Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
1 PROCEEDING OF 2ND INTERNATIONAL ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE (ISHEC 2017) 2 3 PROCEEDING OF 2ND INTERNATIONAL ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE (ISHEC 2017) Editors MOHD FAIZAL P. RAMELI ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP MOHD ZAID MUSTAFAR MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ RAWI NORDIN S. SALAHUDIN SUYURNO DZIAUDDIN SHARIF Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Alor Gajah ● 2017 4 Cetakan Pertama / First Printing, 2017 Hak Cipta / Copyright Penerbit ACIS, UiTM Cawangan Melaka Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada ACIS, UiTM Cawangan Melaka terlebih dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from ACIS, UiTM Cawangan Melaka. Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA, JALAN LENDU, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA, MALAYSIA Tel: +606 558 2303, 2305 Atur huruf oleh / Typeset by ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK, MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP, MOHD ZAID MUSTAFAR & MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ Mel-e: qayyumfpi@yahoo.co.uk Reka bentuk kulit oleh Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz Mel-e: nizamiyyah86@gmail.com ISBN: 5 Table of Contents ________________________________________________________________________ Foreword Preface 7 9 HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC THOUGHT Genre Historiografi Ibn al-Athir Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak, Nor Adina Abdul Kadir & Mariam Farhana Md Nasir ... 3 Kajian Literatur Istilah ‗Umran Ibn Khaldun Abdul Qayuum Abdul Razak & S.Salahudin Suyurno ... 13 Metodologi Penulisan Isu Kenabian menurut Badiuzzzaman Said Nursi dalam Kitab Rasail al-Nur Muaz Mohd Noor, S.Salahudin Suyurno, Nor Adina Abdul Kadir, Abdul Qayuum Abdul Razak & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz ... 21 Metodologi Penulisan Syed Qutb dalam Kitab Fi Zilal al-Quran Halipah Hamzah & Noormala Rabu ... 35 Sejarah Pengajian Pondok dan Tokoh Ulama: Kajian di Daerah Besut, Terengganu Darul Iman Mohd Zainodin Mustaffa, Emie Sylviana Mohd Zahid, Nur Farhana Mohd Daud, Mahasin Saja@Mearaj, Mohd Asyadi Redzuan & Mohamad Zaki Razaly ... 47 Mekah Pusat Dunia: Hubungan dengan Brunei Muhammad Hadi Muhammad Melayong ... 55 Peranan Sufi dalam Penyebaran Islam di Nusantara H Sumanta MA & Hajam M.Ag ... 63 Ngaji Kitab bersama Para Kiai Cirebon ‗Memaknai Jihad Islam‘ untuk Meraih Sukma Pancasila Siti Fatimah M.Hum ... 75 Jender dalam Perspektif Nasaruddin Umar H Jamali Sahrodi MA & Amin Maulana ... 101 6 Madrasah Menggapai Mutu H Maksum MA ... 117 Pendekatan Kajian Orientalis terhadap Islam: Satu Sorotan Awal Mohd Farhan Abd Rahman & Muhamad Azrul Azwan ... 125 ZA‘BA, Melayu dan Kolonialisme Inggeris Noor Aziera Mohamad Rohana, Nurul Asma Mazlan, Noraini Abd Muaziz & Ermy Azziaty Rozali ...137 Budaya Berfikir Kritis Islam sebagai Pendekatan dalam Mengukuhkan Jatidiri Masyarakat Melayu Kini Norafifah Ab Hamid, Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man & Siti Nurul Izza Hashim ... 151 Kepentingan Kepercayaan Konsep Ilmu dalam Pembentukan Pandangan Alam Mahfuzah Mohammed Zabidi & Rohaya Sulaiman… 167 HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC HERITAGE Penentuan Tarikh Perkahwinan Rasulullah SAW berdasarkan Pengiraan Takwim Hijri terkini Nur Jannah Ballazi, Hamidah Jalani, Norsaeidah Jamaludin, Sarah Dina Mohd Adnan & Nang Naemah Nik Dahalan ... 180 Konsep Kepimpinan Melayu Islam di Nusantara Menurut Teks Bustan al-Salatin Shah Rul Anuar Nordin ... 188 Prasasti Terengganu: Kepentingannya dalam Sejarah Tamadun Islam Alam Melayu Nor Adina Abdul Kadir, Nang Naemah Nik Dahalan, Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak & Khairul Nizam Abdul Aziz ... 199 Kelangsungan Budaya Masyarakat Chetti Melaka Era Globalisasi Siti Nurul Izza Hashim, Norafifah Ab Hamid, Rawi Nordin, Nor Rafedah Mohsan & Muhammad Faidz Mohd Fadzil ... 209 Sejarah dan Implementasi Dekorasi Cina dalam Pembinaan Masjid Terawal di Malaysia Nor Adina Abdul Kadir, S.Salahudin Suyurno, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris & Muaz Mohd Noor ... 223 7 ISLAMIC LITERATURE AND ART Keindahan Konsep Tauhid dalam Rekabentuk Motif-motif Seni Tradisi Melayu Shaliza Dasuki, Azahar Harun, Liza Marziana Mohammad Noh, Nur Hasliza Abdullah, Nurkhazilah Idris & Fazlina Mohd Radzi ... 239 Identifying A Lotus Motif Transformation on The Melaka Traditional Mosque‘s Roof Crown in 1720-1950 Raziq Abdul Samat, Sharifah Shaari, Dona Lowii Madon, Meor Hasmadi Meor Hamzah & Nor Fariza Baharuddin ... 255 Potensi Seni Iluminasi al-Qur‘an Mushaf Malaysia Nik Narimah Nik Abdullah, Mohd Hisham Johari, Ayob Wahid, Zahara Ramli, Muhamad Fauzi Harun, Anith Liyana Amin Nudin & Mohd Amin Mohd Noh… 263 ‫أثر الًتاث العريب اإلسبلمي يف الرسم االكركيب اغبديث‬ ‫ شكيبا مصطفى الشريفية & ؿبمود حسُت عبد الرضبن‬... 281 Notes on the Ibadi Religious Architecture: A Comparative Study of the Mosques in Mzab, Djerba and Oman Naima Benkari ... 301 Contemporary Telekung in Malaysia it's Challenges and Realities Norzaleha Zainun, Jamiaah Abdul Holed & Zolina Mohamad ... 317 The Development of Character Category in Jawi Typography-An Implementation in Typography Course in UiTM Intan Nur Firdaus Muhammad fuad, Sharifah Raudzah S. Mahadi & Ahmad Khairul Azizi Ahmad ... 333 Art Photography: Ideation and Influences of Islamic Geometric Patterns Azmil Aswad Che Mat, Aidah Alias & Farihan Zahari ... 345 The Reading of Tajwid in Surah Yaasin for Red-Green Colour Vision Deficiencies Siti Sarah Adam Wan, Azahar Harun, Nur Hasliza Abdulah & Shaliza Dasuki ... 357 POLITICS AND GOVERNANCE Peranan Sultan Abu al-Hasan ‗Ali al-Marini dalam Kerajaan Banu Marin di Fas, al-Maghrib (1331-1351M) 8 Mariam Farhana Md Nasir, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris, Hamidah Jalani & Muhammad Taufik Md Sharipp ... 365 Sejarah Institusi Ketenteraan di Malaysia dan Sumbangan kepada Kelangsungan Ketamadunan Burhanuddin Jalal, Sayuti Ab Ghani, Amnah Saayah & Redwan Yasin ... 380 Perspektif Kitab Quran terhadap Bidang Pengurusan Rekod Ahmad Azman Mohamad Ramli, Azmi Ab Rahman, Kasmarini Baharuddin, Mohd Naim Mohd Nasfi, Mohd Ridzuan Ibrahim & Abd Rashid Abd Rahman ... 397 ISLAMIC ECONOMICS AND BUSSINES MANAGEMENT Etika Pengurusan Sumber Manusia bagi Muslimpreneurs dalam Perniagaan Berskala Kecil Mohd Faizal P.Rameli, Suhaida Mohd. Amin, Dziauddin Sharif, Norajila Che Man & Noorfazreen Mohd Aris ... 413 Paradigma Tauhid dalam Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Norajila Che Man, Muhammad Rahimi Osman & Mohd Faizal P.Rameli ... 427 Wasatiyyah sebagai Asas Pembuatan Keputusan Pelabur Muslim Noor Hasyimah Sulaiman, Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Rubiah Abu Bakar ... 445 Penilaian Pakar dalam Model Konseptual Penggunaan Berhierarki Islam Basri Abd. Ghani & Ahmad Azrin Adnan ... 453 The Need to Work by Educated Muslim Women in Malaysia Suhaida Mohd. Amin & Mohd Faizal P.Rameli ... 461 The Impact of Macroeconomic Variables on FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah Index Siti Nurulhuda Ibrahim, Zuraini Abdul Hamid, Amirudin Mohd Nor, Fahmi Abdul Rahim & Noraznira Abd Razak ... 469 Multimodal Analysis on Muslimah Cosmetic Billboards Nor Atifah Mohamad, S. Salahudin Suyurno, Sumarni Maulan & Nazarul Azali Razali ... 489 Determinants of Electronic Commerce Adoption: Case Study Among Small and Medium Enterprise (SME) in Klang Valley 9 Nur Atiqah Zainuddin, Maymunah Ismail, Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Sharif, Maz Izuan Mazalan & Mohd Sufian Ab Kadir … 501 Halal vs Non-Halal Cosmetic: Positioning in Malaysian Market Azahar Harun, Roszi Naszariah Nasni Naseri, Nur Hazwani, Zolkifly & Mastura Ayob ... 