Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Skip to main content
The research is to identify the Quranic verses that existed ayat mujassamah، then will be followed by explanation of the method of translation chosen by the translator Abdullah Basmeih in his book named Tafsir Pimpinan al-Rahman، the... more
The research is to identify the Quranic verses that existed ayat mujassamah، then will be followed by explanation of the method of translation chosen by the translator Abdullah Basmeih in his book named Tafsir Pimpinan al-Rahman، the eleventh edition (2000) published by Dar Al-Fikr in Kuala Lumpur، it is either literal or communicative. Finally ، clarification of the method of translating ayat mujassamah for the readers who require reading the Quran in their daily lives. In this regard، the research adheres to the qualitative method since the translation book is present and popular with many Muslims since the spread of the process of translating the Quran. Therefore، the research collected a surah from the Qurani surah in which ayat mujassamah were included and then placed it in the list one by one. The search has captured 19 surah، which contain 22 ayat mujassamah. Among these، six words are considered literal translations (27.27%)، and the remaining 16 verses are communicative translations (72.73%). The communicative translation is considered a clear translation، as scholars agreed upon that it is understandable without the readers being tempted to interpretations between the literal translation ambiguous translation because it may cause readers to multiple meanings without the valid evidence.
Terjemahan merupakan salah satu bidang pengajian ilmu bahasa gunaan atau linguistik terapan yang semakin berkembang berikutan kewujudan kepelbagaian bahasa dunia yang menjadi faktor kemunculan bidang terjemahan. Terjemahan al-Quran... more
Terjemahan merupakan salah satu bidang pengajian ilmu bahasa gunaan atau linguistik terapan yang semakin berkembang berikutan kewujudan kepelbagaian bahasa dunia yang menjadi faktor kemunculan bidang terjemahan. Terjemahan al-Quran merupakan antara bidang terjemahan yang penting khususnya kepada masyarakat Islam yang tidak menguasai bahasa Arab. Ini adalah kerana melalui terjemahan al-Quran, pembaca dapat memahami isi kandungan al-Quran seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Namun sebagai pengkaji bidang terjemahan al-Quran, terjemahan bukan sahaja dilihat dari segi teks bahasa sasaran atau makna yang dihasilkan sahaja sebaliknya aspek prosedur terjemahan yang dipakai oleh penterjemah ketika melakukan proses penterjemahan al-Quran. Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis prosedur yang digunakan oleh penterjemah ketika menterjemahkan kata kerja perintah di dalam al-Quran. Kajian hanya menumpukan analisis pada surah al-Baqarah dalam Tafsir Nur al-Ihsan Jilid 1 yang ditulis oleh Muhammad Said Umar pada tahun 1925. Sebanyak 10 contoh ayat berserta terjemahan terpilih yang mengandungi kata kerja perintah, dianalisis dengan melihat
Terjemahan Al-Qur'an mempunyai kaedah khas seperti yang dicadangkan oleh ulama Islam yang pakar dalam sains terjemahan. Terdapat para ulama' yang mengajar Al-Qur'an dan sainsnya kepada rakyat negara ini, supaya pengajaran Al-Qur'an kepada... more
Terjemahan Al-Qur'an mempunyai kaedah khas seperti yang dicadangkan oleh ulama Islam yang pakar dalam sains terjemahan. Terdapat para ulama' yang mengajar Al-Qur'an dan sainsnya kepada rakyat negara ini, supaya pengajaran Al-Qur'an kepada pengajaran bahasa Arab, termasuk tatabahasa, dan retorik, terutamanya terjemahan, seharusnya pelajar dapat memahami makna Al-Quran sambil memahami bahasa Arab. Sebenarnya proses itu sedang dijalankan untuk membantu umat Islam yang tidak mempunyai keupayaan untuk memahami bahasa Al-Quran, walaupun mereka tidak memahami bahasa Arab. Artikel ini menganalisis Surat Yasin dalam tafsiran Nour al-Ihsan memberi tumpuan kepada kaedah yang dipilih oleh jurubahasa Mohamed Said Omar apabila menterjemahkan tindakan perintah itu, dari mana nampaknya dia mengambil beberapa kaedah penterjemahan tertentu walaupun tanpa kemahuannya sehingga terjemahan menjadi versi terjemahan yang memberi manfaat kepada negara. Memberi tumpuan kepada kaedah penterjemahan budaya oleh Newmark (1988), penyelidikan menganalisis terjemahan ayat-ayat yang terdiri daripada kata kerja perintah dan kaedah penterjemahan  jurubahasa. Dengan penggunaan kaedah deskriptif, jurubahasa cenderung memilih kaedah penterjemahan literal. Dalam pengertian ini, adalah dicadangkan bahawa terjemahan kata kerja perintah dalam Surat Yasin tafsiran lebih cenderung kepada kaedah penterjemahan langsung, yang menganggap bahawa terjemahan Al-Quran daripada terjemahan agama adalah wajar.
