBN 1-890482-93-5.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Bintang dalam Piscis Austrinus

Koordinat: Peta langit 22h 00m 00s, −30° 00′ 00″