Abstrak Tanah adat di Negeri Sembilan sejak dulu lagi menjadi isu yang sentiasa menjadi bahan kajian, penyelidikan dan perdebatan khususnya berkaitan dengan isu syariah yang timbul daripada amalan tersebut. Akhir tahun 2015, Majlis Agama...
moreAbstrak Tanah adat di Negeri Sembilan sejak dulu lagi menjadi isu yang sentiasa menjadi bahan kajian, penyelidikan dan perdebatan khususnya berkaitan dengan isu syariah yang timbul daripada amalan tersebut. Akhir tahun 2015, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah bekerjasama dengan Fakulti Syariah, USIM bagi menjalankan penyelidikan berkaitan status atau kedudkan tanah adat di Negeri Sembilan sama ada ia patuh Syariah ataupun tidak. Justeru, isu ini walaupun telah dibincangkan sejak sekian lama masih menjadi bahan kajian dan seolah-olah belum ada keputusan yang jitu dalam masalah ini. Pada asanya, terdapat dua pandangan berkaitan dengan isu ini iaitu sebahagian penyelidik dan penulis menyatakan bahawa ia bertentangan dengan hukum syarak sementara ada sebahagian yang lain menyatakan bhawa ia adalah mematuhi hukum syark berkaitan dengan tanah dan hal yang bersangkutan dengannya. Jadi kertas kerja ini akan menganalisis hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh kedua-dua pendapat ini dan memberikan cadangan penyelesaian terhadap perkara tersebut. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan yang menganalisis data-data secara deskriptif. Selain, metod perbandingan juga akan digunakan iaitu membandingkan hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang menyelidik, mengkaji dan menulis dalam isu ini. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian penyelidik yang menyatakan bahawa tanah adat bertentangan dengan konsep harta pusaka Islam adalah berpunca daripada salah faham terhadap konsep dan amalan tanah adat yang berlaku dalam masyarakat Negeri Sembilan. Pada prinsipnya, amalan tersebut adalah tidak bertentangan dengan Islam berasaskan konsep uruf dan pemegang amanah. Pendahuluan Adat Perpatih merupakan isu yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat di Malaysia disebabkan keunikan adat tersebut dan pengamalan yang hanya berlaku dalam masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih sahaja. Ia telah menarik ramai pengkaji dan penyelidik untuk mengkaji pengamalan adat tersebut yang merangkumi pelbagai aspek termasuk tanah adat, adat perkahwinan, adat dalam pentadbiran dan pelbagai lagi. Islam mengiktiraf amalan atau adat yang baik yang tidak bercanggah dengan prinsip syarak. Dalam perundangan Islam, konsep uruf merupakan salah satu kaedah dan dalil yang menjadi asas dalam penetapan hukum. Justeru, mana-mana adat yang tidak bercanggah dengan prinsip syarak harus dikekalkan sebagai memenuhi keperluan, kemudahan dan kehendak masyarakat yang sudah mengamalkannya daripada satu generasi ke generasi berikutnya. Menghapuskannya merupakan satu kemudaratan dan kesusahan kepada mereka. Selain, sebagai satu warisan kebudayaan yang harus dipertahankan dan juga satu manifestasi kebesaran dan keagungan Allah SWT. Tanah Adat Menurut Adat Perpatih Sebelum perbincangan tentang tanah adat, adalah baik untuk dijelaskan terlebih dahulu tentang beberapa jenis harta dalam Adat Perpatih iaitu harta pusaka, harta carian, harta pembawa dan harta dapatan. Perbincangan berkaitan tanah adat amat berkait rapat dengan tanah kategori pertama iaitu