513 Total Quality Management and Halal Certification of Food Product in Malaysia Rizuwan Abu Karim, Nurazree Mahmud, Helmy Fadlisham Abu Hasan & Juan Rizal Sa‘ari ... 519 Pemantauan dan Penguatkuasaan Halal terhadap Produk Makanan Import oleh JAKIM Mohd Zaid Daud, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Nurzahidah Jaafar & Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah ... 527 WAQF DEVELOPMENT IN MALAYSIA Elemen Kekal Harta Wakaf: Analisis menurut Fuqaha dan Undang-undang di Malaysia Che Zuina Ismail, Azarudin Awang, Rubiah Abu Bakar, Noor Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 549 Sejarah Universiti al-Azhar sebagai Model Institusi Pendidikan Wakaf Terulung Mohd. Ali Muhamad Don ... 565 Pembangunan Tanah Wakaf Melalui Inovasi Istibdal Che Zuina Ismail, Rubiah Abu Bakar, Azarudin Awang, Noor Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 575 Pembangunan Wakaf Kesihatan: Model Operasi dan Pengurusan Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) Norizah Mohamed @ Daud, Noorfazreen Mohd Aris, Sharipah Amirah Abas & Noraini Abd Muaziz ... 587 Urus Tadbir Hartanah Wakaf Melaka: Strategi Penambahbaikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Norajila Che Man, Rawi Nordin, Norafifah Ab Hamid & Nor Azlina Abd Wahab ... 601 Aktiviti Pembangunan Saham Wakaf di Johor Nurfarhana Mohd Daud, Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Munirah Zakaria & Aflah Isa ... 613 10 CONTEMPORARY ISSUE OF ZAKAT IN MALAYSIA Penetapan Had Kifayah Zakat Pelajar di UiTM: Satu Keperluan Baharuddin Sayin, Azri Bhari, Mohd Afandi Mat Rani & Muhammad Nor Aman Jamaluddin ... 625 Profil Asnaf Zakat di Kalangan Pelajar UiTM Melaka Kampus Bandaraya Nor Rafedah Mohsan, Dziauddin Sharif, Norafifah Ab Hamid, Siti Nurul Izza, Hashim & Rizuwan Abu Karim ... 635 Pengambilan Hukum Uruf dalam Zakat Emas Perhiasan Negeri-negeri di Utara Malaysia Noraini Saro & Rawi Nordin ... 643 Aktiviti Pembangunan Spiritual Bagi Asnaf Zakat Fakir dan Miskin di Selangor Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Nurfarhana Mohd Daud & Mahasin Saja@Mearaj ... 651 ISLAMIC PHILANTHROPY AND HOSPITALITY Crowdfunding: A New Phenomenon of Philantropic Method Nurzahidah Jaafar, Siti Noorbiah Md Rejab, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud & Mazni Natasha Mohd Nasir ... 675 Corporate Philanthropy as A Corporate Social Responsibility Component: An Islamic Perspective Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Noor Hasyimah Sulaiman & Azarudin Awang ... 687 Travel Patterns of People with Physical Disabilities in Attractions Sector of Selangor‘s Tourism Industry Nurul Fatin Nabila Md Nafiah, Intan Farhana Abd.Karim, Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Shariff, Mohd Sufian Ab Kadir & Maz Izuan Mazalan ... 695 MANAGEMENT IN ISLAMIC PERSPECTIVE Siapakah yang Sayang: Pengurusan Gerontologi Kajian di Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang 11 Nurzahidah Jaafar, Suliah Mohd Aris, Fadhilah Adibah Ismail, Rafeah Saidon & Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.... 711 An Insight into The Islamic Manufacturing Practices (IMP) Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud, Nurzahidah Jaapar & Thuraya Ahmad ... 723 Shariah Risk Profiling Through Shariah Based Business Modelling: A Rectification Plan for Shariah Audit Finding (SNCR-01) for Company XYZ Mohd Helmi Ahmad & Najahuddin Lateh ... 737 Qualitative Characteristics Accounting Information of Kariah Mosque: A Concept Paper Masita Hassan, Salina Abdullah, Rahayu Mohd Sihat & Norlinda Tendot Abu Bakar ... 749 Sulh Approach in The Education Loan‘s Repayment: The Study on Education Loan of The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) Dziauddin Sharif, Norajila Che Man, Zainab Mohd Zain, Nasif Sidquee Pauzi & Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 757 Assessing Managers‘ Perception towards Fitness: Examining A Few Procedures and Steps Saidin Wan Ismail & Norzaidi Mohd. Daud... 765 CONTEMPORARY ISSUES IN ISLAMIC JURISPRUDENCE Ta'liq Talak: Antara Peruntukan Perundangan dan Amalan di Melaka Noormala Rabu, Halipah Hamzah, Mohd Fauzi Md Isa & Zainal Fikri Zamzuri ... 791 Dilema Hak Suami Pasca Penceraian: Suatu Penelitian Awal di Malaysia Mohd Ab Malek Md Shah, Zunaidah Ab Hasan, Sulaiman Mahzan, Marziana Abd Malib, Akmal Adanan & Mohamad Daim Darson ... 799 Penjagaan Akal Menurut Perspektif Islam dalam Konteks Maqasid Syariah Fadhilah Adibah Ismail, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Kamariah Yusoff, Azizah Zakaria & Norsalwati Sabtu ... 809 Maqasid Syariah dalam Pelancongan Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Rawi Nordin, Mohamad Shafiei Ayub & Mohd Zaid Mustafar ... 817 12 Pengurusan Harta Menurut Islam: Analisa Menurut Perspektif Maqasid Syariah Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Norafifah Ab Hamid & Rawi Nordin ... 835 ‫ منهجية ذبديدية يف تأليف علم األصوؿ‬:‫علم الفركؽ األصولية‬ (The Science of Usuli Nuances: a Renewal Method of Writing in Usul al-Fiqh) ‫… مصطفى بن ؿبمد جربم مشس الدين‬847 The Wisdom of Polygamy in Islam: The Law and Customary Practice in Afghanistan Nasir Ahmad Yousefi... 865 Pendekatan Fuqaha dalam Memahami Illah Riba bagi Emas dan Perak Mohd Asyadi Redzuan, Mohamad Zaki Razaly, Mohd Zainodin Mustaffa & Siti Noor Ain Aziz ... 879 CONTEMPORARY ISSUES OF DAKWAH IN MALAYSIA Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar dalam Kerangka Dakwah Islam Razali Musa, Wan Hishamudin Wan Jusoh, Mohd Shahril Othman, Syed Hadzrullathfi Syed Omar & Mohd Safri Ali ... 889 Pengurusan Akidah di Malaysia Secara Berorganisasi: Satu Tinjauan Awal Tentang Jalinan antara Institusi Islam Kerajaan Pusat dan Negeri di Malaysia Sophian Rambli & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ... 895 Toleransi Agama dalam Kehidupan Komuniti Muslim Baharu: Tinjauan dari Aspek Cabaran Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat & Rubiah Abu Bakar ... 901 Kartun Bertemakan Dakwah Islamiyah Atas Talian: Interpretasi Dakwah Sarkastik Dan Satira Fazlina Mohd Radzi & Azahar Harun ... 909 The Correlation Between Salah (Prayers) and Students‘ Academic Performance Che Haslina Abdullah, Mahanim Omar, Raja Rosila Raja Berahim, Nur Afiqah Ab Latif & Che Nooryohana Zulkifli... 921 Peranan Laman Facebook dalam Penyampaian Maklumat Pengurusan Pusaka Mohd Khairy Kamarudin, Mohd Hafizie Suhaimi & Nasrul Hisyam Nor Muhamad... 931 13 Muslims in South Korea: The Way of Life Mahsuri Khalid, Ashirah Fatihah Mohd, Nurauni Aqilah Mohd Khir, Nur Nabila Mazlan, Nur Farhanah Mahamad Halid & Noraini Jamal... 943 Kajian Awal Tahap Kesukarelawan di Kalangan Rakyat Johor, Malaysia Nik Rozilaini Wan Mohamed, Abdul Rasid Abdul Razzaq, Rohayu Roddin & Nor Asikin Shaharuddin... 963 Perubahan Akhlak Saudara Kita Selepas Memeluk Islam di Johor Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Mohd Farhan Ahmad, Noraishah P Othman, Siti Fairuz Sujak & Luqmanulhakim Ab Rahman... 969 Dakwah Melalui Media Sosial: Penerimaan dalam Kalangan Warga IPD Setiu, Terengganu Azman Che Mat, Khairul Azhar Abd. Karim, Azarudin Awang, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat & Ahmad Zulfadhli Nukman... 987 ISLAM AND COMMUNICATION Akhlak Terbina Komunikasi Sempurna S.Salahudin Suyurno, Mohammad Taufik Md Sharipp, Mohd Shafie Ayub, Mohd Zaid Mustafar & Mohd Zin Junoh ... 997 Aplikasi Syarat Kesahihan Hadith terhadap Model Komunikasi Berkesan Muhammad Taufik Md Sharipp, Muhammad Faidz Mohd Fadzil, Mohd Zaid Mustafar, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz & S Salahudin Suyurno ... 