Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Kalam Murabbi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ahmad Luthfi, [31.07.

19 10:50]

‫أتعجب أشد العجب من أناس يزعمون أنهم على عقيدة أهل السنة والجماعة ثم يدافعون عمن يمنع الترضي على صحابة النبي صلى هللا‬
.‫عليه وسلم أشد الدفاع ويحاربون الذين يدافعون عن الصحابة الذين أمرنا هللا بالترضي عنهم‬

Saya rasa sangat hairan dan pelik dengan mereka yang mendakwa mereka berada di atas landasan
aqidah Ahlussunnah Waljamaah tetapi mereka bermati-matian mempertahankan seseorang yang
menghalang at-taraddhi (mengucapkan : radhiyallahu anhu) kepada sahabat-sahabat Rasulullah, dan
mereka memerangi pula golongan-golongan yang mempertahankan para Sahabat Rasulullah, yang kita
disuruh oleh Allah untuk memohon doa keredhaan-Nya buat mereka.

!!‫ما زلت أحاول أن أفهم السبب الدافع وراء هذا االنقالب في الموازين وهذه الفوضى‬

‫هل هو الجهل البسيط أم الجهل المركب أم التعصب أم العناد أم الحقد والكراهية أم استعمال التقية أم االستدراج أم تصفية الحسابات‬
‫الشخصية على حساب العقيدة ؟؟؟؟؟‬

Sehingga sekarang saya masih cuba untuk memahami apakah perkara yang menyebabkan segala
kesilapan dan kekacauan ini! Adakah ianya berpunca daripada jahil basit, atau jahil murakkab, atau
ketaksuban, atau kedegilan, atau kedengkian dan kebencian, atau taqiyyah (berpura-pura) atau istidraj
atau lebih memilih untuk menjaga hubungan peribadi daripada mempertahankan akidah??

‫وأتساءل ماذا سيقول هوالء لصحابة النبي صلى هللا عليه وسلم؟ وماذا سيجيبونهم إذا سألوهم لماذا وقفتم مع المسيء؟ ولماذا رضيتم بمنع‬
‫الترضي عنا؟ ولماذا لم تدافعوا عن حقنا فيكم؟ ولماذا دافعتم عمن يسيء إلينا؟ لماذا وقفتم مع الباطل وحاربتم الحق؟‬

Saya tertanya-tanya apakah yang mereka akan katakan kepada para Sahabat Rasulullah? Apakah yang
akan mereka jawab kepada para Sahabat ketika para sahabat bertanya kepada mereka, mengapa kalian
bersama orang yang buruk adab dengan sahabat (orang yang menghalang at-taraddhi? Mengapa kalian
redha dan terima penghalangan taraddhi terhadap kami? Mengapa kalian tidak mempertahankan hak
kami pada diri kalian? Kenapa kalian mempertahankan seseorang yang telah berlaku buruk kepada
kami? Kenapa kalian berdiri teguh bersama kebatilan dan memerangi kebenaran?

‫ألم تعلموا أن من كان مقبوال مستورا ثم ارتكب ما يخرم مروءته فإن عدالته تصبح ساقطة وال يؤخذ منه علم وال دين وال رواية وال يوثق‬
.‫به وإنه باالتفاق يصبح مجروحا‬

.) ‫ألم تقرؤا قول هللا تعالى ( وأضله هللا على علم‬

‫ما فائدة العلم إذا لم ينج صاحبه من الضالل؟‬


Adakah kalian tidak mengetahui bahawa seseorang yang diterima dan ditutupi kesalahannya kemudian
apabila dia sendiri telah melakukan sesuatu yang mencalar maruahnya maka keadilan dan
kepercayaannya telah jatuh pada ketika tersebut, dan ilmu tidak boleh diambil daripadanya, tidak juga
agama mahupun riwayat, juga dia tidak dipercayai lagi, juga -secara ittifaq- dia menjadi seseorang yang
majruh (dikritik/dipersalahkan)?

Tidakkah kalian membaca firman Allah : (..dan Allah menyesatkannya atas ilmu). Apakah faedah sesuatu
ilmu jika ilmu tersebut tidak menyelamatkan pemiliknya daripada kesesatan?

