Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Skip to main content

    JUNAIDI BESAR

    The politics of state in Johore was in turmoil when the Menteri Besar of Johor acted to hand over the dissolution letter of the Johore State Legislative Assembly (DUN) to His Majesty the Sultan of Johore who obtained His Majesty's... more
    The politics of state in Johore was in turmoil when the Menteri Besar of Johor acted to hand over the dissolution letter of the Johore State Legislative Assembly (DUN) to His Majesty the Sultan of Johore who obtained His Majesty's consent on 22 January 2022 to hold a new DUN election to create a stable State Government. The election held on March 12, 2022, was considered controversial because it was held in the midst of the outbreak of the COVID-19 pandemic which had not yet recovered well, and the economic situation of the people did not allow. However, this election can be used as a yardstick for the performance of political parties towards the next 15th General Election (GE-15) in addition to being the first election involving 18 years old voters. Therefore, the purpose of writing this article is to analyze the geopolitics of Johore and the performance of political parties in the Johore state General Election 2022. Based on the analysis of Johore DUN 2022 GE results data, fie...
    Pilihan raya merupakan salah satu elemen penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Negara yang mengamalkan demokrasi ialah negara yang menyerahkan urusan membentuk kerajaan kepada rakyat melalui pilihan raya. Melalui... more
    Pilihan raya merupakan salah satu elemen penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Negara yang mengamalkan demokrasi ialah negara yang menyerahkan urusan membentuk kerajaan kepada rakyat melalui pilihan raya. Melalui pilihan raya, rakyat diberi hak dan peluang untuk memilih kerajaan pilihan mereka sendiri. Di Malaysia, negara ini mengamalkan sistem pilihan raya First Past The Post manakala Indonesia mengamalkan sistem pilihan raya Proportional List, namun rakyat masih menjadi penentu kepada tampuk pemerintahan di kedua-dua negara tersebut. Kajian ini menggunakan data primer iaitu keputusan pilihan raya (pemilihan umum/PEMILU di Indonesia) di samping data sekunder daripada buku-buku akademik, artikel jurnal, kertas seminar dan persidangan dan juga sumber atas talian. Kertas kerja ini akan membandingkan pengaruh teori kelakuan pengundian antara Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 2013 dengan pemilihan umum legislatif dan Presiden Indonesia 2014. Bagi keputusan Pilihan...
    Perumahan yang sempurna ialah yang dapat memenuhi keperluan penghuni, memberi kesejahteraan kepada isi rumah dan seterusnya memacu kepada peningkatan kualiti hidup. Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan program pembangunan rumah untuk... more
    Perumahan yang sempurna ialah yang dapat memenuhi keperluan penghuni, memberi kesejahteraan kepada isi rumah dan seterusnya memacu kepada peningkatan kualiti hidup. Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan program pembangunan rumah untuk rakyat di kawasan bandar yang tidak mempunyai kediaman sendiri sama ada untuk disewa atau dimiliki mengikut kawasan. Program ini memberi manfaat kepada penghuni bandar untuk menjalani kehidupan yang selesa seterusnya dapat mencapai kesejahteraan hidup. Namun terdapat tiga isu sosioekonomi dalam pelaksanaan skim PPR ini iaitu perpaduan, sosial dan ekonomi. Justeru, tujuan penulisan artikel ini untuk membincangkan impak sosioekonomi dan politik terhadap Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Selangor. Kajian ini menggunakan metodologi secara kuantitatif melalui penggunaan instrumen borang soal selidik bagi mengumpul data daripada responden. Seramai 360 orang responden terlibat dan rujukan terhadap data sekunder iaitu artikel jurnal, kertas pers...
    Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada faktor  pemilihan kerjaya golongan generasi muda dalam sektor tidak formal. Perkembangan bandar Gemas, Negeri Sembilan telah mewujudkan peluang ekonomi terutama dalam sektor tidak formal kepada... more
    Kajian ini dijalankan untuk melihat kepada faktor  pemilihan kerjaya golongan generasi muda dalam sektor tidak formal. Perkembangan bandar Gemas, Negeri Sembilan telah mewujudkan peluang ekonomi terutama dalam sektor tidak formal kepada penduduk di kawasan sekitarnya. Majoritinya, golongan generasi muda telah melihat perkembangan ekonomi melalui sudut yang positif sehingga menyebabkan mereka tidak perlu lagi untuk bermigrasi ke luar untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Walaubagaimanapun, purata pendapatan dalam sektor ini adalah kecil dan tidak menentu kerana bergantung kepada jumlah pelanggan yang diperolehi sehingga dikatakan golongan generasi muda tidak mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka. Justeru, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis atau profil aktiviti pekerjaan yang diceburi. Di samping itu, menganalisis jumlah pendapatan dan perbelanjaan serta beberapa cadangan diperlukan bagi meningkat kesedaran generasi muda terhadap pendidikan. Instrumen kaji...
    Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah landasan bagi menjejak arah-aliran jangka pendek penilaian pengundi. PRK Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang melalui perletakan jawatan ADUN Kajang... more
    Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah landasan bagi menjejak arah-aliran jangka pendek penilaian pengundi. PRK Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang melalui perletakan jawatan ADUN Kajang iaitu Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kempen, isu dan persepsi terhadap dasar kerajaan negeri dan persekutuan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor. Beberapa kaedah telah digunakan iaitu penyelidikan perpustakaan, pemerhatian di lapangan dan soal selidik terhadap 300 orang responden di kesemua 16 Daerah Mengundi dalam DUN Kajang. Hasil kajian mendapati jenis kempen, manifesto parti dan calon menjadi medium utama dalam mempengaruhi sokongan responden kepada parti politik dalam PRK DUN Kajang. Keseluruhannya, persepsi terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat adalah positif namun pengundi mengharapkan agar isu ekonomi iaitu isu kenaikan harga b...
    Development is needed to improve human living standard and well-being. However, the enthusiasm in pursuing rapid development often causes environmental aspect being ignored. This article aims to discuss residents’ knowledge and attitudes... more
    Development is needed to improve human living standard and well-being. However, the enthusiasm in pursuing rapid development often causes environmental aspect being ignored. This article aims to discuss residents’ knowledge and attitudes regarding environmental sustainability in Sepang Municipal Council. Method used in this study is based on the questionnaires surveyed among people who are residing in the Sepang Municipal Council. The study found out that the level of sustainability among Sepang Municipal Council’s resident are at moderate level based on the knowledge and attitudes of the respondents. Although, most respondents have relatively high level of knowledge, but in terms of sustainability practices, it shows a relatively low value. In addition, the weaknesses in environmental management by the authorities also prevailed in the result, thus it needs to be improved. In this case, the basic knowledge about environmental sustainability in the study area at a moderate level and...
    Urban politic is closely related to perceptions and behaviour of voters in the city which is based on local and national political issues, especially in terms of urban public facilities and services. Urban politic is an interesting agenda... more
    Urban politic is closely related to perceptions and behaviour of voters in the city which is based on local and national political issues, especially in terms of urban public facilities and services. Urban politic is an interesting agenda because of it is dynamics and has position itself in the city centre where it experiencing the process of urbanization and socialization as well as the focal point of all human activities. These processes may eventually cause ‘stress’ to the city dwellers, and consequently influence the perceptions and political behaviour of the dwellers. This article is to analyze urban politic in two areas in the Klang Valley, namely Batu (Kuala Lumpur) and Petaling Jaya Selatan (Selangor). Based on questionnaires and field observations, 71.0% of respondents in Batu and 57.6% in Petaling Jaya Selatan (PJS) expressed the idea of “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan “ is supported, internalized and manifested by the voters. In terms of governance,...