1005 Komunikasi IntraPersonal dalam Dialog antara Agama: Pengalaman Saudara Baru Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat, Noor, Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 1015 Pembangunan dan Pengesahsahihan Instrumen Manhaj Rabbãniyyah sebagai Indikator Komunikator Islam Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno, Mohamad Shafiei Ayub, Abdul Raf Ridzuan & Mariam Farhana Md Nasir ... 1023 Media Baharu dan Budaya Popular Islam: Peranan dan Realiti Aini Faezah Ramlan, S Salahudin Suyurno, Muhamad Shafie Ayub, Rosilawati Sultan Mohideen & Abdul Qayyum Abd Razak ... 1031 14 Unsur-unsur Takmilah dalam Filem Islam Mohamad Shafiei Ayub, Muhammad Taufik Md Sharipp, Aini Faezah Ramlan, Abdul Qayuum Abdul Razak, S Salahudin Suyurno & Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 1037 ISLAMIC EDUCATION DEVELOPMENT Gagasan Madrasah Al-Zahra‘: Penubuhan Universiti Islam di Akhir Kerajaan Turki Uthmani Mohd Nasir Ayub, Surita Hartini Mat Hassan, Muaz Mohd Noor, Noor Hidayah Kasim & Rafidah Amat ... 1055 Kaedah Hafazan: Suatu Tinjauan Ringkas Siti Suriyani Sulaiman ... 1071 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Pencapaian Pelajar Bahasa Arab Azman Che Mat, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Azarudin Awang, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat & Ahmad Zulfadhli Nukman ... 1087 Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi Kursus CTU 281: Kesan terhadap Prestasi Akademik dan Motivasi Diri Pelajar Grafik di UiTM Alor Gajah Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah Hassan & Fazlina Mohd Radzi ... 1095 Analisis Kerelevanan Kurikulum Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam (CTU151) terhadap Pelajar di UiTM Rubiah Abu Bakar, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Noor Hasyimah Sulaiman ... 1107 Hadith's Source of Reference Finder Browser Extension Mohamad Hafiz Khairuddin, Nur Azalizana Ahmad Saru, Mohd Hafifi Mohd Supir, Anwar Farhan Zolkeplay & Mohd Taufik Mishan... 1117 Peranan IPTA dan IPTS dalam Menerapkan Pendidikan al-Quran di dalam Kurikulum sebagai Kursus Teras bagi Semua Pelajar Islam di Malaysia: Kajian Awal di Beberapa Buah IPT di Malaysia Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman, Sulaiman Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir… 1127 15 Hukum Kanun Brunei dan Hukum Kanun Melaka: Suatu Ristaan Sejarah Haji Dzulkiflee Haji Abdul Latif... 1143 ‫جهود علماء اؼبسلمُت يف ؾباؿ الطب كأثره على اغبضارة اإلنسانية‬ ‫ ؿبمد مرسلُت ؿبمد إظباعيل‬.‫ د‬... 1155 16 6 Foreword _________________________________________________________________ Bismillahirrahmanirrahim. All praise to Allah SWT. Blessing and Prayers be upon Prophet Muhammad SAW, and also to his family members, kindred‘s, companions and his followers who adhere faithfully to his teaching. I would like to express my gratitude for this invitation to write a few words in conjunction of this proceeding. Heartiest congratulations go to the organizers of the 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 (2nd IsHeC2017) that was held on 14th – 15th November 2017. Congratulations also to the editors for their efforts in publishing the articles presented at the 2nd IsHeC2017. Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 is a very noble effort as it adds to the corpus of literature on Islamic based research in various disciplines of knowledge. I hope that this proceeding can be a catalyst for the germination and strengthening of Islamic knowledge. Finally, I wish to extend my sincere appreciation to all parties involved in the publication of this proceeding especially Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UiTM Melaka, Center for Islamic Philanthropy and Social Finance (CIPSF), Pusat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (PJI & A) UiTM Melaka and the authors for their contribution. DATUK PROF. MADYA SABARIAH MAHAT Rektor, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka. 7 8 Preface _________________________________________________________________ In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. All praise is due to Allah SWT, the Almighty. We all praise Him, seek His Help, and ask for His Forgiveness. We seek refuge with Him from the evil of our souls, and from our sinful deeds. He whom Allah SWT guides, no one can misguide him, and whoever Allah SWT misguides, no one can guide him. Blessings and prayers upon His Messenger Prophet Muhammad SAW. We would like to express our thorough and sincere gratefulness to Allah the Almighty, who has given us the opportunity to write, edit and complete the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017. We wish to extend our appreciation to YBhg. Datuk Associate Professor Sabariah Hj. Mahat, Rector of Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka for her full encouragement in ensuring the success of the 2nd IsHeC2017 and also the publication of this proceeding. Special thanks to YBrs. Associate Professor Dr. Shafinar Ismail, Deputy Rector of Research and Industrial Linkage UiTM Cawangan Melaka for her continuous support in 2nd IsHeC2017. A great deal of appreciation also goes to the Center for Islamic Philanthropy and Islamic Finance (CIPSF), Uni-Charity Society, ACIS UiTM Cawangan Melaka and UiTM Press for their tremendous effort in making the 2nd IsHeC2017 a success. This proceeding comprises the articles that were presented in 2nd IsHeC2017 which held on 14 hingga 15 November 2017 at Avillion Hotel Melaka. Hopefully, the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 will give a clearer view of various contemporary issues in Islamic-based research in this country and the Muslim world as a whole. Finally, we hope that this proceeding may inspire and motivate its readers in initiating attempts and contributions for the sake of Muslim ummah. MOHD FAIZAL P. RAMELI ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP MOHD ZAID MUSTAFAR MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ RAWI NORDIN S. SALAHUDIN SUYURNO DZIAUDDIN SHARIF Editor Proceeding of 2nd Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) 9 10 PERANAN IPTA DAN IPTS DALAM MENERAPKAN PENDIDIKAN ALQURAN DI DALAM KURIKULUM SEBAGAI KURSUS TERAS BAGI SEMUA PELAJAR ISLAM DI MALAYSIA: KAJIAN AWAL DI BEBERAPA BUAH IPT DI MALAYSIA Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman, Sulaiman Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir ABSTRAK Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengaplikasikan kurikulum Al-Quranic sebagai mata pelajaran wajib universiti untuk memartabatkan Al-Quran sebagai wahyu agung di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, merupakan kewajipan pemimpin untuk menyusun semula sistem pendidikan di Negara ini demi meningkatkan tamadun intelektual di Negara kita. Tenaga professional yang terdiri daripada sarjana yang lahir daripada Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) di Negara ini perlu di berikan pendidikan Al-Quran sebagai mata pelajaran asasi. AlQuran sebagai sumber rujukan kehidupan tidak sepatutnya di belakangkan walaupun pelajar daripada aliran kedoktoran atau kejuruteraan mahupun undangundang. Banyak manfaat dan syafaat daripada mempelajari al-Quran justeru kajian ini harus dilakukan. Kajian dijalankan adalah dengan menemuramah individu-individu yang menyelaras dan mengajar kursus teras universiti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan Kolej Universiti Islam Antarbangsa (KUIS) yang telah melaksanakan kurikulum Al-Quran, serta pensyarah dan pentadbir universiti lain terutamanya Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Politeknik Malaysia dan juga Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah dialektik untuk melihat secara mendalam kaedah untuk