Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Stesen MRT Putra Permai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Putra Permai
Stesen transit aliran deras (MRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen MRT Putra Permai, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Koordinat2°58′59″N 101°39′39″E / 2.983014°N 101.660711°E / 2.983014; 101.660711Koordinat: 2°58′59″N 101°39′39″E / 2.983014°N 101.660711°E / 2.983014; 101.660711
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T544, T545
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY37 
Sejarah
DibukaMac 2023; 1 tahun yang lalu (2023-03)
DielektrikkanYa
Nama lamaTaman Putra Permai
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Taman Equine
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya 16 Sierra
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen MRT Putra Permai ialah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia di mana Laluan Putrajaya berkhidmat di stesen ini. Stesen ini akan dibuka rasmi pada Januari 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Taman Equine dan Stesen MRT 16 Sierra serta mempunyai kod stesen iaitu PY37.[1] Seperti kebanyakkan stesen MRT di Lembah Klang, stesen ini adalah bertingkat.[2]

Projek pembinaan Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang kini dikenali sebagai Laluan Putrajaya telah dimulakan secara rasmi pada 15 September 2016. Pada hari yang sama juga, nama stesen "Taman Putra Permai" disebutkan dalam sebuah video yang diterbitkan oleh MRT Corp di Youtube, dengan tajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Dalam video tersebut, kod stesen sementara bagi Stesen MRT Taman Putra Permai ialah S32.[2][3] Dalam beberapa tahun kemudian, nama stesen ini telah diubah menjadi nama stesen sedia ada, iaitu "Putra Permai".[4]

Stesen MRT Putra Permai serta Stesen MRT Taman Equine terletak di Pakej S208.[5][6] Kontrak pembinaan stesen dan kerja-kerja berkaitan bagi pakej tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera, S.N. Akmida Holdings Sdn Bhd pada 19 September 2017, dengan jumlah sebanyak RM219.7 juta.[5][6]

Stesen MRT Putra Permai akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada bulan Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[7] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[8] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[7][9][10]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Putra Permai (Jalan Persekutuan 3215), Seri Kembangan, Selangor. Stesen MRT Putra Permai akan menghubungkan penduduk sekitar di kejiranan Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Komersial The Atmosphere, Taman Prima Tropika, Alam Putra, Lestari Perdana 1, Lestari Perdana 2, Villa Perdana dan Karisma Hill. Tereltak berhampiran stesen adalah Giant Seri Kembangan, Kompleks Pasar Borong Selangor, Sfera Residency, Pangsapuri Cahaya Permai, Pangsapuri Suria Permai, Pangsapuri 3 Elements, Pangsapuri Mawar Jaya, dan Arab Mall.[11][12]

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform MRT
PY Arah Selatan 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY41  Putrajaya Sentral (16 Sierra)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
PY Arah Utara 12 Laluan Putrajaya menghala ke  PY04  Kwasa Damansara (Taman Equine)
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform menuju ke terminus laluan; Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[2]

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Putra Permai tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan (Park and Ride).[1] Stesen MRT ini juga dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna MRT. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara.[12]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]
Gambar-gambar luar
Ikon gambar Permandangan udara pembinaan Pintu B bagi Stesen MRT Putra Permai pada Mac 2021, MRT Corp
Ikon gambar Pemasangan papan tanda nama stesen di Pintu B pada Mac 2022, MRT Corp

Mengikut rancangan pelan tapak stesen, Stesen MRT Putra Permai mempunyai dua pintu masuk dan keluar.[4]

Pintu Lokasi Destinasi Gambar
A Tenggara stesen Jalan Putra Permai Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderran peribadi, e-panggilan dan teksi Lif ke aras legar Eskalator ke aras legar atau aras tanah. Tangga
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, The Atmosphere
B Barat laut stesen Jalan Putra Permai Akses OKU Pengangkutan bas Hentian untuk kenderran peribadi, e-panggilan dan teksi Lif ke aras legar Tangga
Hentian sebelah untuk bas pengantara, teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi, Bandar Putra Permai, Kota Perdana, Persiaran Kota Perdana

Kesalinghubungan

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]
Hab bas MRT Putra Permai Pintu A

Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Putra Permai terletak di Hab MRT Putra Permai Pintu A (kod hentian bas – SJ884) sahaja. Terdapat dua laluan bas pengantara yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.[13]

Laluan Koridor Pengendali Terminal Destinasi
T544  Koridor Sungai Besi Rapid KL SJ884 MRT Putra Permai Pintu A Taman Lestari Puchong
T545  SJ884 MRT Putra Permai Pintu A LRT Puchong Perdana
  1. ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b c "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2020.
  4. ^ a b MRT Corp. "Putrajaya Line Revisi Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  5. ^ a b M. Hafidz Mahpar (6 November 2016). "MRT Corp: All elevated station contracts for SSP Line awarded". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2022.
  6. ^ a b "Awarded Contracts" [Penganugerhan Kontrak]. MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. Dicapai pada 2021-12-12.
  7. ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
  8. ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  9. ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
  10. ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  11. ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  12. ^ a b "Maklumat mengenai Stesen MRT Putra Permai". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 18 Disember 2021.
  13. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]