    Setiap individu ingin memiliki rumah yang selesa dan harga yang berpatutan untuk menghasilkan kualiti hidup yang baik. Rumah dapat menjadi lambang kekayaan dan pencapaian diri individu. Nilai rumah secara amnya meningkat setiap tahun dan... more
    Setiap individu ingin memiliki rumah yang selesa dan harga yang berpatutan untuk menghasilkan kualiti hidup yang baik. Rumah dapat menjadi lambang kekayaan dan pencapaian diri individu. Nilai rumah secara amnya meningkat setiap tahun dan rumah yang dibeli dapat dijadikan sebagai aset pelaburan jangka masa panjang. Oleh itu, keputusan untuk pembelian rumah merupakan satu keputusan yang paling besar dan penting dalam hidup seseorang di mana kesilapan dalam membuat pilihan akan menyebabkan individu menanggung beban kewangan yang tinggi terutamanya bagi isi rumah berpendapatan sederhana. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk mengkaji faktor pemilikan rumah di kawasan DUN Tras, Raub, Pahang. Penulisan makalah ini adalah berdasarkan daripada metod soal selidik terhadap 380 orang responden yang terdiri daripada golongan isi rumah berpendapatan sederhana. Seterusnya, data daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS dan ditunjukkan dalam bentuk jadu...
    Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba merupakan seorang negarawan ulung di Malaysia yang mempunyai kecekalan diri dalam berpolitik serta telah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara sewaktu... more
    Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba merupakan seorang negarawan ulung di Malaysia yang mempunyai kecekalan diri dalam berpolitik serta telah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara sewaktu menjawat Timbalan Perdana Menteri. Keperluan kepada role model tokoh politik yang berwibawa seperti Ghafar amat perlu diketengahkan memandangkan kini nilai-nilai semangat kebangsaan nasionalisme berdasarkan kepada tradisi keikhlasan, kejujuran, pengorbanan dan setiakawan yang semakin terhakis oleh arus politik materialisme. Kajian ini menggunakan sumber sekunder yang diperolehi daripada buku-buku biografi, akhbar dan ucapan rasmi. Sikap positif beliau bersandarkan kepada pegangan teguh kepada nilai-nilai mulia seperti kesungguhan, keberanian dan kesabaran. Beliau dapat mengawal arah tuju perjalanan hidupnya dari seorang yang miskin kepada kehidupan yang lebih sempurna. Beliau telah membuktikan, tidak kira apa jua bangsa, agama, keturunan tidak ada sekata...
    Kajian-kajian lepas secara jelas menunjukkan wujudnya perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti faktor-faktor yang mewujudkan perbezaan... more
    Kajian-kajian lepas secara jelas menunjukkan wujudnya perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti faktor-faktor yang mewujudkan perbezaan penyertaan antara lelaki dan wanita Bidayuh di Daerah Serian, Sarawak. Faktor-faktor perbezaan ini dibina oleh pandangan dunia atau lebih tepat daripada pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri. Pandangan-pandangan ini telah dikumpul melalui temubual mendalam dengan 50 informan peserta program SPKR (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat). Kajian ini menggunakan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini bermula dengan mendapatkan pelaku sosial untuk mendedahkan tema-tema yang mereka gunakan dalam berbincang mengenai perbezaan antara lelaki dan wanita Bidayuh di dalam pencapaian pendidikan. Analisis menunjukkan bahawa terdapat dua tema utama wanita Bidayuh ketinggalan dalam pendidikan berbanding dengan lelaki. Kedua-dua tema terse...
    Artikel ini mengupas sejarah Komanwel dan seterusnya menganalisis pandangan Dr. Mahathir terhadap Komanwel. Pada mulanya Dr. Mahathir berpandangan bahawa Komanwel tidak dapat membantu Malaysia dan sebagai sebuah pertubuhan yang tidak... more
    Artikel ini mengupas sejarah Komanwel dan seterusnya menganalisis pandangan Dr. Mahathir terhadap Komanwel. Pada mulanya Dr. Mahathir berpandangan bahawa Komanwel tidak dapat membantu Malaysia dan sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berfungsi dan dikuasai oleh Negara-negara Maju terutama Britain. Oleh itu, Dr. Mahathir telah meletakkan kepentingan Komanwel di tempat yang keempat. Ketidakhadiran beliau dalam persidangan Komanwel yang berlangsung di Melbourne, Australia pada tahun 1981 telah menyebabkan timbulnya hubungan yang kurang baik dengan pihak Australia. Pihak Australia tidak berpuas hati dengan mengkritik sikap beliau. Beliau juga turut tidak hadir di persidangan Komanwel pada tahun 1983 di New Delhi, India. Pada mulanya beliau mengambil keputusan tidak mahu menghadirkan diri di Persidangan Komanwel 1985 di Nassau Bahamas tetapi bersetuju untuk menghadirkan diri setelah beliau diminta oleh Setiausaha Agung Komanwel. Selepas di persidangan Komanwel 1985 ini telah mengubah pan...