menerapkan kursus al-Quran yang sesuai diaplikasikan di dalam kurikulum bersepadu institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kata kunci: Kurikulum Al-Quran, professional, IPT, temubual. PENGENALAN DAN KAJIAN LITERATUR Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Falsafah Pendidikan Negara ini telah memberi ruang yang cukup baik untuk perkembangan kurikulum agar kedua-dua aspek intelek dan etika dibina secara bersepadu untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kesepaduan akhlak dan ilmu dan sepatutnya meenjadi falsafah 1129 pendidikan di peringkat IPT juga. Matlamat pendidikan di peringkat pengajian tinggi pula, ialah berhasrat tentang kesatuan dan kesepaduan ilmu yang bakal melahirkan graduan dan saintis yang bertaqwa serta sarat dengan nilai etika. Tetapi masalah gejala rasuah yang semakin hari semakin meningkat di Negara kita menunjukkan yang sebaliknya. Kadar kesalahan rasuah lebih daripada 80% melibatkan professional penjawat awam yang beragama Islam [1]. Manakala gejala sosial secara terang namun berselindung tetapi telah diselongkar oleh Khir Khalid [2], menjelaskan tingkah laku remaja melayu dalam kehidupan malam di ibu kota. Pasti ramai tidak tahu dimana berlangsungnya acara-acara ‗underground‘ tanpa permit dan acara perlumbaan haram. Ada golongan yang menyalahkan ibu bapa, ada pula yang menyalahkan sistem pendidikan dan ada juga yang meletakkan kesilapan itu pada arus cara hidup moden sekarang. Kes buang bayi di kalangan penuntut IPT semakin hari semakin meningkat di laporkan di media massa. Kaedah memperbaiki sistem pendidikan di Negara kita harus diambil pusing dan ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab. Kadar kematian pelajar IPT pada tahun 2016 menunjukkan jumlah yang agak ramai. Persoalannya adakah al-Quran memberi syafaat kepada pelajar yang telah pergi itu dengan cara hidup mereka yang sedemikian. Jatuh dan bangunnya sesuatu tamadun intelektual dan material manusia bergantung sepenuhnya kepada amalan budaya ilmu yang diamalkan oleh masyarakat yang terbabit [3]. Hal yang sama juga perlu dikaitkan dengan tamadun Islam, di mana kebangkitan dan kemunduran tamadun umat Islam bergantung sepenuhnya kepada amalan budaya ilmu dan penghayatan Islam sepenuhnya [4]. Sebagai seorang yang beragama Islam, Al-Quran dan hadis dijadikan sebagai tunjang pegangan hidup yang dijadikan panduan utama hidup masyarakat muslim. Islam adalah agama dan sistem yang mementingkan ilmu pengetahuan baik bersifat dunia mahupun akhirat. Penelitian dibuat dikebanyakan IPT di Malaysia, hanya semester pertama dan kedua sahaja terdapat kursus teras seperti Tamadun Islam, Prinsip-prinsip Asas Islam dan Etika Sains dan Teknologi Islam [5]. Selebihnya adalah bergantung kepada usaha pihak IPT itu sendiri menyediakan program agama seperti Iqra‘ dan kelas tajwid tetapi tidak mendapat sambutan yang baik dikalangan pelajar. Atas alasan pelajar sibuk dengan aktiviti masing-masing seperti menyiapkan tugasan dan aktiviti sosial, mereka akan terleka daripada kewajipan membaca al-Quran. Oleh sebab itu, satu usaha untuk mewajibkan pelajar dalam melibatkan diri mempelajari ilmu agama dan al-Quran perlu dilakukan. Kehidupan pelajar di intusi tinggi adalah lebih banyak terluang di kolej berbanding di rumah bersama keluarga. Ketika tiada ahli keluarga untuk mengingatkan pelajar tentang membaca al-Quran, di sinilah peranan pentadbir IPT dalam menerapkan kursus Al-Quran seperti Tilawah Al-Quran, Tajwid dan Hafazan Al-Quran secara berterusan sehingga pelajar tamat pengajian. Dari sahabat Othman bin Affan radhiallahuanhu berkata, bahwa Rasulullah S.A.W bersabda: ―Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.‖ [6]. Orang yang terbaik adalah yang terkumpul padanya dua sifat tersebut iaitu mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. Mempelajari dan 1130 mengajarkannya di sini merangkumi mempelajari dan mengajarkan lafaz-lafaz alQuran dan juga mempelajari dan mengajarkan makna-makna al-Quran. Kebanyakan IPT menekankan kursus yang berkenaan al-Quran hanya untuk pelajar aliran agama sahaja. Sedangkan kursus al-Quran sangat penting bagi semua pelajar yang beraliran agama mahupun professional demi memenuhi Falsafah Pendidikan Negara. Kajian ini dilakukan untuk menggubal kembali sistem kurikulum pendidikan di IPT yang mengabaikan pendidikan al-Quran supaya pelajar yang lahir daripada IPT adalah para professional yang menjiwai alQuran. Tokoh-tokoh Islam terdahulu seperti al-Khawarizmi, Ibnu Hayyan, al– Farabi seharusnya dijadikan model oleh pihak IPT. Manakala tokoh-tokoh moden pula ialah seperti Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Dr. Daniel Zainal Abidin. Di dalam buku hasil penulisan Dr. Danial [7] menyatakan formula individu cemerlang yang mana di antaranya membincangkan mengenai ledakan taqwa. Aspek dalaman yang menentukan sama ada individu itu menjunam ke lembah kehinaan ataupun terbang menuju kemuliaan. Antara ramuan memantapkan hati yang digariskan adalah ilmu, mujahadah dan zikrullah. Taqwa adalah kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Beberapa ciri-ciri taqwa juga dicatatkan dalam AlQuran dan dapat menjamin kejayaan dan kecemerlangan umat Islam. Terdapat beberapa baja yang diperlukan untuk meledakkan taqwa iaitu baja muhasabah dan taubat, mujahadah, muraqabah, dakwah dan istiqomah. Sifat taqwa juga dapat meledakkan kualiti dalam kerja-kerja harian. Sangat jelas di sini, tanpa al-Quran dari mana datangnya taqwa yang diajarkan melalui al-Quran. Untuk melahirkan pelajar berjaya di dunia dan akhirat, pelajar seharusnya digalakkan sentiasa membaca al-Quran sebagai sumber rujukan atau manual utama memimpin di dalam setiap perkara di dalam kehidupan. METODOLOGI PENDIDIKAN Kajian ini menggunakan kaedah temuduga dengan tenaga pengajar dan pihak pengurusan tertinggi beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia untuk mencari maklumat tentang penyelidikan. Manakala penelitian terhadap dokumen seperti silibus matapelajaran di universiti, jurnal dan buku yang berkaitan untuk mendapatkan data. Maklumat dan Data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan kaedah inkuiri falsafah. Inkuiri falsafah dalam pendidikan bermaksud mengkaji perkara-perkara asas dan prinsip-prinsip yang digunakan dalam pendidikan. Dr. Noor Hisham Md Nawi [8] telah merujuk hasil penulis penyelidikan Pandey yang menyenaraikan tiga perkara yang dikaji dalam falsafah pendidikan iaitu pertama, menyelidik tujuan pendidikan, kurikulum, kaedah dan strategi pengajaran guru. Kedua, menyelidik konsepkonsep yang digunakan dalam pendidikan, kejelasan dan kesesuaian konsep serta mencadangkan tindakan susulan yang perlu diambil. Ketiga, menguji pendekatan teori yang digunakan dalam pendidikan. Menurut Dr. Noor Hisham Md Nawi lagi, Phonix pula menyenaraikan asas kepada proses kaedah inkuiri falsafah atau dialektik ialah analisis, sintesis dan kritis. Dalam penyelidikan ini, penumpuan akan diberikan kepada penyusunan kurikulum al-Quran, tahap penguasaan di kalangan pelajar IPT dan mengenalpasti halangan yang wujud dalam 1131 membangunkan kurikulum al-Quran di IPT yang bukan beraliran agama untuk memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Negera dalam konteks pelaksanaan pendidikan bersepadu. KEPENTINGAN ILMU MENURUT ISLAM Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicit knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar [9]. Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; ―Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.‖ Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata. Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan [10]. Jadi di sini dapat dirumuskan ilmu yang lengkap adalah merangkumi pembelajaran al-Quran dan sains dapat menjana seorang individu yang beragama dan berilmu. Apabila di kritis tentang pelajar yang hanya membaca al-Quran hanya di kelas kuliah dan tidak mempraktik di rumah, serta tiada apa manfaat untuk pelajar 1132 jika kursus al-Quran diwujudkan jika tiada penghayatan di kalangan pelajar. Di sini dapat dibahaskan bahawa pelajar tetap membaca al-Quran berbanding ditinggalkan terus. Malahan dengan mewajibkan pelajar mengambil kursus alQuran ini, mereka dapat mendekati dan menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai syarat lulus belajar. Dibandingkan dengan amalan pelajar yang menjadikan kewajipan membaca facebook, Instagram dan media perhubungan yang seangkatan dengannya yang tiada manfaat malahan dapat merosakkan akidah pelajar berkenaan. Sewajarnya pihak berwajib institusi pendidikan tinggi ini menerapkan kursus al-Quran dalam memenuhi ruang kehidupan pelajar agar mereka terhindar dari budaya yang tidak sihat di kalangan pelajar muslim. KEPELBAGAIAN SISTEM KURIKULUM PENDIDIKAN IPT DI MALAYSIA Perkembangan Intitusi Pengajian Tinggi di Malaysia sangat pesat dengan bertambahnya jumlah universiti dari tahun ke tahun yang terdiri daripada Universiti beraliran agama mahupun bidang profesional. Ini menunjukkan bahawa Negara kita sangat mementingkan ilmu dalam menjadi bangsa yang berwawasan dan ingin maju. Menariknya apabila setiap IPT menawarkan pendekatan dan rekabentuk kurikulum yang pelbagai dan tersendiri. Ada institusi yang menawarkan program kejuruteraan di peringkat diploma seperti Politeknik, manakala di peringkat sarjana muda dan sarjana seperti UTM, UTP, UMP, UNIMAP dan UTHM. Ada juga yang menawarkan program perubatan dan undang-undang dan pendidikan agama di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana seperti IIUM dan USIM. Ada juga universiti yang hanya menawarkan program beraliran agama. Matlamat, visi dan misi penubuhan dan kaedah pelaksanaan setiapnya berbeza-beza antara satu-sama lain. Fakulti Tamadun Islam adalah pihak yang menyelaras kursus wajib universiti seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di UTM. Manakala satu unit yang di namakan Jabatan Pengajian Am di Politeknik yang menyelaras kursus wajib atau kursus teras untuk semua kuliah di sana yang mana kursus yang ditawarkan adalah seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Pendidikan Moral dan Bahasa Asing. Sama juga dengan IPT lain turut menggunakan kaedah yang sama iaitu mewujudkan satu unit untuk menyelaras kurikulum teras universiti yang menjadi syarat lulus graduan. Menjadi peranan unit ini juga dalam mewujudkan kursus yang berunsurkan pembelajaran al-Quran untuk para pelajar sepanjang kuliah di IPT bagi memimpin mereka ke arah kehidupan seorang pelajar cemerlang ilmu dunia dan akhirat. Sayugia mencapai objektif KPTM [11] iaitu memastikan program pembangunan pelajar melahirkan insan yang unggul, seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Semua peringkat pengajian termasuk sijil, diploma dan ijazah untuk pelbagai aliran pengajian sewajarnya meneruskan pendidikan al-Quran disepanjang tempoh pengajian di IPTA mahupun IPTS dalam mencapai misi KPTM iaitu membangun dan memperkasakan IPT untuk menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi dan berakhlak mulia untuk memenuhi aspirasi negara dan antarabangsa. Kerana tanpa al-Quran, 1133 pelajar akan hanyut dan terleka dalam mengejar dunia semata-mata. Al-Quran yang merupakan wahyu agung yang memberi syafaat kepada setiap pembaca akan memimpin ke arah cahaya kehidupan dalam membentuk modal insan yang tinggi nilainya di dalam masyarakat. Justeru gejala sosial dan rasuah dapat dikurangkan dengan terbentuknya integriti dan personaliti yang baik bagi individu yang mengamalkan dan menghayati al-Quran di dalam kehidupan. DAPATAN KAJIAN Sebuah IPTA di Malaysia yang terkenal dengan kehidupan Islamic pelajarnya iaitu IIUM sebagai institusi utama yang mewakili kepelbagaian aspek telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Manakala KUIS dan MARSAH yang menawarkan pengajian beraliran agama yang terdiri daripada IPTS dijadikan sampel kajian. Beberapa IPTA dan IPTS yang membawa aliran pengajian lain seperti UTM dan Politeknik Malaysia iaitu Politeknik Banting Selangor (PBS) dan UniKL dijadikan sampel kajian untuk IPTA yang masih belum menerapkan kursus al-Quran sebagai kursus wajib. Berdasarkan kepada dokumen penubuhan dan wawancara dengan pihak pensyarah dan pengasas serta pentadbiran tertinggi institusi-institusi berkenaan, beberapa isu menarik dibangkitkan dalam usaha membangunkan kursus al-Quran yang terdiri daripada tajwid, tilawah dan hafazan al-Quran sebagai kursus wajib universiti di Malaysia. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) IIUM yang kini diterajui oleh kepimpinan tertinggi iaitu Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, masih berpaksikan pada misi dan visi iaitu berhasrat untuk menjadi pusat antarabangsa terkemuka bagi kecemerlangan pendidikan yang bertujuan untuk memulihkan peranan umat Islam yang dinamik dan progresif dalam semua cabang ilmu dan wacana intelek. Falsafah universiti telah diilhamkan oleh cadangan semasa Persidangan Dunia pertama mengenai Pendidikan Islam yang diadakan di Mekah pada AH 1398 / AD 1977. Semangat falsafah ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, iaitu surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 5: yang bermaksud; ―Bacalah! Dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan sekelian makhluk, Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah beku: Bacalah! Dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya‖ [12]. Menurut falsafah ini, pengetahuan akan disebarkan dalam semangat Tauhid, yang membawa ke arah pengiktirafan Allah sebagai pencipta sekelian manusia. Semangat di sebalik pengiktirafan ini Allah sebagai Tuhan yang sekalian alam (Rabbal-Alamin) mewakili puncak dalam hierarki ilmu. Oleh itu, semua disiplin ilmu seharusnya membawa ke arah sikap tunduk kepada kebenaran ini. Ini adalah kerana ilmu adalah satu bentuk kepercayaan dan merupakan amanah dari Allah kepada manusia, dan dengan itu manusia perlu menggunakan pengetahuan yang benar menurut kehendak Allah dalam melaksanakan peranannya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Dengan cara ini, mencari ilmu pengetahuan dianggap sebagai ibadah. 1134 IIUM menawarkan program ilmu wahyu & sains kemanusiaan, kejuruteraan, undang-undang, sains, perubatan dan kesihatan, ekonomi dan sains pengurusan, arkitek dan rekabentuk alam sekitar, teknologi komunikasi dan juga program pendidikan. Keseluruhan program yang ditawarkan melengkapi keperluan kehidupan sebuah komuniti dan dilengkapi dengan ilmu al-Quran. IIUM seharusnya dijadikan model utama setiap universiti yang dibangunkan dalam mencapai nilai ketamadunan intelektual di Malaysia. Melalui temubual bersama En Faizal bin Kamal [13] yang bertugas sebagai pegawai pentadbir di Centre for Credit Leadership & Virtue, IIUM Gombak, didapati kursus wajib universiti adalah Tilawah. Pelajar diwajibkan untuk lulus kursus tersebut sebagai syarat lulus belajar. Inilah yang menjadikan IIUM sebuah universiti yang istimewa di Malaysia. Pelajar yang menyambung pengajian di IIUM adalah daripada pelajar yang terdiri daripada dua aliran iaitu sekolah yang beraliran agama dan daripada sekolah biasa. Disebabkan itu, pihak universiti bertanggungjawab untuk mendorong dan mendedahkan pelajar dalam mendalami ilmu agama setiap pelajar yang datang ke IIUM. Kursus Tilawah di IIUM dapat mendidik pelajar dalam mengembangkan ilmu al-Quran. Al-Quran sangat penting di dalam kehidupan setiap pelajar kerana Al-Quran adalah kitab Allah yang mempunyai kalam Allah yang memandu kehidupan setiap orang Islam. Di IIUM, setiap program terdapat kursus yang beraliran agama yang dapat memenuhi keperluan ilmiah seorang Islam contohnya program undangundang, pelajar diwajibkan mengambil kursus Undang-undang Islam atau biasanya digelar Syariah. Manakala Program Ekonomi, setiap pelajar dimestikan untuk mempelajari Ekonomi Islam atau pun lebih dikenali Muamalat. Dengan adanya program seperti ini, pelajar bukan sahaja dapat menghafal al-Quran malah dapat menerapkan dan mengguna pakai ilmu yang disebutkan di dalam al-Quran tersebut. Selain itu, program Halaqah dan hafazan al-Quran juga dianjurkan di IIUM untuk memenuhi keperluan rohani pelajar. IIUM sangat mengalu-alukan universiti lain untuk menjadikan IIUM sebagai petanda aras dalam membentuk kurikulum yang sepertinya dalam melahirkan graduan yang mashur Islam dan berakhlak sebagai seorang Islam. Sewajarnya universiti di Malaysia mengaplikasikan kurikulum yang seperti IIUM untuk melahirkan pelajar yang merupakan mukmin sejati yang baik akhlaknya dan tinggi nilai integritinya. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) [14] merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. KUIS berusaha melahirkan Da‘i, Ulama dan Umara berpaksikan motto ―Pemangkin Tradisi Ilmu‖. KUIS telah bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan ―niche‖ Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam. KUIS 1135 menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat. KUIS juga mengutamakan program pembangunan sahsiah yang holistik, prinsip persekitaran yang solehah, pembangunan iklim dini, ikutan yang baik, kecemerlangan akademik dan program khidmat ummah, ke arah melahirkan warga KUIS yang memiliki akhlak yang terpuji dan sentiasa berbakti kepada agama, bangsa dan pembentukan negara. KUIS tetap mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangunkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. Di KUIS, Pusat Pendidikan Teras bertanggungjawab dalam menyediakan kurikulum wajib untuk pelajar di peringkat Diploma iaitu kursus Tilawah al-Quran dan Tadabur al-Quran, manakala untuk peringkat ijazah ialah kursus Asas al-Quran dan Pengantar alQuran [15]. Di dalam kajian ini, telah dirakamkan temubual bersama salah seorang Pensyarah di KUIS iaitu Ustaz Don Danial yang kini telah menjadi seorang pendakwah popular, mempunyai rancangan sendiri di TV Al Hijrah iaitu rancangan 30 minit Ustaz Don. Beliau menyatakan bahawa kursus al-Quran sangat wajar diterapkan di dalam kurikulum di semua universiti yang ada di Malaysia. Ini kerana pendidikan berteraskan Islam sangat mementingkan mulazabah. Mulazabah ataupun pendidikan berterusan berdasarkan kata Imam Syafie ialah engkau tidak akan memperoleh ilmu kecuali dengan 6 perkara iaitu cerdik, tamak, sabar, sampai dan guru yang lurus (akidah yang betul) serta panjang masanya. Untuk menguji akal, sesebuah universiti bukan sahaja perlu melahirkan seorang yang pandai mengira malahan pandai mengira jumlah rakaat di dalam solatnya. Bukan melahirkan seorang yang sangat bijak mengira tetapi tidak mendirikan solatnya dan seharusnya pelajar dapat menilai baik buruk sesuatu keadaan [16]. Menurut Ustaz Don Danial juga, subjek atau mata pelajaran tajwid, tilawah dan hafazan al-Quran perlu diwajibkan di peringkat sekolah lagi. Manakala di peringkat institusi pengajian tinggi, kursus tajwid, tilawah dan hafazan al-Quran adalah penting untuk menambah atau mendalami dengan lebih lagi dan perlu diwajibkan ke atas setiap pelajar. Berdasarkan hadis yang bermaksud ―bacalah oleh kalian Al-Qur`an. Karena al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak sebagai pemberi syafaat bagi orang-orang yang rajin membacanya.‖ [HR. Muslim 804], membuktikan kursus al-Quran seharusnya diwajibkan ke atas semua pelajar secara murojaah ataupun berulang-ulang. AlQuran penting kepada pelajar dan semua umat islam kerana firman Allah di dalam surah al-An‘am ayat 38 yang bermaksud ―tiada aku tinggalkan sesuatupun (melainkan semua ada) di dalam al-Quran‖ membuktikan al-Quran adalah sumber segala ilmu. Manakala surah al-Baqarah ayat 5 yang bermaksud ―sesungguhnya al-Quran ini petunjuk hidayah bagi orang yang mendapat hidayah‖. Bagi orang Islam seharusnya al-Quran dijadikan sebagai buku rujukan utama. Buktinya adalah seperti teori big bang, teori algebra, mahupun teori fotosintesis terkandung 1136 di dalam al-Quran. Bagi seorang pelajar yang menuntut ilmu, mereka harus berpegang kepada al-Quran yang merupakan sumber segala ilmu untuk mendapat keberkatan daripada ilmu itu. Surah Jumaat ayat 2 yang bermaksud ―dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan al-Quran) itu adalah dalam kesesatan yang nyata‖ menjelaskan kenapa manusia perlu merujuk al-Quran sebagai sumber segala ilmu untuk berada di jalan yang lurus dan benar. Namun begitu, dengan kebanjiran pekerja yang terdiri daripada kakitangan awam pada hari ini, rata-rata tidak dapat membaca al-Quran terutamanya kaum lelaki [16]. Sudah pastinya kenyataan ini menunjukkan alQuran bukanlah amalan rujukan atau sumber bacaan individu berkenaan. Perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan dan mesti ditangani. Berikutan perkara ini, gejala sosial dan berbagai salah laku seperti rasuah dan pecah amanah semakin berleluasa menyumbang kepada peningkatan masalah dalam negara. Usaha Membangunkan Kurikulum Al-Quran di UTM Undang-undang ilahi adalah asas kepada sains dan teknologi. UTM berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi untuk keamanan sejagat dan kemakmuran mengikut kehendak Tuhan [17]. Berikut merupakan falsafah UTM. Beberapa usaha dalam mencapai falsafah dan matlamat UTM telah dilakukan. Buktinya adalah terdapat satu program tahfiz yang dijalankan di UTM iaitu program ―5ETP‖ iaitu kelab elite. Pelajar ditemu duga dan hanya yang layak akan dipilih memasuki program tersebut. Menerusi temubual bersama salah seorang pegaiwai Pusat Islam, UTM iaitu Ust. Panji Alam [18], beliau menyatakan pada masa sekarang, Pusat Islam juga ada mengadakan kelas mengaji, mengenal tajwid, dan sebagainya. Usaha ini dibuat untuk staf dan pelajar UTM. Beberapa ustaz dan uztazah dan beberapa pihak yang mahir juga telah dihantar ke sepuluh surau yang berada di UTM bagi semua pelajar lelaki dan perempuan untuk mengajar tafsir, tajwid dan asas al-Quran yang lain. Ada juga yang menghadiri kelas tersebut walaupun sudah pandai membaca al-Quran tetapi ingin memperbaiki bacaan mereka. Masjid UTM telah mengusahakan pelbagai alternatif mengadakan kelas pengajian asas al-Quran tetapi hal ini terpulang kepada pelajar untuk menghadiri kelas tersebut atau tidak [18]. Beliau berpendapat bahawa kurikulum al-Quran ini sangat wajar untuk dijadikan sebagai kursus atau subjek wajib di IPTA dan IPTS. Beliau mendapati bahawa ketika mengajar subjek pengajian Islam, ternyata ramai lagi pelajar yang tidak tahu asas untuk membaca al-Quran, ibadah solat dan lain-lain. Kursus ini harus diwajibkan seperti mana subjek Tamadun Islam dan Asia Tenggara diwajibkan. Setakat ini hanya melalui program JQAF sahaja yang boleh dilihat hasilnya daripada pelajar yang hebat dalam ilmu Sains dan hafazan al-Quran. Tetapi di peringkat IPTA dan IPTS, kursus ini hanya ditawarkan sebagai kursus pilihan. Kursus ini wajib untuk diadakan di IPTA dan IPTS untuk dijadikan sebagai tempat untuk belajar asas ajaran Islam seperti mengaji al-Quran, fikh ibadah, solat dan puasa kerana ianya lebih penting bagi seorang muslim. 