Stesen LRT Pudu
Lokasi | Stesen Pudu, Jalan Sarawak, Pudu, 55200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′5″N 101°42′43″E / 3.13472°N 101.71194°EKoordinat: 3°8′5″N 101°42′43″E / 3.13472°N 101.71194°E | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||
Kod stesen | AG10 SP10 | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 3 16 Disember 1996 4 11 Julai 1998 | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
Stesen LRT Pudu ialah stesen LRT yang terletak di Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen di pekan Pudu, Kuala Lumpur.
Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 13 stesen antara stesen Ampang dan stesen Sultan Ismail pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling.
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Sarawak di pekan Pudu, Kuala Lumpur. Terletak berhampiran stesen adalah Plaza Pudu, Hotel D'Majestic Place, SMK Dato' Onn, SJK (T) Jln San Peng, SJK (C) Chung Kwo dan SJK (C) Kung Min.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
AG/SP Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Ampang (Chan Sow Lin) → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Chan Sow Lin) | |
AG/SP Arah Utara | ← 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Sentul Timur (Hang Tuah) ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP1 Sentul Timur (Hang Tuah) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras Legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2] Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]-
Pintu stesen di Jalan Sarawak.
Stesen LRT Sentul dapat dicapai dengan menggunakan pintu masuk dan keluar yang terletak di Jalan Sarawak.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.