Penawaran subjek bahasa Arab di Management and Science University (MSU) bukanlah suatu yang baharu, bahkan sejak awal penubuhannya lagi. Ia seiring dengan dasar kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengangkat bahasa Arab... more
Penawaran subjek bahasa Arab di Management and Science University (MSU) bukanlah suatu yang baharu, bahkan sejak awal penubuhannya lagi. Ia seiring dengan dasar kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengangkat bahasa Arab sebagai bidang profesional yang bertaraf antarabangsa. Sehingga kini, belum ada kajian khusus berkaitan dengan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di MSU lantaran tiada keperluan seperti pada masa kini. Oleh itu, kajian ini dijalankan oleh pengkaji yang berlatar belakang pengajian bahasa Arab untuk melihat apakah faktor kecenderungan minat pelajar MSU terhadap subjek bahasa Arab khusus pada semester semasa iaitu September 2019. Pengkaji mengguna pakai kajian kepustakaan melalui pendekatan kualitatif yang menjurus kepada analisis teks melalui pengaplikasian kaedah tinjauan berbentuk deskriptif, iaitu satu set tinjauan atas talian dengan menggunakan google sheets dan diedarkan kepada 30 orang pelajar yang mengambil subjek bahasa Arab daripada program dan fakulti yang pelbagai. Kajian ini menunjukkan bahawa faktor dominan ialah perasaan ingin belajar bahasa baharu dalam kalangan pelajar berbanding faktor-faktor lain seperti ingin mengasah semula ilmu yang pernah dipelajari, ingin bekerja di negara Arab, memahami al-Quran, menyahut cabaran dan bahan bantu mengajar yang menyeronokkan. Kajian ini juga merekodkan beberapa butiran penting yang mempengaruhi faktor ini iaitu jantina, semester pengajian, program, fakulti, umur dan subjek. Ini membuktikan bahawa minat pelajar terhadap subjek bahasa Arab bukan sahaja disebabkan faktor tertentu, tetapi ia juga disebabkan pengaruh lain yang turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan minat pelajar itu sendiri.
TERJEMAHAN antara sumber pembinaan perbendaharaan atau kosa kata sesuatu bahasa, bahkan usaha penterjemahan telah bermula sejak zaman lampau. Menurut Puteri Roslina dalam buku Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu menyatakan bahawa bukti... more
TERJEMAHAN antara sumber pembinaan perbendaharaan atau kosa kata sesuatu bahasa, bahkan usaha penterjemahan telah bermula sejak zaman lampau. Menurut Puteri Roslina dalam buku Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu menyatakan bahawa bukti awal penterjemahan melalui penemuan batu bersurat yang bertarikh 3000 SM di tebing sungai Nil pada zaman Mesir Tua di Timur Tengah. Bukti ini menunjukkan bahawa kegiatan penterjemahan telah bermula lebih awal daripada tempoh itu kerana bahasa-bahasa dunia telah wujud sekian lama, maka hal ini memerlukan kepada penterjemahan sebagai medium pemindahan bahasa.