1137 Prof. Madya Dr. Ajmain@Jimain Bin Safar [19] dari Fakulti Tamadun Islam, UTM, beberapa ulasan yang diberikan mengenai kurikulum al-Quran. Jika ingin mewajibkan kursus tahfiz sebagai kursus wajib di IPTA, ini adalah sesuatu yang harus dilakukan akan tetapi pada masa sekarang, ianya belum lagi sampai ke tahap itu kecuali dengan melakukannya dengan alternatif menjadikan hafazan sebagai subjek umum yang ditawarkan di setiap fakulti. Oleh itu, pelajar boleh memilih subjek tersebut sebagai subjek umum. Sebagai contoh kokurikulum seperti palapes yang ditawarkan di institusi tinggi dan pelajar akan mendapat pelepasan subjek kokurikulum yang lain. Hal ini disebabkan, jika kelas tahfiz dibuat dengan hanya 2 kredit, ianya tidak mencukupi. Sekarang, kokurikulum yang ditawarkan termasuklah kelas Iqra‘ yang hanya mempunyai 1 kredit. Kelas iqra‘ tersebut menggunakan kaedah pelajar diajar Iqra‘ 1 sehingga Iqra‘ 6 sehingga pelajar dapat mengajar modul kepada orang lain. Kesannya, ramai pelajar yang sudah boleh membaca iqra‘ dan mengajarkan modul ini kepada orang lain. Jika ingin membuat kelas tahfiz, disarankan untuk menghadkan menghafaz berapa juzu‘ 30 dan ianya boleh ditawarkan sebagai kursus pilihan seperti kokurikulum yang lain. Kursus tahfiz ini boleh diwajibkan untuk fakulti yang mempunyai kaitan dengan kursus agama Islam. [19]. Pada masa sekarang, belum ada usaha untuk menjadikan kursus tahfiz ini sebagai kursus wajib tetapi UTM ada menawarkan program khas untuk pelajar yang berminat untuk menghafaz al-Quran. Tetapi pengambilan yang dibuat terhad. Pelajar ada yang telah menghafaz 30 juzu‘ ada pula yang hanya menghafaz beberapa surah. Sebelum ini, kelas tarannum ada ditawarkan selain kelas iqra‘, tetapi untuk kelas tarannum, suara menjadi kepentingan untuk membaca al-Quran. Untuk kursus tahfiz, hanya ada program khas yang dilakukan tetapi ada pelajar yang digugurkan dari program dan ada juga yang mendapat sijil tahfiz [19]. Sebenarnya, tidak ada halangan jika ingin menjadikan kursus tahfiz sebagai kursus wajib di UTM, tetapi, belum ada usaha penyusulan kursus yang dibuat setakat ini. Jika ingin mengusulkan kursus ini, lebih baik jika kursus ini dijadikan sebagai subjek kokurikulum yang boleh diajarkan kepada pelajar sepanjang sesi pembelajaran. Selalunya, hanya 2 kredit yang ditawarkan, tetapi kursus ini boleh ditawarkan seperti program palapes yang dijalankan sepanjang waktu pelajar menjalani sesi pembelajaran sehingga habis belajar. Tetapi jika ingin mengusulkan program diploma atau sarjana muda tahfiz, ianya harus diusulkan melalui kementerian pelajaran. Pensyarah bagi pengajian Islam harus berusaha untuk menyusulkan satu kertas kerja dan membentangkan kertas kerja tersebut kepada pihak peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. Kelas pengajian TITAS penting untuk menjaga kesefahaman masyarakat yang pelbagai kaum dan untuk menghidari dari perpecahan kaum akan tetapi, bagi pelajar yang beragama Islam, mereka wajib untuk mempelajari asas agama Islam terutamanya asas menunaikan solat, mengaji al-Quran dan mempelajari hadis. Oleh itu, kurikulum al-Quran ini harus diwajibkan untuk pelajar. Kursus ini harus ditawarkan berkredit untuk menarik pelajar mengikuti kursus ini [18]. 1138 Usaha Membangunkan Kurikulum Al-Quran di Politeknik Banting Selangor (PBS) PBS adalah sebuah institusi latihan teknikal dan bertekad untuk membangunkan kecemerlangan pelajar bagi memastikan pelajar memperoleh nilai kebolehpasaran dan tahap kesediaan kerjaya yang tinggi serta memenuhi kehendak pelanggan melalui proses penambahbaikan berterusan [20]. Kesedaran pendidik di PBS telah dibuktikan melalui usaha mereka dalam menerapkan pendidikan berteraskan alQuran di dalam kurikulum PBS. Ada usaha yang telah dibuat bagi membangunkan kurikulum al-Quran dalam sistem politeknik tetapi hanya melalui penerapan dalam kursus-kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Am. Terdapat juga usaha melaksanakan Diploma politeknik dengan sijil tahfiz JAKIM menggunakan kurikulum yang dibangunkkan oleh JAKIM dan disesuaikan pelaksanaannya mengikut konteks Politeknik [21]. Malahan usaha ini telah dipandang dan disambut baik oleh pihak kementerian. Menurut Dr. Norhayati [21], kurikulum al-Quran sangat wajar dijadikan mata pelajaran wajib untuk semua pelajar tanpa mengira aliran pengajian dan di semua peringkat pengajiian bagi sebuah negara yang meletakkan Islam agama rasmi negara dan atas faktor kehebatan al-Quran yang berupaya menjadi sumber yang menaungi semua bidang ilmu. Ruang membangunkan dan melaksanakan kurikulum bagi kursus agama memang ada di bawah ruang lingkup MPU (Mata Pelajaran Umum) iaitu: U1 penghayatan falsafah, nilai dan sejarah; U2 penguasaan kemahiran insaniah; U3 perluasan ilmu pengetahuan; dan U4 iaitu kemahiran pengurusan masyarakat. Jika Bahagian Pembangunan Kurikulum Politeknik melihat keperluan pembangunan kurikulum ini, pihak penggubal kurikulum akan bertanggungjawab menyediakan dokumen kurikulum tersebut dan pihak pelaksana di politeknik akan bertanggungjawab merealisasikannya [21]. Pelaksaan menyeluruh boleh juga dibuat jika ada usaha dilakukan dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu, keperluan kandungan kurikulum untuk diserapkan dalam pelbagai aliran boleh dirangka melalui gerak kerja yang tersusun dan sistematik. Contohnya belajar Biologi dengan mengaitkannya dengan al-Quran. Senarai penjelasan al-Quran berkaitan dengan bidang biologi boleh disenaraikan, disusun, distrukturkan dan sebagainya agar setara, sesuai dan berimpak [21]. Usaha Membangunkan Kurikulum Al-Quran di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) UniKL merupakan sebuah IPTS adalah salah satu universiti teknikal terkemuka di negara ini. Universiti ini bertujuan untuk menyediakan graduan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk menyumbang ke arah dan memainkan peranan utama dalam ekonomi global dan berasaskan pengetahuan. Visi UniKL adalah untuk menjadi universiti teknikal keusahawanan yang terkemuka di negara ini pada tahun 2020 melalui kecemerlangan dalam penyelidikan, pendidikan, latihan, keusahawanan, perundingan dan khidmat 1139 masyarakat [22]. Presiden UniKL Prof. Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud sangat menggalakkan kakitangan UniKL dalam pembangunan modal insan di kalangan staf dan pelajar [23]. Disebabkan itu berbagai usaha dalam mendekatkan pelajar dengan pendidikan al-Quran yang dilakukan di UniKL. Hasil temubual bersama seorang pensyarah yang berjiwa besar di UniKL, iaitu Ust. Dr. Ezwan Rafiq Bin Husin [23], penyelaras aktiviti ―Quranic Placement Test‖ yang dianjurkan oleh unit Pembangunan Pelajar, MITEC, dapat dilihat bahawa pendekatan yang digunakan untuk pelajar sangat mengagumkan. Walaupun bergelar universiti teknikal, tetapi pendidikan al-Quran di kalangan pelajar tidak di belakangkan oleh pihak pentadbiran. Pelajar yang telah mendaftar pada semester pertama di UniKL diwajibkan menduduki peperiksaan lisan untuk menguji tahap penguasaan bacaan al-Quran untuk semua pelajar. Didapati statistik pelajar yang mempunyai penguasaan bacaan yang sangat lemah adalah hampir 40%. Situasi ini menggambarkan betapa pelajar sangat memerlukan pendidikan al-Quran walaupun telah berada di IPT. Setelah mengenal pasti pelajar yang lemah ini, penyelaras program akan memantau prestasi pelajar dalam penguasaan terhadap al-Quran. Walaubagaimanapun, kebanyakan pelajar tidak hadir dalam perjumpaan yang ditetapkan untuk kelas bimbingan al-Quran yang diadakan. Disebabkan itu, sangat wajar jika pendidikan al-Quran dijadikan kursus wajib universiti supaya pelajar akan bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu al-Quran kerana menjadi syarat lulus di universiti. Tidak mengira apa pun niat pelajar, yang jelas pihak pentadbir IPT telah menjalankan tanggungjawabnya untuk memberi pendidikan yang lengkap dan bersepadu kepada pelajar. Dr. Ezwan sangat menyokong idea untuk menjadikan kurikulum al-Quran dibangunkan untuk menjadi kursus wajib universiti. Malah akan mengusulkan cadangan ke pihak atasan dalam merealisasikan cadangan mewajibkan kurikulum al-Quran dan beliau yakin pihak atasan akan bersetuju dengan