Stesen Subang Jaya
Lokasi | Stesen Subang Jaya, SS 16, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia. | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°5′4″N 101°35′17″E / 3.08444°N 101.58806°EKoordinat: 3°5′4″N 101°35′17″E / 3.08444°N 101.58806°E | |||||||||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu Prasarana Malaysia | |||||||||||||||||||||||||
Laluan | 2 Laluan Pelabuhan Klang 5 Laluan Kelana Jaya 10 Laluan Skypark | |||||||||||||||||||||||||
Platform | 3:2 platform sisi dan 1 platform tengah | |||||||||||||||||||||||||
Trek | 6 | |||||||||||||||||||||||||
Pengendali kereta api | 2 10 Keretapi Tanah Melayu 5 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | |||||||||||||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: 641, T770, SJ01 | |||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | ||||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur | 2 10 Atas tanah 5 Bertingkat | |||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | |||||||||||||||||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | |||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | |||||||||||||||||||||||||
Maklumat lain | ||||||||||||||||||||||||||
Kod stesen | KJ28 | |||||||||||||||||||||||||
Tarikh penting | ||||||||||||||||||||||||||
Ogos 1995 | Stesen KTM dan 2 dibuka. | |||||||||||||||||||||||||
Jun 2016 | Stesen dibina semula. 5 dibuka. | |||||||||||||||||||||||||
Mei 2018 | 10 dibuka. | |||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | ||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | ||||||||||||||||||||||||||
Stesen Keretapi Subang Jaya adalah stesen keretapi yang terletak di Subang Jaya, Selangor.
Ia adalah stesen pertukaran, dimana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang dan KTM Laluan Skypark, dan satu bahagian lagi Laluan Kelana Jaya. Walau bagaimanapun, penumpang yang ingin menukar laluan perlu memperbaharui tiket kerana sistem tiket digunakan adalah berbeza untuk setiap laluan. Stesen bersepadu dibuka pada 30 Jun 2016 seiring dengan pembukaan sambungan jajaran LRT.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Stesen ini dibuka pada Ogos 1995 bagi perkhidmatan KTM Komuter dibawah Projek Landasan Elektrik Berkembar Lembah Klang.[1] Apabila pembinaan projek Sambungan Jajaran LRT bermula, stesen LRT telah direka menjadi stesen pertukaran antara sistem laluan LRT dan sistem KTM Komuter. Stesen baharu ini telah dibina bersebelahan stesen KTM sedia ada. Stesen bersepadu ini dibuka sebahagian daripada pembukaan sambungan jajaran Laluan Kelana Jaya ke Putra Heights, Selangor pada 30 Jun 2016.[2] KTM Laluan Skypark yang menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dibuka pada 1 Mei 2018.[3]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen Subang Jaya terletak di SS 16 Subang Jaya, Selangor. Stesen ini juga terletak kira-kira 100m dari Persimpangan Subang LP 2 Lebuhraya Persekutuan. Terletak berhampiran stesen ini adalah UOA Busines Park, Hotel Subang Avenue, pangsapuri Saujana Residency, kawasan komersial SS 15, pusat membeli-belah Subang Parade dan pusat membeli-belah Aeon Big Subang.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L2 Platform |
KJ Arah Utara | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (GCG-Glenmarie) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
KJ Arah Selatan | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (SS 15) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan sambungan tidak berbayar KTM dengan LRT |
G Platform |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | |
KTM Arah Utara | → 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Setia Jaya) → 10 Laluan Skypark menghala ke KL Sentral | |
Landasan Pintasan | ||
Landasan Pintasan | ||
KTM Arah Selatan | ← 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Pel. Klang (Batu Tiga) ← 10 Laluan Skypark menghala ke Terminal Skypark | |
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri | ||
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform LRT, aras legar, dan aras tanah (platform KTM terletak di aras ini). Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas aras legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan dua platform sisi di bawah aras legar untuk perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif di kawasan LRT dan KTM. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[4]
Bagi penumpang yang ingin menukar laluan di stesen ini perlu membeli tiket baharu di stesen ini. Hal ini demikian kerana KTM dan LRT menggunakan sistem tiket yang berlainan kerana dioperasikan oleh dua syarikat berbeza.
Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Bas RapidKL laluan 641 dan T770 berkhidmat di stesen ini. Bas percuma Smart Selangor laluan SJ01 juga berkhidmat di stesen ini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ {"New LRT Kelana Jaya line extension to open June 30 as scheduled". Astro Awani. 15 Apr 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Rosli, Fahmy Azril; Zulkipli, Nur Lela; Radhi, Nor Ain (6 Mac 2018). "Tren terus ke Subang Skypark". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan nama dalam markup
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan pautan atau gambar dalam nama
- Halaman tanpa tarikh pembukaan dalam kotak info stesen
- Tunas kereta api
- Laluan Pelabuhan Klang
- Laluan Skypark
- Laluan Kelana Jaya
- Stesen RapidKL
- Stesen kereta api di Selangor