‫ولو سلمنا جدال أن هوالء أخذتهم العاطفة في دفاعهم عن المسيء وحكموا عليه بالعدالة ونحن حكمنا عليه بالجرح ومع ذلك فالقاعدة تنص‬
.‫على أنه مجروح ومردود ومتروك‬

Sekiranya kita andaikan secara jadal (yakni berdasarkan sesuatu yang boleh diterima dan diketahui
umum) bahawa mereka tersebut (yang sanggup mempertahankan kebathilan) melakukan sedemikian
kerana dikawal oleh emosi mereka, dan kerana mereka merasakan bahawa si pesalah tersebut masih
memiliki 'adalah (keadilan) dan kami telah menghukumkan jarh (jatuh keadilan) keatasnya, tetapi tetap
tidak boleh diterima sedemikian kerana kaedah telah menetapkan bahawa si pesalah tadi merupakan
seseorang yang majruh (dijatuhkan keadilannya), mardud (ditolak) dan matruk (ditinggalkan).

.‫ إذا اجتمع فيه جرح وتعديل فالجرح مقدم‬:‫قال اإلمام النـووي‬

.‫ حتى وإن زاد عدد المعدلين له على الجارحين فالجرح مقدم‬:‫قال اإلمام السيوطي‬

.‫وكيف بهم إذا كان جرحنا مفسرا غير مبهم؟ وهم ال يقدرون أن ينفوا الجرح عن المسيء بأي اعتبار‬

Al-Imam An-Nawawi berkata : "Apabila berhimpun pada seseorang itu jarh (jatuh keadilan) dan takdil
(penetapan keadilan) maka diutamakan jarh". Al-Imam As-Suyuthi pula berkata : "..walaupun bertambah
golongan para penetap keadilannya melebihi bilangan mereka yang mencederakan keadilannya, tetap
didahului al-ja

rh". Seterusnya bagaimana mereka hendak mengadilkan si pesalah tersebut sedangkan jarh yang kami
hukumkan ke atasnya kerana kesalahannya yang sangat jelas tanpa keraguan? dalam keadaan mereka
tidak mampu menafikannya daripada si pesalah tersebut walau dengan apa cara sekalipun.

.‫والقاعدة تنص على أن عدم الوجدان ال يدل على عدم الوجود‬


.‫إن الدفاع عن صحابة النبي صلى هللا عليه وسلم هو داللة واضحة على محبة النبي عليه الصالة والسالم وهو دفاع عن الدين كامال‬

Selanjutnya kaedah juga menyebutkan bahawa perihal tidak terjumpa sesuatu tidak menunjukkan
dengan pasti bahawa sesuatu tersebut tidak wujud.

Sesungguhnya perbuatan mempertahankan para Sahabat Rasulullah merupakan tanda yang jelas
membuktikan kecintaan seseorang kepada Baginda Nabi sallahualaih wasallam, dan ianya merupakan
pertahanan buat agama ini secara keseluruhannya!

‫توبوا الى هللا فال عذر لكم وأصلحوا ما أفسدتم في عقيدة المؤمنين قبل أن يحل بكم غضب من ربكم ألن هللا سبحانه وتعالى يغار على‬
‫صحابة نبيه وعلى األولياء الصالحين والعلماء الصادقين الربانيين الذين هم على العقيدة اإليمانية اإلسالمية الصحيحة الخالية من البدع‬
.) ‫والشذوذ والسوء قال هللا في الحديث القدسي ( من آذى لي وليا فقد آذنته بالحرب‬

Bertaubatlah kalian kepada Allah, tiada alasan lagi untuk kalian, perbaikilah segala perkara yang telah
kalian rosakkan dalam akidah umat Islam sebelum datangnya kemurkaan Allah, kerana Allah subhanahu
wa taala sangat mempertahankan sahabat-sahabat Nabi-Nya dan sangat mempertahankan para auliya-
Nya yang soleh, juga para ulama yang benar lagi rabbani yang berjalan atas landasan akidah iman dan
islam yang benar dan bebas daripada bid'ah-bid'ah dan keganjilan serta keburukan seperti firman-Nya
dalam sebuah hadith Qudsi : "Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku maka sesungguhnya aku telah
mengisytiharkan perang dengannya!

)‫(توحدوا تنتصروا‬

Bersatulah, nescaya kalian akan menang.

You might also like