Bahasa dan adab ialah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap bahasa mempunyai nilai estetika tersendiri yang menjadi asas pembinaan sesebuah bangsa sejak dari awal sejarah kelahiran bahasa. Bahasa digunakan oleh... more
Bahasa dan adab ialah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap bahasa mempunyai nilai estetika tersendiri yang menjadi asas pembinaan sesebuah bangsa sejak dari awal sejarah kelahiran bahasa. Bahasa digunakan oleh penutur dalam sesebuah masyarakat bagi tujuan yang pelbagai demi memenuhi keBahasa dan adab ialah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap bahasa mempunyai nilai estetika tersendiri yang menjadi asas pembinaan sesebuah bangsa sejak dari awal sejarah kelahiran bahasa. Bahasa digunakan oleh penutur dalam sesebuah masyarakat bagi tujuan yang pelbagai demi memenuhi keperluan hidup manusiawi. Melalui penggunaan bahasa yang betul, maka akan lahir masyarakat yang mempunyai nilai adab yang tinggi sesuai dengan kedudukan bahasa sebagai medium perkembangan agama dan tamadun. perluan hidup manusiawi. Melalui penggunaan bahasa yang betul, maka akan lahir masyarakat yang mempunyai nilai adab yang tinggi sesuai dengan kedudukan bahasa sebagai medium perkembangan agama dan tamadun. Bahasa dan adab sentiasa bersama dalam usaha melahirkan masyarakat yang bertamadun dan beragama kerana dimensi adab dalam bahasa sangat dominan, lantaran itu kesantunan bahasa seharusnya dipupuk agar usaha melahirkan masyarakat beradab dapat diterjemahkan secara realiti.
Terjemahan merupakan salah satu bidang pengajian ilmu bahasa gunaan atau linguistik terapan yang semakin berkembang berikutan kewujudan kepelbagaian bahasa dunia yang menjadi faktor kemunculan bidang terjemahan. Terjemahan al-Quran... more
Terjemahan merupakan salah satu bidang pengajian ilmu bahasa gunaan atau linguistik terapan yang semakin berkembang berikutan kewujudan kepelbagaian bahasa dunia yang menjadi faktor kemunculan bidang terjemahan. Terjemahan al-Quran merupakan antara bidang terjemahan yang penting khususnya kepada masyarakat Islam yang tidak menguasai bahasa Arab. Ini adalah kerana melalui terjemahan al-Quran, pembaca dapat memahami isi kandungan al-Quran seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Namun sebagai pengkaji bidang terjemahan al-Quran, terjemahan bukan sahaja dilihat dari segi teks bahasa sasaran atau makna yang dihasilkan sahaja sebaliknya aspek prosedur terjemahan yang dipakai oleh penterjemah ketika melakukan proses penterjemahan al-Quran. Maka, kajian ini bertujuan untuk menganalisis prosedur yang digunakan oleh penterjemah ketika menterjemahkan kata kerja perintah di dalam al-Quran. Kajian hanya menumpukan analisis pada surah al-Baqarah dalam Tafsir Nur al-Ihsan Jilid 1 yang ditulis oleh Muhammad Said Umar pada tahun 1925 (Muhammad Said: 1391H). Sebanyak 10 contoh ayat berserta terjemahan terpilih yang mengandungi kata kerja perintah, kemudian dianalisis terjemahan tersebut dengan melihat kepada prosedur terjemahan yang digunakan oleh penterjemah. Prosedur tersebut kemudian dilihat dari teori terjemahan seperti yang diperkenalkan oleh sarjana dalam bidang terjemahan. Kajian ini ialah kajian kepustakaan yang menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan ini juga turut menggunakan kaedah pemerhatian dan penerangan iaitu teks terjemahan tersebut dianalisis kemudian diterangkan prosedur yang dipakai oleh penterjemah. Dapatan kajian ini mendapati bahawa penterjemah sering memilih prosedur terjemahan literal dan terjemahan perkataan demi perkataan selain beberapa prosedur terjemahan lain yang turut digunakan oleh penterjemah.
BAHASA dan agama ialah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama yang lain. Setiap bahasa mempunyai sejarah dalam penyebaran agama di dunia sehingga agama tersebut dapat disebarluaskan dan ajarannya dianuti oleh sekalian... more
BAHASA dan agama ialah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama yang lain. Setiap bahasa mempunyai sejarah dalam penyebaran agama di dunia sehingga agama tersebut dapat disebarluaskan dan ajarannya dianuti oleh sekalian manusia. Semua kitab suci agama ditulis dalam bahasa tertentu, contohnya kitab al-Quran ditulis dalam bahasa Arab, kitab Veda dalam bahasa Sanskrit dan Bible dalam bahasa Yunani. Oleh itu, bahasa memainkan peranan yang penting dalam penyampaian agama dan penganut agama akan lebih mengenali tuhannya.