Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Pergi ke kandungan

Stesen MRT Stadium Kajang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Kajang Rapid KL
LokasiStesen Stadium Kajang, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Koordinat2°59′38.4″N 101°47′10.5″E / 2.994000°N 101.786250°E / 2.994000; 101.786250Koordinat: 2°59′38.4″N 101°47′10.5″E / 2.994000°N 101.786250°E / 2.994000; 101.786250
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: 450, T451, T457, T458, T459, T460, KJ01
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KG34 
Sejarah
Dibuka17 Julai 2017
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Sungai Jernih
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Kajang Kajang
Terminal
Lokasi
Map

Stesen MRT Stadium Kajang ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Kajang, Selangor, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, nama stesen ini dikenali sebagai "Bandar Kajang".[2]

Ciri-ciri Stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di Jalan Stadium di barat bandar Kajang, Selangor. Stesen ini terletak berhampiran Stadium Kajang, Restoran Sate Kajang Hj Samuri, IPD Kajang, bangunan MPKj, Mahkamah Kajang, Kajang Plaza Medical Centre, Masjid Jamek Bandar Kajang, Kuil Sikh Kajang dan pusat membeli-belah Plaza Metro Kajang.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
KG Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  KG35  Kajang
KG Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  KG04  Kwasa Damansara (Sungai Jernih)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]

Perkhidmatan bas

[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 450, T451, T457, T458, T459 dan T460 dan bas Smart Selangor laluan KJ01 berkhidmat di stesen ini.

Pintu masuk dan keluar

[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Stadium Kajang. Pintu A berhadapan dengan Seksyen Teknikal Rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan terletak di Jalan Stadium. Pintu B terletak di Lorong Mendaling dan Bandar Kajang manakala Pintu C terletak di persimpangan Jalan Stadium-Lorong Mendaling dalam Jalan Sungai Chua B11.

Pintu Lokasi Cadangan destinasi Gambar
A Jalan Stadium Hab bas pengantara MRT T451, T457, T458, T459 dan T460, hentian sebelah untuk teksi, kenderaan peribadi serta perkhidmatan e-panggilan, Stadium Kajang, Sate Kajang Haji Samuri, Muzium Sate Kajang, Kajang Plaza, Plaza Citra Kajang, SRA Sungai Kantan 2, Metro Avenue, Menara MPKJ, SK Kajang, SJK (C) Yu Hua, SMJK Yu Hua, Mahkamah Kajang
B Lorong Mendaling Lorong Mendaling, Bandar Kajang, Plaza Metro Kajang, Pejabat Pos Kajang, Balai Polis Kajang, SMK Convent Kajang, Jalan Besar, Jalan Tengah, Jalan Tukang, Jalan Sulaiman, Jalan Tun Abdul Aziz, Jalan Raja Haroun
C Jalan Stadium Laluan alternatif kepada Pintu A. Taman Sri Jambu, Taman Muhibbah, Taman Pinggiran, Kampung Jambu, Taman Cendana, Taman Cahaya, Taman Desa Bunga Raya, Taman Sungai Chua
  1. ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  3. ^ "Stadium Kajang — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 30 Mei 2019.