    Tingkah laku pengundi merupakan konsep penting untuk dibincangkan melalui penglibatan rakyat dalam sistem demokrasi pilihan raya. Tujuan kajian ini adalah untuk menyumbang pemahaman tentang tingkah laku pengundi dalam pilihan raya. Kajian... more
    Tingkah laku pengundi merupakan konsep penting untuk dibincangkan melalui penglibatan rakyat dalam sistem demokrasi pilihan raya. Tujuan kajian ini adalah untuk menyumbang pemahaman tentang tingkah laku pengundi dalam pilihan raya. Kajian ini mengulas pendekatan tingkah laku pengundian dan sejarah pilihan raya umum serta kajian lepas berkaitan dengan politik dan pilihan raya. Kajian ini menggunakan sumber sekunder yang terdiri daripada kajian yang telah dijalankan di tempat lain oleh penyelidik-penyelidik tentang isu yang sama, serta data PRU yang lepas. Analisis perbincangan kajian turut dibincangkan sebagai asas kepada pendekatan tingkah laku pengundi dalam konteks pilihan raya. Hasil kajian ini dapat memberi maklumat yang baru dan terkini dalam mengenal pasti partisipasi dan persepsi pengundi terhadap sesuatu parti. Dapatan ini merupakan suatu respons politik oleh pengundi terhadap polisi dan isu dalam proses pengundian. Kata kunci : identifikasi parti, pengundi Melayu, pilihan r...
    Kajian ini adalah tentang perbezaan antara makna penyertaan yang dikonseptualisasikan oleh agen pentadbir (tahap makro) dengan persepsi penyertaan dan keperkasaan yang dikonstruk berdasarkan pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri... more
    Kajian ini adalah tentang perbezaan antara makna penyertaan yang dikonseptualisasikan oleh agen pentadbir (tahap makro) dengan persepsi penyertaan dan keperkasaan yang dikonstruk berdasarkan pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri (tahap mikro). Jurang teoritikal adalah isu yang hendak diterokai dan dibincangkan dalam makalah ini. Bagi tujuan itu, kajian ini menggunakan pendekatan tafsiran logik abduktif berasaskan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini dijalankan di Daerah Serian, Sarawak. Menggunakan teknik persampelan bertujuan, sejumlah 50 orang informan telah ditemu bual secara mendalam diikuti dengan perbincangan kumpulan secara tak formal. Hasil kajian mendapati penyertaan yang difahami oleh komuniti Bidayuh tidak terhad di peringkat pelaksanaan sahaja tetapi turut melibatkan peringkat yang lain seperti perancangan, penilaian dan pemantauan. Selain itu, ia turut melibatkan kemampuan mereka dalam memahami, menginterpretasi masalah yang dihadapi dan k...
    The results of the 2018 General Election in Malaysia show interesting and varied political dynamics based on issues, leadership, campaign strategies, winning and defeat factors, polling patterns, and also location. Hence the purpose of... more
    The results of the 2018 General Election in Malaysia show interesting and varied political dynamics based on issues, leadership, campaign strategies, winning and defeat factors, polling patterns, and also location. Hence the purpose of writing this article is to analyze the trend of polling in GE 2018 based on urban and rural areas according to 222 parliamentary constituencies in the country. The writing of this article is produced through the analysis of the GE13 2018 decision-making data for the Parliamentary constituencies as well as the in-depth analysis of secondary information from mainstream media and social media directly involved in the GE 2018. The findings show that almost all urban areas were won by Pakatan Harapan (PH) and some were won by PAS, in urban areas in the East Coast region of Peninsular Malaysia. The rural areas in the majority of Malays areas are dominated by UMNO/BN and PAS in Kelantan, Terengganu, and also rural parts of Kedah. There are also rural areas w...