usul yang akan dipanjangkan ini, kerana Presiden UniKL sentiasa menyeru kakitangan di UniKL untuk memastikan pelajar bukan saja mendalami ilmu professional malahan dapat menguasai bacaan dan kefahaman ayat-ayat al-Quran. PERBINCANGAN Semakin hari semakin meningkat gejala sosial dan salah laku rasuah dan pecah amanah, terjerumus dengan perkara yang melekakan seperti bermain mainan di telefon dan membawa motorsikal secara bahaya. Suatu langkah harus dilakukan untuk mengurangkannya. Sebagai pentadbir IPT, sepatutnya turut bertindak dalam memperbaiki kurikulum dari semasa ke semasa. Rata-rata pensyarah IPT dan pihak pentadbiran menyokong dengan cadangan kajian ini iaitu untuk mewujudkan kurikulum al-Quran di dalam sistem pendidikan IPT dan menjadi kursus wajib bagi pelajar Islam. Pelbagai cadangan yang diperolehi hasil temubual yang dijalankan. Antara cadangan ialah yang pertama pihak pembangunan kurikulum dengan cara menjadikan hafazan sebagai subjek umum yang ditawarkan di setiap fakulti. Oleh itu, pelajar boleh memilih subjek tersebut sebagai subjek umum. Sebagai contoh 1140 kokurikulum seperti palapes yang ditawarkan di institusi tinggi dan pelajar akan mendapat pelepasan subjek kokurikulum yang lain. Cadangan yang kedua ialah memasukkan topik tajwid dan tilawah al-Quran di dalam kursus TITAS supaya tidak mengganggu jumlah mata kredit yang telah pihak universiti tetapkan dan untuk mengelakkan beban kerja pelajar sekiranya ada pertambahan subjek kursus. Cadangan ketiga ialah dengan pendekatan menambah sijil selain diploma atau ijazah professional yang akan diberikan setelah graduan dari IPT seperti memberi sijil JAKIM hafazan 30 juzuk al-Quran bagi pelajar yang berjaya khatam sepanjang tempoh pengajian. Ini dapat memberi nilai tambah dalam diri seorang graduan yang bukan sahaja cemerlang bidang professional malah mampu menghafaz al-Quran justeru melahirkan ulama‘ dan profesional yang menghafaz al-Quran. Cadangan yang keempat ialah mengusulkan kertas cadangan ke pihak kementerian agar kurikulum al-Quran mejadi kursus wajib bagi semua pelajar muslim di IPT berkenaan. Usaha ini harus dilakukan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak pembangunan kurikulum universiti dan juga pensyarahpensyarah yang berkenaan. Sewajarnya IIUM dijadikan panduan dalam membangunkan kurikulum yang bersepadu lengkap untuk ilmu dunia dan akhirat dalam mendidik para pelajar. Dalam hasrat untuk mewujudkan kecemerlangan pendidikan yang bertujuan untuk memulihkan peranan umat Islam yang dinamik dan progresif dalam semua cabang ilmu dan wacana intelek. Kajian berterusan perlu dijalankan untuk mengesan jumlah individu yang tidak dapat membaca al-Quran supaya masalah sosial dapat ditangani dan lebih dititik beratkan oleh pihak tertentu. Kesan kepada pemimpin yang mengabaikan al-Quran terhadap para pelajar adalah sangat berat, seperti firman Allah di dalam surah al-Fatir ayat 32 bermaksud ―Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar‖. Kesannya kepada orang yang tidak mahu membaca al-Quran adalah dia telah menzalimi dirinya dan tiada jalan kecuali bertaubat untuk dirinya. Pihak pentadbiran universiti harus sedar akan hakikat ini dan tidak mengabaikan pendidikan alQuran ke atas pelajar-pelajarnya. Dengan memaksa pelajar mempelajari dan secara langsung membaca al-Quran, turut memaksa pelajar mendapat syafaat daripada al-Quran di akhirat kelak. RUMUSAN Pelaksanaan tuntutan ini sewajarnya dikepalai oleh pihak pemerintah secara terancang dan sistematik. Pihak pemerintah seharusnya mempunyai dasar, falsafah dan halatuju yang jelas tentang pendidikan termasuklah di peringkat IPT. Masyarakat memerlukan institusi pendidikan yang bercorak eksklusif, selektif dan pengkhususan untuk melahirkan para cendekiawan dan profesional yang bersepadu, menghayati agama, berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah 1141 masyarakat dan memimpin negara berdasarkan acuan Islam. Walaupun kita hidup di dalam Negara yang berbilang kaum, tidak bermakna kita boleh mengenepikan pendidikan agama untuk anak-anak atau pelajar-pelajar yang beragama Islam yang menjadi kewajipan pihak pemerintah. Kerajaan perlu menyokong, membantu dan menyelaras institusi pendidikan agar mencapai matlamat masingmasing. Islam menuntut semua umatnya menjadi insan salih yang seimbang, sepadu dan menyeluruh dengan mempelajari ilmu profesioanal dan tidak meninggalkan al-Quran. Justeru, konsep pendidikan bersepadu adalah sesuatu yang sangat asas dan diperlukan di semua peringkat pengajian termasuklah di IPT. Hasil sebenar dan terakhir dari agenda pendidikan al-Quran dan professional ini ialah pada individu itu. Individu yang dimaksudkan seharusnya seorang yang berilmu, mempunyai pandangan hidup yang jelas terhadap Islam, komited beramal dengannya secara konsisten dan meletakkan Islam sebagai matlamat dan wadah perjuangan dalam kehidupannya. Moga Islam menjadi agama yang berdaulat dan menjadi suatu sistem yang diamalkan sepenuhnya oleh umat Islam. RUJUKAN Laman web SPRM, http://www.sprm.gov.my/index.php/penguatkuasaan/datapesalah-rasuah, carian pada tarikh 20/04/2017 jam 18:21. Isu Gejala Sosial Di Malaysia, Khir Khalid, carian pada tarikh 14/03/2017. http://www.khirkhalid.com/2014/05/pandangan-terhadap-isu-gejalasosial-di.htmlWan Mohd Nor Wan Daud, "Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun", Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil. 1, 1990, m/s. 51-67. Hashim Musa, Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga, Kuala Lumpur, 2001, m/s. 18-21. Laman Web UITM, https://pasirgudang.uitm.edu.my/v1/index.php/strukturprogram, carian pada tarikh 20/04/2017 jam 10:01. Hadis Sahih Al-Bukhari (5027) Dr. Danial Zainal Abidin, ―7 Formula Individu Cemerlang‖, Edisi 2, PTS Millenia Sdn. Bhd., 2005. Dr. Noor Hisham Md Nawi et. al., ―Matlamat Dan Halatuju Sistem Pengajian Tahfiz di Kelantan; Satu Pengamatan Awal‖, 4th International Conference and Exhibition on Islamic Education 2014, m/s. 1-15. Noraziah Sharuddin, Forum memori korporat UTM. Skudai: UTM, 2002. Ainulyaqin ―Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan Sumbernya Menurut Islam‖, 2008, http://ainulyaqin.blogspot.my/2008/04/kepentingan-ilmupengetahuan-dan.html, carian pada tarikh 19/04/2017 jam 08:45. Laman Web KPTM, http://www.kptm.edu.my/index.php?option=com content&view =article&id=92&Itemid=224&lang=en, carian pada tarikh 20/04/2017 jam 10:01. Laman web IIUM, http://www.iium.edu.my/about-iium/iium-vision, carian pada 24/04/2017 pada jam 16:13. Temubual, En Faizal bin Kamal, Pegawai Pentadbir, Centre for Credit Leadership & Virtue, IIUM, Gombak. 1142 Laman Web KUIS, http://www.kuis.edu.my/v4/info-kuis/profil-korporat/motovisi-misi-falsafah-dan-matlamat, carian pada 24/04/2017 pada jam 18:10. Temubual, Ustaz Muhammad Izzad Bin Ngah, Pensyarah Muda dan Penyelaras Subjek al-Quran, Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, KUIS Temubual, Ustaz Don Danial Bin Don Biyajid, Pengurus Besar KUISCELL Sdn. Bhd., Anak Syarikat KUIS. Laman Web UTM, http://www.utm.my/about/introduction-about-utm/, carian pada tarikh 27/04/2017 pada jam 10:26. Temubual, Ustaz Panji Alam Bin Mazhisham, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam, UTM, Skudai. Temubual, Prof. Madya Dr. Ajmain@Jimain Bin Safar, Fakulti Tamadun Islam, UTM, Skudai. Laman Web PBS, http://www.polibanting.edu.my/v2/index.php/info-pbs/visimisi, carian pada tarikh 27/04/2017 pada jam 11:04. Temubual, Dr. Nor Hayati Fatmi Binti Talib, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Am, PBS. Laman Web UniKL, http://www.unikl.edu.my/web/unikl/president-s-message, carian pada tarikh 27/04/2017 pada jam 14:22. Temubual, Dr. Ezwan Rafiq Bin Husin, Pensyarah Kanan, Student Development, MITEC. UniKL Sri Alam. 1143