    Menjadi suatu norma, pengundi belia di Malaysia amat penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara. Justeru artikel ini akan menyingkap persepsi politik pengundi belia Melayu pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.... more
    Menjadi suatu norma, pengundi belia di Malaysia amat penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara. Justeru artikel ini akan menyingkap persepsi politik pengundi belia Melayu pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Kajian soal selidik seramai 3,484 orang responden dan pemerhatian telah dilakukan di kawasan kajian iaitu di lima Wilayah di Malaysia iaitu Wilayah Utara, Wilayah Timur, Wilayah Barat, Wilayah Selatan dan Wilayah Borneo mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Hasil kajian menunjukkan 42.4 peratus belia/ responden menjadikan televisyen sebagai sumber maklumat utama untuk merujuk maklumat politik semasa manakala isu yang paling penting dibincangkan ialah isu pekerjaan iaitu 50.6 peratus. Dari segi kriteria/ parameter pemilihan calon, 35.9 peratus responden menyatakan mereka memilih calon jujur, ikhlas dan amanah dan parti yang mengutamakan rakyat menjadi pilihan utama mereka (29.3 peratus). Merujuk keahlian parti politik, majoriti responden, iaitu 16.7 peratus menyatakan mereka menjadi ahli kepada parti UMNO dengan memegang jawatan tertentu dalam parti tersebut. Seterusnya bagi persetujuan terhadap sesuatu isu politik semasa dan govemans, 81.6 peratus belia menyatakan belia menyokong program kerajaan untuk memantapkan agenda pembangunan negara. Penilaian terhadap prestasi pemimpin menunjukkan bahawa, kepemimpinan Parlimen (56.0 peratus) paling popular dalam menampilkan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat. Sebagai pengakhiran penilaian politik belia, 53.4 peratus (peringkat DUN) dan 66.4 peratus (peringkat Parlimen) menyatakan sokongan kepada BN. Kata kunci : persepsi, belia Melayu, politik pilihan raya umum, ciri-ciri calon, pemilihan calon.
    Post-General Election 2018 (GE) 2018 saw 10 by-elections held in the wake of incumbent death, resignation, and cancellation of the by-election by court order. The by-elections include the State constituencies of Sungai Kandis, Seri Setia,... more
    Post-General Election 2018 (GE) 2018 saw 10 by-elections held in the wake of incumbent death, resignation, and cancellation of the by-election by court order. The by-elections include the State constituencies of Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Semenyih, Rantau, Parliamentary constituencies of Port Dickson, Cameron Highlands, Sandakan, Tanjong Piai and Kimanis. All of these by-elections have a particular impact on the country’s socio-economic and political. Therefore, it is the purpose of this study to analyze the by-election post-2018 General Election in Malaysia. Based on analysis of the by-election after general election 2018 data, field observation and the extraction of secondary sources such as journal articles and conference papers, the majority of these polls initially showed a declining drop in voting percentage of less than 50 percent and in the form of a political coalition between UMNO (BN) and PAS. This by-election also followed some electoral reforms set by the Elec...
    Dalam sesebuah pilihan raya, pengundi merupakan satu komponen yang penting. Pengundi akan mengundi dalam pilihan raya sama ada berdasarkan sentimen kepartian ataupun personaliti pemimpin. Justeru itu, adalah menjadi tujuan kajian ini... more
    Dalam sesebuah pilihan raya, pengundi merupakan satu komponen yang penting. Pengundi akan mengundi dalam pilihan raya sama ada berdasarkan sentimen kepartian ataupun personaliti pemimpin. Justeru itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk mengkaji pengaruh sentimen kepartian dan personaliti pemimpin terhadap pilihan politik pengundi di kawasan DUN Chempaka, Kelantan. Bagi mencapai objektif kajian, dua kaedah kajian telah digunakan iaitu soal selidik terhadap 377 orang responden berdasarkan lokasi geografi iaitu bandar dan luar bandar di kawasan kajian; dan rujukan terhadap sumber sekunder yang berkaitan. Seterusnya, data daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan penulisan hasil kajian ini dikukuhkan dengan sumber sekunder yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa responden di kawasan kajian mengutamakan kriteria politik yang mempunyai calon yang mengutamakan rakyat, mampu menjana pembangunan rakyat dan membas...
    Abstrak Akses dan perolehan sumber maklumat melalui pembacaan dan respon terhadap sesuatu maklumat akan mempengaruhi pendirian seseorang pengundi sama ada bersikap menerima atau percaya sepenuhnya ataupun melawan atau menafikan maklumat... more
    Abstrak Akses dan perolehan sumber maklumat melalui pembacaan dan respon terhadap sesuatu maklumat akan mempengaruhi pendirian seseorang pengundi sama ada bersikap menerima atau percaya sepenuhnya ataupun melawan atau menafikan maklumat yang diperoleh tersebut. Kajian ini melihat sejauhmanakah faktur sumber maklumat media cetak dan elektronik media cetak dan elektronik telah memperngaruhi pola pengundian di Malaysia. Berdasarkan soal selidik di kawasan Parlimen Batu Pahat yang melibatkan 300 orang responden, dapatan kajian menunjukkan responden yang merujuk dan membaca media cetak dan elektronik lebih cenderung menyokong BN manakala responden yang mengakses sumber alternatif seperti blog dan media sosial lebih cenderung menyokong parti-parti dalam Pakatan Pembangkang atau Pakatan Rakyat. Hal ini kerana kedua-dua media cetak dan elektronik dikuasai parti pemerintah iaitu BN manakala kebanyakan blog dan media sosial majoritinya dikendalikan oleh blogger atau netizen yang pro-Pakatan R...
    Abstrak Geopolitik popular ialah bahan atau media yang dapat mempengaruhi minda dan perasaan manusia untuk menyokong sesuatu pihak sama ada kerajaan, parti politik mahupun pihak-pihak yang berkepentingan. Antara medium atau sumber... more
    Abstrak Geopolitik popular ialah bahan atau media yang dapat mempengaruhi minda dan perasaan manusia untuk menyokong sesuatu pihak sama ada kerajaan, parti politik mahupun pihak-pihak yang berkepentingan. Antara medium atau sumber geopolitik popular ialah media cetak; media elektronik; media alternatif seperti SMS, sumber internet daripada blog, website, youtube, tagged, facebook, twitter, skype, WeChat, Instagram, dan sumber daripada telefon pintar iaitu Telegram dan WhatsApp; filem; televisyen; majalah; karikatur/kartun; lagu/muzik; setem pos; dan wang/banknotes. Dalam konteks kajian ini, medium geopolitik popular yang dipilih untuk pengumpulan data primer (soal selidik di lapangan terhadap 300 orang pelajar universiti awam di UKM dan UPM) dan sekunder (kertas seminar dan persidangan, artikel jurnal, dan buku-buku akademik) yang berkenaan ialah lagu, filem dan karikatur/kartun manakala perisian SPSS digunakan untuk analisis dapatan kajian soal selidik melalui ujian statistik cross...
    Etnik/kaum merupakan faktor penting dalam mempengaruhi proses dan trend sosialisasi politik di Malaysia. Dengan keadaan demografi dan struktur ekonomi rakyat Malaysia yang berbilang kaum maka tertubuhlah beberapa parti politik yang... more
    Etnik/kaum merupakan faktor penting dalam mempengaruhi proses dan trend sosialisasi politik di Malaysia. Dengan keadaan demografi dan struktur ekonomi rakyat Malaysia yang berbilang kaum maka tertubuhlah beberapa parti politik yang berasaskan etnik. Pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 adalah kesinambungan daripada PRU 2008 yang memperlihatkan kecenderungan sokongan pengundi Melayu kepada BN manakala pengundi Cina dan sebahagian pengundi India lebih memihak kepada pakatan pembangkang atau dikenali sebagai Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS. Artikel ini menganalisis persepsi politik pengundi berdasarkan etnik Melayu, Cina dan India di Kuala Lumpur pasca PRU 2013 mengenai Program Perumahan Rakyat (PPR), berdasarkan data soal selidik 1069 responden di 15 skim PPR dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ujian statistik taburan silang (crosstabulation), dan kajian kepustakaan . Hasil kajian mendapati ketiga-tiga etnik menyatakan mereka memilih calon yang jujur ...
    Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang meletakkan nama agama iaitu Islam di Malaysia. Prestasi PAS dalam setiap PRU dilihat turun naik setiap kali pilihan raya dan kerap keluar masuk pakatan... more
    Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang meletakkan nama agama iaitu Islam di Malaysia. Prestasi PAS dalam setiap PRU dilihat turun naik setiap kali pilihan raya dan kerap keluar masuk pakatan parti politik. PRU-14 (2018) memperlihat PAS bertanding bersendirian menentang BN dan Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hasilnya PAS kekal berkuasa di Kelantan, berjaya menawan Terengganu daripada BN namun kurang diterima di wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis prestasi dan penerimaan pengundi terhadap PAS dalam PRU-14 di wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka. Berdasarkan analisis data keputusan PRU 2018, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa PAS sukar mendapat sokongan ...
    Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 menyaksikan pola pengundian yang berbeza mengikut etnik. Berdasarkan analisis statistik model regresi yang dikira daripada keputusan PRU 2013 tersebut, bagi undi etnik Melayu, Barisan Nasional (BN) memperoleh... more
    Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 menyaksikan pola pengundian yang berbeza mengikut etnik. Berdasarkan analisis statistik model regresi yang dikira daripada keputusan PRU 2013 tersebut, bagi undi etnik Melayu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 63.3 peratus berbanding hanya 36.7 peratus untuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Meskipun jumlah perolehan kerusi Parlimen bagi BN berkurang 7 kerusi (140 pada PRU 2008) kepada 133 kerusi iaitu gagal mendapat majoriti 2/3 dan mendapat undi popular hanya 46.5 peratus, namun undi popular etnik Melayu secara keseluruhannya masih memihak kepada BN melebihi 50 peratus sokongan iaitu 63 peratus. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pola pengundian dan faktor sokongan pengundi berdasarkan lokasi dan kelas dalam PRU 2013. Berdasarkan data keputusan PRU 2013 bagi Parlimen, Dewan Undangan Negeri/DUN dan Daerah Mengundi serta Saluran Mengundi; dan juga pemerhatian di lapangan, secara keseluruhannya didapati BN terus me...
    Dalam sesuatu pilihan raya, setiap parti akan meletakkan calon yang terbaik untuk memastikan ianya dipilih oleh pengundi. Sebaliknya, pengundi pula mempunyai kriteria calon yang mereka akan pilih di samping idealogi politik yang dianuti... more
    Dalam sesuatu pilihan raya, setiap parti akan meletakkan calon yang terbaik untuk memastikan ianya dipilih oleh pengundi. Sebaliknya, pengundi pula mempunyai kriteria calon yang mereka akan pilih di samping idealogi politik yang dianuti oleh calon. Oleh itu, parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun parti pembangkang berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan calon mereka melalui kempen untuk menjelaskan manifesto parti. Sehubungan itu, adalah tujuan kertas kerja ini untuk membincangkan kriteria calon dan parti yang dimahukan oleh pengundi Sarawak. Kajian melalui soal selidik di lapangan yang dilakukan sebelum hari mengundi di 50 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menunjukkan majoriti daripada responden memilih calon yang berjiwa dan mesra rakyat, diikuti personaliti kepimpinan yang baik, jujur dan amanah serta tidak mengamalkan rasuah. Bagi parti politik pula, mereka akan memilih parti yang memperjuangkan ketelusan, keadilan, hak asasi dan anti-rasuah serta yang mampu m...
    Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengkaji semula pembahagian Negeri Sarawak kepada Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri mulai 23 Februari 2015 hingga 6 Mac 2015. Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya... more
    Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengkaji semula pembahagian Negeri Sarawak kepada Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri mulai 23 Februari 2015 hingga 6 Mac 2015. Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menampilkan syor-syor berikut: (a) tiada perubahan bilangan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan bagi Negeri Sarawak; (b) jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak sebelas Bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 Bahagian; (c) pindaan kepada nama Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan yang melibatkan satu Bahagian Negeri Sarawak; dan (d) pindaan kepada nama empat Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri. Persempadanan semula Bahagian-Bahagian pilihanraya Sarawak ini adalah berdasarkan jumlah bilangan pemilih dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya yang diwartakan pada 30 April 2014. Kesimpulannya, persempadanan semula bahagian pilihan raya ini akan mengubah landskap sosioekonomi dan...
    Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 2020 diadakan berikutan perisytiharan pembubaran DUN Sabah oleh Yang Dipertua Negeri Sabah atas pemintaan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau bertindak... more
    Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 2020 diadakan berikutan perisytiharan pembubaran DUN Sabah oleh Yang Dipertua Negeri Sabah atas pemintaan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Shafie Apdal. Beliau bertindak sedemikian kerana percaturan politik yang tidak berkesudahan di Sabah oleh parti pembangkang di negeri tersebut yang berjaya mengumpulkan sejumlah ADUN Sabah dengan majoriti mudah untuk beralih sokongan kepada bekas Ketua Menteri iaitu Tan Sri Datuk Seri Musa Aman untuk dilantik sebagai Ketua Menteri baru. Walaupun bekas Ketua Menteri itu membawa kes pembubaran DUN Sabah ke mahkamah namun akhirnya PRU DUN tersebut tetap diadakan. PRU DUN ini dilihat sebagai ujian bagi melihat pengaruh WARISAN-PKR dan Perikatan Nasional (PN) dalam keadaan situasi penularan wabak Covic-19. Objektif utama artikel ini ialah untuk menganalisis pengaruh politik kepartian berasaskan etnik dalam PRU DUN Sabah 2020. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Sabah 2020 dan analis...
    Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah landasan bagi menjejak arah-aliran jangka pendek penilaian pengundi. PRK Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang melalui perletakan jawatan ADUN Kajang... more
    Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah landasan bagi menjejak arah-aliran jangka pendek penilaian pengundi. PRK Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang 2014 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang melalui perletakan jawatan ADUN Kajang iaitu Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kempen, isu dan persepsi terhadap dasar kerajaan negeri dan persekutuan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (N25) Kajang, Selangor. Beberapa kaedah telah digunakan iaitu penyelidikan perpustakaan, pemerhatian di lapangan dan soal selidik terhadap 300 orang responden di kesemua 16 Daerah Mengundi dalam DUN Kajang. Hasil kajian mendapati jenis kempen, manifesto parti dan calon menjadi medium utama dalam mempengaruhi sokongan responden kepada parti politik dalam PRK DUN Kajang. Keseluruhannya, persepsi terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat adalah positif namun pengundi mengharapkan agar isu ekonomi iaitu isu kenaikan harga b...
    Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor 2011 diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, iaitu Datuk Sulaiman Taha. DUN Tenang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Labis (terletak... more
    Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor 2011 diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, iaitu Datuk Sulaiman Taha. DUN Tenang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Labis (terletak dalam daerah Segamat, utara negeri Johor) merupakan kawasan kubu kuat UMNO/BN. Kawasan ini meliputi kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kampung tradisi Melayu, estet kelapa sawit dan pekan yang didiami etnik Cina. Dalam pilihan raya kecil ini, sokongan etnik Cina menjadi penentu dan akan mempengaruhi naik-turun undi popular BN. Sehubungan dengan itu, tujuan artikel ini untuk menganalisis trend pengundian etnik Cina dalam PRK DUN Tenang. Persoalan yang cuba dilihat ialah faktor-faktor yang mempengaruhi pola pengundian mereka dalam pilihan raya tersebut. Analisis daa berdasarkan pemerhatian dan temu bual di lapangan menunjukkan kawasan yang majoritinya pengundi etnik Cina memihak kepada parti pembangkang/PAS namun kawasan majoriti Melay...

    And 51 more